Anda di halaman 1dari 3

5.

0 Refleksi Saya berasa amat gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan kursus EDU 3109 Guru Dan Cabaran Semasa. Tugasan ini meninggalkan seribu makna dalam diri saya sebagai seorang guru yang bakal mendidik murid pada masa akan datang. Dengan tugasan ini saya telah didedahkan dengan lebih mendalam mengenai cabaran seorang guru biasa dalam sebuah sekolah. Sebelum ini saya hanya berpendapat bahawa semua tugas dipikul sepenuhnya oleh guru di sekolah adalah tidak membebankan. Selepas menyiapkan tugasan ini ia telah memberi kesedaran tentang tanggungjawab seorang guru biasa dalam menangani semua tugas ,iklim damn perasaan untuk mewujudkan satu persekitaran yang harmoni. Melalui tugasan ini, saya telah memahami dengan lebih jelas berkaitan apa yang dimaksudkan dengan kemahiran-kemahiran menangani tekanan. Seorang guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai kemahiran-kemahiran tersebut dan harus menguasainya. Secara keseluruhannya, tugasan ini telahpun menaikkan motivasi saya untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terbaik kepada murid-murid di sekolah sebagai seorang guru biasa. Oleh itu, secara tidak langsung dengan menyiapkan tugasan ini ia telah menyemarakkan semangat saya untuk berbakti kepada masyarakat dengan memberi sumbangan dalam membentuk murid-murid yang mempunyai tingkah laku dengan sahsiah yang positif serta mempunyai intelek yang tinggi supaya mereka dapat menjadi asas dalam pembentukan tamadun Malaysia yang berjaya pada masa hadapan. Secara tuntasnya, isu beban tugas guru telah lama digembar gemburkan dan sehingga ke hari ini isu ini masih cuba ditangani oleh kementerian pelajaran. Saya bersetuju dengan isu ini bahawa beban tugas guru pada hari ini semakin bertambah dan guru banyak melakukan tugas-tugas pentadbiran seperti perkeranian. Tugas memasukkan maklumat murid secara atas talian merupakan salah satu beban tugas yang pada hemat saya begitu mencabar bagi sesetengah guru yang jarang-jarang menggunakan internet dan komputer.

Apa yang saya perhatikan, banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak songeh serta pelbagai kritikan lagi seperti sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut. Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur. Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri. Adalah tidak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer. Justeru, pada pendapat saya, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Saya penuh percaya bahawa guru yang berdedikasi tidak akan melihat tugas tersebut sebagai beban. Jika kita benar-benar minat, walaupun tugas itu berat, kita sedia berkorban dan jauh sekali mahu melihatnya sebagai beban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan hakikatnya sangat penting dan saya tahu ada guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk membimbing pelajar. Inilah bukti kepimpinan dan komitmen guru yang membezakan mereka daripada guru-guru lain Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011).

Saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Namun berharap agar isu guru menjalankan tugas perkeranian dapat diselesaikan melalui cadangan kerajaan menambah bilangan jawatan pembantu tadbir agar guru dapat menjalankan tugas mendidik yang sepatutnya menjadi tugas hakiki mereka dengan lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai