Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING, 21020 KUALA TERENGGANU

CADANGAN KERTAS KERJA TERAPI BOWLING DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

ANJURAN :

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ( PPKIBP ) SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING 21020 KUALA TERENGGANU TERENGGANU

KERTAS CADANGAN TERAPI BOWLING DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

1. PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting merupakan sekolah yang mempunyai Program Integrasi Murid-Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pada tahun ini, bilangan murid adalah menjadi 15 orang murid dari pelbagai kategori. Lawatan Peningkatan Minda ini akan membawa murid-murid

bermasalah ke Terengganu Equestrian Resort bagi menimba pengalaman dan mengalami sendiri cara bermain bowling. Seramai 15 orang murid dengan diiringi 4 orang guru, dua orang guru praktikum dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid akan terlibat dalam program ini.

2. RASIONAL Program terapi ini diharapkan akan dapat memberi lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang berbeza kepada murid murid bermasalah pembelajaran ini. Ia juga dapat membekalkan murid dengan pengalaman sebenar yang akan mereka gunakan pada masa akan datang. Di samping itu, ia juga amat penting untuk mengembangkan minda serta dapat meningkatkan motivasi murid murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. OBJEKTIF Murid dan guru dapat meluaskan bidang pengajaran dan merasai pembelajaran yang realistik. Dapat meluaskan pengalaman murid tentang TER, dari segi kewujudan dan fungsinya serta kemudahan kemudahan yang disediakan. Meningkatkan kemahiran sosial murid dengan masyarakat luar dan persekitaran.

4. SENARAI AHLI JAWATANKUASA TERAPI BOWLING KE TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

JAWATANKUASA TERAPI BOWLING Pengerusi Penyelaras PPKIB : En. Ahmad bin Embong : En. Juhaimi bin Jaafar

PENYELARAS PROJEK 1. Pn Hamisah bt Ismail

KETUA PROGRAM 1. Cik Fatiha bt Ahmad Zainul Parhi

PENOLONG KETUA PROGRAM 1. Cik Nur Afifa bt Mohd Zaid BENDAHARI 1. Pn Amirah bt Alias

AJK PERHUBUNGAN 1. En Juhaimi b Jaafar

AJK MAKANAN DAN MINUMAN 1. Pn Rosmawani bt Sapiain

AJK KAWALAN MURID 1. Puan Subihah bt Jusoh 2. Pn Noor Shafawati bt Hashim

5.

SUMBER KEWANGAN 1. 2. 3. PCG Bantuan Ko-kurikulum (BKK) Sumbangan guru-guru Bayaran yuran murid

6.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Makan

15 x RM 5

= RM 75

Terapi bowling

15 x RM 4

= RM 60

Pengangkutan (van)

1 x RM 120

= RM 120

Cenderahati

15 x RM 3

= RM 45

JUMLAH KESELURUHAN

= RM 300

7. KUMPULAN SASARAN Semua murid Pendidikan Khas dan guru guru serta Pembantu Pengurusan Murid.

8. PENGANJUR Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Padang Kemunting,Kuala Terengganu.

9. TEMPOH Tarikh Hari Masa : 12 Mac 2013 : Selasa : 7.45 pagi 1.15 petang

10. CADANGAN TENTATIF DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT ( TER ) Tarikh Hari MASA 7.30 pagi :12 Mac 2013 :Selasa TENTATIF - Berkumpul di kelas untuk taklimat ringkas daripada Penyelaras PPKIBP tentang aspek keselamatan, pengangkutan dan sebagainya - Bertolak ke TER 9.00 pagi - Di jangka sampai - Taklimat ringkas dari wakil TER - Lawatan ke sekitar Sport Centre TER - Terapi bowling dijalankan 11.30 pagi 12.00 tengahari 1.15 tengahari Rehat Bertolak pulang Sampai di sekolah

11. SENARAI NAMA PESERTA Senarai nama peserta termasuklah murid , guru, guru pelatih dan pembantu pengurusan murid seperti lampiran (A).

12. PENUTUP Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat kerjasama daripada semua pihak agar segala objektif yang diharapkan akan tercapai.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

. ( FATIHA BT AHMAD ZAINUL PARHI) Setiausaha Program Terapi Bowling, SK Padang Kemunting Kuala Terengganu.

.. (EN JUHAIMI B JAAFAR) Penyelaras Program PPKIBP SK Padang Kemunting Kuala Terengganu.

ULASAN DARI GURU BESAR .. .. TINDAKAN LULUS / TIDAK LULUS / KIV

Diluluskan oleh,

. ( Ahmad bin Embong ) Guru Besar, SK Padang Kemunting Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai