Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG 2012 Pendahuluan Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2012 .

Murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK Permatang Bertam. 1.0 Objektif 1.1 Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan nyaman. 1.2 Membasmi dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. 1.3 Memupuk semangat kerjasama untuk membersihkan persekitaran sekolah dan melahirkan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan sepanjang masa. 1.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan warga sekolah dan AJK PIBG. 2.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Permtang Bertam, murid-murid tahap 2 dan guru-guru. 3.0 Rasional Menjayakan Program 3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 4.0 Justifikasi Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid , pekerja dan AJK PIBG menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi. 5.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Permatang Bertam

6.0 Tarikh Perlaksanaan 14 April 2012 8.0 Tentatif Program : MASA 7.30 pagi 7.40 pagi 8.00 pagi 10:30 pagi 11.00 pagi 12.00 tengah hari 1.30 petang 9.0 Penutup Program Gotong Royong Perdana adalah salah satu program tahunan sekolah dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru SK Permatang Bertam. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, Rumahku". AKTIVITI Berkumpul di Tapak Perhimpunan Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi Gotong Royong bermula Rehat Program Kitar Semula Pertandingan Mewarna Tahap 1 Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Bersurai

10.0 Penghargaan/ Terima Kasih Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Pemborong Barangan Kitar Semula AJK Sekolah Selamat AJK Kitar Semula Dan semua warga SKPB yang terlibat . Semoga keringat yang dicurahkan diberkati Allah