Anda di halaman 1dari 16

PIDATOTAJUK: Merokok Membahayakan Kesihatan Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada yangberbahagia tuan pengerusi majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi

bijaksana,seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Merokok MembahayakanKesihatan, itulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada pagi ini.Sidang hadirin dan hadirat yang saya hormati,Rokok merupakan bahan yang diperbuat daripada bahan-bahan yangboleh merosakkan

paru-paru manusia. Individu yang bergantung sepenuhnyaterhadap rokok akan menghidapi penyakit barah yang serius serta sukar diubati.Hakikatnya, masih ramai dalam kalangan ahli masyarakat kita pada hari ini, tidakmahu mengambil berat akan kesannya dalam diri mereka. Sebenarnya tanpakita sedari, kita telah menghabiskan tenaga dan wang hanya untuk

menempahkematian. Rokok yang dihisap akan mengundang penyakit yang kita sendirimasih belum menjumpai penawarnya. Inilah hakikat yang kita harus sedarikerana jahil akan kesihatan diri kita sendiri.Hadirin sekalian,Kita seharusnya mensyukuri akan nikmat daripada Ilahi kerana sedarikecil

kita diberi kesihatan yang sempurna. Individu yang memilih untukmenghisap rokok, sebenarnya telah melakukan satu pergantungan hidupuntuknya. Kita tidak mampu hidup tanpanya. Kesannya, kita sendiri merosakkandiri kita. Pelbagai faktor boleh dikaitkan berikutan permasalahan ini. Palingutama, kurangnya kesedaran sivik dalam diri. Mereka masih tidak insaf akankesan merokok dan asap rokok bukan hanya pada diri mereka sahaja malahturut melibatkan orang sekeliling mereka. Menurut kajian, penyakit yang lebihteruk akan dialami oleh individu yang menghidu asap rokok berbanding merekayang menghisap asap rokok. Berikutan dengan itu, kita boleh menyimpulkanbahawa perokok hanya mementingkan diri sendiri tetapi tidak memikirkan orang

yang mereka sayangi. Tidak dapat dinafikan juga, faktor persekitaran turutmempengaruhi individu terutamanya kepada remaja lelaki. Ada kalanya rakan-rakan mencabar kelelakian mereka dengan merokok. Titik tolak daripada inilahmengakibatkan mereka memilih untuk merokok seumur hidup mereka. Walaupunkerajaan telah menyatakan akan kesan merokok terhadap kesihatan diri kitatetapi masih ada antara kita tidak mengambil berat mengenainya. Bagi merekanafsu dan kepuasan apabila merokok lebig penting daripada segalanya. Sayajuga tidak menolak, dalam usia muda, sikap ingin mencuba sentiasa ada dalamdiri individu. Hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang waras dandimanfaatkan sepenuhnya mampun mencari jalan penyelesaian yang sempurnabagi diri mereka sendiri. Perjalanan yang masih panjang harus mereka tempuhinamun para remaja ini masih mahu memilih jalan yang menyusahkan diri lagi.Inilah cabaran yang diperoleh oleh kerajaan untuk mengatasinya.Para hadirin yang saya hormati,Terdapat pelbagai kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang merokok.Bagi para pelajar, hal ini akan membawa kesan terhadap pemikiran

mereka.Sistem ingatan akan menjadi lemah lantas melambatkan proses penerimaanilmu.

Akhirnya

mereka sukar untuk menghafal dan memahami sesuatu topikyang mereka pelajari di sekolah. Tidak cukup dengan itu, para pelajar lazimnyaakan belajar separuh jalan dan mengakibatkan pembaziran terhadappembayaran yuran. Sekali lagi, saya tidak menolak bahawa dengan mudahnyanegara telah kehilangan generasi masa hadapan yang berkualiti kita

untukdibangunkan.Selain itu, merokok hanya membazirkan wang dan tenaga. Hal iniberikutan

memperuntukkan sejumlah wang yang besar semata-mata untukmerokok. Ada kalanya kita sanggup berlapar dan dahaga agar perbelanjaanuntuk merokok adalah mencukupi. Begitulah hebatnya penangan rokok terhadapindividu ini. Peruntukan kewangan mereka yang khusus untuk merokokmembuktikan bahawa segala usaha yang dikeluarkan hanya untuk menyediakan

rokok di samping melayan hawa nafsu sendiri. Ada kalanya inilah yang menjadipunca berlakunya pecah-belah dalam keluarga.Kita mempunyai banyak pihak di sekeliling kita yang sedia membantuuntuk menghentikan gejala ini. Para perokok haruslah rajin dan sentiasameningkatkan

ilmu pengetahuan supaya mereka cepat insaf dan sedar akanbahayanya rokok. Pelbagai sumber daripada media elektrik mahupun elektronikkini sentiasa bersedia untuk kita sama-sama mempelajarinya. jugadisarankan supaya melakukan banyak senaman agar dapat meningkatkanstamina Kita dan

mengelakkan diri daripada ketagihan merokok. Dengan ini, kitamampu menghalang diri kita sendiri daripada menghambakan diri kepada rokok.Hadirin dan hadirat sekalian,Tiada gunanya segala ilmu pengetahuan yang kita ada seandainya

kitasendiri tidak berusaha untuk mengatasinya. Kita sewajarnya menilai diri kitaterlebih dahulu sebel um bertindak. Begitulah halnya dengan merokok. Kitamemilih untuk mengabaikan diri dengan ketagihan rokok dan sengsara denganpenyakitnya atau hidup sihat sepanjang masa. Oleh itu, tepuk dada tanya selera.Sekian, terima kasih

ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan banyak penurunan...rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok dan perokok di negara membangun pula semakin meningkat... *Amerika syarikat menurun 50%...bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi (20.8)pada tahun 2006

Dianggarkan 1.1 billion perokok seluruh dunia mengisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun...

Asia

tenggara

mancatatkan

44%lelaki

dan

14%

wanita

yang

merokok....

*Rakyat China pula penghisap rokok yang terbenyak iaitu 1.64 trilion batang rokok berbanding Amerika Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama? Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau? Merokok boleh dalam bentuk berikut : Rokok Cerut Tembakau paip Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia? Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok Lebih kurang 20% remaja adalah perokok 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok? Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan Mengapa merokok merbahaya? Merokok merbahaya kerana : Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah Bagaimana merokok itu membahayakan?

Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain? Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika : Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb. Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok? Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut : Tar (bahan untuk membuat jalan raya) Ammonia (bahan dalam pencuci lantai) Napthylamine (ubat gegat) Arsenik (racun anai-anai) Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan) Kadmium (terdapat dalam bateri) DDT (Ubat nyamuk) Formaldehyde (untuk mengawet mayat) Butane (gas yang boleh membunuh) Methanol (Bahan pembakar untuk roket) Hydrogen cyanide (racun) Toluene (bahan pelarut) Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok? Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda Barah payudara: lebih 11 kali ganda Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda Ulser Perut: lebih 2 kali ganda Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana : Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi : 2 kali ganda nikotin 3 kali ganda tar 5 kali ganda karbon monoksida 50 kali ganda bahan kimia merbahaya Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok? Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut : Sekolah Hospital dan klinik Bangunan-bangunan kerajaan Lif Kapalterbang Bila merokok dianggap sebagai ketagihan? Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok Di antara tanda-tanda ketagihan adalah : Tanda fizikal : Gelisah Menggeletar Degupan jantung lebih laju Pernafasan cetek / tidak dalam Corak pemikiran : Gian untuk menghisap rokok Berasa risau, gelisah dan bimbang Tidak boleh menumpukan perhatian Corak Emosi : Mudah marah Mudah runsing Rasa bimbang Gelisah Pola kelakuan : Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin

Tercicir dari sekolah Perubahan sikap dan tingkah laku Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda? Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita. Apakah kesan-kesan jangka pendek? Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan

kadar

pengaliran

darah

boleh

menyebabkan

pekak

Mata - Mata

berair,

radang

mata

yang

boleh

mengganggu

daya

penglihatan

Mulut

- Mengalami - Nafas

deria

rasa

yang dan

tidak

sedap

pada

bibir,lidah jangkitan

dan

tekak mulut kuning

berbau - Gigi

mendapat menjadi

Hidung - Mengurangkan

deria

bau

Kulit - Mengurangkan

suhu

badan,

kulit

muka

cepat

berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang? Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus) Penyakit Jantung Angin Ahmar / Strok Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis) Penyakit mulut dan gusi Ulser (perut, peptic) Osteoporosis

