Anda di halaman 1dari 1

CORAK EKONOMI RAKYAT KELANTAN Kedudukan geografi negeri Kelantan yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, terpisah

dengan Banjaran Titiwangsa, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand, banyak mempengaruhi keunikan sosio-budaya dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan yang berjumlah hampir dua juta tersebut. Kaya dengan pelbagai sumber asli, baik di daratan mahupun di lautan, Kelantan yang dianggap sebagai sebuah negeri agrarian (pertanian) menyaksikan aktiviti ekonomi rakyatnya berkaitrapat dengan aktiviti perniagaan, pertanian dan perikanan yang banyak bergantung pada tahap aliran Sungai Kelantan dan alunan ombak di pesisiran pantainya. Persepsi dari kaca mata pihak luar terhadap tahap ekonomi negeri Kelantan sering dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan, dan pengangguran, namun rakyat Kelantan turut disinonimkan dengan daya berdikari dan sifat bermuafakat, menjadikan mereka mempunyai dayatahan dan kekuatan tersendiri dalam mengharungi kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai