Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan Setelah meneliti sejarah perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual dari zaman sebelum merdeka, selepas merdeka

sehingga kini, maka jelaslah kepada kita bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah diletakkan di tempat yang sewajarnya berdasarkan keperluannya pada masa kini. Kalau dahulu tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik atau sekadar untuk menjadi mandur sahaja kini segalanya telah berubah. Kurikulum persekolahan kebangsaan kini mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan yang bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan masa hadapan. Adalah diharapkan dengan adanya penyemakan semula kurikulum Pendidikan Seni Visual, maka tiada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan keupayaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan kefahaman cetek yang mengatakan bidang seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik dapat dihapuskan. Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga profesional seperti jurutera, arkitek, doktor, saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Tambahan pula, dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta efektif, proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Keterampilan, kewibawaan, dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai