Anda di halaman 1dari 25

SATU KAJIAN AWAL TENTANG STRATEGI METAKOGNITIF-KOGNITIF-SOSIOAFEKTIF Oleh: Ali bin Haji Mahmood (PhD) Jabatan Bahasa Institut

Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Abstrak Kajian


Tatabahasa merupakan entiti bagi semua bahasa di dunia. Dalam hal ini, bahasa Melayu (BM) juga tidak terkecuali. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini bahawa tatabahasa BM harus dipelajari dengan strategi yang berkesan untuk dikuasai oleh penggunanya. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 47 tahun yang lalu dan BM telah menjadi bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa peradaban, namun ketidakfahaman tentang ketuntasan selok-belok bahasa ini masih wujud. Belum banyak kajian yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi tempatan selepas kita diperkenalkan dengan konsep pengajaran tatabahasa secara tidak formal dan kaedah komunikatif. Melalui konsep pendidikan bestari, pengajaran bahasa dilaksanakan melalui strategi mediatif, direktif, kontekstual, dan konstruktivisme sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun, banyak lagi strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang boleh diterokai. Oleh yang demikian, pengkaji cuba mengetengahkan strategi metakognitif-kognitif-sosioafektif. Di barat, saranan tentang strategi ini telah dilakukan oleh OMalley dan Brown, H.G (2001) dan Hedge, T (2004). Dalam kajian yang dilakukan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif inferensi. Instrumen yang digunakan ialah soalan ujian pra dan pasca, pemerhatian, soalan selidik terfokus, dan temu ramah. Sampel yang digunakan hanya 15 orang murid tahun lima di sebuah sekolah di Lembah Klang. Walau bagimanapun, mereka ini tidak mewakili seluruh pelajar yang berada di luar kajian ini. Dapatan yang diperoleh, dihuraikan dengan cara frekuensi dan deskriptif. Dapatan kajian ini akan memperkaya khazanah penyelidikan bahasa Melayu dan boleh digunakan di peringkat sekolah menengah dan rendah dan menengah di negara kita.

PENDAHULUAN Latar Belakang Pengetahuan tatabahasa sangat penting untuk mewujudkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan pengguna bahasa. Pengetahuan ini membolehkan pengguna sesuatu bahasa memilih dan menyusun perkataan mengikut urutan yang betul bagi menyampaikan idea, fikiran, dan hasrat tertentu. Koh (1990) mengandaikan bahawa tatabahasa sebagai nadi yang menghidupkan sesuatu bahasa dan menjadikannya sebagai alat komunikasi yang berkesan. Hall dan Birkits (l994) telah menegaskan bahawa hubungan yang rapat antara kemahiran menyampaikan idea dalam penulisan dengan harapan dan kehendak pembaca amat berkait rapat. Menurut mereka, jika tatabahasa tidak teratur, penulis akan kehilangan khalayak. Hal ini berlaku kerana apabila penulis mengabaikan peraturan tatabahasa, pembaca akan keliru dan bosan. Pembaca juga akan gagal mengikut hala tuju penulis walaupun idea penulis bernas dan mengagumkan. Sehubungan dengan ini, tatabahasa diberikan tempat yang sewajarnya dalam kurikulum pendidikan tatabahasa Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi. Dalam konteks ini, Sukatan Pelajaran (SP), di semua peringkat, telah menitikberatkan penggunaan tatabahasa dan diajarkan secara terancang dan konteks yang sesuai (HSP., BM SR semakan 2003) Pengajaran yang menitikberatkan penggunaan dalam konteks dan secara terancang sesuai dengan saranan Goh (1991) yang menegaskan bahawa pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak hendaklah diajarkan asas tatabahasa yang betul. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di peringkat yang lebih tinggi, pengajaran yang berkesan dan bererti akan menghasilkan pengguna bahasa yang berketrampilan dan berkemampuan tinggi dalam penyampaian ilmu tatabahasa.

Definisi Operasional Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diberikan definisi semoga mudah difahami oleh pembaca. Antara istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti yang berikut:

. . .

Pengajaran bermaksud segala aktiviti tunjuk ajar yang dilakukan oleh

guru atau individu yang sama fungsi dengannya, secara formal atau pun tidak formal terhadap murid.

Strategi

bermaksud

segala teknik yang dipraktikkan oleh guru

semasa mereka berinteraksi dengan murid-murid, khususnya di bilik darjah. Pembelajaran ialah proses penerimaan ilmu oleh murid-murid. Hal ini kemampuan dan kesediaan mereka menerimanya daripada

melibatkan

guru/pengajar.

. .

Tatabahasa ialah sistem bahasa atau kenahuan. Dalam kajian ini,

tatabahasa yang dimaksudkan ialah tatabahasa bahasa Melayu.

Metakognitif ialah penggunaan strategi yang membolehkan murid

membuat generalisasi melalui latihan tentang input bahasa seperti kemahiran lisan, membaca dan memahami, dan menulis. Oleh itu, daripada guru dan mereka menyediakan tindakan susulan (2001). murid boleh menunjukkan progam pembelajaran kendiri untuk mendapatkan pandangan

Kognitif ialah aktiviti yang melibatkan minda seperti pengulangan yang

dilakukan dalam hati, penggunaan bahasa pertama seperti sebutan yang tepat untuk memahami bahasa lain dan akhirnya menggunakan kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana yang berkenaan dalam aktiviti bahasa yang dipelajari oleh mereka.

Sosioafektif pula bermaksud penggunaan informasi yang sesuai untuk

meneka makna daripada item baru dan melengkapkan informasi yang hilang. Oleh itu, dalam konteks ini, seseorang murid boleh bekerjasama dengan rakannya lain. Tatabahasa pegangan dalam kajian ini ialah Tatabahasa Dewan yang bersumberkan (DBP). Pernyataan Masalah Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan peperiksan berkaitan dengan tatabahasa. Mereka tidak memahami sistem ketatabahasaan. Kelemahan ini menunjukkan bahawa mereka perlu memahami asas tatabahasa secara sistematik. Kelemahan perancangan dan persediaan dalam kalangan guru pula menyebabkan aspek tatabahasa tidak dapat diajarkan dengan berkesan seperti fakta tang berikut . Yang pertama Hal ini dapat diteliti daripada temu ramah penyelidik dengan murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Kedua, guru mengajarkan tatabahasa secara formal dan cuba menyerapkan rumus tatabahasa yang menyebabkan murid tidak memahaminya dan berasa keliru. Hal ini juga menyebabkan mereka berasa bosan. Ketiga, ada guru yang Buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memperoleh pandangan, penyatuan informasi, dan akhirnya pembelajaran dapat dilaksanakan dengan strategi koloboratif, koperatif, dan lain-

mengabaikan aspek makna dalam pengajarannya di bilik darjah. kemahiran berbahasa yang lain dalam bilik darjah.

Keempat,

terdapat guru yang tidak menegaskan aspek tatabahasa sewaktu mengajarkan Kelima, murid tidak berusaha untuk mencari bahan di pusat sumber sekolah. Hal ini berkait rapat pula dengan kekangan masa yang begitu terhad. Akhirnya, guru menghadapi masalah ketidakcukupan masa, memilih, menyesuaikan, dan menggunakan bahan-bahan pengajaran yang sesuai yang menyebabkan pengajaran menjadi hambar dan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai. Berdasarkan masalah-masalah di atas, kajian tentang pengajaran dan pembelajaran tatabahasa yang lebih bermakna perlu ditingkatkan dalam kalangan murid yang bermasalah untuk memahami tatabahasa. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk memperoleh maklumat tentang kelemahankelemahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan data sama ada secara kuantitatif mahu pun kualitatif tentang pencapaian dalam kalangan sampel yang terbabit dengan kajian ini supaya penambahbaikan tentang pendekatan, kaedah, dan strategi pengajaran tatabahasa dapat dilakukan di sekolah-sekolah. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data tentang persepsi sampel terhadap cara dan gaya mereka menghadapi pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru di bilik darjah. Selain itu, pengkaji mencuba untuk mendapatkan bukti yang jelas tentang masa yang diperuntukkan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

selama ini, sama ada mencukupi atau pun tidak bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut, iaitu untuk;

. . .

mengetahui perspektif guru tentang pengajaran tatabahasa yang berkesan,

mengenal pasti strategi pengajaran tatabahasa yang dilakukan oleh guru di bilik darjah,

mengetahui tahap penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid.

Soalan Kajian Soalan kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti yang berikut:

. Apakah perspektif guru terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa


bahasa Melayu?

. Apakah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru? . Apakah tahap pencapaian dan penguasaan tatabahasa dalam kalangan
murid?

Sampel Kajian Kajian yang dilaksanakan ini melibatkan lima belas orang murid Kebangsaan Pandan Jaya, Kuala Lumpur. tahun

lima yang dipilih secara rawak bebas daripada tiga kelas, di Sekolah Kajian ini juga melibatkan tiga orang guru yang mengajarkan subjek bahasa Melayu. Batasan Kajian Kajian yang bercirikan kuantitatif dan kualitatif ini dihadkan dalam kalangan lima belas orang murid tahun lima daripada 125 orang murid yang belajar di sekolah ini. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa pertama pengenalpastian tajuk dan perancangan kajian , fasa kedua, pengenalpastian sampel dan fasa ketiga pula digunakan oleh pengkaji untuk mereka bentuk kajian, memperoleh dan mengumpulkan data serta menganalisisnya. Kajian ini dibataskan pada strategi Metakognitif-kognitif-Sosio-afektif bagi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah. TINJAUAN LITERATUR Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu di sekolahsekolah rendah adalah berpandukan SP BM KBSR Tahun Lima, yang diperbaharu pada tahun 2002. Antara kandungan ilmu tatabahasa yang dimuatkan dalam SP adalah seperti yang berikut, iaitu perihal kata dan ayat. Tatabahasa dijadikan sebahagian daripada elemen yang penting dan aspek ini diajarkan oleh guru mengikut perancangan yang diselaraskan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Unsurnya agak sedikit dan jumlah

interaksinya tidak mencukupi bagi membantu murid memahami ilmu tatabahasa dengan baik. Kajian yang menitikberatkan strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu, unsur atau ilmu tatabahasa amat diutamakan. Murid perlu memahami sistem bahasa, bahasa Melayu baku dengan baik. Hal ini telah diselidiki oleh Harmer (2002) yang menegaskan bahawa dalam masa kita memperbanyak dan memperkaya bahasa, aspek peraturan bahasa tidak boleh diketepikan begitu sahaja. bahasa, Beliau menambah bahawa sesetengah peraturan bahasa itu dapat difahami secara terus tetapi banyak peraturan kompleks sifatnya, dan sebahagiannya menyeleweng (kefahaman) telah dipelajari. tidak dapat murid-murid. Oleh sebab tidak menguasai dalam tidak kotak dapat Kesannya, mereka mereka (pemikiran) mengadaptasikannya daripada asas yang peraturannya, pemahaman

mengaplikasi ilmu tatabahasa dalam akativiti lisan dan tulisan. Dalam perbahasannya, Harmer (2002) menambah bahawa pembezaan harus dilakukan antara nahu desktriptif dengan tatabahasa kenahuan. Yang difahami pengkaji akan maksud Harmer ialah tatabahasa haruslah didedahi peraturannya walau apa strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan supaya pelajar dapat menguasai ilmu kebahasaannya.. Hal ini sangat penting di sekolah rendah atau dasar. Swan, (dalam. Harmer 2002), menegaskan bahawa ilmu tatabahasa yang dipermudah akan menyebabkan murid dengan mudah memahaminya dan dapat menggunakannya dalam lisan dan tulisan. Di samping itu, mereka tahu pula membezakannya sama ada tatabahasa itu digunakan dalam situasi formal atau pun tidak. Jika ini berlaku, suatu kejayaan yang besar mungkin telah dicapai oleh gurunya. Setelah meneliti hal ini dengan semasak-masaknya, pengajaran tatabahasa bukan sahaja boleh dilaksanakan secara kontekstual, komunikatif, atau pembelajaran bahasa secara tak langsung, bahkan pengajarannya

hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan strategi dan penyerapan ilmu yang mencukupi agar murid berupaya mengaplikasinya dalam pelbagai situasi. Pengkaji merasakan bahawa seseorang murid itu dapat menguasai tatabahasa setelah mereka berupaya menguasai perbendaharaan golongan kata. dititikberatkan. Setelah murid-murid memahami makna dan Dalam hal ini, pemahaman makna perkataan amat kata, iaitu makna

menurut konteks, makna mengikut situasi, lawan makna dan medan makna, mereka akan mudah mengembangkannya (fungsi kata) menurut klasifikasinya dan kategorinya. Contohnya, perkataan makanan sebagai superordinatnya, boleh digolongkan kepada subordinatnya dan subordinatnya pula dapat dikategorikan dalam kelompok masing-masing, seperti contoh yang berikut;

Makanan daging ikan buah-buahan bijirin manggis sayuran

durian pisang tembikai nanas

Rajah 1: Pengkategorian Penggolongan Kata Mengikut Fungsinya. Disesuaikan daripada Harmer, 2002 Daripada pengkategorian seperti dalam Rajah 1, murid dapat mengembangkannya kepada beberapa fakta yang lain seperti; makanan

merupakan sumber yang penting, buah-buahan ialah punca pendapatan petani, eksport negara, sumber ekonomi, dan lain-lain fakta. Yang penting pada peringkat ini, mereka dapat mengolahnya dengan menggunakan daya fikir dan kefahaman mereka yang betul melalui pemprosesan idea. Di samping itu, koheren dan koherensi akan dijadikan instrumen untuk membina wacana yang mapan. Aspek ini perlu dilatih dari sudut lisan dan penggunaan tatabahasa yang mantap. Menurut Harmer lagi, kombinasi perkataan amat penting untuk mengukuhkan penggunaan tatabahasa yang bermakna. Di samping itu, kefahaman tentang penggolongan kata hendaklah ditekankan oleh guru kepada murid-muridnya. Penggolongan kata yang asas dalam bahasa Melayu ialah Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, dan Kata Tugas . Konsep ini memang tidak asing dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu. Seperkara lagi yang harus dititikberatkan oleh pendidik bahasa ialah penggunaan setiap kata berdasarkan diksi. Hal ini dibincangkan oleh Harmer dengan terperinci. Pada peringkat yang tertinggi Harmer membincangkan pengguaan wacana dalam penguasaan tatabahasa. Hal ini amat dipentingkan kerana wacana merupakan disiplin yang sangat penting untuk menjadi kayu ukur akan tahap kefahaman seseorang pelajar atau pengguna bahasa memahaminya. Hal ini demikian kerana wacana merupakan disiplin yang dapat membantu pengguna bahasa agar dapat menggunakannya dengan lebih tersusun. Pendapat ini dipersetujui oleh pengkaji, kerana analisis wacana boleh memberikan kesan terhadap penggunaan tatabahasa yang benar dan betul, sama ada dari sudut makna mahu pun kenahuan. Seterusnya, Harmer berpendapat bahawa pembelajaran bahasa bergantung pada kreativiti guru atau pendidik, seperti katanya;

