Anda di halaman 1dari 1

Teks Cerita

Semua penghuni rimba Hutan Cahaya Indah hidup aman damai sejak bertahun lamanya. Mereka saling membantu dan bekerjasama menjaga keindahan dan kebersihan Hutan Cahaya Indah. Hutan Cahaya Indah letaknya jauh di pedalaman masih kaya dengan flora dan fauna. Udaranya segar dan air sungainya jernih dari kaki gunung. Di sinilah tempat tinggal binatang-binatang hutan yang hidup aman dan gembira. Pada suatu pagi yang hening, penghuni Htan Cahaya Indah gempar dengan kejadian yang tidak diduga. Sang Kerbau, musang, badak dan seladang telah diserang penyakit misteri.mereka demam dan muntah-muntah selepas minum air di sebatang sungai dalam hutan tersebut. Binatang-binatang lain berasa bimbang. Segala ikhtiar telah dicuba, tetapi penyakit misteri yang menimpa Sang Kerbau, musang, badak dan seladang tidak juga pulih. Sebagai ketua di hutan Cahaya Indah, Sang Kancil telah memanggil semua penghuni rimba untuk mengadakan perjumpaan tergempar di Lembah Agung. Wahai sahabatku semua, hamba amat berduka dengan perkara yang menimpa Sang Kerbau, musang, badak dan seladang. Kita perlu bertindak segera untuk mencari puncanya. Oleh itu, hamba telah memilih Pak Belang, Sang Gajah dan pak Batik untuk menyiasat perkara ini. Pak Belang, Sang Gajah dan Pak Batik pun pergi ke sungai tersebut untuk menyiasat. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sungai yang dahulunya bersih dan jernihtelah dipenuhi dengan sampah-sarap dan airnya juga telah tercemar. Tiba-tiba mereka terlihat tiga orang lelaki sedang membuang sampah ke dalam sungai tersebut. Dengan perasaan marah, Pak Belang, Sang Gajah dan Pak Batik mengejar lelaki tersebut. Lelaki tersebut lari lintang-pukang kerana ketakutan. Selepas itu, semua penghuni Hutan Cahaya Indah bergotong-rooyong membersihkan sungai tersebut. Mereka sentiasa mengambil berat dan menjaga keceriaannya. Mereka sedar kebersihan sungai dan tempat tinggal mereka amat penting untuk menjamin kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai