Anda di halaman 1dari 5

Guru pakar fokus utama Kementerian

Oleh Khairina Yasin USAHA melahirkan guru berkepakaran terus menjadi fokus Kementerian Pelajaran bagi memantap dan mempertingkat proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di setiap sekolah menerusi program pembangunan yang dilaksanakan dengan pelbagai pihak. Terkini, guru sekolah menengah teknik (SMT) dan vokasional menjadi tumpuan selaras usaha memperkasakan institusi itu menerusi jaringan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran luar negara. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, berkata program dikenali Compentency Based Education and Training (CBET) antara usaha terbaru akan dilaksanakan bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan guru sekolah terbabit. Setakat ini, katanya, beberapa guru terpilih sudah mengikuti kursus atau latihan di bawah program CBET dengan kendalian pakar pendidikan Australia sehingga layak menerima Diploma in Training dan Assessment. Lulusan program itu kelak akan dijadikan jurulatih utama atau Master Trainers yang berperanan sebagai pembimbing kepada guru vokasional lain dalam mengaplikasikan proses P&P berasaskan kompetensi di SMT. Usaha ini adalah antara langkah penambahbaikan proses P& P di SMT khususnya aliran teknik dan vokasional yang memfokus kepada penguasaan kompetensi pelajar, katanya kepada Berita Harian, di Putrajaya. Yusoff berkata, cadangan pelaksanaan program CBET adalah hasil lawatan Kementerian Pelajaran ke beberapa sekolah di Australia bagi menilai dan mengenal pasti kaedah yang boleh dipelajari serta dilaksanakan di negara ini. Pada masa sama, katanya, latihan dan pengukuhan kepakaran guru dalam menggubal, menyemak serta menambah baik kurikulum aliran vokasional di SMT turut

dilaksanakan. Ini adalah bukti kesungguhan kita meningkatkan kualiti dan kemahiran tenaga pengajar di SMT dalam semua aliran. Malah, langkah itu juga membolehkan tenaga pengajar di sekolah berkenaan memberi tunjuk ajar yang berkualiti dan bersesuaian dengan pasaran kerja kepada pelajar mereka khususnya dalam aliran kemahiran, katanya. Katanya, langkah mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak memberi peluang kepada SMT berkongsi pandangan, pendapat dan teknik pembelajaran yang mengutamakan kemahiran. Selain itu, proses P&P yang diinovasikan dengan konsep kompetensi dan elemen keusahawanan juga akan dimantapkan. Ia selari dengan strategi dan pelan tindakan yang digariskan Pelan Tindakan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memastikan kecemerlangan berterusan pendidikan teknik dan vokasional dicapai, sekali gus menyokong objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran, katanya. Berita Harian Online: 27 November 2008
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/11/guru-pakar-fokus-utama-kementerian.html

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. 2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178):1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan KemahiranBerikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan KomunikasiKomunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti UnggulPersonaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Anda mungkin juga menyukai