10

In fact learning is the human activity which least needs manipulation by others. Most learning is not the result participation in a meaningful setting. (2002, hlm: 70) Celce (2001) berpendapat bahawa pengajaran tatabahasa haruslah disertai dengan kefahaman dan penanggapan subaspek yang lain, iaitu kefahaman dan pengusaan tatabahasa , penguasaan wacana, penguasaan sosiobudaya, dan penguasaan strategik dalam disiplin ilmu tatabahasa. Aspek yang tidak dapat dipisahkan ialah koheren dan koherensi. Hal ini akan membentuk kefahaman murid dari sudut penggunanan bahasa dalam perhubungan sama ada secara sistem panggilan ringkas, lisan, penulisan, malah apa-apa juga keperluan. Pendapat Celce ini dipersetujui oleh pengkaji dengan alasan bahawa dalam kemahiran komunikatif, semua elemen yang menunjukkan bahawa pengguna bahasa itu cekap hendaklah bergantung pada fahaman mereka berkaitan dengan aspek-aspek yang berikut, iaitu sosiobudaya, strategik, wacana, dan kenahuan. Pendapat ini banyak membantu pengkaji dalam menyelesaikan kekusutan yang dialami tentang strategi pengajaran berkesan. dan pembelajaran bahasa yang Walau bagaimanapun, Celce berpendapat bahawa salah satu

pengajaran yang berkesan adalah dengan menggunakan teknik komunikatif. Hal ini demikian kerana dengan teknik komunikatif, pengajar dan pendidik akan berupaya mewujudkan penggunaan bahasa banyak dipersetujui oleh pengkaji yang lain, Freeman (1999). secara berkesan. Hal ini juga seperti Brown (2002) dan Larsen-

11

Dapatan kajian Zainiyah (et.al, 2002) juga menunjukkan bahawa teknik komunikatif banyak membantu murid memahami tatabahasa secara praktikal. Soalnya adakah teknik ini sudah menjadi teknik yang muktamad dalam penyelesaian masalah pengajaran tatabahasa di sekolah rendah? Persoalan inilah yang akan cuba dibincangkan dalam kajian ringkas ini oleh pengkaji. Dampaknya besar kerana hasilnya kelak sedikit banyak akan mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah, tahap dua. Tambahan pula pada abad ini, kajian tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini dipandang sepi kerana masyarakat tidak memperoleh maklumat yang sejajar dengan realtiti penggunaan bahasa ini. Sama ada diakui atupun tidak, bahasa Melayu dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum sentiasa dan merupakan alat untuk membina negara bangsa. Penggunaan bahasa Melayu yang berkesan masih relevan dan masih belum ada bahasa lain yang lebih berkesan untuk menjadi bahasa perpaduan. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, pengkaji berpendapat bahawa strategi pengajaran tatabahasa yang berkesan amat diperlukan oleh murid-murid dan input ini dijadikan model yang dapat membantu mereka untuk memahami penggunaan tatabahasa. METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Metodologi kajian ini ialah kaedah inferensi. Metodologi ini bermaksud bahawa deskripsi diolah daripada kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh dihuraikan oleh pengkaji dengan kaedah kekerapan dan huraian kualitatif. Sampel kajian ini ialah murid tahap dua, tahun lima, di SK Pandan Jaya, dan guru yang mengajarkan bahasa bagi murid-murid di kelas ini ialah guru pelatih mod Kursus Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) yang menjalani praktikum dari bulan April

12

hingga bulan Julai, 2005. Lima orang murid dipilih secara rawak bebas bagi setiap kelas yang keseluruhan terdapat 185 orang murid. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan bagi populasi yang lain. Selain itu, soal selidik digunakan oleh pengkaji untuk guru dan murid. Temu bual dilaksanakan oleh pengkaji untuk membuat pemeriksaan menyilang dengan menggunakan penyoalan yang berfokuskan soalan kajian terhadap 15 orang sampel. Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji kerana dapatan daripada pemerhatian akan meneguhkan dapatan keseluruhan kajian ini. Analisis Data Penganalisisan soal selidik pelajar dan pensyarah secara frekuensi dan peratusan. dilakukan oleh penyelidik

Untuk memantapkan dapatan, pengkaji

menggunakan markah yang diperoleh sampel dan diproses dengan kaedah huraian kualitatif dan huraian berfokus berdasarkan soalan temu ramah. Angka-angka dan data diinterpretasikan oleh pengkaji dengan huraian Temu bual dan pemerhatian

yang lengkap berasaskan soalan kajian. dihuraikan oleh pengkaji secara deskriptif.

Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah pemerhatian di bilik darjah, iaitu tentang pengajaran dan pembelajaran guru pelatih. Bagi strategi ini, pengkaji membuat dua kali pemerhatian. Hasilnya juga dihuraikan secara deskriptif terfokus, iaitu berdasarkan soalan kajian yang telah dibentuk. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

13

Pendahuluan Dapatan dan perbincangan dalam bab ini berdasarkan soalan kajian yang telah dibentuk terlebih dahulu oleh pengkaji. Di samping itu, perbincangan yang yang difokuskan ini akan dilandaskan oleh pengkaji berpandukan soal selidik terhadap guru yang menjadi sampel kajian, hasil temu ramah, dan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji dalam beberapa sesi pengajaran guru. Dapatan dan perbincangan adalah seperti yang berikut: i. Berdasarkan soalan Apakah perspektif guru terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu? Berdasarkan temu bual yang dijalankan terhadap guru yang mengajarkan tatabahasa bahasa Melayu, mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai latar belakang pendidikan bahasa tetapi tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah ini. Mereka juga telah mencubakan pelbagai kaedah yang dirujuk daripada pelbagai sumber. Selain itu, mereka juga telah bersedia dengan bahan pengajaran dan pembelajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Namun demikian, ada masa yang tertentu, setengah-setengah guru mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti mempunyai tugasan rasmi di luar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi masa pengajaran yang efektif. Selain itu, ada kalangan guru yang menggunakan pengalaman sekadar yang ada tetapi tidak menggunakan dapatan terkini tentang maklumat tatabahasa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di bilik darjah. Sebagai contoh, kekemaskinian maklumat yang berkaitan dengan ayat majmuk tidak difahami secara mendalam oleh guru yang mengajarkan disiplin ini. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan fakta tentang ayat tersebut dengan tepat. Untuk menjadi rujukan silang dalam hal ini, pengkaji telah memperoleh data daripada item 17, iaitu jawapan sampel yang berkaitan dengan ketidaktepatan guru mengajarkannya kepada murid. 14

Walaupun guru mengakui pelbagai kaedah yang digunakan, namun hakikatnya mereka mengajar secara mendatar. Hal ini mengakibatkan pelajar berasa bosan dan ada yang tidak memahaminya. Maklumat ini diperoleh melalui item 16. Mereka lebih berminat sekiranya guru dapat mengaplikasikan bersahaja. ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam bilik darjah secara Persoalan ini ada kaitan dengan soalan kajian yang kedua, sebagaimana huraian yang berikut: ii. Berdasarkan soalan , Apakah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru? Semua guru yang menjadi sampel kajian ini mengakui bahawa strategi

penyampaian pengetahuan hendaklah dengan kaedah dan teknik yang sesuai. . Guru yang menjadi sampel kajian ini telah mereka memperkenalkan dikenal pasti oleh pengkaji bahawa kaedah induktif, deduktif, eklektif, komunikatif,

kontekstual, dan pelbagai kaedah yang lain tetapi mereka sendiri tidak berapa memahami kaedah dan teknik-teknik yang berkenaan. Persoalan yang ketara yang wujud apabila dilakukan pemeriksaan menyilang ialah sampel tidak memahami dengan jelas pengajar guru yang berkenaan. penjelasan, iaitu: A. Adakah guru tidak memahami ilmu yang diperoleh semasa mereka menerima latihan? B. Adakah penyampaian guru tidak berkesan? C. Adakah murid tidak berupaya memahami pengajaran guru kerana tahap pemikiran mereka rendah? Ketiga-tiga persoalan dalam soalan kajian yang kedua ini terjawab dengan rujukan silang yang dilakukan oleh pengkaji yang membuat pemerhatian berfokus di bilik darjah ketika guru mengajar. Daripada dua pemerhatian yang 15 Menurut persoalan yang perlu dijawab pengkaji, ada tiga kemungkinan isu yang memerlukan

dilakukan, pengkaji mendapati bahawa ada guru yang menerangkan tatabahasa semasa pengajaran dan pembelajaran oleh mereka. di bilik darjah.

rumus Sampel

sebenarnya lebih suka jika guru memberikan sedikit ilmu tetapi mudah difahami Hal ini terbukti apabila ada sampel yang menjawab, bahawa mereka seronok jika ada guru yang memberikan ilmu yang sedikit tetapi berjaya difahami oleh mereka. Berbalik pada tiga persoalan yang dinyatakan, bahawa persoalan A mungkin berlaku kerana terdapat sebahagian murid yang tidak menumpukan perhatian semasa interaksi dalam bilik darjah. Ada yang menganggap mata pelajaran ini mudah. Begitu juga dengan persoalan B, walaupun ada data yang menunjukkan bahawa pelajar tidak memahami apa-apa yang disampaikan oleh guru tetapi peratusnya amat rendah. Bagi persoalan C pula, apabila ujian dianogstik dilaksanakan secara sistematik, terdapat murid yang mempunyai tahap kefahaman yang rendah dan faktor ini menjadi lebih serius kerana faktor yang sedia ada seperti dalam persoalan A dan B. iii. Berdasarkan soalan, Apakah Tahap Pencapaian dan Penguasaan Tatabahasa Murid? Secara objektif, persoalan ini tidak dapat ditentukan dengan jelas. kajian ini, iaitu markah tatabahasa, iaitu latihan Hal ini

demikian kerana data skor mentah markah sampel yang menjadi responden yang diperoleh pengkaji daripada guru subjek membina ayat dan objektif aneka pilihan. ini menunjukkan kelemahan kebanyakan sampel yang menjawab soalan bahagian Kebanyakannya tidak memperoleh markah yang baik. Dapatan

menunjukkan bahawa ada faktor yang relevan dan korelasinya amat ketara bahawa ketidakfahaman murid menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul bagi soalan ini, iaitu soalan kajian yang ke-3

16

Oleh yang demikian, tiga soalan kajian ini dapat dibuktikan dan menjadi soalan rujukan silang bagi kajian ini. Hal ini demikian kerana faktor guru dan murid mempunyai perkaitan yang tidak dapat diputuskan.

CADANGAN Pendahuluan Cadangan yang dinyatakan ini ialah saranan yang berkaitan dengan strategi metakognitif-kognitif- dan sosioafektif. Yang ditekankan dalam cadangan ini ialah strategi sosio-afektif.

Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Straetegi Pegajaran Tatabahasa oleh Guru Sampel 1 Sampel 2 Sampel 3 Strategi / / / perbincangan Strategi kolaboratif (32%) / (53%) (Popular) / Strategi eklektik (15%) (32.5%) / (55.5%) (popular) / (12%) (kadang-kadang) (31.6%) / (57.4%) (popular) / (11%) (kadang-kadang)

Jadual 1, menunjukkan Penggunaan Strategi Pengajaran tatabahasa oleh guru. Sampel 1 mengunakan strategi perbincangan 32%, strategi kelas 53%, dan strategi eklektik sebanyak 15% daripada keseluruhan strategi yang digunakan. Sampel 2 pula menggunakan strategi perbincangan sebanyak Sampel 3 pula 32.5%, strategi kuliah 55.5% dan strategi eklektik 12%.

menggunakan strategi perbincangan sebanyak 31.6%, strategi kuliah sebanyak 57.4%, dan strategi eklektik 11%. Daripada data ini jelas menunjukkan bahawa 17

secara relatifnya, sampel lebih gemar menggunakan strategi kolaboratif. Kaedah atau strategi kolaboratif amat membosankan mereka. Sepatutnya guru perlu menggunakan kepelbagaian strategi untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Brown (2001) seseorang guru perlu memahami strategi pembelajaran daripada aspek strategi metakognitif, kognitif dan sosio-afektif. Saranan ini adalah seperti pembahagian yang didrafkan berikut: dalam Jadual 2 yang

Jadual 2: Strategi Pembelajaran daripada aspek metakognitif , Kognitif, dan sosio-afektif Strategi Metakognitif: Advance organizer Pemerhatian langsung Pemerhatian terpilih Pengurusan kendiri Perancangan berfungsi Pemantauan kendiri Penangguhan penghasilan Membuat beberapa perubahan dalam menghasilkan sesuatu input bahasa seperti kemahiran mendengar, lisan dan memahami. Membuat rujukan sendiri terhadap rakan sedarjah. Membetulkan kesilapan penyuaraan oleh seseorang pelajar. Perancangan dan menunjuk cara komponen linguistik. Memahami situasi dan keperluan pelajar. Deskripsi dan penggunaan Membuat generalisasi dengan memperkenalkan konsep tertentu Mementingkan latihan dan mengetepikan perkara remeh-temeh. Mengutamakan perkara yang khusus seperti input bahasa.

