Anda di halaman 1dari 5

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah negara, bangun atau runtuhnya sesebuah negara tersangat bergantung kepada maju

dan mundurnya pendidikan di negara berkenaan. Demi kemajuan dan keupayaan negara kita Malaysia dalam menangani cabaran globalisasi yang berkembang dengan pesat, kita harus memastikan pendidikan di negara kita dapat berubah mengikut tuntutan zaman, beroperasi secara berkesan dan berselaras dengan perkembangan pendidikan dunia terkini. Negara kita Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran pendidikan secara sentralisasi, dasar dan hala tuju secara menyeluruh pendidikan negara telah pun ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dan sekolah-sekolah di seluruh negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, berjaya atau gagalnya sesuatu dasar kerajaan tersangat bergantung kepada keberkesanan kepemimpinan pengetua atau guru besar di peringkat sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara. Pemimpin yang berwibawa adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Banyak langkah telah pun diambil oleh kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan negara supaya tercapainya hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan ( Center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat kebangsaan pada abad ke-21. Kita tidak dapat menafikan kebenaran bahawa, hanya menerusi peningkatan pendidikan negara kita ke taraf dunialah yang dapat kita menjana pembangunan sumber manusia negara kita dari segi kuantiti dan kualiti dan seterusnya merealisasikan impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 seperti yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari, 1991. Pengumuman Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada thuan 2007 pula bermatlamat untuk menyediakan seluas-luas akses, meningkatkan ekuiti serta memastikan pendidikan berkualiti dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Dalam pelancaran Enam teras

bidang keberhasilan utama negara (NKRA) oleh perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya (Bernama, 27 Julai 2009) tetap memberii keutamaan dalam bidang pendidikan berkualiti. Empat sub-NKRA. iaitu memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, meningkat kadar literasi dan numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang. Dalam pemilihan sekolah berprestasi tinggi (SBT), sumbangan dan kepimpinan pengetua atau guru besar yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolahnya sehingga terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi diberi ganjaran dan pengiktirafan. Guru besar merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah.Begitulah kurniaan tuhan maha ehsa zahirnya seorang tokoh berwawasan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kempas yang bernama Fuziah Binti Haji Hasan, PIS. seorang tokoh guru yang berkualiti dari segi aspek kepimpinan yang tinggi dan pandai mengurus dan mentadbir sekolah kami yang terpencil bagi melahirkan generasi berkualiti. Sejak menjejak kaki di sekolah kami ,Demi keberkesanan pelaksanaan segala dasar pendidikan secara efektif dan inovatif di peringkat sekolah. Beliau melaksanakan kepimpinannya sebagai seorang guru besar yang berkesan. Beliau seorang pejuang bangsa berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan murid-murid mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolah kami ke peringkat yang paling gemilang. Mengikut pandangan timbalan perdana menteri merangkap Menteri pelajaran iaitu Yang Berhormat Muyudin Bin Haji Yasin berpendapat bahawa, kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan pengetua atau guru besar. Ini bermakna bahawa, pengetua atau guru besar haruslah mempunyai pelbagai kebolehan, selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang dapat menjadi teladan dan rujukan kepada para guru, beliau juga harus berkebolehan untuk menginterpretasikan perubahan dalam sekolah, berkemahiran menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuai dan tepat pada situasi yang berlainan, mampu memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited dengan segala urusan dan aktiviti di sekolah. Semua yang

diutarakan oleh beliau telahpun menjadi darah daging dan dari zahirnya Puan Fuziah memiliki kriteria tersebut sejak bangku sekolh lagi. Beliau juga memiliki keunikan iaitu beliau berupaya memperolehi kerjasama yang erat dari komuniti tempatan dalam usaha membangunkan dan membina suasana sekolah yang konduksif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha pembentukan pelajar, modal insan kelas pertama di SK Kempas walaupun hanya 6 bulan berkhidmat di sekolah kami. setiap pelaksannan dasar baru di sekolah menjadi fokus utama oleh masyarakat sekolah dan sentiasa mendapat sokongan padu daripada masyarakat setempat di tempat saya. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa, ibu bapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi pada kepimpinan guru besar hal ini menjadi bukti yang kuat apabila sejak kehadiran beliau ke sekolah kami para ibu bapa menaruh harapan tinggi bagi melonjakkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013.

CIRI-CIRI ISTIMEWA PUAN FUZIAH

Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengalaman luas, tegas, prihatin, tidak mengenal erti putus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru-guru dan murid-murid. Beliau juga sentiasa bersikap positif, penyayang, dan sentiasa menginginkan kecemerlangan murid-murid SK Kempas terutama dalam bidang akademik ,kokurikulum dan sahsiah. Sebagai Guru Besar beliau sentiasa berpegang pada motto Muridku Anakku Sayang. Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

1) BERFIKIRAN TERBUKA (OPEN-MINDED) DAN BERPANDANGAN JAUH (FARSIGHTED),

2) MENJALINKAN HUBUNGAN YANG MESRA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN DAN BAWAHAN SERTA RAKAN-RAKAN SEJAWATNYA (THE GREATNESS OF A BIG MAN LIES IN THE WAY HE TREATS LITTLE MEN),

3) MENGAMBIL BERAT TENTANG KEBAJIKAN KAKITANGANNYA SENTIASA BERPERIKEMANUSIAAN DAN BERTIMBANGRASA,

DAN

4) TIDAK MENGGUNAKAN SEMATA-MATA PANGKAT DAN KUASA UNTUK BERTINDAK,

5) BERSEDIA MENDENGAR DAN MENGAMBILKIRA PANDANGAN DAN CADANGAN PEGAWAI-PEGAWAINYA SEBELUM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN,

6) SEDIA MENERIMA HAKIKAT BAHAWA ADA ORANG LAIN YANG MUNGKIN LEBIH BERPENGETAHUAN ATAU LEBIH MAHIR DARIPADANYA MENGENAI SESUATU BIDANG ATAU PERKARA,

7) TEGAS TETAPI ADIL DAN SAKSAMA,

8) MENGKRITIK DAN MENEGUR SACARA MEMBINA,

9) SEDIA MENGAMPUNI SESEORANG YANG BERSALAH, JIKA TIDAK BERAT KESALAHANNYA,

10) MENGEKSPLOITKAN KEKUATAN-KEKUATAN BUKANNYA KELEMAHAN-KELEMAHAN MEREKA,

SETIAP

PEGAWAINYA,

11) MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG KEMASKINI-MEMBERI PERHATIAN KHAS KEPADA IDEA-IDEA YANG BARU,

12) BERSIKAP POSITIF, SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH,

13) BERANI DAN SEDIA MENGEMUKAKAN PENDAPAT YANG MUNGKIN BERCANGGAH DENGAN PANDANGAN ATAU PENDIRIAN PIHAK ATASAN TETAPI RELA MENERIMA KEPUTUSAN MUKTAMAD PIHAK ATASAN.

Anda mungkin juga menyukai