Anda di halaman 1dari 15

1. SAYANGI DIRI b.

Pengurusan Masa Aktiviti 2B Hargai Masa

HP 1 Menjelaskan kepentingan menghargai masa

Kepentingan Menghargai Masa.


Melalui masa kita mampu untuk mendisiplinkan diri sendiri Selain itu melalui masa ianya juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk menyiapkan kerja rumah.

Masa juga sangat penting kerana ianya tidak boleh di ulang.

Masa juga sangat penting supaya apa apa yang kita lakukan dapat dirancang sebaik mungkin

Aktiviti 1
Tulis kepentingan menghargai masa yang kamu ketahui secara kumpulan

Sekiranya kita memanfaatkan masa, maka ianya juga akan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah

HP 2 Menguruskan masa dengan cara bijaksana

Dialog 1
Joshua : Tahniah Joseph ! Awak telah berjaya dalam peperiksaan UPSR. Apakah rahsia kejayaan awak? (sambil bersalam tangan ) Joseph : Terima kasih Joshua. Untuk pengetahuan awak saya membahagikan masa saya secukupnya untuk belajar. Joseph : Oh begitu . Tahniah sekali lagi Joshua.

Joshua

: sama sama Joseph

Alysia : Michele ,,,,, jom kita pergi bermain di padang. Michele : Maafkan saya Alysia. Petang ini saya sepatutnya membuat kerja sekolah. Alysia : Alah,,,,,, sekejap saja, Michele : Alysia,,, kita seharusnya mengutamakan pelajaran kita daripada perkara perkara yang lain. Bukan saya tidak mahu temankan kamu, tetapi ini demi masa depan kita berdua juga. Alysia : (tunduk malu). Baiklah michele. Saya akan dengar nasihat awak.Tapi petang esok bolehkah kita pergi bermain. Michele: Petang esok? Boleh,,, Sebab esok memang masa yang sangat sesuai untuk kita beriadah Alysia : Baiklah Michele. ( sambil tersenyum).

Dialog 2

Ronaldo : Jonet, peperiksaan tengah tahun sudah hampir. Apakah persediaan awak? Jonet : Alah Ronaldo,janganlah awak risau, saya pasti akan berjaya dalam Peperiksaan. ( bercakap dengan sombong) Selepas peperiksaan Ronaldo : Saya tengok awak banyak gagal dalam peperiksaan lepas. Betul ke? Jonet : Betul Jonet, menyesal saya kerana tidak mendengar nasihat awak dulu. Ronaldo : Tidak apalah Jonet. Awak patut bersyukur kerana peperiksaan UPSR yang sebenar belum tiba. Sekarang masih sempat untuk awak berubah dan membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Jonet : Terima kasih Ronaldo. Saya akan dengar nasihat awak itu.

Dialog 3

HP 3 Menghargai masa

Cara menghargai masa.


Membuat jadual waktu. Belajar bersungguh sungguh. Mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.

Kad Arahan
Tentukan matlamat yang diingini. Tentukan cabaran yang akan dihadapi Cadangkan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

MATLAMAT

CABARAN YANG AKAN DIHADAPI SEBELUM MATLAMAT ITU BOLEH DICAPAI LANGKAHLANGKAH UNTUK MENGATASI

Rumusan
Kita haruslah tahu menjelaskan kepentingan menguruskan masa. Kita haruslah tahu menguruskan masa dengan bijaksana Kita haruslah menghargai masa