Anda di halaman 1dari 4

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Menulis)

Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan Tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanakkanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkaraperkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. Tulisan Kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat. Mengarang cerita. Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll. Menulis surat kiriman. Lain-lain yang berkaitan. Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul. Cara-cara mengatasi masalah tulisan Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.