Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KEDUA

Bilangan jurnal : Ke-2 Minggu praktikum : 2 Tarikh peristiwa / kejadian : 21/7/2013 25 /7/2013 Tajuk jurnal : Masalah Murid Suka Datang ke Hadapan Kelas

1. MASALAH / PERISTIWA

Minggu ini pula, saya menghadapi masalah dengan pelajar kelas saya. Di dalam kelas saya terdapat dua orang pelajar yang suka sangat untuk bangun dari kerusi dan lalu datang ke hadapan kelas semasa menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Semasa mereka datang ke hadapan saya berasa terpaksa memberi peluang kepada mereka. Tetapi ini tidak adil kepada pelajar yang lain. Ini kerana, semua pelajar yang lain juga semestinya akan berasa untuk datang ke hadapan dan menjawab soalan yang diberi. Malahan oleh kenara pelajar ini sentiasa datang ke hadapan saya terpaksa memberi peluang kepada mereka berdua. Jika sebagai guru saya sentiasa memberi peluang kepada pejalar berdua tersebut pelajar lain akan berasa sedih dan ini menjadikan mereka tidak beraktif dalam kelas.

2. ANALISIS Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana kedua-dua murid ini ingin mencari pemerhatian guru dan ingin menunjukkan dirinya sebagai murid yang terbaik

dalam kelas. Mereka bernama Hareen dan Sri Ganesh. Ini menganggu murid lain dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Saya akan memberitahu mereka semasa mereka datang ke hadapan bahawa sesiapa yang tidak duduk di tempat masing-masing tidak akan diberi peluang. 2. Saya akan memastikan semua murid mendapat peluang yang sama rata. 3. Jika mereka mengulangi masalah yang sama saya tidak akan memberi ganjaran kepada mereka. 4. Saya tidak akan memberi ganjaran kepada kumpulan pelajar tersebut.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh praktikum ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Jika masalah, ini dapat diatasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan baik. Semua murid juga akan mendapat peluang yang sama.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai