Anda di halaman 1dari 22

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm 1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. 2.

Subjek ialah perkara yang diceritakan. 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna. Contoh : subjek predikat 1. Afendi guru 2. Kakak menyapu sampah. 3. Ibrahim bermain bola sepak. 4. Zulkfli Minum teh 5. Ayam itu asyik berkokok. Ragam Ayat 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu: (a) ayat penyata; (b) ayat tanya; (c) ayat perintah; (d) ayat seruan. 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut: (a) Ayat penyata 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya. Contohnya: i. Kakak sedang menyiram bunga. ii. Lembu itu akan dijual. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat tanya 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. Contohnya i. Berapakah harga kasut itu? ii. Sudahkah adik minum susu? iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat? Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. 1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa. 2. Diakhiri dengan partikel -kah. Contoh : Siapakah nama bapa kamu ? Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya. 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? ) contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. 2. Ayat perintah terbahagi kepada a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan Contohnya: a. Ayat Suruhan 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat. Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang. Turunlah dari sini sekarang juga. Cuci kasut kamu. (suruhan) b. Ayat Permintaan 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat. Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur. Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan) c. Ayat Larangan 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu . 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh : Jangan minum air itu. Usahlah menangis lagi. Jangan petik bungs itu.(Iarangan) d. Ayat Silaan 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. 3. Partikel -lah boleh digunakan. Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau. Jemputlah menikmati Datanglah ke rumah saya. (silaan) (d) Ayat seruan Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) 3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. 4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Contohnya: i. Amboi, cantiknya baju kamu! ii. Aduh, sakitnya perut aku! Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-ayat.html

Jenis-jenis Ayat
JENIS-JENIS AYAT Ayat ialah susunan kata-kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua komponen iaitu, subjek dan predikat. Subjek dalam ayat ialah benda atau behagian ayat yang diterangkan. Predikat pula ialah cerita atau bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Subjek 1. Gajah itu 2. Kami 3. Pemuda itu 4. Pelajar-pelajar itu 5. Telefon itu sedang makan tebu

Predikat

ke bandar dengan menaiki bas. sedang dibaikpulih. sedang tekun membaca buku. berdering.

Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:A. Ayat penyata Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu perkara atau hal.

B. Ayat tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal dan sebagainya. Ayat tanya ini ditandai dengan tanda tanya/tanda soalan (?) di hujung ayatnya.

Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat tanya dengan kata tanya

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana, mana, kenapa, mengapa, siapa dan sebagainya. Perhatikan ayat contoh di bawah ini:1. Siapakah olahraga sekolah kamu pada tahun ini? 2. Di manakah kamu meletakkan beg kamu tadi? 3. Kenapakah emak kamu bermasam muka sahaja? 4. Bagaimanakah kemalangan itu terjadi? 5. Berapakah bilangan peserta rombongan itu?

Dalam binaan ayat atau penulisan, kata tanya boleh disertai atau menerima kata penegas/partikel kah dengan syarat kata tanya itu mestilah letaknya di bahagian hadapan ayat. Contoh: 1. Bilakah air laut ini akan pasang semula? 2. Kenapakah kamu biarkan adik kamu ke bandar bersendirian? 3. Di manakah kemalangan ngeri itu berlaku? 4. Bagaimanakah keadaan pesakit jantung berlubang yang kamu lawati itu?

2. Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat penyata yang diletakkan tanda tanya/tanda soal di hujung ayatnya. Ayat tanya ini terbentuk dengan meninggikan nada suara yang berbentuk soalan/pertanyaan. Contoh:

Ayat Penyata

Ayat Tanya

1. Kedua-dua batang jarinya kudung. 2. Adiknya kena culik. 3. Air perigi itu cetek. 4. Dia menghidap penyakit kencing manis. 5. Cincin itu kepunyaan Alice.

1. Kedua-dua batang jarinya kudung? 2. Adiknya kena culik?. 3. Air perigi itu cetek? 4. Dia menghidap penyakit kencing manis? 5. Cincin itu kepunyaan Alice?

C. Ayat perintah

Ayat perintah ialah ayat yang berbentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan denagn tujuan menimbulkan sesuatu tindakan.

D. Ayat seruan

Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk menggambarkan/melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti terkejut, marah, mengejek, sakit, takut, dan sebagainya. Ayat seruan ini pada umumnya didahului oleh kata seru seperti Ah, Amboi, Nah, Wah, Cis, dan sepertinya. Pada penghujung ayatnya pula ditandai dengan tanda seru (!). Pada umumnya, ayat seruan mengandungi kata seru yang diletakkan di awal ayat. Namun begitu, terdapat ayat seruan yang tidak didahului oleh kata seruan. Contoh:

http://zarimah2026.blogspot.com/2012/09/moforlogi-dan-sintaksis.html
Contoh kata ganti nama yang diperolehi ialah seperti berikut : Kata Nama Am Kata Nama Am Hidup Menteri Pelajar Calon Tokoh Kata Nama Am Tak Hidup Ujian Subjek Aktiviti Sekolah Wakil Peperiksaan Kementerian Agensi Kerajaan Akademik Kata Nama Khas Tak Hidup Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia Penilaian Menengah Rendah Kata Ganti Tunjuk Ini itu Kata Nama Khas Kata Nama Khas Hidup Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Menteri Pelajaran Kata Ganti Nama Kata Ganti Diri Kita Nya Mana-mana

b) Golongan Kata Kerja :

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan keterangan. Zaaba ( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan atau mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif

Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif aktif mengumumkan memuaskan memansuhkan mengunakan memperbaiki melakukan menyarankan -

Kata Kerja Tidak Transitif Kata kerja tidak transitif berpelengkap memadai dipantau dibuat dikekalkan

Kata kerja transitif pasif diguna ditangani disediakan -

Kata kerja tidak transitif tanpa pelengkap peperiksaan berkemahiran dimansuhkan

c) Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai kata hadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialah amat, sangat, sungguh, paling atau nian. Selain itu, imbuhan awalan ter dan se sesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : terbaik, terkaya, seharum, secantik. Frasa adjektif boleh digandakan dengan kata awalan se dan akhiran nya unutk menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh : sedalamdalamnya , setinggi-tingginya.

Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi bukan atau tidak. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan, kata adjektif dapat dikelaskan

kepada 9 jenis. Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat pada bahan teks ini, kata adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian kecil jenis kata adjektif sahaja.

Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah :

Jenis kata adjektif Kata adjektif keadaan

Contoh kata adjektif Berjaya / moden /

Kata adjektif warna

(tiada dalam teks )

Kata adjektif ukuran

Mendalam / depan /

Kata adjektif bentuk

( tiada dalam teks )

Kata adjektif waktu

Baru /

Kata adjektif jarak

( tiada dalam teks )

Kata adjektif cara

Teliti

Kata adjektif perasaan

Kasih / yakin /

Kata adjektif pancaindera

( tiada dalam teks )

d) Golongan Kata Tugas Lazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu :

a) Kata Penyambung Ayat

b) Kata Praklausa

c) Kata Prafrasa

d) Kata Pascakata

Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian:

Kata tugas Kata penyambung ayat Kata hubung gabungan -

Contoh kata tugas

dan / atau / sebaliknya / kemudian /

Kata hubung pancangan

yang / kerana / supaya / untuk / sebelum / selepas / walaupun / namun / selain itu /

Kata praklausa

kata seru kata tanya kata perintah kata pembenar kata pengkal ayat Ayat prafrasa

( tidak ada dalam teks )

kata bantu

telah / hendak / akan /

kata penguat

agak /

kata penegas

apatah /

kata nafi

tidak / bukan

kata pemeri

ialah / adalah /

kata sendi nama

di / ke / dari / untuk / pada / bagi / sudut /

kata arah Semua / beberapa / ( tiada dalam teks )

kata bilangan

kata adverba Kata pascakata

Kata penekan

tentunya / sebaliknya

Kata pembenda

calonnya /

3.2

Aspek Sintaksis

Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat

pembentukan konstruksi ayat yang

melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan susunan unitunit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.

Contoh : Encik Ahmadi amat rajin dan cekap dalam tugasnya.

( Subjek=Frasa nama)

( Pradiket = keterangan )

3.2.1

Ragam Ayat

Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satu ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain ialah ayat terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur diterang .

Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau bagaimanapun, contoh-contoh ayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.

Ayat aktif : a) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. Subjek ( Frasa nama ) Kata Kerja Pradiket (Keterangan) -bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan

Timbalan Perdana Menteri, Tan -mengumumkan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran

b)

Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.

Subjek Kementerian

Kata kerja melalui akan memastikan

Keterangan 1 aspek pentaksiran

Keterangan 2 integriti supaya tiada sekolah mengamalkan pilih kasih sikap terhadap calon pemberian

Lembaga Peperiksaan Malaysia

mana-mana dalam markah.

c) Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu. Subjek Kementerian Pelajaran Kata kerja turut melakukan Keterangan 1 ujian membabitkan Keterangan 2 perintis bagi melihat

50 kesesuaian cadangan bakal

buah sekolah pada yang

2008 dan 500 lagi dilaksanakan itu. tahun lalu

3.2.2

Jenis-jenis Ayat

Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur dan jenis-jenis ayat. Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis. Ayat-ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.

a) Ayat penyata

Ayat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh :

i)

Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina.

ii)

Mereka datang bertiga.

iii)

Saya tidak akan hadir.

b) Ayat Tanya

Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat oenyata kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal atau mengemukan pertanyaan dan juga mendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah : a) Siapakah yang datang bersama awak ?

b) Apa khabar ? Sihat ?

c) Lukisan ini berharga seribu ringgit ?

d) Ayat Seru

Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dan kata seru dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan. Ayat seru dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh:

a) Oh, Tuhanku !

b) Amboi, berseri-seri dari tadi !

c) Eh, awak lagi !

d) Ayat Perintah

Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan . Contohnya :

a) Jangan pijak rumput.

b) Sila datang lagi.

c) Tolong matikan suiz.

Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis ayat penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya.. Contoh ayat penyata yang dikesan dalam bahan kajian ialah :

a)

Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.

beberapa

b) Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu.

c) Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam.

d) Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah Rendah sudah pun terjawab.

e)

Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.

3.0

Refleksi Daripada Analisis.

Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan berdasarkan kepada petikan Minda Pengarang yang bertajuk Sistem Baru Ganti PMR Mampu Kurangkan Tekanan Peperiksaan diambil dari Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2010. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga. Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas maknanya. Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud kata ini jelas diberikan. Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan

maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan oleh penulis adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering didebatkan dikalangan ibu bapa, orang ramai dan para guru khasnya. Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang , namun ia tidak menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau isu yang dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dan disokong dengan pradiket yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada sebarang unsur-unsur ayat tanya, ayat seru mahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam

menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang dibincang oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya jenis ayat seru atau ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaran agak janggal.

5.0

Penutup

Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi

tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

http://zarimah2026.blogspot.com/2012/09/moforlogi-dan-sintaksis.html AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendirisendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.

5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk; (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk. 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15.

Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.

Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) Maknanya apabila (kata nama) air mata (kata nama) lemah lembut (kata adjektif) mogok duduk (kata kerja) daripada (kata sendi)

alim utama (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik pandai (kata nama) lalu lintas (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)

21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: (a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. adat istiadat alih bahasa bahasa pasar bakul sampah batang hidung cakera padat cantik jelita daya cipta dengki hati emas putih esok hari gagah berani galah canggah rendah hati sabun mandi gunung api hancurlebur harga borong hitam manis ikan parang inti sari isi perut juling air kaca mata kerak bumi otak depan olah raga pagar duri pindah tangan rabun jauh kongsi gelap lampu duduk lipat ganda lubang hidung mabuk taut merah jambu minyak makan naik takhta nenek moyang orang gaji tuan rumah udang galah uji kaji wang saku warta berita

sihat akal 24.

tahan lasak

zat air

Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. akal kancil anak angkat anak baju anak emas anak kunci batu loncatan banyak mulut buah mulut bulan madu cahaya mata cakap angin campur tangan cekak musang dapur susu mata hari naik darah nyawa ikan otak udang tangan besi timbang rasa darah daging datang bulan daun pintu emas kahwin embun jantan filem bisu gaji buta gantung kemudi gatal mulut gunung payung habis akal lalat hijau lebar mulut lemah semangat lepas tangan main angin malam buta sampai hati tali barut tanah air hajat besar harga diri ibu ayam isi hati jalan bahasa jauh hati kaki tangan karat hati kata dua kecil hati kereta api papas hati panjang tangan pasar gelap patah hati rendah hati sagu hati sakit hati tumbuk rusuk