Anda di halaman 1dari 3

PJM 3114 2012

5.0 REFLEKSI Saya telah diberikan satu tugasan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani Suaian bagi kod subjek PJM 3114. Tugasan tersebut adalah tentang menyediakan dengan lengkap satu rancangan persediaan mengajar bagi pelajar masalah pembelajaran selama 30 minit serta melaksanakan rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani Suaian dengan merakamkan video sebagai bukti. Saya telah memilih tajuk imbangan bagi mengajar 4 orang pelajar yang bermasalah pembelajaran. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku, terdapat beberapa kelemahan yang saya hadapi semasa menjalankan aktiviti ke atas pelajar yang bermasalah pembelajaran. Pertama, saya terpaksa mengiringi dan memegang mereka terutama sekali bagi pelajar yang bermasalah autisma kerana pelajar autisma ini sentiasa bergerak aktif dan memerlukan pemantauan oleh saya agar mereka mengikuti pengajaran saya. Sekiranya pelajar ini tidak dipantau, mereka akan membuat kerja mereka sendiri dan sentiasa bergerak bebas tanpa menghiraukan arahan saya. Bagi murid lain seperti lembam saya perlu menunjukkan demonstrasi secara berulangan agar pemahaman mereka terhadap aktiviti yang dilakukan dapat diikuti oleh mereka dengan betul dan selamat. Kedua, saya mempunyai kekangan masa yang mana masa yang telah ditetapkan untuk setiap fasa aktiviti tidak diikuti dengan baik. Hal ini kerana, bagi pelajar masalah pembelajaran untuk menguasai sesuatu kemahiran memerlukan ulangan yang berkali-kali agar mereka boleh melakukannya. Saya perlu menghadkan aktiviti agar masa yang diperuntukkan dapat diikuti dengan baik. Ketiga, aktiviti yang dilaksanakan kurang menarik minat pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah autisma. Hal ini disebabkan oleh pelajar dari masalah autisma lebih cepat berasa bosan sekiranya aktiviti yang dilakukan berulang kali. Walaupun saya mempunyai banyak kelemahan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) yang dilaksanakan oleh saya, akan tetapi terdapat juga beberapa kekuatan melalui sesi pengajaran yang dijalankan. Pertama, para pelajar saya memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang sesi pengajaran tersebut dan telah berjalan dengan lancar. Kedua, pelajar berasa seronok apabila melakukan aktiviti permainan kecil. Ketiga, pelajar boleh melakukan aktiviti imbangan bengkang-bengkok sambil membawa pundi kacang dengan baik dan selamat. Antara penambahbaikan yang perlu saya lakukan bagi memperbaiki kelemahan sesi pengajaran saya untuk akan datang, saya perlu memilih aktiviti yang sesuai dengan pelajar yang bermasalah pembelajaran dan aktiviti tidak terlalu banyak, perlu lebih menarik dan mudah

PJM 3114 2012


untuk diikuti oleh para pelajar. Saya perlu menghadkan aktiviti agar masa yang ditetapkan dapat diikuti dengan baik. Aktiviti yang menarik dapat memberi keseronokkan kepada para pelajar. Kaedah demonstrasi yang telah saya gunakan amat membantu saya dalam melaksanakan sesi pengajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani Suaian ini untuk pelajar masalah pembelajaran. Melalui kaedah demonstrasi yang saya lakukan dapat mewujudkan satu suasana proses peniruan berlaku ke atas pelajar terhadap aktiviti yang telah didemonstrasikan oleh guru yang mana pelajar senang untuk menerima pengajaran yang cuba disampaikan oleh saya dengan menghayati, memerhati serta mengingati setiap aktiviti yang dilakukan dengan mudah. Mereka senang untuk mempelajari setiap pergerakan yang saya ajari dengan cara mendemonstrasikan dahulu setiap aktiviti yang dilakukan. Kaedah demonstrasi ini mempunyai perkaitan dengan teori pembelajaran sosial. Yang mana teori pembelajaran sosial ini merupakan teori yang berasaskan proses peniruan yang berlaku. Guru dianggap sebagai role model atau kata erti lain contoh yang terbaik untuk diikuti sebagai panduan. Menurut jurnal yang bertajuk Teaching, Responding and Communicating Inclusive Physical Education menyatakan bahawa kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan pertimbangan khas dalam perancangan dan perlaksanaan program Pendidikan Jasmani. Jika tidak, mereka tidak akan dapat menyertai dengan selamat dan berjaya. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang kurang upaya seperti demonstrasi guru atau tunjuk cara, sediakan ruang yang lebih luas, tempatkan pelajar yang cacat berhampiran dengan guru serta gunakan rakan sebaya sebagai pasangan dalam melakukan aktiviti. Semua kaedah perlaksanaan ini telah saya aplikasikan dalam pengajaran saya terhadap pelajar bermasalah pembelajaran ini. Manakala bagi artikel yang bertajuk mental retardation pula menjelaskan tentang sesuatu permainan yang dilakukan ke atas pelajar yang kerencatan akal perlu diubahsuaikan juga dari segi peraturan dan objektifnya agar mudah untuk mereka bermain dan memahami permainan tersebut. Telah saya aplikasikan pengubahsuaian dari segi peraturan untuk permainan bagi permainan kecil ini dalam rancangan pengajaran harian saya agar pelajar berkeperluan khas ini dapat menikmati keseronokkan serta memudahkan mereka untuk fahami. Selain itu, bagi artikel yang bertajuk Physical Education for Children With Autism mengutarakan tentang memahami murid yang bermasalah autisma. Autisma merupakan kecacatan kompleks hasil daripada gangguan saraf yang mempengaruhi fungsi normal otak.

PJM 3114 2012


Kanak-kanak autistik sukar dalam perhubungan interpersonal. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan orang disekeliling mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autistik mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan perlu pengawasan yang rapi oleh guru agar mereka ini tidak melakukan aktiviti mereka sendiri. Dari segi aktiviti pula perlu dipelbagaikan supaya mereka tidak cepat merasa bosan dan seronok dalam mengikuti setiap aktiviti yang dirancang. Dengan ini, saya perlu tingkatkan lagi dari segi perancangan aktiviti agar pelajar autisma seronok melakukannya memandang aktiviti pada fasa perkembangan saya kurang mendapat perhatian daripada pelajar masalah autisma. Ini merupakan salah satu daripada kelemahan yang saya dapati sepanjang pengajaran dan pembelajaran saya jalani. Tugasan ini sebenarnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada saya dalam mempertingkatkan kualiti kerja saya sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang. Diharapkan daripada proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada saya sebagai seorang pendidik. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai