Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI : RAJESWARY A/P KUMAR ( 871017 56 5512 ) Kalau tak dipecahkan ruyung,manalah dapat sagunya.

a.demikian jugalah halnya dengan tugasan projek Pendidikan Jasmani Akademin ( 2311P4 ) yang diberikan kepada saya sebagai pelajar kursus Persediaan Progran Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester dua.Saya menangani projek ini dengan sepenuh hati dan bersungguh sungguh.Natijahnya banyak maanfaat yang saya peroleh sepanjang menyelesaikan tugasan projek ini. Maanfaat yang sangat jelas ialah, saya dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan saya, khususnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan Saya banyak memperoleh idea atau dapat mengetahui Olahraga khususnya lari berganti - ganti melalui buku- buku dari pusat sumber, internet dan pensyarah pembimbing En.Hamidi .Sesunggunya, melalui tugasan projek ini saya banyak meluaskan pandangan saya terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani ini. Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya telah menenrima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.Setelah banyak membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami bagaimana Pendidikan Jasmani membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak kanak , kepentingan pergerakan asas dan lain lain perkara yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan pendidikan jasmani ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru , satu hari nanti semua ilmu pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru.saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini.Melalui pembelajaran sejarah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Tuhan saya akan praktikan sebaik mungkin nanti.Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada pada pelajar saya.Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pendidikan Jasmani ini dimana dengan hanya betul betul memahami barulah saya dapat laksanakan tugas saya sebagai seorang guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna dengan ilmu pengetahuan tentang pendidikan jasmani Selain itu proses penyiapan tugasan projek ini yang saya laksanakan dan perbincangan antara rakan rakan telah membuatkan hubungan silaturahim antara kami semakin rapat.Sikap tolenrasi dan berkerjasama pensyarah dan rakan rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses penyiapan tugasan projek ini.Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan rakan dan capa pengajaran pensyarah pembimbing dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan rakan bagi melaksanakan tugasan projek ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi.Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.Selain itu , tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam proses penyiapan tugasan projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya , tugasan projek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan model insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai