Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
PENGENALAN PORTFOLIO
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.
CIRI-CIRI PORTFOLIO
Dokumentasi yg b'struktur
Kolaboratif
Pembelajaran interaktif
Fleksibel
KEGUNAAN PORTFOLIO
Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar Mempelbagaikan bukti penilaian. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
PENILAIAN PORTFOLIO
PERKEMBNGAN OLAHAN IDEA
LAKARAN
DAN PENYELIDIKAN
LUKISAN KAJIAN
Dua unsur penyelidikan atau kajian ini dapat membantu calon dalam memperolehi sebuah karya yang bermutu kerana karya yang dihasilkan bukanlah berdasarkan dari segi pengaruh semata-mata sebaliknya mempunyai kajian yang mendalam dari segi aspek bentuk, konteks dan makna.
LUKISAN KAJIAN
Lukisan berupa kajian adalah dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuhtumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek tumbuhtumbuhan dan haiwan.
Selain itu juga, lukisan kajian juga merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh, memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
TEKNIK TITIK
TEKNIK
TEKNIK KONTUR
TEKNIK STRUKTUR
Teknik Gesture:
Teknik Kontur:
Teknik struktur:
Teknik titik:
BAHAN
Kesan penggunaan bahan yang berbeza: pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis. pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk memdapatkan kesan yang dikehendaki. garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten. jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan. Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemeneleman bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan pengkaryaan.
CONTOH PROSES DAN PENGHASILAN: Langkah 1 Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah
Langkah 2 Mulakan dengan membuat bentuk-bentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu
Langkah 3 Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.
Langkah 4 Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah dan juga ton gelap.
Langkah 5 Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek.