Anda di halaman 1dari 2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN.

. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Jenayah Rentas Sempadan 1. Jenayah rentas sempadan merujuk kepada jenayah yang a) b) 2. berlaku di sesebuah negara yang dilakukan oleh penjenayah dari negara lain berlaku di sesebuah negara dan penjenayah melarikan diri ke negara lain

Jenayah renras sempadan melibatkan sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan melibatkan kes-kes yang membawa keuntungan yang tinggi seperti pengedaran dadah, pemerdagangan orang dan penjualan senjata api. Dalam menanani jenayah rentas sempadan, Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa buah negara lain untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan melalui perjanjian ekstradisi. Melalui perjanjian ekstradisi, sesebuah negara, atas permintaan negara yang lain, menyerahkan penjenayah yang disyaki itu kembali kepada negara yang membuat permintaan itu supaya penjenayah itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara itu. Sebagai contohnya, apabila penjenayah yang melakukan jenayah di Malaysia melarikan diri ke negara lain yang ada peerjanjian ekstradisi dengan Malaysia, Malaysia boleh meminta negara tersebut menyerahkan penjenayah itu kembali kepada pihak berkuasa Malaysia supaya dapat dikenakan tindakann sewajarnya mengikut undang-undang Malaysia. Malaysia telah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia dan India. Secara amnya, negara yang membuat permintaan ekstradisi perlu membuktikan bahawa: a) b) c) d) e) Jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang disyaki itu adalah cukup serius; Terdapat kes prima facie terhadap penjenayah yang dituntut itu; Jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang disyaki itu juga jenayah di negara tempat penjenayah itu berada; Penjenayah yang diekstradisi itu akan menerima pembicaraan yang adil di negara penerima; Hukuman yang mungkin dikenakan adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

3. 4.

5.

6. 7.

8. 9.

Persefahaman dengan China telah dilakukan untuk membanteras jenayah perdagangan manusia dan jenayah merentasi sempadan. Malaysia juga mengadakan persefahaman dengan Australia dan Indonesia bagi menangani konflik bersama ini. Perkongsian maklumat dan risikan antara ketiga-tiga negara diharap dapat diambil sebagai langkah pencegahan segera sebelum suatu aktiviti keganasan berlaku.

10. Malaysia juga memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Amerika Syarikat khususnya dalam mempertingkat kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan. Malah bukan sahaja MoU yang ditandatangani, Kuala Lumpur-Washington juga bekerjasama dalam mengekang percambahan senjata pemusnah besaran (WMD) serta perdagangan bahan strategik. Contoh soalan Jenayah Merentas Sempadan

Bahagian A :
1.

Mengapakah negara-negara perlu menandatangani perjanjian ekstradisi? A Menyelesaikan masalah perdagangan antara dua buah negara B Mengeratkan hubungan antarabangsa antara negara berjiran C Menyelesaikan masalah jenayah yang melibatkan dua buah negara D Menyelesaikan masalah pertikaian sempadan antara dua buah negara Yang manakah syarat-syarat perlu dipenuhi sebelum ekstradisi boleh dilaksanakan? I Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius II Tuntutan daripada keluarga penjenayah III Terdapatnya kes prima facie penjenayah yang dituntut itu IV Jenayah yang dilakukan ialah jenayah merentas sempadan A B I dan II I dan III C D II dan IV III dan IV

2.

PENGAJIAN AM STPM Penggal 3

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

BAHAGIAN C

ESEI

POLITIK ANTARABANGSA

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam hubungan antarabangsa ialah wujudnya jenayah rentas sempadan yang dilakukan oleh warga asing dan kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menangani. Jelaskan. Rangka Jawapan Pengenalan Malaysia berhadapan dengan jenayah rentas sempadan yang dilakukan oleh warga asing Beberapa punca jenayah ini dan kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menanganinya A : Punca jenayah rentas sempadan Isi 1 : Tertarik oleh keadaan ekonomi Malaysia Kemajuan ekonomi Malaysia mewujudkan peluang pekerjaan Banyak warga asing sanggup memasuki Malaysia secara haram meskipun berhadapan dengan hukuman yang berat Warga asing yang menganggur melakukan jenayah untuk mencari wang Wanita asing menawarkan perkhidmatan seks Meningkatkan jenayah dalam Malaysia Isi 2 : Sindiket penipuan dan penyeludupan Warga asing yang dibawa masuk oleh ejen pekerjaan untuk bekerja di Malaysia tidak diberi pekerjaan Terdapat wanita warga asing yang ditipu oleh ejen atau sindiket untuk aktiviti pelacuran di Malaysia Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menggunakan Malaysia sebagai negara transit Isi 3 : Kelemahan penguatkuasaan Sistem kawalan di sempadan Malaysia tidak ketat Mudah dibolosi oleh pendatang asing tanpa izin dan penyeludup dadah dari negara jiran Kelemahan penguatkuasaan undang-undang dalam negara menyebabkan pendatang asing tanpa izin sukar ditangkap Penjenayah asing juga sukar dikesan B : Langkah untuk mengatsi jenayah rentas sempadan Isi 4 : Penguatkuasaan undang-undang lebih tegas Kawalan di pintu sempadan perlu dilakukan lebih tegas Melakukan penambahbaikan dengan penggunaan sistem biometric terhadap pendatang warga asing Menggunakan teknologi dalam kaedah penguatkuasaan untuk mengesan Meningkatkan kemahiran penguatkuasaan oleh pegawai imigresen, pegawai kastam dan anggota polis Isi 5 : Kerjasama antarabangsa Mewujudkan kerjasama antara Malaysia dengan pihak berkuasa antarabangsa seperti INTERPOL dan kerajaan luar negara Perkongsian maklumat penjenayah untuk menangani masalah seperti pengedaran dadah antarabangsa Kesepaduan dan keselarasan dalam pengawalan jenayah rentas sempadan Isi 6 : Kerjasama anggota masyarakat Anggota masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam membanteras je nayah yang dilakukan oleh warga asing Maklumat daripada anggota masyarakat membolehkan banyak tangkapan dilakukan terhadap warga Iran yang terlibat dalam pemprosesan dadah di kediaman Melaksanakan mekanisme untuk mempermudah anggota masyarakat membuat laporan serta pemberian penghargaan dan perindungan Kesimpulan : Jenayah rentas sempadan menjejaskan kedaulatan negara Perlu dikawal dengan lebih tegas Format Jawapan : 3 + 2 / 2 + 3

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara