Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Seni

Dalam Pendidikan yang telah memberikan satu tugasan yang penuh bermakna dan berfaedah kepada saya. Tugasan ini mengandungi dua bahagian iaitu tugasan A yang memerlukan saya menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian dengan mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Bagi tugasan B pula, saya dikehendaki menghasilkan satu penulisan akademik mengenai kepentingan mengintegrasikan seni dalam pendidikan dalam menjayakan proses pengajaran di bilik darjah. Saya dapati tugasan yang diberi ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami berbagai teknik dan kaedah untuk menarik minat anak didik memberi fokus dan seterusnya menjadikan pembelajaran menjadi menarik. Pencarian maklumat berdasarkan tugasan telah membuka ruang yang luas kepada saya untuk meneroka topik perbincangan secara lebih mendalam.Sebagai contoh dalam mencari bahan bagi tugasan membina dan mengguna bahan bantu mengajar ,saya dapat mengetahui mengenai berbagai sumber grafik,klip video,muzik,karektor dan juga gambar dapat digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar. Melalui tugasan ini juga, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Dengan berbekalkan pengetahuan yang baru saya perolehi ini dapat menjadikan saya lebih mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian dan menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru nanti. Melalui tugasan ini juga saya telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah subjek walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri di mana pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin

disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seni didalam pendidikan dimana kombinasi tiga elemen iaitu seni muzi, seni lukis dan seni gerakan saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, tidak dinafikan saya menghadapi sedikit masalah berkaitan dengan pengurusan masa. Saya telah mengalami kebuntuan di mana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan lima tugasan yang lain. Namun dengan jadual masa yang tersusun dan teratur yang telah dibuat oleh saya dengan lebih awal, akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada tugasan kumpulan ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan sahaja dapat menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Akhir kata, tugasan ini memberi faedah kepada saya dari pelbagai sudut.