Anda di halaman 1dari 10

Makna Pidato Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai

yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup.

Tujuan Pidato Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.

Beza Istilah Kita sering terkeliru dengan istilah pidato, ucapan, dan syarahan. Persamaan kesemua ini ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada hemat saya, pada asasnya pidato dan syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks yang dilihat oleh masyarakat. Syarahan boleh dilihat daripada beberapa konteks. Yang pertama ialah konteks syariah dan akidah. Seringkali penyampaian yang berkisar akidah, syariah, sirah dan fiqah disebut syarahan. Pertandingan bercakap sempena Maal Hijrah juga disebut Pertandingan Syarahan. Yang kedua ialah penyampaian panjang lebar oleh tokoh-tokoh, khususnya ahli akademik berkenaan sesuatu. Ini juga dipanggil syarahan. Sebab itulah pendidik di universiti digelar pensyarah. Yang ketiga, seperti yang pertama tadi, tetapi tidak menyebut hal-hal kerukunan Islam dan iman, tidak menyebut sirah nabi dan lain-lain, juga disebut syarahan. Yang disebut pidato ialah syarahan, tetapi dalam konteks yang pertama dan ketiga. Konteks kedua tidaklah dipanggil pidato kerana ia merupakan persembahan yang menggunakan teks dan bahan rujukan yang banyak semasa menyampaikan. Sementara ucapan pula membawa maksud yang berbeza. Ucapan biasanya berkaitan dengan sesuatu majlis atau upacara, dibuat semasa awal atau akhir majlis tersebut berlangsung. Ucapan biasanya boleh menyentuh hal-hal lain selain topik yang diberikan, atau juga boleh menyentuh dua tiga perkara sekali gus, tidak seperti pidato yang hanya bertumpu kepada satu topik sahaja.

Memilih dan Memahami Tajuk Sekiranya tajuk boleh dipilih, kita hendaklah memilih tajuk yang mana kita berpengalaman atau berpengetahuan luas tentangnya. Hal ini demikian supaya kita yakin dengan apa yang disampaikan. Bermula dengan keyakinan diri sendirilah kita dapat meyakinkan hadirin. Walau bagaimanapun, sekiranya tajuk tidak diberi pilihan, kita hendaklah memahami dahulu tajuk yang diberi, seterusnyua membuat kajian dan bacaan yang mendalam tentangnya. Konsep sesuatu tajuk itu perlu difahami terlebih dahulu.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Alhamdulillah. kami bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini berdasarkan maklumat yang dapat diperoleh daripada beberapa sumber rujukan iaitu daripada sumber internet serta rujukan pusat sumber khususnya sebagai kerja kursus pendek untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi subjek bahasa Melayu Komunikatif 2. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Pn Hamidah Bt Che Meh kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta buah fikiran sehinggalah kerja kursus pendek ini dapat di bukukan dengan jayanya. Pimpinan daripada beliau kami harapkan bukan sahaja hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan tetapi berterusan selama kami menuntut di institut perguruan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan idea-idea bernas dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya para sahabat untuk menghasilkan tugasan yang lengkap, terbaik, dan berkualiti. Sumbangan idea yang bermanafaat membantu kami untuk mengembangkan lagi idea sedia ada. Jutaan terima kasih ditujukan kepada ibubapa dan kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka, kami percaya yang kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian,terima kasih.

Teks Pidato Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Hamka pernah berkata: Seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita beroleh pelajaran daripadanya. Ini bermakna setiap jejak perbuatan kita menjadi contoh dan teladan oleh masyarakat. Kata-kata beliau membuatkan saya terpanggil untuk merungkaikan sebuah pidato yang berpaksikan budi bahasa. Pada pagi yang mulia ini ,saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Kesantunan Guru Pembentuk Generasi Berbudi Bahasa. Tanpa melengahkan masa lagi, izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Kesantunan berbahasa boleh

ditafsirkan sebagai berlaku sopan kepada orang yang mendengar atau diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya. Kesantunan dalam berbahasa akan memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan dianggap sebagai seorang yang berbudi bahasa jika percakapannya tidak menyinggung perasaan orang di

sekelilingnya. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
4

sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi: Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah. Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa semata-mata. Disebabkan

kesantunan berbahasa amat berkaitan dalam hubungan seseorang dalam masyarakat, maka ia boleh dikatakan aspek yang sangat penting dalam hidup seorang guru. Menurut
Syed Ismail Syed Mustapa, 2010, kesantunan guru merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.

Kulawarga dewan penggerak wawasan,

Kesantunan guru boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berbahasa, kesantunan tingkah laku dan akhir sekali kesantunan berpakaian. Kemahiran berkomunikasi secara santun memainkan peranan penting dalam profesion perguruan ke arah pembentukan generasi berbudi bahasa. Jika guru menggunakan bahasa yang penuh santun dan tingkah laku yang sopan semasa mengajar sudah tentu akan menjadi teladan kepada muridnya dan akan menjadi kesan baik yang berpanjangan dalam hidup mereka. Penggunaan bahasa yang positif dalam pertuturan amat penting kepada guru.ia juga adalah salah satu cara untuk berbahasa secara santun. Kajian menunjukkan orang-orang yang berjaya banyak menggunakan bahasa yang positif di mana secara tidak langsung boleh mempengaruhi orang lain untuk menuju ke arah kejayaan. Bahasa positif ini disampaikan secara fasih, lancar, teratur serta penuh kesantunan. Contohnya: Kita ada harapan akan menang adalah lebih baik daripada bahasa yang negatif seperti Ada kemungkinan kita akan kalah. Manakala ungkapan kepada murid yang gagal; Awak masih ada harapan walaupun gagal atau Awak mungkin lebih baik kalau cuba sekali lagi. Guru perlu mengelakkan daripada menyatakan; Awak memang lemah dan tidak ada harapan walaupun mencuba lagi. Ungkapan seperti itu akan memadamkan semangat untuk belajar seseorang murid. Sebagai guru, kita harus bijak berfikir,bekerja dan bertindak secara professional selain berinteraksi secara sopan dan penuh kesantunan demi mewujudkan masyarakat yang tinggi budi bahasanya dan mengamalkan konsep 3 SM iaitu saling

memahami,saling menghargai dan saling menghormati.

Di samping pada itu, guru juga hendaklah menggunakan bahasa yang positif ,menghargai pendapat,idea atau pandangan murid walaupun pada asasnya kita kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Menghargai pendapat orang lain bukan bererti kita bersetuju ,tetapi kita boleh menyatakan pendirian kita dengan cara yang lebih halus dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan tanpa mengguris perasaan seseorang.Dalam masyarakat Jepun misalnya, mereka cuba mengelakkan daripada menggunakan perkataan tidak semasa interaksi lisan dengan orang lain. Biasanya mereka menggunakan ya tetapi untuk tidak menyinggung perasaan orang yang dilawan bercakap, mereka menggunakanungkapan seperti; Ya itu pendapat anda,tetapi pada pandangan saya pula .. atau Saya rasa pandangan anda itu benar,tetapi saya berpendapat . Oleh itu, dalam penggunaan bahasa semasa pengajaran di dalam kelas,kita sebagai guru dan model boleh menggunakan dan mengamalkan konsep seperti itu iaitu tidak menyekat terus sebarang jawapan atau pandangan murid-murid sekiranya salah. Guru seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memberi alasan kepada jawapan atau pendapatnya. Ini sekaligus dapat menjadikan kita contoh kepada masyarakat dan menjadikan masyarakat lebih santun dalam berbahasa.

Warga dewan bakal pendidik sekalian,

Tingkah laku seorang guru dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Justeru saya ingin merungkaikan indikator saya yang kedua iaitu kesantunan tingkah laku. Aspek peribadi guru yang bersifat tidak sesuai, dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku yang merendahkan martabat diri, contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian meninggalkan murid membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan penampilan peribadi guru itu yang perlu di ubah. Ini juga termasuklah isu guru ponteng yang menunjukkan peribadi negatif kepada murid yang memandang guru sebagai role model. Saya rasa terpanggil untuk mengupas isu Cikgu Shida yang pernah menjadi perbualan hangat di mulut masyrakat kita beberapa tahun sebelum ini. Dalam isu ini, ia terletak di bawah isi kesantunan tingkah laku. Sebagai seseorang yang memegang jawatan sebagai guru, beliau seharusnya lebih bijak menjaga nama baik profesion dan maruah dirinya sendiri. Beliau seharusnya menjaga tingkahlaku, dan imej bersih seorang guru. Seorang guru haruslah mempunyai tingkahlaku yang sopan dan menjaga adab serta tatasusilanya di hadapan umum. Selagi seseorang itu bergelar guru, maka segala tindakannya haruslah terkawal agar tidak melanggar etika. uru merupakan contoh dan ikutan bagi murid-murid. Maka, guru haruslah

menunjukkan sifat dan kesantunan yang tinggi agar masyarakat juga akan mencontohi dan mengamalkan sikap tersebut.

Bakal pendidik berintelektual sekalian,


Kesimpulannya, adalah perlu diingat bahawa kesantunan berbahasa dalam komunikasi bukan terhad di bidang pendidikan sahaja bahkan dalam semua bidang selagi kita berkomunikasi dengan seseorang dalam masyarakat. Apabila konsep kesantunan berbahasa diamalkan dalam bidang pendidikan maka ia amat berkait rapat dengan tugas guru sebagai pendidik dan pembimbing.Jika guru menggunakan bahasa yang penuh santun dan tingkah laku yang sopan semasa mengajar sudah tentu akan menjadi teladan kepada muridnya dan akan menjadi kesan baik yang berpanjangan dalam hidup mereka.Oleh yang demikian, kesantunan berbahasa juga amat bersesuaian dengan kata-kata ; kesegakan dan kecantikan rupa paras,kekemasan berpakaian,kesesuaian bertatarias dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang tidak akan lengkap tanpa dilengkapi dengan kesantunan berbahasa serta kesopanan semasa bertutur kata dan keluhuran budi bahasa semasa berbicara. . (1015 patah perkataan)

Refleksi Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana mengizinkan saya menyiapkan kerja kursus WAJ 3116, Bahasa Melayu Komunikatif 2 ini dalam masa yang ditetapkan. Terus terang saya katakan, kerja kursus ini telah memberikan impak yang tinggi kepada saya dalam persediaan menjadi seorang guru. Kini saya mempunyai lebih kesedaran dalam hal kesantunan berbahasa dan juga kesantunan guru yang mana dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Guru lah yang dapat membentuk generasi yang berbudi bahasa.

Apa yang dapat saya katakan mengenai kesantunan bahasa dalam kalangan generasi muda di Negara kita pada hari ini ialah, ia semakin luntur, lesap dan luput ditelan era globalisasi. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan generasi muda kerana merekalah tunggak kepimpinan Negara pada masa akan datang. Sudah tidak ada santun dalam berbahasa dalam kalangan kebanyakan masyarakat kita dewasa ini. Persoalan yang keluar di minda, ke mana perginya kesopanan dan kesantunan dalam berbahasa dalam kalangan masyarakat kita. Cara yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan ialah melalui institusi pendidikan dan individu yang tepat untuk kerja ini ialah guru. Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Penerapan nilai kesantunan dalam berbahasa ini perlulah sejak dari kecil. Di sinilah datangnya peranan kita sebagai bakal guru. Maka di sini jelaslah kepentingan untuk para bakal guru mempelajari matapelajaran Bahasa Melayu Komunikatif ini.

Kerja kursus ini juga telah memberi kesedaran kepada saya tentang kesantunan berbahasa. Kini saya dapat lihat apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Ketidaksopanan dalam berbahasa berlaku di mana-mana. Pentingnya kesantunan bahasa ialah untuk mendidik anak-anak generasi muda kita kearah mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai adab dalam berbahasa. Kita ingin wujudkan rakyat yang lebih beradab ketika bertutur dan bukannya seperti apa yang berlaku mutakhir ini. Cuba kita bergaul dengan golongan-golongan muda. Kita akan melihat bahawa istilah kurang ajar dalam berbahasa kian menular. Di mana sahaja akan ada orang yang mencarut. Maka cara yang tepat untuk membendung masalah ini ialah dengan adanya pengatahuan tentang kesantunan berbahasa.

Saya juga sedar bahawa perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih

awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya. Apabila masyarakat memanggil kita dengan gelaran cikgu, ia bagaikan satu penghormatan kepada kita. Tipikal rakyat Malaysia, menganggap guru ataupun lebih mudah dikenali sebagai cikgu adalah seorang yang sempurna dalam segala hal. Guru pada minda rakyat Malaysia merupakan seorang yang lemah lembut, sopan dan baik budi pekerti serta akhlaknya. Justeru sebagai seorang guru, penting untuk kita mengekalkan tanggapan masyarakat tersebut.

Kesimpulannya,

sebagai bakal guru, kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh

mengambil ilmu-ilmu bukan sahaja untuk mengajar, malah mendidik generasi muda kita menjadi rakyat yang lebih bersopan beradab dan berbudi mulia dalam berbahasa. Sokongan yang berterusan daripada masyarakat amat penting bagi menghasilkan generasi yang berbudi bahasa. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd. Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab Rahman Ab Rashid & Wan Som Mamat. (1995). Bahasa Melayu: bahasa dalam komunikasi dan proses komunikasi. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Noresah Baharom. (1993). Kamus Dewan. Jurnal Dewan Bahasa, Desember m.s.1120-1127. Asmah Haji Omar.(2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Kamarudin Hussin. (1999). Pengajaran lisan, kemahairan mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd. Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al. (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt. (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3, Kuala Lumpur; Longman.

10