Anda di halaman 1dari 38

1.

PENDAHULUAN Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke

satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas, di tepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. Adakah tidak ada lagi nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama sekali melibatkan golongan remaja. Selain itu, dalam kajian ini juga, saya telah mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Sekiranya masyarakat ambil tahu serta sedar tentang kesan masalah pembuangan bayi ini, nescaya kes-kes pembuangan bayi akan berkurangan.

Merujuk kepada tulisan Abdul Halim Abdullah (2010) iaitu mengenai cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini. Namun ia dilihat bukanlah satu langkah yang bijak kerana jika kita ingin meracun sepohon pokok, racunlah bermula dari akar umbinya dan bukan pada pucuknya.

Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk 1|Page

menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek, dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka. Mereka ini tidak sepatutnya dicemuh dan dikeji, sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini.

Selain itu, terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja apabila berlakunya pembuangan bayi. Pada pandangan mereka, remaja merupakan pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering kali mengamalkan pergaulan bebas. Lebih teruk lagi, masyarakat menganggap remaja yang suka mengamalkan pergaulan bebas ini sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. Persepsi seperti ini sedikit sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus berbakti kepada negara. Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya remaja seperti ini tidak terus hanyut dibawa arus pemodenan. Pepatah melayu ada menyebut, buang yang keruh, ambil yang jernih .

Secara realitinya, perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). Tetapi bagi manusia, mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Menurut pandangan Amran Kasimin (1945), kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu.

2|Page

2.0

DEFINISI

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.

Mengikut

Kamus

Dewan

Edisi

4,

halaman

208,

perkataan

buang

bermaksud

mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.

Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

3|Page

3.0

SEJARAH PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita telah digemparkan dengan isu pembuangan bayi. Badan yang masih bertali pusat, wajah comel yang dihurung semut, malah cebisan anggota yang digonggong anjing antara paparan yang digambarkan oleh pihak media tentang nasib yang menimpa bayi-bayi yang dibuang oleh manusia yang berhati binatang. Ada juga yang dibuang kemudian dibakar dalam cubaan menghapuskan bahan bukti. Malah ada yang hancur digilis oleh lori sampah apabila bayi itu dibuang di kawasan pembuangan sampah. Adakah begitu murah nilai si kecil semurah sampah yang dibuang? Apakah yang ada dalam fikiran dan hati sipelaku tersebut tatkala melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Isu pembuangan bayi ini bukanlah suatu yang baru berlaku di negara kita. Awal tahun 1990an dulu pun kes ini pernah menggemparkan masyarakat kita. Bayangkan, jika bayi yang dibunuh dan dibuang ketika itu ditakdirkan hidup hingga sekarang, usianya sudah pun menjangkau 19 atau 20 tahun. Sudah cukup dewasa menjadi aset negara yang berpotensi dalam membangunkan negara.

Namun jika kita soroti dalam sejarah dan ketamadunan manusia, isu-isu 'pembuangan' atau pembunuhan bayi-bayi ini sudah pun berlaku sejak sebelum masihi lagi. Ada dua era yang dicatatkan dalam al-Quran tentang nasib malang yang menimpa para bayi ini. Pertama, pada era kegemilangan tamadun piramid di Mesir, iaitu semasa pemerintahan Firaun pada masa kelahiran nabi Musa a.s. Kerana terlalu percaya dengan ramalan ahli sihir yang mengatakan akan lahir seorang bayi lelaki yang bakal menggoncang kerajaan Firaun apabila ia dewasa nanti, menyebabkan Firaun bertindak kejam ke atas bayi-bayi lelaki yang dilahirkan oleh wanita-wanita daripada kalangan kaum bani Israel di Mesir. Digambarkan seramai 12 ribu bayi-bayi yang telah dilahirkan telah dibunuh oleh askar-askar Firaun atas perintah Firaun. Firman Allah (maksud): "Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Firaun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anakmu yang lelaki dan membiarkan hidup anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu." (al-Baqarah : 49)

4|Page

Bayangkan bagaimana tragisnya kematian para bayi lelaki dalam kalangan bani Israel ketika itu. Mereka telah disembelih. Yang pasti para bayi ini dibunuh dengan kejam sekali, sematamata ingin menjaga dan mengekalkan status quo politik Firaun agar tiada seorangpun berani mencabarnya nanti. Itulah yang digambarkan dalam al-Quran tentang sejarah kes pembunuhan bayi.

Kedua, pada zaman masyarakat Arab Jahiliah (sekitar abad ke-7 Masihi). Kali ini, golongan bayi perempuan pula yang menjadi mangsa kekejaman manusia dewasa. Gambaran ini telah direkodkan dalam al-Quran dengan firman Allah (maksud);

"Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (an-Nahl: 58-59)

Namun, pada era ketinggian tamadun manusia moden hari ini yang mampu menggapai angkasa raya, nasib malang para bayi ini bertambah tragis. Bukan sahaja bayi lelaki, malah bayi perempuan pun menjadi mangsa kekejaman manusia. Jika kita kata seorang Firaun yang gah di atas tahtanya begitu kejam membunuh para bayi ini, namun seorang manusia yang hanya seorang pelayan kedai makan (merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Kita kata seorang bangsawan dalam kalangan kabilah Arab zaman jahiliah itu kejam membunuh zuriatnya sendiri, namun seorang manusia yang berpendidikan tingggi (juga merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam membunuh benih zuriatnya sendiri.

5|Page

4.0

PERMASALAHAN PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

4.1

Faktor-faktor Pembuangan Bayi

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remajalah yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Beberapa faktor yang mendorong kepada masalah pembuangan bayi adalah seperti :

4.1.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa di rumah serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan hawa nafsu mereka. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah penzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncing.

4.1.2 Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, conohnya seperti pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan mudah terdorong untuk melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, takut, malu dan tertekan, mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi mereka. 6|Page

4.1.3 Sikap Masyarakat Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini secara tidak langsung menjadi pemangkin gejala ini.

4.1.4 Sikap Ingin Tahu Sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara terkutuk seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

4.1.5 Arus Pemodenan Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual 7|Page

yang bebas. Remaja yang masih mentah dan masih mencari hala tuju dan identiti diri sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.

1.4.6 Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai fungsi sebenar ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

8|Page

4.2

Kesan-Kesan Masalah Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia.

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan yang memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri.

4.2.1 Kesan kepada Bayi

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah sewaktu remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.

Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.

9|Page

4.2.2 Kesan kepada Ibu Bayi

Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi remaja hamil. Hal ini kerana, sewaktu mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, mereka ini pastinya mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, mereka juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undangundang, agama, dan negara.

4.2.3 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anakanak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

4.2.4 Kesan kepada Masyarakat

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. 10 | P a g e

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

4.2.5 Kesan kepada Negara

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

11 | P a g e

4.3

Langkah-Langkah Mengatasi Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak

seharusnya memeluk tubuh dan menuding jari semata mata tetapi semua pihak perlu berusaha merancang pelbagai pendekatan yang proaktif demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

4.3.1 Pendidikan Keibubapaan Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

4.3.2 Kempen Kesedaran Pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah berganding bahu mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat setempat. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan secara proaktif dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.

4.3.3 Perkhidmatan Kaunseling Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami 12 | P a g e

ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.

4.3.4 Mengetatkan Hukuman Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undangundang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

4.3.5 Peranan Ibu Bapa Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

13 | P a g e

4.3.6 Pencegahan Sebelum Berlaku Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.

Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

4.3.7 Peranan Sekolah Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada penghujungnya, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937). 14 | P a g e

4.3.8 Bantuan Kepada Ibu-Ibu Yang Hamil Luar Nikah Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

15 | P a g e

4.4

Statistik Pembuangan Bayi

Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.

Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Tahun lalu 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,.

16 | P a g e

4.5

Kesimpulan

Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia ini, saya mendapati terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana, melihat kepada kesan-kesan yang dikaji, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu.

Walaubagaimanapun, saya telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri, peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Saya yakin dengan langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

17 | P a g e

5.0

KAJIAN LEPAS TENTANG MASALAH PEMBUANGAN BAYI.

Mohd Izzuddin Bin Mohd Romli (2011) : Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan Bayi : Kajian Di Johor Bahru Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan mahasiswa/i berkenaan isu pembuangan bayi. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenalpasti persepsi mahasiswa/i terhadap peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu pembuangan bayi serta langkah-langkah penyelesaian melalui kaedah pencegahan dan kaedah pemulihan bagi menanganinya. Populasi kajian ini adalah seramai 1,963 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa/i yang sedang menuntut di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Kolej Islam Johor, dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Manakala sampel bagi kajian ini adalah seramai 203 orang yang dipilih secara rawak mudah. Kajian dilakukan secara kuantitatif menerusi borang soal selidik yang mengandungi 44 item. Analisis statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, dan min dengan menggunakan perisian Satistical Package of Social Scienses (SPSS) versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah = 0.839. Hasil kajian yang telah dijalankan mencatatkan nilai purata min berkaitan objektif untuk mengetahui pengetahuan mahasiswa/i ialah 3.26. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden kurang mengetahui beberapa perkara berkenaan isu pembuangan bayi terutamanya berkenaan hukuman terhadap pesalah jenayah pembuangan bayi menurut perundangan sivil dan menurut perundangan Islam. Selain itu, majoriti responden bersetuju berkenaan betapa pentingnya peranan pelbagai golongan dalam usaha menangani isu pembuangan bayi kerana berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan purata min sebanyak 3.72. Seterusnya, majoriti responden juga bersetuju terhadap langkah-langkah penyelesaian melalui aspek pencegahan bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana mencatatkan purata min sebanyak 3.64. Kemudian, sebahagian besar responden kurang bersetuju terhadap sebahagian langkah-langkah penyelesaian melalui aspek pemulihan bagi mengatasi isu pembuangan bayi kerana nilai purata min mencatatkan sekadar 3.43.

Makiah Tussaripah Jamil (2012) : Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam dan Perundangan di Malaysia.

Pengguguran bayi di kalangan wanita Islam adalah fenomena semasa yang menjadi permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Artikel ini bertujuan memahami definisi dan konsep pengguguran secara teknikal dengan merujuk kepada pengertian menurut ilmu 18 | P a g e

perubatan dan perspektif Islam. Artikel yang dibuat bukan sahaja melihat konsep pengguguran tetapi juga mengkaji dan melihat apakah kaedah yang biasa digunakan bagi menggugurkan kandungan. Di samping itu juga, perbincangan dibuat bagi menjelaskan secara terperinci akan sebab dan punca-punca yang menyebabkan pengguguran berlaku di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Artikel ini mendapati bahawa gejala perzinaan dan persetubuhan haram telah menjadi satu kesalahan jenayah syariah yang mencatatkan angka tertinggi berbanding kesalahan jenayah yang lain. Kajian ini turut melihat kesan atau akibat daripada amalan pengguguran janin sama ada dari sudut dan kesihatan si ibu, sosial dan juga bidang perubatan. Selain itu, kita akan turut melihat sejauh mana peruntukan dan hukuman berkaitan pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Malaysia dan perspektif Islam. Akhirnya, artikel ini akan membuat analisa secara kritikal melalui metodologi perbandingan dengan sistem Islam untuk melahirkan beberapa saranan, cadangan serta mekanisme yang difikirkan paling tepat bagi memperbaiki sistem yang sedia ada agar masalah pengguguran bayi yang menjadi-jadi dewasa ini dapat dibendung dan diselesaikan.

19 | P a g e

6.0 BIL.
1

RINGKASAN KAJIAN TERDAHULU PENYELIDIK/PENULIS


Mohd Izzuddin Bin Mohd Romli

KAJIAN
Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan Bayi : Kajian Di Johor Bahru Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam Dan Perundangan Di Malaysia. The Concept, Application And Development In Law Relating To Concent And Accountability In Sexual Crimes: A Comparative Legal Appraisal Proses Dan Prosedur Sistem Pengadilan Jenayah Di Malaysia Terhadap Jenayah Rogol Incest: Its Legal Implication From Islamic Perspective The Relationship Religiosity And Youth Culture To Premarital Sex Among Malaysian And Indonesian Adolescents Wanita Kelantan Dan Pelacuran: Satu Kes Kajian Di Kota Bharu, 1950an-1970an Child Pornography On The Internet Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Di Luar Bandar Di Daerah Kota Tinggi Johor

TAHUN
2011

Makiah Tussaripah Jamil

2012

Mohammad Ismail Hj Yunus

2006

Sohaimi Daud

2004

Zulfakar Ramlee

2004

Jas Laile Suzana Jaafar

2004

Ahmad Hassan

2004

8 9

Manique Apsara Ephranella Husin Bin Junoh

2006 2011

10

Hans Abd. Wahab

Penerimaan Keluarga Dan Masyarakat Terhadap Mangsa Rogol

11

Azizah Othman Azelin Aziz

Fenomena Sumbang Mahram Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia. Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber

12

Mohd Dahlan A. Malek, Phd Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA

13

Fizwani Binti M Sarkawi, Suhana Binti Sarmadan, Mohammed Sharif Bin Mustaffa, Sulaiman Shakib Bin Mohd Noor

Mengenal Pasti Puncapunca Dan Kaedah Menangani

2008

14

Farahwahida Mohd. Yusof,

Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

2011

20 | P a g e

Norazila Binti Sugiman 15 Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan

Awam Terhadap Amalan Seks Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka 2011

16

Surammah Ramanaidoo Balan Rathakrishnan

Sikap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Hubungan Seks Sebelum Kahwin: Satu Tinjauan Di Sabah.

17

Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd Hoesni & Zaizul Abdul Rahman

Kajian Kes Inses Bapa-Anak Perempuan: Memahami Pengalaman Dari Perspektif Mangsa

2012

18

Sarnon, N., Mohamad, M. S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R., Wan Azreena, J.

Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja Sebagai Asas Intervensi Keluarga

2012

21 | P a g e

7.0

ANALISIS ISU

7.1

Kaitan Isu Dengan Teori Keperibadian Mulia

Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Aristotle berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan

mengelakkan keburukan Berpegang kepada prinsip Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah. Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:

22 | P a g e

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. (al-Baqarah:190).

Selain itu, firmanNya lagi : Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah:143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan hikmah. Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun Islam yang telah mencapai tahap golden agenya itu misalnya adalah dipengaruhi oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu. Dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat disiplin dan kekreatifan.

Nilai yang mana teori kajian nilai atau aksiologi ialah satu cabangan dalam ilmu falsafah yang meneliti, menganalisis dan menghuraikan prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Segala sesuatu yang dianggap benar, patut, baik dan indah adalah amat diingini dan disanjung tinggi oleh masyarakat dan dengan demikian memperolehi nilai dan harga yang tinggi. Sebaliknya perkara dan benda yang palsu, tidak berguna, buruk dan merosakkan akan dibenci, disisih dan dibuang oleh masyarakat dan dengan demikian mempunyai nilai yang rendah ataupun tidak ada nilai langsung. Tindakan 23 | P a g e

dan amalan yang berkaitan dengan nilai ini sama ada nilai tinggi dan disanjung ataupun rendah dan dibenci, dijelmakan dalam tingkah laku, tindak-tanduk, percakapan dan perbuatan yang dicakupi oleh konsep moral, etika dan akhlak.

Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini, ataupun sebaliknya palsu, buruk, tidak diingini, tidak berguna dan dibenci. Nilai dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran rasa keindahan dan kecantikan. Manakala nilai instrumental pula yang secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat tertentu. Contohnya nilai-nilai diam dalam kelas membantu pencapaian matlamat belajar dengan berkesan. Oleh itu diam secara tersendiri tidak ada nilai, tetapi ianya bernilai apabila dikaitkan keperluan belajar dalam kelas.

Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata. Istilah akhlak daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah yang lain iaitu istilah Khalik (Tuhan Pencipta) dan makhluk (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu khalaka (mencipta). (Hashim Musa, 2001: 61)

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika dalam ertikata bahawa segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkah laku yang baik adalah untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Khalik Pencipta segala makhluk.Untuk memperolehi akhlak mulia, Miskawayh menegaskan kita mesti terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Tempat bagi terbentuk dan tersemainya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya dalam pelakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani.

24 | P a g e

Miskawayh membahagikan fakulti atau anggota rohani kepada tiga aspek yang berkaitan dengan sifat insan yang membuahkan akhlak yang mulia, iaitu fakulti akal yang boleh membuahkan sifat ilmu dan bijaksana, fakulti syahwah yang boleh membuahkan sifat kemurahan hati (dermawan) dan fakulti kebengisan (irascible) yang boleh membuahkan sifat keberanian dan ketabahan.Namun ketiga-tiga fakulti itu hanya boleh membuahkan akhlak yang mulia apabila tercapainya keadaan keseimbangan (itidal) antara ketiga-tiga yang dengan itu akan menzahirkan keadaan keadilan/justice. Miskawayh mentakrifkan keadilan sebagai pencapaian keseimbangan (itidal) yang sempurna antara ketiga-tiga akhlak mulia itu sehingga terbitlah adil dalam pelakuan manusia itu. (Hashim Musa, 2005: hal 73)

Pembangunan insan ini juga merujuk kepada akhlak atau peribadi seseorang, akhlak adalah sifat yang sebati dalam diri yang mengarah seseorang menzahirkannya melalui perbuatan, sama ada kelakuan baik atau kelakuan buruk. Ia juga disebut sebagai tingkah laku yang menjadi adat kebiasaan pada seseorang. Akhlak yang mulia sebagai buah kepada usaha pembangunan insan keseluruhannya. Akhlak yang mulia adalah perhiasan diri dan pandangan luar Islam pada seseorang, kerana ia dapat dilihat secara jelas. Ia menjadi matlamat yang penting kepada pembangunan insan.

Mengikut agama Islam, akhlak sangat penting dalam agama Islam, kerana Islam mementingkan kelakuan yang baik yang terpancar dari keimanan seseorang. Akhlak dan iman seperti pokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak yang baik menunjukkan iman yang baik manakala akhlak yang buruk menunjukkan iman yang buruk. Antara Islam dan akhlak tiada pemisahan. Kedua-duanya menunjukkan antara satu sama lain.Akhlak boleh dibangunkan melalui cara-cara seperti melalui latihan, iaitu latihan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Penambahan ilmu dan kefahaman, iaitu untuk menambah dan memantapkan ilmu supaya dapat dibezakan antara baik dan buruk dan kesan melakukan kedua-duanya. Pembinaan akidah, iaitu membina akidah supaya lebih mantap sehingga ia meninggalkan kesan pada seseorang.

Kawalan masyarakat, iaitu peranan masyarakat mengawal anggotanya supaya melakukan kebaikan dan tertegah melakukan keburukan. Melalui pendedahan kepada suasana yang baik, iaitu mendedahkan seseorang kepada keadaan-keadaan yang baik untuk membentuk akhlak baik. Penutupan pintu-pintu dan dorongan-dorongan keburukan, iaitu supaya tiada peluang kearah itu. Pemberian nilai baik dan galakan kepada orang yang melakukan

25 | P a g e

kebaikan.Melalui hukuman yang sesuai dan cukup iaitu mengenakan hukuman yang sesuai sebagai halangan. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Selain itu juga terdapat dua perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam pembinaan akhlak; menjaga kepentingan akidah, terutamanya yang berkait dengan Allah, yang melihat segala sesuatu, manusia dibawah pengawasan para malaikat manusia akan dibalas di akhirat nanti dan dunia tempat ujian manusia. Membina fitrah supaya kekal semula jadi seseorang. Namun begitu perlu dihindari tentang masalah pembangunan akhlak iaitu pendidikan dari rumah atau keluarga yang tidak mengambil berat tentang perihal anak-anak ia menjurus kepada ibubapa yang tidak membimbing anak-anak mereka dengan sepatutnya. (Ab. Aziz Mohd Zain, t.t: 62)

Meluasnya pusat-pusat hiburan yang boleh menjejaskan akhlak orang ramai. Pusat-pusat hiburan yang melekakan telah menjadi suatu tempat pilihan ramai untuk berhibur sehingga melupakan adat resam, agama dan budaya dengan senang dilanggari etika moral tersebut.

Nilai-nilai baik yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat. Masyarakat kurang mengambil peranan dalam membangunkan akhlak insan persekitaran mereka dan lebih bersifat individualistik dalam menjalani kehidupan harian ini kerana sibuk dengan kerja rutin harian dan lupa tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.Semangat kebendaan yang kuat. Dorongan untuk mendapatkan sesuatu benda dan sanggup berbuat apa sahaja walaupun bertentangan dengan perintah agama. Akhlak yang baik dilupakan dan material yang dikejar adalah menjadi matlamat utama. Akhlak sangat penting untuk dibangunkan kerana ia menjadi fokus kepada pembangunan insan. Kejayaan pembangunan akhlak menjadi kejayaan terbesar kepada pembangunan insan. Akhlak mercu kepada kelahiran manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini dan seterusnya membina tamadun manusia.

7.2

Kaitan Isu Pembuangan Bayi Dengan Teori Moral Dan Agama

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan kewajaran sikap pembuangan bayi dari sudut teori moral dan agama. Kita juga akan mengaitan pembuangan bayi dengan punca utamanya iaitu kebebasan seks dan berzina. Dari sudut teori eksistensialisme, di mana manusia dipandang sebagai suatu makluk bereksistensi yang mengkaji situasi sekeliling dengan kesadaran tersendiri. Oleh itu, isu tersebut merupakan sesuatu yang wajar. Tindakan seks ini merupakan keinginan remaja atau sesiapa golongan masyarakat untuk mencapai kepuasan hidup. Kelakuan penguguran dan pembuangan bayi juga 26 | P a g e

merupakan suatu langkah bagi meneruskan hidup remaja yang tidak berkemampuan. Dengan adanya situasi yang menjadikan pihak pertama mengalami masalah, alternatif yang terbaik adalah mengurangkan tekanan secara menghapuskan kandungan mereka. Seseorang remaja itu bertanggungjawab memilih cara penyelesaian masalah kerana mengetahui cara menempatkan dirinya. Peraturan dan hukum agama tidak boleh menjadi halangan kebebasan pilihan remaja sekira pilihan itu pilihan remaja sendiri. Perbuatan seperti yang berada pada isu tersebut dikatakan bermoral sekiranya waktu itu adalah sesuai di mana ia tidak menyusahkan remaja. Teori eksitensialisme mengatakan remaja itu ketua kepada pilihannya sendiri di mana pilihannya haruslah berdasarkan situasi mereka sendiri dan moral itu ditetapkan sendiri.

Selain daripada teori-teori tersebut, kes pembuangan bayi juga dikatakan wajar dari sudut teori moral, egoisme. Teori egoisme ini membawa maksud seseorang itu mestilah melakukan sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri sendiri. Setiap perbuatan yang berkesannya memberi keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri. Oleh itu, seseorang itu yang membuang bayinya adalah cara yang mudah dan dapat menghilangkan bebannya dengan cepat. Mereka tidak lagi memikirkan bagaimana untuk menyayangi anak mereka tetapi hanya mahu dapat melarikan diri daripada pandangan masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum mereka.

Sebaliknya, dari sudut teori kemoralan sosial, kelakuan pembuangan bayi adalah tidak wajar. Teori kemoralan sosial ini dipengaruhi oleh pegangan agama masyarakat tersebut. Teori ini merupakan suatu teori etika yang berkaitan dengan apa-apa peraturan dalam sesuatu masyarakat, bangsa atau kaum. Peraturan ini pula biasanya merujuk kepada agama, adab sopan, adat tradisi, susila, undang-undang dan apa jua perbuatan yang dianggap baik oleh kumpulan masyarakat tersebut. Maksudnya, dalam sesebuah masyarakat akan ada perkara yang diizinkan dan dilarang perbuatan yang betul dan salah, baik dan buruk dan sebagainya. Oleh itu, pembuangan bayi akan menjejaskan masyarakat sekeliling. Mereka pasti berasa malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Masyarakat memandangkan pembuangan bayi sebagai satu kelakuan yang keji dan perbuatan ini telah melanggar undang-undang masyarakat.

27 | P a g e

Lebih-lebih lagi, kes pembuangan bayi adalah tidak wajar dari pandangan teori moral kategorikal imperatif. Teori ini memperkatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk munuruti atau mematuhi. Jikalau kelakuan remaja atau golongan lain mengatakan pembuangan bayi tersebut adalah perbuatan yang bermoral dan diterima, apakah yang akan terjadi kepada masyarakat kita pada masa akn datang. Akibatnya kes pembuangan bayi akan meningkat secara tiba-tiba dan remaja dapat mencari alasan dengan mengatakan bahawa bayi tersebut bukan tanggungjawab mereka dan menolak tanggungjawab tersebut.

Dari pandangan agama iaitu agam Islam, pembuangan bayi dan perbuatan seks bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran agama Islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud tingkah laku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-olah Tuhan melihat dan mengawasi setiap perbuatan, maka akhlak yang baik mestilah dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlak seorang muslim adalah mencontohi akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh sebab itu, perbuatan seks bebas dan pembuangan bayi jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam isu yang dibincangkan ini, salah satu punca kepada berlakunya gejala sosial ini mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaan. Dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan syahwatnya, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa. Hubungan seks bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran di kalangan remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi. Pengguguran mengakibatkan kematian janin. Peringkat terakhir iaitu sesudah ditiup roh ke dalamnya. Pada peringkat ini, pengguguran kandungan adalah haram dan berdosa besar kerana pengguguran dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh iaitu sebagai makhluk bernyawa. Walaubagaimanapun, pengguguran adalah dibenarkan pada pandangan agama Islam dalam keadaan tertentu. Contohnya untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab yang bersangatan.

Sebaliknya, bagi agama Buddha, perlakuan seks bebas iaitu segala hubungan antara lelaki dan perpuan yang tidak diakui oleh undang-undang negara dan kemoralan social, kecuali 28 | P a g e

hubungan isteri dan suami adalah perbuatan yang tidak dibenarkan. Peraturan ini dipercayai dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dan amat membantu dalam budinya sendiri. Mengikuti konsep Karma, perbuatan yang baik akan membawa kesan baik manakala perbuatan yang jahat akan membawa padah. Sekiranya hendak mendapat karma yang baik, maka perlulah mematuhi 5 rukun moral agama Buddha iaitu jangan membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal. Perlakuan seks dengan sesiapa yang bukan isteri atau suami juga tidak dibenarkan kerana itulah bersamaan dengan perbuatan berzina. Penganut agama Buddha mempercayai patuh kepada rukun jangan berzina akan membawa keteteraman minda dan menjernihkan hati, jika selalu mematuhi rukun ini akan mendapat Bodhi yang benar dan akhirnya individu tersebut tiada hubungan lagi dengan dunia ini dan mencapai nirvana. Terdapat juga empat kebenaran mulia dalam ajaran Buddha, iaitu Dukkha, Dukkha-Samudaya, Nirodha dan Dukkha-Nirodha. Antaranya Dukkha-Samudaya bermaksud punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu ini akan didorong oleh kejahilan. Nafsu adalah salah satu punca penderitaan manusia untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujungnya, manakala Dukkha-Nirodha bermaksud apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan maka penderitaan dapat diatasikan. Manusia haruslah menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan penderitaan. Perlakuan seks bebas adalah berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal, maka penganutnya hendaklah mengatasi nafsu untuk mengelakkan penderitaan seperti

pengguguran atau pembuangan bayi.

Pengguguran bayi merupakan salah satu kesalahan yang serius dalam peraturan atau rukun agama Buddha, kerana salah satu nilai dari 5 rukun agama Buddha adalah jangan membunuh, dan dalam agama Buddha, pengguguran adalah sama dengan membunuh. Hal ini disebabkan dosa menggugur bayi setimpal dengan dosa membunuh. Selain itu, pengguguran adalah salah satu dosa dalam 5 dosa yang paling berat, iaitu membunuh ibu bapa, membunuh arahar, menggugur bayi, membunuh suami, dan menghina atau merosakan patung Buddha. Dosa ini akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka wu jian. Neraka ini dikelilingi dengan tembok besi yang setinggi 10000 kilometer dan penuh dengan bara api yang sangat panas. Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini, mereka akan mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir ke dunia manusia atau dunia lain lagi.

29 | P a g e

Di samping itu, salah satu nilai dalam nilai moral agama Buddha ialah baik hati kepada semua makhluk iaitu menyayangi dan menghormati makhluk lain kerana semuanya juga mempunyai hak untuk hidup, maka pengguguran juga bermaksud telah merampaskan hak bayi itu untuk lahir atau hidup di dalam dunia ini. Walaupun dosa membuang bayi tidak seberat dengan mengguguran bayi, tetapi pembuangan bayi tetap membawa penderitaan kepada bayi itu sama ada bayi itu masih kecil atau masa hadapannya, maka mengikut prinsip karma, pembuang bayi juga akan menerima karma yang tidak baik. Perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang buruk kepada pelaku, ianya akan mencorakkan perwatakan atau mengubahkan nasib orang tersebut sama ada dalam hayat ini atau hayat yang berikutnya. Contoh adalah seperti sering sakit, menghadapi penyakit aneh, berjumpa dengan perkara yang aneh.

