Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran asas bola tampar 1. Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan.

Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Servis atas kepala Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Fasa Perlaksanaan

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan. Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan

3) Fasa ikut lajak


Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang. 2) Fasa Perlaksanaan Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus. 3) Fasa Ikut Lajak Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Aktiviti Memanaskan badan

Kebaikan memanaskan badan FAKTOR utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut. Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia. Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

Aktiviti Menyejukkan Badan Kebaikan menyejukkan badan SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

Memanaskan badan Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia

bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan. Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan. Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.

Menyejukkan badan Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan. Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.