Kemandulan (tidak boleh hamil) Kurang bernafsu dalam perhubungan seks Mati pucuk Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain? Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes Menyebabkan pencemaran udara Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

Apakah baiknya berhenti merokok? Pernafasan bertambah baik Stamina meningkat Lebih sihat Lebih diterima oleh masyarakat Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan Melindungi orang lain dari bahaya merokok Menjimatkan wang Melindungi persekitaran Mengapa susah untuk berhenti? Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah) Merasa letih dan murung apabila tidak merokok Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain Mengatasi gian dan keinginan merokok Bagaimana cara berhenti merokok? Menyedari anda mepunyai masalah. Membuat keputusan. Menetapkan tarikh berhenti merokok. Elakkan pengaruh untuk merokok.

Minta bantuan dari rakan anda. Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan. Rancang hari hari tidak merokok anda. Bina keyakinan diri. Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok

Petua mengatasi keinginan merokok. Tarik nafas panjang Minum air Membuat kerja lain Mengunyah sesuatu (seperti gula getah) Mandi Basuh tangan Senaman ringan ( contoh : regangan) Sembahyang / meditasi Mengapa anda perlu berkata "Tidak"? Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.

Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok? Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda. Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting. Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan. Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok") Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak. Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" . Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain. Bagaimana anda bertegas diri? Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.

Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya). Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain. Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda? Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.) Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas. Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan. Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah). Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan. Bagaimana mengatakan "Tidak"? Teknik "Tidak" yang mudah Contoh "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."

Beritahu yang benar

"Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"

Beri alasan

"Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."

Menukar subjek perbualan

Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"

SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU Pengenalan Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati. Usia muda merupakan sasaran yang tepat. Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.

Apakah matlamat industri tembakau? Menipu Terutamanya dan memutarbelitkan dan belia. masyarakat Belia yang supaya ketagihan merokok. merokok,

kanak-kanak

akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.

Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok? Strategi industri tembakau adalah seperti berikut : Lebih matang dan dewasa Canggih Riang Bergaya Tenang Diterima ramai

Menjadikan rokok : Mudah diperolehi Boleh dibeli dengan harga yang murah Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja

Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda : Menikmati keseronokan yang lebih Merasa lebih tenang

Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok : Mendatangkan ketagihan Membahayakan kesihatan anda Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya

Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :

Konsert / panggung wayang Majlis / perjumpaan sosial Papan iklan Media bercetak/ media elektronik

Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau? Adakah anda rasa marah? Adakah anda berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai strategi industri tembakau? Adakah anda ingin membuat sesuatu untuk mengubah keadaan? Adakah anda ingin meluahkan rasa tidak puas hati anda? Adakah anda bersedia untuk bertindak? Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda Bagaimana? Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja Suarakan pendapat anda Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri Berinteraksilah atas talian (on-line)

AMALAN MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita. Tabiat buruk ini berlaku kerana kita terdedah dalam persekitaran yang tidak memberangsangkan. Sebenarnya, tabiat ini banyak memberikan kesan negatif kepada kita dan kebanyakan masyarakat tahu akan risiko yang dihadapi akibat merokok. Malangnya, masalah ini menjadi semakin serius dan diamalkan oleh sebilangan besar warganegara Malaysia. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM17 juta untuk kempen Tak Nak demi menentang tabiat merokok di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan juga menghadapi pelbagai halangan yang menyekat usaha tersebut dan trend ini amat membimbangkan semua pihak.

Amalan merokok sebenarnya menyumbang pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan penduduk Malaysia. Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian sebelum sampai

masanya statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Statistik

telah

menunjukkan bahawa bilangan kematian yang berpunca daripada barah paru-paru dianggarkan sebanyak 14733 orang bagi tempoh antara tahun 1995 hingga tahun 2000. Hakikatnya, perokok akan diserang pelbagai penyakit yang berpunca daripada tembakau. Mereka akan mengalami penyakit sekatan pulmonary kronik (COPD) yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas, batuk berkahak, dan memberikan kesan kepada jantung. Hal ini demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asap dalam jantung mereka dan menggandakan risiko mati. Tegasnya, seseorang yang kuat merokok lebih terdedah kepada risiko maut berbanding dengan orang lain yang tidak merokok.

Selain memberikan kesan kepada perokok itu sendiri, merokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak merokok boleh juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Hal ini demikian kerana kandungan asap tembakau ini mengandung bahan kimia yang beracun juga. Manakala, merokok dalam kalangan perempuan yang mengandung boleh mencacatkan proses pembesaran bayi di dalam rahim. Bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan yang kurang daya tahan. Akibatnya, anak yang dikandung itu mungkin akan dilahirkan cacat tubuh badan. Bayi-bayi berkenaan turut terdedah kepada serangan penyakit paru-paru, batuk-batuk, selesema, dan sakit kerongkong. Kesemuanya ini merupakan kesan-kesan perokok terhadap orang di sekelilingnya.

Memandangkan kesungguhan kerajaan terhadap kempen Tak Nak untuk mencegah tabiat merokok dalam halakah masyarakat, tetapi pihak kerajaan telah mengalami pelbagai halangan yang menyekat usaha ini. Antaranya ialah halangan daripada pengaruh media massa, terutamanya iklan. Pengaruh iklan paling susah dikawal oleh pihak kerajaan dalam usaha membanteras amalan merokok. Pihak kerajaan harus mengharamkan iklan rokok yang dipamerkan dalam media massa, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Pihak berkuasa juga harus menghalang iklan barangan lain atau perkhidmatan menggunakan jenama rokok dan restoran yang mempamerkan iklan rokok dengan besar-besaran juga perlu dihalang. Iklan yang membawa mesej rokok bahawa merokok merupakan simbol imej dan kelelakian harus dicegah dengan secepat mungkin. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, pengaruh iklan memang menghalang usaha dan perbelanjaan kerajaan.

Selain itu, tabiat perokok sendiri turut menghalang usaha kerajaan dalam mencegah tabiat merokok. Sikap perokok yang lemah semangat untuk menghentikan tabiat tersebut menyebabkan usaha

kerajaan mengalami kegagalan. Walaupun perokok sedar kebahayaan rokok, namun mereka turut tidak peduli akan kebahayaan merokok. Hal ini demikian kerana sesetengah bapa perokok juga menghisap rokok tetapi mereka masih boleh hidup sampai 80 tahun. Sementelahan, sesetengah perokok sudah tertagih terhadap rokok dan susah untuk berhenti walaupun telah cuba beberapa kali. Kebanyakan perokok pula tidak dapat mengawal nafsu mereka justeru mereka tidak berhasrat untuk menghentikannya. Dengan itu, keinsafan diri di peringkat tertinggi amat diperlukan kerana tiada cara yang paling berkesan untuk menghentikan ketagihan.

Bertitik tolak daripada itu, undang-undang yang kurang tegas juga merupakan halangan yang menyekat usaha kerajaan dalam menentang tabiat merokok. Seperti frasa yang sering diperkatakan, ada undang-undang yang ditetapkan, tetapi tiada polis yang melaksanakannya. Senario ini telah menyebabkan amalan merokok menjadi semakin berleluasa. Misalnya, papan tanda yang menunjukkan dilarang merokok yang diletakkan di kawasan awam sering kali hanya untuk pameran sahaja. Hal ini demikian kerana tiada hukuman yang dijalankan bagi perokok yang menghisap rokok di kawasan awam. Dengan itu, hukuman yang berat harus dijalankan supaya penjual rokok akan takut. Tambahan pula, kekurangan pegawai yang membuat rondaan di tempat awam juga menyebabkan usaha kerajaan disekat. Tegasnya, undang-undang yang tidak dikuatkuasakan akan menyekat usaha kerajaan.

Secara intihanya, tabiat merokok sememangnya merupakan tabiat yang buruk dan harus dihapuskan. Walter B.Pitkin ada berkata, Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana pembuatan sendiri. Kata-kata itu sengaja dipetik untuk memberitahu bahawa mereka gagal untuk berhenti merokok ibarat orang yang gagal dalam melawan dengan nafsu. Hal ini demikian kerana tabiat merokok sendiri merupakan halangan yang susah disekat oleh kerajaan. Dengan kurangnya perokok di negara kita, maka kadar kematian rakyat kita akibat tabiat merokok dapat dikurangkan dan suasana yang bebas daripada pencemaran udara turut dihasilkan. Dengan ini, negara kita tidak akan kehilangan golongan yang produktif dalam pembangunan negara.

