Anda di halaman 1dari 2

Jurnal minggu 1 ( 14 Julai 2013 18 Julai 2013 ) 1.

. Isu / Masalah Ini adalah minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang. Pada minggu pertama ini saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Tidaklah menjadi masalah besar untuk menyesuaikan diri kerana sebelum ini saya telah didedahkan dengan pergaulan di sekolah ketika praktikum pertama dahulu. Namun, yang menjadi masalahnya ialah terdapat murid nakal yang menganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Analisis Masalah ini timbul ketika saya sedang mengajar kelas 2 Bestari. Murid lelaki ini menganggu rakannye ketika menjalani aktiviti dan agak melampau apabila dia mengejek saya kembali setelah saya menegur sikapnya. Sikapnya jelas menunjukkan kurang rasa hormat pada guru dan mengundang murid-murid lain mentertawakan saya kerana diejek oleh murid tersebut.

3. Cadangan untuk memperbaiki a) Saya perlu bertegas didalam kelas supaya murid mengikuti arahan yang saya berikan. b) Saya perlu menggunakan pendekatan psikologi terhadap murid yang bermasalah. c) Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan pendapat daripada pensyarah dan guru pembimbing ataupun guru-guru lain disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4. Tempoh masa Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kawalan kelas yang baik adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini diatasi secepat mungkin sudah pasti semua proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti yang dirancangkan.

5. Penilaian kejayaan Saya akan meminta guru pembimbing atau rakan-rakan yang lain memberi penilaian terhadap kejayaan saya. Selain itu saya juga akan membuat pemerhatian terhadap keberhasilan strategi tersebut.

6. Tindakan susulan Semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya akan memberikan tumpuan yang lebih kepada murid yang bermasalah dan nakal. Ini akan

membuatkan murid tersebut berasa segan untuk menjadi nakal dan merubah diri kepada seorang yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai