Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 2

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA 29 JULAI - 2 OGOS 2012 (Ahad-Khamis)

1- MASALAH Masalah terbesar yang saya hadapi pada minggu kedua di SK Lubuk Kawah ini ialah berkaitan dengan masalah muird-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Masalah ini mula dikesan apabila saya mula memasuki kelas mereka dan meminta mereka untuk menulis biodata diri mereka di atas kertas. Seterusnya, kelemahan saya adalah saya tidak mengenali kebanyakkan murid saya. Semasa mengajar dan apabila saya perlu memanggil nama mereka,saya merasakan satu kekesalan apabila tidak dapat memanggil dengan nama mereka yang kemudiaannya saya tukarkan kepada kamu sahaja. Apbila saya mahu menegur mereka bebuat kesalahan, saya merasakan amaran saya tidak seberapa apabila saya sendiri tidak boleh menyatakan siapa dengan tepat yang berbuat kesalahan tersebut. 2- ANALISIS Saya telah melayari Internet bagi mencari beberapa punca mengapa murid-murid masih belum boleh menguasai kemahiran membaca. Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dan lain-lain) dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dan lain-lain).

MINGGU 2

ii. Faktor kognitif dan bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. iii. Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya. Sumber : http://masalahbaca.blogspot.com/ Saya berpendapat, kebanyakan murid-murid saya yang mengalami masalah pembelajaran ini disebabkan faktor yang kedua dan ketiga iaitu faktor kognitif dan bahasa dan faktor emosi, persekitaran dan pendidikan. Hal ini kerana semasa sesi perkenalan diri, saya mendapati murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca ini datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah kerana rataratanya lahir dari keluarga petani. Mereka juga mempunyai kecerdasan akal yang agak rendah kerana apabila saya melakukan imbasan pembelajaran yang lepas,

MINGGU 2

masih ramai yang gagal untuk menjawab soalan dan mengeja sesuatu perkataan dengan betul walhal mereka telah pun mempelajari topik berkenaan. 3- CADANGAN UNTUK MENGATASI Untuk mengatasi masalah murid-murid yang kurang berkemahiran membaca ini, saya perlu mengajar mereka dengan menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian seperti mengisi huruf-huruf di dalam petak yang disediakan selain sentiasa memberi galakan kepada mereka untuk terus belajar menguasai pembelajaran dan memberi semangat supaya mereka tidak putus harapan untuk belajar membaca walaupun secara perlahan-lahan. Seterusnya, saya perlu sentiasa bersabar untuk melayan karenah mereka ketika mereka diberi peluang untuk menunjukkan jawapan mereka di hadapan kelas dan sedaya-upaya untuk tidak memberi tekanan kepada mereka jika mereka silap mengeja sesuatu perkataan. Selain itu juga, saya perlu menguasai kaedah mengajar membaca yang pernah dipelajari sebelum ini iaitu kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya. Saya cuba mengingati nama pelajar saya semasa di dalam kelas dan juga di luar kelas.Jika ada pelajar yang menegur saya dan saya tidak mengenali mereka saya cuba untuk bertanya nama mereka.Kebiasaannya yang menegur saya adalah orang yang sama. Saya juga menyediakan satu senarai nama yang kecil berserta tempat duduk mereka sebagai rujukan saya semasa mengajar di dalam kelas. Saya akan mendekati mereka dengan lebih dekat selepas ini di dalam kelas. Mana-mana ada perbuatan yang kecil yang meraka boleh lakukan saya akan meminta lakukan,contohnya menyapu papan hitam,mengeja,membaca dan mengambil barang-barang saya di atas meja. Ini penting agar mereka berasa selamat untuk berinteraksi dengan saya dan yang paling penting berasa yakin untuk bergaul dengan orang lain.

4- TEMPOH MASA Tempoh masa yang saya perlukan untuk mengatasi masalah ini ialah tidak meletakkan tempoh yang khusus kerana tindakan yang dilaksana adalah tindakan untuk jangka masa yang panjang dan bukannya pendek. Hal ini kerana saya perlu

MINGGU 2

merancang strategi pengajaran yang khusus bagi mengajar mereka meskipun mereka masih merangkak-rangkak lagi untuk membaca. Setiap tindakan haruslah bermula dengan perancangan dan saya perlu lebih bekerja keras bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar kerana saya hanya mempunyai masa selama 6 minggu lagi untuk bersama mereka.

5- PENILAIAN KEJAYAAN Dalam keadaan ini,saya meminta guru pembinbing untuk menilai kejayaan tindakan saya dalam mengatasi masalah ini. Saya juga meminta pandangan dari rakan praktikum. 6- TINDAKAN SUSULAN Pada minggu ini saya perlu menyiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal dalam melayan kerenah-kerenah murid yang mempunyai kepelbagaian latar belakang, sikap dan kemampuan ini di samping memikirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mampu disertai oleh semua murid meskipun ada yang masih belum dapat membaca dengan baik. Saya juga perlu lebih tegas dengan setiap tindakan saya agar mereka menghormati saya sebagai guru dan bukannya sebagai rakan mereka.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai