Anda di halaman 1dari 9

1.

Pendahuluan

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya

terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sanga unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan

kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Dari sudut pandangan kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik. Perlulah diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan peningkatan kematangan. Proses interaksinya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai pendedahan untuk meningkatkan

pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu konsep. Berdasarkan pada pendapat Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentukbentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat sifat yang

biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu.

2.0

Ulasan

Oleh itu, saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid di dalam kelas dan telah mengenal pasti bebrapa murid yang mempunyai nilai kerativiti yang tinggi di dalam pendidikan seni. Dengan itu, saya telah memilih seorang daripada murid tersebut iaitu Mohd Zulfahmi Bin Hisham merupakan murid tahun 4 Pintar, murid tersebut adalah responden saya bagi menjalankan

temu bual berkaitan dengan bakat yang mereka miliki . Hasil daripada temu bual tersebut dapat saya rumuskan bahawa bakat yang ada pada murid tersebut adalah bakat yang semulajadi yang ada pada dirinya, serta mempunyai minat yang tinggi di dalam seni lukisan. Bahkan bakat dan minat yang ada pada murid tersebut adalah kesan pengaruh daripada keluarganya. Ini kerana berdasarkan pada temu bual dengan murid tersebut menyatakan bahawa hamper semua ahli keluarganya mempunyai minat menghasilkan

sesuatu yang lihat sebagai seni. Menurut murid tersebut juga bapanya adalah salah seorang guru pendidikan seni di salah sebuah sekolah di semporna ini. Selain itu, di dalam menghasilkan sesuatu seni lukisan murid tersebut sentiasa menggunakan kemahiran imaginasi berkaitan dengan alam

sekelilingnya jika untuk menghasilkan sesuatu lukisan.

Kanak-kanak peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Lukisan yang dihasilkan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagaimedia melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik Mohd Zulfahmi Bin Hisham ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni di sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah lukisan yang menarik iaitu lukisan kereta dengan pengalaman dan kemahiran
2

yang beliau ada. Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk penglibatan kanakkanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanakkanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.

3.0

Penutup

Apa yang dapat saya simpulkan bahawa penghasilan sesuatu lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan

psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap Melalui nilai murni ini dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau

contoh model murid-murid yang terdahulu.

RUJUKAN

Abdul Shukor Hashim. 2011. Perkembangan Seni Knak-kanak. Selangor : Meteor Sdn Bhd

Ainon, Abdullah. 1994. Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur : PTS Consultants Sdn Bhd.

Ainon Mohd Abdullah Hassan. 1997. Seni Berfikir Kreatif. Kuala Lumpur : PTS Consultants Sdn Bhd.

Leonard M.S Yong.1993. Kreativiti Ke Arah Membentuk Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur : Arena Buku Sdn Bhd.

Iberahim Hassan. 2000. Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Robert W. Olson. 1980 . Seni Berfikir Kreatif,. P.T Gelora Aksara Pratama.

Yew Kam Keong . 2002. Perpustakaan Negara Malaysia.

Bebaskan Kreativiti Anda. Kuala Lumpur

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

LAMPIRAN 4

Temubual bersama Mohd Zulfahmi Bin Hisham (responden) Guru : Murid : Guru : Assalamualakum. Apa khbar Mohd Zulfahmi Bin Hisham Walaikumsalam. Allhamdulillh cikgu sihat. Cikgu apa khabar? Allhdulillh sihat..boleh cikgu Tanya sedikit berdasarkan apa yang cikgu lihat dengan setia hasil lukisan yang kamu hasilkan amat menarik minat cikgu, bagaimana kamu boleh hasilkan lukisan secantik ini?? Boleh cikgu. Saya memang minat di dalam seni ni cikgu, kalau time cuti saya selalu habiskan masa dengan melukis. Saya selalu melukis dengan meliht dengan apa yang saya minat terutama meluki kereta dan motor.

Murid :

Guru :

bagaimana kamu boleh membuat atau melukis lukisan yang cantik seperti ini? saya akan meniru atau menggunakan imaginasi saya untuk menhasilkan lukisan yang saya ingini.

Murid :

Guru :

owh.. begitu, terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa bersama cikgu.

Murid :

owh tidak apa cikgu...sama-sama

Anda mungkin juga menyukai