Merokok Membahayakan Kesihatan

Kapal belayar menuju ke Jeddah, Berhenti pula di tepi kuala; Saya disini bersedia sudah, Izinkan saya memulakannya.

Bergayut-gayut si anak kera, Singgah pula diatas dahan; Assalammualaikum pembuka bicara, Salam ukuwah saya hamparkan.

saya ucapkan kepada yang berbahagia puan pengerusi majlis iaitu Pn.Fatimah Bt. Muhammad, panal hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya para hadirin dan hadiran yang saya hormati sekalian.Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah pidato saya iaitu:

Pergi ke pasar membeli kuini, Membeli pula si bunga kantan; Pidato saya pada hari ini, Merokok Membahayakan Kesihatan.

Para hadirin dan hadiran yang saya hormati, Rokok merupakan bahan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh merosakkan paruparu manusia.Individu yang bergantung sepenuhnya terhadap rokok akan menghadapi penyakit barah yang serius serta sukar diubati.Hakikatnya,masih ramai di kalangan ahli masyarakat kita pada hari ini,tidak mahu megambil berat akan kesannya dalam diri mereka.Bagi individu ini,rasa ketagihan yang dihadapi lebih penting daripada nilai harga sebatang rokok dan setiap saat denyutan nadi mereka.Sebenarnya, tanpa kita sedari,kita telah menghabiskan tenaga dan wang hanya untuk menempah kematian.Rokok yang dihisap akan megundang penyakit yang kita sedari masih belum menjumpai penawarnya.Inilah hakikat yang harus kita sedari kerana jahil akan kesihatan diri kita sindiri. Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Terdapat pelbagai kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang merokok.Bagi para pelajar,hal ini akan membawa kesan terhadap pemikiran mereka.Sistem ingatan akan menjadi lemah lantas melambatkan proses penerimaaan ilmu.Akhirnya mereka sukar untuk menghafal dan memahami sesuatu topik yang mereka pelajari di sekolah. Tidak cukup dengan itu,para pelajar lazimnya akan belajar separuh jalan dan megakibatkan pembaziran terhadap terhadap pembayaran

yuran.Sehubungan dengan ini,saya tidak menolak bahawa, dengan mudahnya negara kita telah kehilangan generasi masa depan yang berkualiti untuk dibagunkan.

Selain itu,merokok hanya akan membazirkan wang dan tenaga.Hal ini berikut kita memperuntukkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk merokok.Ada kalanya kita sanggup berlapar dan dahaga agar perbelanjaan untuk merokok mencukupi.Begitulah penangan terhadap rokok terhadap individu ini.Peruntukan kewangan mereka yang khusus untuk rokok membuktikan bahawa segala usaha yang dilakukan hanya untuk menyediakan rokok di samping melayan hawa nafsu sendiri.Ada kalanya inilah yang menjadi punca berlakunya pecah-belah dalam struktur kekeluargaan.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tiada gunanya segala ilmu pengetahuan yang kita ada seandainya kita sendiri tidak berusaha untuk megatasinya.Kita sewajarnya menilai diri kita terlebih dahulu sebelum bertindak.Begitulah halnya dengan merokok.Kita memilih untuk megabaikan diri kita dengan penyakitnya atau hudup sihat sepanjang masa.Kita sendirilah perlu menentukan hala tuju hidup kita.Sebelum berakhirnya tajuk pidato saya ini,saya akan menyampaikan beberapa buah pantun iaitu:

Mari kita menanam halia, Ambil sedikit buat juadah; Usia muda jangan disia, Nanti tua sesal tak sudah.

Ambil batu di tepi perigi, Ikan di sungai jangan dituba; Rokok itu meracun diri, Jangan disentuh, jangan dicuba.

Parut kelapa parutlah santan, Ikan kembung dibuat laksa; Rokok itu mainan syaitan, Kalau dicuba akan binasa.

Dian tiga,lilin pun tiga, tanglung tergantung dirumah laksamana;

Diam jiga sabar pun juga, Ada umur tidak kemana.

Dengan berakhirnya pantun saya ini maka berakhirlah tajuk pidato saya ini. Assalammualaikom warah matullah hirobarokatum.