30 | P a g e

8.0

RUMUSAN

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja.

Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat .

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

31 | P a g e

8.0

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat daripada Allah S.W.T akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ELM 3104 Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni ini. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah untuk subjek ini kerana banyak membantu saya sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak memberi pandangan dan perkongsian idea yang bernas dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan.

Pada mulanya, tugasan ini diterima pada 1 Julai 201. Pensyarah bagi subjek ini iaitu Encik Ahmad Shidki bin Mat Yusoff telah memberikan taklimat serta pencerahan mengenai apa yang perlu kami buat bagi menyelesaikan tugasan ini. Pada awalnya agak sukar bagi saya untuk memahami apa yang tugasan ini kehendaki. Namun, setelah beberapa kali kolaborasi bersama pensyarah, saya dapat membayangkan apa yang akan saya lakukan bagi memenuhi kehendak tugasan ini. Seterusnya, bagi memulakan tugasan ini, saya cuba mencari tesis-tesis yang telah dibuat oleh individu-individu. Namun, saya menghadapi masalah apabila saya tidak berjaya menjumpai tesis yang saya perlukan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada pensyarah saya mengenai tesis yang perlu saya cari.

Selepas itu, saya cuba memperluaskan pencarian dengan mencari dengan lebih teliti dan menggunakan kata kunci yang lebih spesifik dan berkaitan dengan masalah pembuanagan bayi seperti seks bebas,rogol dan sumbang mahra.. Akhirnya saya berjaya menjumpai beberapa tesis yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Namun, permasalahannya sekarang ialah tiada tesis yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Tesis yang telah saya jumpai membincangkan secara umum dan memberi tumpuan kepada sesetengah tempat kajian sahaja. Jadi, saya mengambil keputusan untuk cuba mengaitkan tesis yang sedia ada dengan Pendidikan Moral. Oleh itu, saya mengambil sedikit masa untuk membaca tesis yang telah saya jumpai.

Seterusnya, bermula 14 Julai 2013 saya menjalani program praktikum fasa 2. Pada tempoh masa saya menjalani praktikum ini, saya mengalami masalah bebanan kerja. Kerja ini bertindih antara tugasan kerja kursus, tugasan praktikum dan tugasan yang telah diberikan oleh pihak sekolah seperti mengemas bengkel dan menyiapkan mural sekolah sempena 32 | P a g e

pertandingan yang telah disertai. Perkara ini secara tidak langsung memberikan bebanan kepada saya memandangkan praktikum fasa 2 kali ini adalah pada bulan Ramadhan. Selain mengejar urusan dunia semata-mata, kiata sebagai hamba perlu dan ingin mengecapi kemanisan Ramadhan itu sendiri. Selesai cuti hati raya pula, saya dan pasangan praktikum saya sibuk dengan persiapan untuk majlis sambutan hari raya peringkat sekolah memandangkan kami telah diberikan beberapa tanggungjawab. Oleh itu pada pendapat saya yang naif ini, sebagai seorang yang memegang status pensyarah di sebuah institut pendidikan guru yang merupakan guru kepada guru tidak seharusnya menekan dan membebankan pelajar dengan kehendak kerja kursus yang agak keterlaluan disamping menetapkan tarikh penghantaran kerja kursus adalah semasa proses praktikum masih berjalan. Tidak terfikirkah nasib guru pelatih yang berpraktikum jauh dari Institut, tidak terfikirkah bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru pelatih. Jika ada yang mengatakan mengapa tidak menggunakan masa cuti untuk menyiapkan kerja?, itu adalah sebodoh-bodoh percakapan kerana masa cuti adalah untuk kita semua cuti dan berehat. Jika masa cuti pun kita masih bekarja, bilakah pula masa rehat untuk kita.

Seterusnya saya menghadapi masalah dengan rangka bentuk kerja yang perlu saya buat bagi memenuhi kehendak tugasan. Memandangkan jarak sekolah yang jauh dari institut, saya tidak dapat melakukan perjumpaan dengan pensyarah. Seterusnya saya telah membuat sedikit pembacaan untuk menambah isi disamping memperluaskan sumber pencarian iaitu kenyataan daripada penulis-penulis ilmiah.

Seterusnya saya menghadapi masalah apabila antara bahan yang saya gunakan sebagai sumber adalah dalam bahasa inggeris. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan Google Translator untuk menterjemahkan artikel bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Selepas itu barulah saya meneruskan penulisan tugasan. Namun begitu, saya menghadapi pula masalah tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan kerana saya mempunyai tugasan lain yang telah diarahkan oleh pihak sekolah disamping membuat persiapan untuk dinilai oleh pensyarah penilai. Oleh itu, saya mengambil langkah untuk menyediakan jadual langkah kerja bagi menguruskan masa dengan lebih baik.

Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya telah membuat banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diber. Secara tidak langsung, saya telah membina sifat tidak berputus asa semasa mencari tesis yang saya perlukan bagi melengkapkan tugasan 33 | P a g e

ini. Melalui tugasan ini juga, saya telah didedahkan dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari ilmu yang baru kerana melalui usaha yang kuat, seseorang itu akan dapat memahami dengan lebih baik apa yang dipelajarinya. Malahan, melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bagi tajuk-tajuk didalam subjek ini semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya meningkatkan pengetahuan tentang subjek ini dan seterusnya membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, dengan membuat kerja kursus ini, saya juga secara tidak langsung mempelajari pengalaman cara-cara membuat tesis yang akan saya lalui pada semester akhir di institut ini kelak.

Akhir sekali. Sebagai kesimpulan, perjalanan tugasan ini memang banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun, ianya tidak sama sekali mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan terutama sebagai seorang guru pendidikan moral. Saya juga berharap agar segala usaha yang telah saya lakukan bagi memenuhi kehendak tugasan berhasil mendapatkan markah dan hasil ilmiah yang memberangsangkan. Saya akhiri penulisan refleksi ini dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek ini yang telah banyak memberikan ilmu serta bimbingan yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan lain.

34 | P a g e

10.0

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff. 1999.Pendidikan Moral : Teori Etika Dan Amalan Moral. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Ahmad Azam Abdul Rahman. Media Massa Barat Dan Penghinaan Terhadap Islam.: Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera Untuk Pembangunan Ummah (28 Jan 2003 : Kuala Lumpur) : Paper 2 (6p.) Ahmad Adnan Mohammad. 1986. Masalah Sosial Belia Bandar. Kuala Lumpur. Akim Buntat. 1984. Masalah Sosial dan Latihan Dalam Perniagaan Orang Asli di Malaysia. Kuala Lumpur. Amran Kasimin. 1993. Masalah Sosial dan Hubungannya dengan Didikan Agama. Kuala Lumpur : Dinie Publishers. Arumugam. 2004. Pendidikan Moral : Tingkatan 5 : Buku Teks Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bertens, K. (Kees), 1936-, (2003).Etika Dan Moral : Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Charles H. McCaghy et. al. 7th ed. 2003. Deviant Behavior : Crime, Conflict, And Interest Groups. United States of America. Choong Lean Keow PhD (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Christina K. C. Lee and Sharon E. Beatty. 2002. Family Structure and Influece In Family Decision Making. Journal Of Consumer Marketing, Vol 19, No. 1. United States of America. Dr. Tam Yeow Kwai. (2006). Pendidikan Moral, Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral untuk Pelajar-Pelajar KPLI,LBPS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Selangor : Kumpulan Budiman SDN BHD. Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
35 | P a g e

Ishak Isjoni. 2002. Masalah Sosial Masyarakat. Indonesia : Unri Press. Khoo Kay Khim. 1937. Masalah Sosial dan Politik di Malaysia : Kumpulan Esei Mengenai Isu Semasa. Kuala Lumpur : Gateway Publishing House. Laurence Steinberg. 1999. Adolescence, Fifth Edition. The McGraw-Hill Companies, Inc.United States. Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mc Whirter. 1998. At Risk Youth: A Comprehensive Response, Second Edition. The Mc Whirters. California. Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi dan Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Nur Munirah Teoh Abdullah. 2002. Pendidikan Moral:Tingkatan 4 : buku teks. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahimin Affandi Abd. Rahim. Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia:Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam .Jurnal Usuluddin. 1999: 10: 125-134. Robiah Kulop. 2002. Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Sayed Abd. Rahman Sayed Mohd. 1996. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelbagai Pihak. Majalah Malaysiana. Kuala Lumpur. Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial : Aplikasi Dalam Perkhidmatan Manusia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
36 | P a g e

Vishalache Balakrishnan. (2009).Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Selangor : Arah Pendidikan SDN BHD.

Sumber dari Internet :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Media_massa_Malaysia Diambil pada 1 Ogos 2013 http://ms.wikipedia.org/wiki/Black_Metal Diambil pada 15 Ogos 2013 www.zappafly.com/kesan+budaya+barat+di+malaysia.html Diambil pada 16 Ogos 2013 www.scribd.com/doc/.../Pengertian-Masalah-Sosial-Remaja diambil pada 18 Ogos 2013 asnahhamid.blogspot.com/ diambil pada 18 Ogos 2013 www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079 diambil pada 20 September 2010 www.mbnk.org/download/masalah.pdf diambil pada 1 Ogos 2013 mutiaraislam.wordpress.com/.../masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-danpenyelesaian/ - diambil pada 1 Ogos 201 digg.com/news/offbeat/Masalah_Sosial_Remaja_Malaysia diambil pada 1 Ogos 2013

37 | P a g e

11.0

LAMPIRAN

38 | P a g e