18

Penilaian kendiri Kognitif: Pengulangan Menyemak hasil pembelajaran oleh seseorang pelajar. Pengulangan dilakukan dalam hati seperti sebutan. bahasa lain. Sumber Kumpulan Pengambilan nota Deduksi Penyatuan semula Menggunakan bahasa sasaran sebagai bahan rujukan. Pengaturan semula, pengklasifikasian semula, dan melabel bahan yang digunakan untuk pembelajaran. Menulis idea utama, penting, garis panduan, dan informasi yang diberikan sama ada secara lisan ataupun tulisan. Menggunakan peraturan bahasa atau memahami bahasa kedua, Membina ayat-ayat yang bermakna atau menyatukan apa-apa sahaja kefahaman yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Mengaitkan imformasi baharu Imegeri Persembahan auditori Ucap Utama Mengingati perkataan baharu dalam bahasa kedua, mengenal pasti, dan dapat mengaitkan penggunaannya atau sekurangkurangnya dapat mengeluarkan sesuatu yang hampir sama. Kontektualism e Pengembangan Memindahkan kefahaman (ilmu) dari satu genre ke disiplin yang Pemindahan lain. Menempatkan bermakna Mengembangkan fahaman baharu yang diperoleh. kata atau frasa dalam sekuens bahasa yang Menggunakan kata, frasa, ayat, dan wacana dengan nada yang sama atau hampir sama dengan bahasa pertama.

Penterjemahan Menggunakan bahasa pertama yang tepat untuk memahami

19

Mengaitkan imformasi baharu dengan konsep yang lain dalam Inferensi Strategi Strategi sosio-afektif: Pertanyaan untuk penyelesaian Kolaboratif dan/atau koperatif Menggunakan imformasi yang sesuai untuk meneka makna daripada item yang baru, pengagak hasilan, dan memenuhkan imformasi yang hilang. Bekerja dengan seseorang atau lebih untuk memperoleh pandangan, penyatuan imformasi atau model aktiviti bahasa. Bertanyakan pensyarah atau penutur natif untuk pengulangan, parafrasa, penghuraian atau contohan. ingatan Deskripsi dan Penggunaan

Berdasarkan Jadual 2, iaitu kotak strategi yang dicadangkan oleh Brown (2001), pengkaji mendapati bahawa maklumat yang terdapat di dalamnya agak jarang digunakan oleh guru. Aspek ini perlu diberikan perhatian yang penting kerana pengetahuan yang lebih dalam komponen ini memberikan input yang positif dalam pengajaran guru di bilik darjah. Untuk menjawab apakah strategi yang berkesan yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah, sukar bagi pengkaji menentukannya. CADANGAN Dalam pengajaran bahasa Melayu bestari, banyak strategi yang relevan dan baru telah diperkenalkan. Bagi kajian yang ringkas ini, pengkaji ingin menganjurkan cadangan berhubungan dengan strategi sosio-afektif dalam

20

pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. pembelajarannya adalah seperti yang berikut:

Langkah-langkah pengajaran dan

Jadual 3: Strategi Kolaboratif: Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Tahun Lima.


Strategi Kolaboratif: 1. Projek 2. Sumbang saran Guru sebagai mentor >Objektif pengajaran dan pembelajaran daripada guru > Murid ditentukan dalam kumpulan dan guru menetapkan peranan masingmasing Guru sebagai pembimbing >Bersama-sama menetapkan matlamat dan kejayaan > Murid diarahkan membentuk kumpulan dan menetapkan peranan >Guru boleh campur tangan dalam memberi pandangan dan bimbingan > Guru sebagai fasilitator Berpusatkan pelajar >Murid menetapkan objektif pembelajaran >Murid secara berkumpulan boleh menetapkan peranan mereka sendiri >Guru boleh membantu murid mewujudkan cara kerja koperatif >Murid mengurus projek secara kumpulan

Langkah pelaksanaan Strategi Sosio-Afektif menerusi kolaboratif: > Tentukan Objektif Pengajaran dan Pelajaran > Tentukan tajuk * Imbuhan Kata Kerja (Kata Kerja Transitif) > Tentukan bahan bantu belajar yang digunakan (VCD, Gambar Tunggal, Gambar bersiri, dan Rencana) sesuai dengan umur murid. > Elemen 5P termasuk strategi penggabungjalinan dan penyerapan perlu diimplimentasikan dengan serius.

21

> Tentukan Hasil Pembelajaran: Fokus Utama dan Sampingan > Tentukan Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran. * set induksi untuk menguji Pengetahuan Sedia Ada (PSA) *Langkah satu untuk mengaitkan PSA dengan isi pelajaran *Langkaha dua untuk mencapai objektif pertama *Langkah tida untuk mencapai objektif kedua *Langkah empat untuk mencapai objektif ketiga *Penutup rumusan secara kognitif dan sosial. Catatan: A.*Guru digalakkan mengarahkan murid membina kumpulan dan Menentukan peranan sendiri. *Guru meminta murid mewujudkan cara kerja koperatif *murid mengurus projek membina dialog dengan memasukkan KKTR secara kerja kumpulan *guru membuat pemantauan B.*Strategi sosio-afektif mementingkan kerja secara koperatif dan Kolaboratif. Namun, guru yang kreatif boleh mengadaptasikan konsep konseptual, konstruktivisme, direktif, dan mediatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN Pendahuluan Rumusan dan kesimpulan yang diperkatakan ini adalah berdasarkan dapatan dan perbincangan yang berasaskan ketiga-tiga soalan kajian. Daripada dapatan dan perbincangan yang berkenaan, dapatlah dirumuskan bahawa:

22

i. Setiap guru hendaklah mempunyai ilmu yang terkini dalam bidang tatabahasa dan pedagogi. murid-muridnya. Hal ini demikian kerana ilmu yang terkini dapat membantu guru menyelesaikan segala permasalahan yang dikemukakan oleh Selain itu, perkembangan terkini dalam bidang pedagogi tatabahasa menuntut pengajarnya memahami elemen tatabahasa yang menjadi inti pati atau teras bahasa. Harapan murid kepada guru bukanlah semata-mata untuk mengenali sesuatu konsep tatabahasa tetapi mereka mengharapkan guru dapat memberikan contoh yang tepat dan betul. Perspektif ini perlulah diberikan perhatian yang serius oleh setiap guru. ii. Sehubungan dengan persoalan ini juga, murid berasa cepat bosan

sekiranya guru hanya memberikan isi pengajaran dengan menitikberatkan kuantitinya semata-mata. Dengan kata lain, murid-murid mengharapkan agar guru dapat menyampaikan isi pelajaran yang mudah difahami, membanyakkan latihan melalui perbincangan dan kerja kumpulan serta latihan pengukuhan yang berbentuk latihan individu. Dengan ini, mereka akan lebih memahami konsep dan ilmu tatabahasa di samping mereka dapat melakukan latihan secara kontekstual dan konstruktivisme. Dalam hal ini, elemen yang tersirat yang ingin diperkatakan oleh murid (sampel) adalah kandungan dalam pelajaran bukan hanya bergantung pada kuantitinya semata-mata tetapi dan bermakna. iii. Dalam konteks soalan kajian yang kedua, guru (sampel) menggunakan strategi induktif, deduktif, komunikatif, eklektif, dan kontekstual tetapi masih belum dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid mereka untuk memahami konsep tatabahasa yang diajarkan oleh guru. Hal ini ada kaitannya dengan persoalan yang berikutnya iaitu, seperti data yang ditunjukkan dalam Jadual ke-2. Strategi yang dipaparkan ialah strategi perbincangan, strategi kelas, dan strategi kumpulan. Daripada tiga sampel guru menepati kandungan kurikulum serta sesuai dengan kebolehan murid-murid. Aspek ini amat penting

23

yang digunakan didapati bahawa strategi kolaboratif ialah strategi yang sangat popular yang digunakan oleh guru tetapi penggunaanya belum menepati strategi yang sebenarnya. Sikap dan anggapan bahawa tatabahasa bahasa Melayu itu terlalu mudah untuk dipelajari menyebabkan mereka belajar sambil lewa. Hal ini memberikan kesan yang negatif tentang cara dan gaya murid mempelajarinya. Akibatnya mereka berasa tidak seronok dan tidak memahami aspek tatabahasa. Oleh yang demikian, strategi pengajaran yang disarankan oleh Brown (2001), iaitu strategi metakognitif, kognitif, dan sosio-afektif hendaklah diberikan perhatian dan perlu diaplikasikan dalam bilik darjah sama ada untuk murid sekolah rendah atau murid sekolah menengah.

24

BIBLIOGRAFI Brown, H.D (2001) Principles of Language Learning and Teaching , New Jersey, Englewood Cliffs. Celce, M.M (ed,) (2001) Teaching English as a Second or Foreign Language , (Third Edition), Heinle and Heinle Thompson Learning, Australia Goh Ong Sing (1991) Pengajaran Tatabahasa Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hall dan Birkits (1994) Evaluating and Improving Written Expression: A Pratical Guide for Teachers. Boston: Allyn dan Bacon, Inc. Harmer, J (2002), The Practice of English Language Teaching , Pearson Education Limited, England. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) , Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Koh Boh Boon (1990) Pengajaran Bahasa Malaysia. Prinsip dan Terkini. Petaling Jaya, Penerbitan Fajar Bakti. Larsen Freeman, D and V. Storm (1994). The Construction of a second language Index of development. Language Learning , 27. 123 134 Sejnost, R et al (2003) Strategies For Reading in The Content Areas , New York, Pearson Education, Inc. Sukatan Pelajaran Pengajian Melayu Major, KDPM, (2003), (tidak diterbitkan) Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia Swan, (dlm. Harmer (2002). The Practice of English Language Teaching, Pearson Education Limited, England. Zainiyah binti Md.Zain et.al (2002) Pengajaran Tatabahasa Menggunakan Pendekatan Komunikatif dalam Kalangan Pelajar KDPM , Praktikum Fasa 2 (kertas kerja tidak diterbitkan) Kuala Lumpur, Jabatan Bahasa, Institut Bahasa Melayu Malaysia. Zulkifli Hamid, (1994), Pembelajaran dan Pengajaran bahasa , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

25