P. 1
Bab 2 - Zaman Jahiliyyah & Nabi Muhammad s.a.w

Bab 2 - Zaman Jahiliyyah & Nabi Muhammad s.a.w

|Views: 1,100|Likes:
Dipublikasikan oleh Mohd Asri Silahuddin

More info:

Published by: Mohd Asri Silahuddin on Jun 09, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PPPY1272 FIQH SIRAH (Bab 2

)

Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad (s.a.w.) Sebelum Kedatangan Islam

OBJEKTIF Bab2
Mengenal pasti kerajaan yang pernah wujud di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam  Memahami kedudukan dan peranan kabilah Quraysh di Makkah  Mengetahui tradisi dan kebudayaan masyarakat Arab sebelum Islam  Menyelami aspek kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w.) sebelum wahyu diturunkan

Bab 2 • 2

KEADAAN POLITIK SEMENANJUNG ARAB
 Muncul beberapa kerajaan, sama ada di

utara atau pun di selatan Semenanjung Tanah Arab  Kerajaan-kerajaan ini telah mempunyai dan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi  Sektor perdagangan menjadi sumber utama kerana lokasinya yang strategik  Aktiviti pertanian turut menjadi sumber
Bab 2 • 3

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di selatan Semenanjung Arab: 1. Kerajaan Ma’in
kuasa politik terawal  tempoh memerintah 1300SM-630SM  mempunyai bumi yang subur dan terletak di kawasan yang strategik ant. Asia dan Eropah  27 orang raja memerintah~sistem monarki  Wanita memiliki kedudukan istimewa  Musnah kerana gagal mempertahankan

Bab 2 • 4

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di selatan Semenanjung Arab: 2. Kerajaan Qataban
sezaman dengan Kerajaan Ma’in  tempoh pemerintahan 1000SM-200SM  18 orang raja (makrub) memerintah  pentadbiran negara disertai beberapa majlis  menjalankan aktiviti dgn menggunakan mata wang sendiri; ada undang-undang sendiri  mempunyai ketamadunan yang tinggi

Bab 2 • 5

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di selatan Semenanjung Arab: 3. Kerajaan Hadaramawt
telah bergabung dengan Kerajaan Ma’in selama 300 tahun, hingga Ma’in runtuh  Bergabung pula dengan Kerajaan Saba’, iaitu dari 630SM hingga 180SM  Membentuk kerajaan tersendiri hingga tahun 300M  Kuat berpegang kepada agama menyembah berhala

Bab 2 • 6

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di selatan Semenanjung Arab: 4. Kerajaan Saba’
muncul sbg. Kerajaan berasingan pada 950M  mewarisi peninggalan Kerajaan Ma’in 630SM  37 orang raja memerintah, termasuk Puteri Balqis  memiliki tamadun yang tinggi; kejuruteraan, pertanian, sistem kewangan dan pentadbiran  kerajaan ini musnah kerana tragedi empangan Ma’rib musnah

Bab 2 • 7

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di selatan Semenanjung Arab: 5. Kerajaan Himyar dan Habashah
berkuasa sehingga tahun 525M  beberapa siri peperangan berlaku sepanjang pemerintahan, khususnya dengan pihak Rom  Habashah juga pernah menyerang kerajaan ini (378M) tapi gagal untuk menaklukinya  Akibat kezaliman Raja Dhu Nuwas, Habashah berjaya takluk 525-575M  Dipimpin Aryat, Abrahah, Yaksum & Masruq

Bab 2 • 8

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di utara Semenanjung Arab: 1. Kerajaan Anbat
berpusat di Petra, timur laut Teluk ‘Aqabah  Lokasinya strategik, terletak antara utara dan selatan Sem. Arab; penyembah berhala  bermula sekitar tahun 500SM  wilayah: Dimashq, utara Hijaz, timur Jordan, semenanjung Sinai dan Hawran  tamadun tinggi: sistem pentadbiran teratur, raja dilantik secara monarki

Bab 2 • 9

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di utara Semenanjung Arab: 2. Kerajaan Tadmur
pusat perhentian antara Iraq dan Laut Mediterranean; kawasan beroasis  zaman kegemilangan: 130-170M  pemimpin terkenal: Ratu Zanubia, pernah menguasai Syria, termasuk Mesir dan sebahagian Asia Kecil  Ditakluki Rom pada tahun 273M; terdapat 3 golongan: bangsawan, pekerja dan hamba

Bab 2 • 10

KEADAAN POLITIK (sambungan)
Kerajaan di utara Semenanjung Arab: 3. Kerajaan Munadhirah & Ghassan
kerajaan boneka; Parsi dan Byzantin (Rom)  dipergunakan oleh dua kuasa besar untuk elak daripada diserang puak Badwi  menjadi benteng pertahanan bagi permusuhan dua kuasa besar itu  dikalahkan oleh Kerajaan Sasan  muncul juga Kerajaan Kindah; raja terakhir ialah Imru al-Qays

Bab 2 • 11

Bab 2 • 12

PEMBAHAGIAN SEMENANJUNG TANAH ARAB ABAD KE-6m
 Majoriti

membahagikan STA kepada 5:

Hijaz, Tihamah, Najd, ‘Arud dan Yaman.

 Antara

bandar yang penting ialah:  Makkah, nama lain Bakkah, diasaskan oleh Kabilan al-‘Amaliq.  Yathrib, diasaskan oleh Yathrib b. Qaniah.  Ta’if, dimilik Banu ‘Amir – dimajukan Banu Thaqif  Jeddah, pelabuhan dan pusat perdagangan
Bab 2 • 13

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH
 Politik
 Quraysh

berkuasa bila Qusay bin Kilab ambil alih pentadbiran Makkah  Beliau satukan Quraysh al-Bitah (Hadari) dan Quraysh al-Zawahir (Badwi)  memperkemaskan institusi pengurusan Makkah, iaitu Dar al-Nadwah, alHijabah, al-Liwa’, al-Siqayah dan alRifadah Bab 2 • 14

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH
 Politik

(sambungan)

 Selepas

kematian beliau, Makkah diambil alih oleh ‘Abd al-Dar dan anakanaknya  Anak-anak ‘Abd Manaf tidak puas hati dengan pengurusan keluarga ‘Abd al-Dar  Berlaku pertelingkahan antara puak almutayyabun dengan al-ahlaf  Masing-masing merebut kuasa
Bab 2 • 15

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH
 Politik

(sambungan)

al-Mutayyabun: ‘Abd Manaf disokong Banu Asad, Zuhrah, Taym & al-Harith  al-Ahlaf: ‘Abd al-Dar terima sokongan Banu Makhzum, Sahm, Jumah dan ‘Adi  Berjaya diselesaikan dengan perundingan

Al-Mutayyabun: (al-Siqayah dan al-Rifadah) Al-Ahlaf: (Dar Nadwah, al-Hijabah dan al-Liwa’)
Bab 2 • 16

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH
 Ekonomi

Quraysh turut menguasai ekonomi, khasnya perdagangan bersifat antabangsa  ‘Abd Manaf telah gerakkan misi ini melalui aktiviti perdagangan anak-anaknya  ‘Abd al-Muttalib di Yaman, ‘Abd Shams di Habashah, Hashim di Sham, Nawfal di Parsi  Import: batu permata dan rempah; eksport: bulu biri-biri, kulit binatang & buah-buahan  Pusat perniagaan: Yaman, Habsahah, Sham, Hirah, Aden dan Siraf Bab 2 • 17

Bab 2 • 17

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB
 Ada dua kelompok

utama, iaitu

Badwi: mereka mendiami kawasan pedalaman dan masih mengamalkan kehidupan secara nomad (pindah randah) di tempat yang mempunyai bekalan air dan rumput untuk binatang ternakan  Hadari: mereka tinggal di kawasan bandar dan menjalani kehidupan secara menetap; mempunyai organisasi pentadbiran yang tersusun; melibatkan diri dalam perdagangan, pertukangan dan pertanian secara giat
Bab 2 • 18

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB
 Kepercayaan/Agama

masyarakat Arab:

Penyembahan berhala: Orang pertama yang membawa masuk amalan ini ialah ‘Amr b. Luhay al-Khuza’i. Antara berhala itu ialah Hubal, Wadd, al-Latt, al-’Uzza dan Manah  Penyembahan malaikat dan jin: malaikat dianggap sebagai anak perempuan Allah, jin pula ada hubungan keluarga dengan Allah  Penyembahan alam semula jadi: mereka menyembah matahari, bulan, angin, hujan yang dipercayai memiliki kuasa tertentu
Bab 2 • 19

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB
 Agama masyarakat

Arab (sambungan):

Agama al-Hanif: mengamalkan syariat Nabi Ibrahim (a.s.) dan Nabi Ismail (a.s.); mentauhidkan Allah (s.w.t.), beriman dengan Hari Kiamat, percaya kepada kemunculan nabi terakhir dan menjauhi perbuatan keji; antara mereka ialah Zayd b. ‘Amr, Suwayd b. Amir dan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri  Agama Yahudi: dianuti puak Himyar, Banu Kinanah, Banu al-Harith dan Banu Kindah.  Nasrani: Kabilah Taghlib dan Quda’ah
Bab 2 • 20

 Aktiviti

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB
intelektual:

Mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan secara langsung dengan persekitaran dan kehidupan seharian  Antara ilmu itu ialah ilmu falak, perubatan, hisab (matematik), al-qiyafah (ilmu jejak kesan di padang pasir), geneologi (keturunan), sastera dan falsafah  Masyarakat Arab Hadari mempunyai tamadun yang lebih tinggi daripada Arab Badwi  Miliki sifat baik: dermawan, hormat tetamu dan menepati janji

Bab 2 • 21

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) SEBELUM WAHYU TURUN
 Baginda berasal daripada kaum Quraysh  Diputerakan pada 12 Rabi’ul Awal ‘Tahun

Gajah’ bersamaan 570M  Ayah: Abdullah, seorang peniaga; meninggal dunia di Yathrib tika Baginda dalam kandungan ibunya, Aminah  Selepas dilahirkan, Baginda diserahkan kepada wanita Badwi, Halimah bint Abi Shu’ayb al-Sa’diyyah

Bab 2 • 22

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Tujuan penyerahan untuk disusui dan

dididik - amalan kebiasaan Quraysh  Baginda dapat dibesarkan dalam persekitaran yang segar dan bersih; jauh daripada kesibukan kota Makkah  Ini boleh membentuk ketahanan jiwa, tubuh yang sihat, keazaman yang kuat, pemikiran yang tajam, mampu berdikari, tidak manja dan fasih berbahasa Arab
Bab 2 • 23

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Peristiwa Shaq al-Sadr berlaku ketika

baginda berusia 4 tahun  Ini sebagai persediaan awal kerohanian Baginda untuk ma’sum dan menerima wahyu pada suatu masa kelak; bersihkan hati Baginda daripada gangguan syaitan  6 tahun: ibu Nabi meninggal dunia; dipelihara pula oleh datuknya, ‘Abd alMuttalib
Bab 2 • 24

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 8 tahun: datuk Nabi pula meninggal

dunia, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib  Kehidupan Nabi sebagai anak yatim dan tidak merasai kasih sayang ibu dan ayah  Surah al-Duha menerangkan perihal ini  Kehidupan Baginda bersama Abu Talib tidak mewah kerana Abu Talib mempunyai ramai anak
Bab 2 • 25

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Baginda tidak pernah mengadu. Lalu

mengambil upah mengembala kambing dan membantu Abu Talib sekeluarga  Hikmah:
sebagai latihan awal agar mampu bertanggungjawab terhadap umatnya  memupuk perasaan belas kasihan, cekal, sabar dan tabah menghadapi pelbagai kerenah umatnya  berusaha untuk mencari rezeki halal

Bab 2 • 26

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Baginda turut mengikut Abu Talib

berniaga ke Sham; menimba pengalaman dan melihat sosial luar dari Makkah  20 tahun: penglibatan dalam Harb alFijar yang tercetus antara Quraysh dengan Kinanah dan Hawazin  Baginda menghadiri Hilf al-Fudul yang bertujuan untuk memberi pertolongan kpd siapa saja yang dianiaya di Makkah
Bab 2 • 27

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 25 tahun: terlibat dengan kegiatan

ekonomi; membawa kafilah Khadijah ke Tihamah dan Jarash peroleh untung  Khadijah mula tertarik hati dengan peribadi dan sahsiah Baginda  35 tahun: menyertai orang Makkah memperbaiki Ka’bah yang hampir rosak akibat banjir dan kebakaran  Menyelesaikan krisis Hajar al-Aswad
Bab 2 • 28

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Pengiktirafan orang Quraysh terhadap

Nabi bila Badinda dijadikan sbg hakim  3 tahun sebelum terima wahyu, Nabi mula amal tahannuth, amalan sebilangan orang Quraysh pada bulan Ramadan  Selesai bertahannuth, Nabi lakukan tawaf di Ka’bah sebelum palang ke rumah  40 tahun: ketika menjalankan amalan tahannuth, Nabi menerima wahyu
Bab 2 • 29

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)
 Baginda mempraktikkan akhlak yang

mulia dalam segenap aspek kehidupan  Ibn Ishaq: Baginda muncul sebagai orang yang paling tinggi maruahnya, paling terpuji akhlaknya, paling mulia pergaulannya, paling baik sifat kejiranannya, paling benar tutur katanya, paling bersih budi pekertinya; dikenali di kalangan Arab Quraysh sebagai al-Amin
Bab 2 • 30

RUMUSAN
Terdapat beberapa kerajaan di selatan dan utara Semenanjung Arab  Kedudukan dan peranan kabilah Quraysh dari sudut politik dan ekonomi  Tradisi kebudayaan masyarakat Arab dari aspek sosial, kepercayaan dan intelektual  Sebelum menerima wahyu, kehidupan Nabi dijamin Allah (s.w.t.) daripada segala aspek kekufuran dan dipenuhi dengan akhlak yang mulia lagi murni  Sama-samalah kita mencontohi hidup Nabi

Bab 2 • 31

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->