Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Ceramah : PEMBINAAN GURU YANG SEIMBANG

Penceramah : En. Ruslan bin Mohammad Tujuan utama ceramah ini diadakan supaya semua guru pelatih dapat memperkembangkan diri dan mendapat ilmu dan input yang berguna tentang pembinaan guru yang seimbang . Pada mulanya En Ruslan menayangkan sebuah video yang bertajuk beyond the blackboard. Memalui pemerhatian dari video ini dapat kami simpulkan bahawa semua individu bertanggungjawab kepada

masyarakat ke atas setiap tindakan dan tingkah laku mereka. Selain itu, moral merupakan persoalan yang praktikal. namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Video tersebut sangat menarik dan mempunyai makna yang tersirat.

Banyak informasi dan maklumat yang berguna saya perolehi semasa menyertai sesi ceramah ini. Antaranya ialah, agama sebagai satu panduan hidup. Sebagai seorang manusia kita seharusnya mempunyai sifat tawaduk, iaitu sifat merendah diri , tidak sombong dan sentiasa bersangka baik pada masyarakat di sekeliling kita. Kedua, sebagai seorang guru saya seharusnya, menampilkan penampilan yang selesa dan disenangi oleh orang lain. Penampilan ini bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian tetapi merangkumi segala aspek lain. Antaranya ialah, cara bekomunikasi dengan orang lain, cara berhubung. Kami juga dinasihatkan oleh En. Ruslan untuk mendidik diri supaya sentiasa kemas kerana yang paling penting dalam sesebuah komunikasi adalah pandangan dan persepsi pertama oaring lain terhadap diri kita. Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan. Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab

ke tahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan.Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling.

Jelas En Ruslan lagi , sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.

Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.Besarnya tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Pengajaran yang saya perolehi semasa sesi ceramah ini adalah, tanggungjawab adalah sesuatu yang akan menyumbang dalam membuat keputusan yang lebih bijak dalam kehidupan seharian dan mendidik diri agar menjadi seorang guru yang profesional pada masa hadapan. Berdasarkan prinsip ini individu mempunyai tanggungjawab seperti, memupuk kepercayaan, memperbaiki moral diri dan berusaha tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermanfaat, menghormati keputusan dan menghargai orang lain, berlaku adil, amanah dan jujur dan sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan. Kini barulah saya benarbenar fahami pengamalan etika keguruan yang betul untuk meningkatkan imej diri sebagai pendidik yang profesional, komited, amanah dan mempunyai integriti yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai