Anda di halaman 1dari 16

Nama : Mohd Adry Ierfan bin Mohd Yazam

Tingkatan : 3 Amin

No. K/P : 941020-09-5129

Nama Guru : Puan Wadzirah binti Ridzuan.

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Rujukan

Lampiran
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini.

Terima kasih kepada Pn. Wadzirah bt. Ridzuan, selaku guru matapelajaran

geografi yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Kepada kedua-dua ibu bapa

dan keluarga yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Terima kasih dan penghargaan kepada pegawai-pegawai di PKENPs dan

penduduk-penduduk di Taman Kemajuan yang banyak memberi kerjasama.Hanya Allah

yang dapat membalas jasa anda.


Saya memilih Taman Kemajuan sebagai kawasan kajian kerana saya pernah

tinggal di petempatan tersebut selama beberapa tahun sejak ia mula dibuka. Kajian ini

lebih mudah dijalankan kerana saya mengenali beberapa orang penduduk asal di sini.
Kajian ini bertujuan untuk:

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Kemajuan serta

membandingkannya dengan negara Singapura.

b) Mengenal pasti factor yang mempengaruhi perkembangan kawasan

Taman Kemajuan.

c) Mengenal pasti fungsi petempatan di Taman Kemajuan serta negara

Singapura yang dijadikan bandingannya.

d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang

berlaku di petempatan tersebut.

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji

serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.


Kawasan yang saya kaji ialah Taman Kemajuan. Petempatan ini dimajukan oleh

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini dikelilingi

sawah padi. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini.

Taman Kemajuan terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Kangar.


1) Peta daerah : Kangar
2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura
3) Peta kawasan kajian : Taman Kemajuan.
Kaedah utama yang

saya gunakan untuk kajian ini adalah kaedah pemerhatian. Menerusi kaedah ini saya

dapat mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi penduduk di

Taman Kemajuan. Saya juga telah menggunakan kaedah temubual.Temubual ini

melibatkan penduduk setempat dan juga pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Perlis.Temubual ini membantu saya mendapat maklumat mengenai pola petempatan

penduduk dan perkembangan kawasan kajian sejak dijadikan petempatan. Selain itu, saya

banyak menggunakan kaedah rujukan (terutamanya internet) bagi mendapatkan

maklumat mengenai negara yang dibandingkan iaitu Singapura.


Jenis dan pola petempatan.

1)Taman Kemajuan

Jenis dan pola petempatan di Tman Kemajuan ialah berjajar.Kawasan perumahan

ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati di

kawasan tersebut.

2) Bandingan:Tokyo,Jepun

Jenis pola petempatan di Tokyo ialah berpusat.Sebagai salah satu metropolis yang

termaju di dunia, Tokyo mempunyai mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi.

Faktor yang mempengaruhi petempatan

1) Taman Kemajuan

Sejarah

Petempatan Taman Kemajuan dibuka pada tahun __________.Kawasan ini

dibangunkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.Bilangan penduduk di sini


telah meningkat setiap tahun.Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana

berhampiran dengan bandar.

Bentuk Muka Bumi

Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata.Kawasan ini

dahulunya adalah kawasan sawah padi.Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di

Taman Kemajuan.

Kegiatan Ekonomi

Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Bandar Kangar, ramai penduduk di

sini adalah kakitangan awam yang berpejabat di Bandar tersebut.Sebilangan yang lain

pula tertumpu kepada bidang perniagaan. Peluang-peluang pekerjaan di sini memberi

pulangan yang baik kepada penduduk di sini. Dasar kerajaan juga merupakan salah satu

faktor yang mempengaruhi petempatan.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan

oleh kerajaan di sini. Contoh kemudahan yang disediakan ialah sekolah rendah dan

sekolah menengah.
2) Negara Bandingan : Tokyo

Sejarah

Sejarah mencatatkan Tokyo telah berkembang lebih 400 tahun yang lalu. Sejak

itu,berlaku pertambahan penduduk yang ketara. Pada tahun 1935, pertambahan

penduduknya menyaingi New York dan London. Ini menyebabkan kawasan

petempatannya terus berkembang pesat.

Pusat Pentadbiran

Peranan Tokyo sebagai pusat pentadbiran Jepun menyebabkan penduduknya

bertumpu di sini. Tokyo mempunyai 23 buah daerah yang merupakan Bandar

raya.Pentadbirnya ialah Greater Tokyo Area yang merupakan petempatan paling padat di

dunia.

Kegiatan Ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di sini. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan,

perindustrian, perkhidmatan dan perlancongan memberi pendapatan yang tinggi kepada

penduduknya.
Fungsi Petempatan

1) Taman Kemajuan

Fungsi petempatan di Taman Kemajuan adalah sebagai tempat kediaman dan

perniagaan.Lokasinya yang agak berhampiran dengan Bandar Kangar menjadikan

kawasan ini sebagai pilihan untuk dijadikan kediaman.Atas alasan itu juga petempatan ini

juga berfungsi sebagai kawasan perniagaan yang digemari.

2) Negara Bandingan : Tokyo

Tokyo berfungsi sebagai pusat perindustrian di Jepun. Kawasan perusahaan

Keihin di Tokyo amat dikenali dengan pelbagai industri terutamanya industri kereta.
Masalah Petempatan

1) Taman Kemajuan

Masalah paling utama di Taman Kemajuan adalah system perparitan.

Keadaan longkang yang selalu tersumbat menyebabkan sering berlaku banjir kilat.Malah

dalam kejadian banjir besar pada tahun 2005, petempatan ini adalah kawasan terakhir

banjir surut. Masalah perparitan ini juga kerap menimbulkan masalah kesihatan khasnya

yang berkaitan dengan nyamuk. Longkang yang selalu tersumbat menjadi tempat

pembiakan nyamuk. Penduduk di sini selalu terlibat dengan penyakit bawaan nyamuk

seperti demam denggi.

2) Negara Bandingan

Walaupun Tokyo jauh meninggalkan Taman Kemajuan jika dibandingkan

dari segi kemajuan perbandaran dan kemodenan, tetapi metropolis ini tetap mempunyai

masalah. Masalah utamanya adalah kesesakkan lalu lintas. Mempunyai kepadatan

penduduk yang tertinggi di dunia menyebabkan lalu lintas di sini sentiasa sesak.
Tokyo juga menghadapi masalah pencemaran. Pencemaran berpunca

daripada pembuangan sisa domestic, asap dari kilang dan kenderaan.

Selain daripada itu, kekurangan tempat tinggal adalah antara masalah yang

dihadapi penduduk Tokyo.

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan

1) Taman Kemajuan

Anda mungkin juga menyukai