Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya banyak memperoleh pengetahuan dan nilai yang berguna. Melaluinya saya mempelajari nilai KESABARAN dan BEKERJASAMA antara rakan seperjuangan. Ini kerana sesuatu kerja yang banyak itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat dengan adanya kerjasama. Sikap antara manusia yang berbeza mengajar kita untuk lebih bersabar dalam menempuh apa juga cabaran. Melalui kajian ini juga saya dapat memperoleh pengetahuan tentang produk tempatan yang dikeluarkan di Negara kita. Melalui kajian ini saya sedar betapa pentingnya untuk kita sebagai rakyat Malaysia memainkan perana bagi menolong memperkembangkan industri yang telah sedia ada untuk dikekalkan dan seboleh mingkin di perkembangankan. Dengan cara ini kita dapat MENJAGA DAN MENGHARGAI BUDAYA BANGSA sendiri. Penghasilan kerja kursus ini juga telah menyemai sikap SETIA NEGARA dalam diri saya dan rakan-rakan. Dengan mengetahui tentang produk keluaran Malaysia kita akan menjadi lebih CINTA AKAN NEGARA DAN BANGSA kita sendiri. Kita sedar betapa rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan mencorakkan pelbagai variasi produk yang unik mengikut kaum masing-masing. Maka dengan itu kita sepatutnya BERSYUKUR kerana dilahirkan SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.