P. 1
Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana

|Views: 11|Likes:
Dipublikasikan oleh Izwanis Yaakub

More info:

Published by: Izwanis Yaakub on Aug 24, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2015

pdf

text

original

Baca dan fahami teks di bawah.

Gotong Royong Perdana SK Seri Tasek Bersempena dengan Hari Guru Kebangsaan 201 3 pada 16 Mei 2013, Sekolah Kebangsaan Seri Tasek telah mengadakan aktiviti Gotong Royong Perdana pada 15 Mei 2013 tepat jam 8.30 di sekitar kawasan sekolah. Gotong royong sebenarnya bukan sahaja satu aktiviti dapat mewujudkan sekolah yang bersih dan ceria malah dapat mewujudkan suasana sekolah yang selamat untuk semua warga sekolah. Gotong Royong Perdana ini dijalankan dengan meriah sekali kerana

melibatkan semua murid, guru dan staf. Kerjasama semua pihak mencurahkan tenaga dan keringat pada hari yang amat bermakna ini telah me wujudkan persefahaman dan kemesraan antara warga sekolah Seri Tasek. Aktiviti ini juga mampu menyatukan warga sekolah bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sebelum memulakan gotong royong, semua guru berkumpul di Dewan Terbuka untuk satu taklimat pembahagian tugas . Manakala, murid pula telah berkumpul pada pukul 9.00 pagi di tapak perhimpunan untuk pembahagian tugas. Antara tugas yang dilaksanakan pada gotong royong ialah menyapu sampah, mengutip sampah, mengecat pintu masuk, laluan zebra, membersihkan dewan, dan taman, kawasan perkarangan sekolah, longkang serta melukis mural di d inding sekolah. Berbekalkan kepada kerjasama semua pihak, kawasan sekolah nampak lebih bersih dan ceria hanya dalam masa yang pendek. Walaupun gotong royong memenatkan namun semua pihak amat berpuas hati kerana persekitaran sekolah bukan sahaja telah diceriakan malah hubungan antara murid, guru dan staf menjadi semakin erat. Dengan adanya amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bermuafakat dan menyerlahkan lagi semangat perpaduan. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Setelah selesai dan sebelum bersurai , semua warga sekolah yang terlibat dijemput untuk berehat dan menikmati makanan yang telah disediakan pada pukul 11.30 pagi.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->