Anda di halaman 1dari 27

BAB 1

TAJUK KAJIAN Kaedah penceritaan menggunakan kad bergambar dalam meningkatkan kefahaman terhadap kronologi sejarah di kalangan pelajar tingkatan 2

NAMA DAN AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Badong. Nama-nama jawatankuasa adalah: 1. Mohd Asmizan bin Azman 2. Halimah bt Daud 3. Fitriani bt Mahi 4. Santhira Malar Sangara Murthi 5. Nuurul Aqilah binti Shamsuluda

LATAR BELAKANG KAJIAN Sejarah ialah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun. Oleh itu kurikulum Sejarah pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) mestilah mempunyai kesinambungannya pada peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA), supaya asas-asas pengetahuan, nilai-nilai murni, kemahiran belajar dan pengalaman yang diperoleh

dapat diperkukuh dan diperkembangkan lagi. Pada peringkat SMR, kandungan kurikulum menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Oleh itu, kandungan kurikulum Sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan aspek kehidupan masyarakat dan negara dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Rentetan peristiwa ini disusun secara kronologi supaya murid dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara serta unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara kita. Sejarah negara luar ini merupakan asas bgai pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan sejarah Malaysia. Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik. Hal ini sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sepertimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia di bawah: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Dewasa kini, guru tidak lagi disarankan menggunakan kaedah pengajaran sehala iaitu hanya guru yang menerang di hadapan kelas. Hal ini akan menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan hilang fokus terhadap penyampaian guru. Tambahan pula Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap tidak penting dan membosankan oleh kebanyakan pelajar. Justeru itu, guru perlu bijak mencari dan menyusun kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik agar dapat menarik minat dan tumpuan pelajar. Oleh itu, proses pengajaran hari ini tidak terhad hanya kepada buku dan papan hitam sahaja. Guru harus kreatif dalam merangsang dan menarik pelajar agar berminat untuk belajar. Kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar merupakan antara kaedah pengajaran yang dapat dijalankan di dalam kelas. Gabungan kaedah penceritaan dan ilustrasi untuk menerangkan mengenai sesuatu peristiwa atau kronologi sejarah dapat menarik minat pelajar meningkatkan kefahaman pelajar berbanding kaedah penerangan. Kaedah ini juga sesuai dengan tahap umur pelajar yang sememangnya mudah tertarik dengan gambargambar dan gaya penceritaan yang memerlukan pelbagai intonasi suara yang pelbagai. Kaedah penceritaan sahaja juga merupakan kaedah jangka masa yang panjang dengan berusaha belajar diantara satu sama lain untuk memperolehi pengalaman, maka jika dibantu dengan kad bergambar, maka pelajar akan lebih mudah memahami kronologi sejarah lantas memahaminya.

PENYATAAN MASALAH Penceritaan menurut Kamus Dewan (2007), bermaksud perihal menceritakan. Manakala cerita pula bermaksud kisah, riwayat mengenai sesuatu peristiwa, kejadian dan lain-lain. Cerita juga karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa atau kejadian dan lain-lain baik rekaan atau betul-betul berlaku. Kebanyakan pelajar sukar untuk mengingati kronologi sejarah yang berlaku mengikut urutan peristiwa. justeru itu, kaedah penceritaan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan mengingati kronologi yang berlaku. Pelajar adakalanya sukar untuk menguasai kronologi sesuatu peristiwa sejarah secara terperinci. Hal ini menyebabkan mereka tidak mengetahui dengan jelas sejarah sesuatu peristiwa dan sukar bagi mereka untuk menguasai dan memahami penyampaian guru. Sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Pelajar tidak dapat menguasai kronologi sejarah dilihat seolah-olah tidak berminat untuk mempelajari sejarah. Lantaran itu, suatu kaedah yang sesuai perlu dilakukan bagi menarik kembali minat pelajar dan meningkatkan penguasaan mereka dalam memahami dan mengingati rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah.

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian adalah untuk mengkaji penggunaan kaedah penceritaan berbantu kad bergambar bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kronologi sejarah.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1. melihat tahap penguasaan pelajar terhadap rentetan peristiwa dalam pengajaran sejarah. 2. Menguji sejauhmana keberkesanan kaedah penceritaan menggunakan kad bergambar ini dalam pengajaran sejarah. 3. Memupuk minat pelajar dalam mempelajari dan menguasai mata pelajaran sejarah. 4. Meningkatkan imaginasi dan tahap kognitif mereka dalam Sejarah. 5. Meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa.

PERSOALAN KAJIAN 1. Sejauhmanakah tahap keberkesanan kaedah penceritaan menggunakan kad bergambar dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kronologi sejarah. 2. Bagaimanakah kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar dapat

meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap kronologi sejarah.

HIPOTESIS Penggunaan kaedah penceritaan dalam pengajaran kronologi sejarah dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan mereka terhadap rentetan peristiwa sejarah yang berlaku. Penggunaan gaya, bahasa dan ekspresi mampu menarik minat pelajar untuk memberi perhatian terhadap pengajaran seterusnya meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka terhadap peristiwa sejarah.

DEFINISI ISTILAH Penceritaan menurut Kamus Dewan (2007), bermaksud perihal menceritakan. Manakala cerita pula bermaksud kisah, riwayat mengenai sesuatu peristiwa, kejadian dan lain-lain. Cerita juga karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa atau kejadian dan lain-lain baik rekaan atau betul-betul berlaku. Kebanyakan pelajar sukar untuk mengingati kronologi sejarah yang berlaku mengikut urutan peristiwa. justeru itu, kaedah penceritaan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dan mengingati kronologi yang berlaku. Guru sememangnya boleh dianggap sebagai penglipur lara kerana mampu menjadi seorang pencerita yang baik. Penggunaan gaya, ekspresi, bahasa, dan itonasi suara yang pelbagai akan menjadi penceritaan itu lebih menarik. Justeru itu, pelajar juga tidak akan merasa bosan dan dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Penceritaan juga boleh dilakukan dengan pelbagai. Guru boleh membuat simulasi atau mengambil contoh dengan menggunakan objek-objek yang terdekat atau menggunakan pelajar sendiri dalam penceritaan. Hal ini mendekatkan pelajar dengan situasi yang ingin disampaikan oleh guru seterusnya memudahkan pelajar untuk mengingat peristiwa yang diceritakan.

SIGNIFIKAN KAJIAN Pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah bukanlah mata pelajaran yang boleh dianggap mudah dan dipandang remeh. Sejarah merupakan ibu kepada setiap perkara yang berlaku. Pelajar terpaksa menerima konsep dan juga fakta-fakta baru berkaitan sejarah setiap masa. Terdapat juga peristiwa-peristiwa penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar. Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru mengenalpasti pendekatan yang sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah. Guru-guru boleh menggunakan pendekatan penceritaan berbantu kad bergambar sebagai salah satu jalan penyelesaian. Hasil daripada kajian yang dijalankan, diharap dapat memberikan sumbangan kepada guru dan pelajar khususnya dalam bidang pendidikan, antaranya; i. Penilaian yang dijalankan ke atas penggunaan pendekatan penceritaan berbantu kad bergambar perlu bagi memastikan ia dapat membantu dalam pemahaman pelajar terhadap sesuatu peristiwa sejarah serta perkaitannya dengan kehidupan seharian pelajar serta hasilnya nanti akan menjadikan pelajar tersebut memenuhi ciri-ciri insan seimbang. ii. Hasil daripada pengujian dan penilaian yang dijalankan ke atas pendekatan penceritaan berbantu kad bergambar ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa masalah di sekolah. Kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian pelajar supaya memberi fokus kepada pengajaran guru. iii. Kajian ini juga penting kepada para pelajar yang agak lemah dalam mata pelajaran sejarah dan kurang minat dengan cara pembelajaran sedia ada yang menunjukkan satu kaedah yang kurang menarik. Dengan penggunaan kaedah ini, para pelajar ini akan lebih memberi perhatian dan berminat untuk mengetahui perkara yang berlaku selanjutnya dalam peristiwa sejarah. Dengan adanya minat untuk mempelajari

sejarah, secara tidak langsung para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus di dalam peperiksaan atau ujian yang dijalankan sama ada berbentuk formatif atau sumatif.

RUMUSAN Diharapkan kajian yang dilakukan ini mampu memberi sumbangan terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Kaedah yang digunakan juga mampu menjana idea pelajar dan dapat meningkatkan prestasi pelajaran khususnya dalam mata pelajaran sejarah.

BAB 2

PENGENALAN Kaedah penceritaan dengan menggunakan kad bergambar dapat dilihat boleh membantu pelajar dalam memahami dan berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Teknik penceritaan dapat dilihat sebagai komponen yang penting dalam P&P kerana ia mendorong kepada pertanyaan, dialog dan refleksi. Teknik ini kebiasaannya digunakan dalam bidang pendidikan. Faedah yang dapat diperolehi ialah dapat meningkatkan kefahaman tentang maklumat dan fakta lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Sejarah dengan lebih baik, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal serta sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini akan lagi berkesan sekiranya ditambah dengan menggunakan kad bergambar. Pelajar akan lebih memahami dan menghayati teknik penceritaan oleh guru dengan menggunakan kad bergambar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat peranan pelajar dalam proses pendidikan serta mencari alternatif terbaik bagi membantu pelajar mempelajari dan memahami Sejarah. Kaedah penceritaan ini juga dapat

didefinisikan mengikut Kamus Dewan, 1989 cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar atau pun khayalan. Teknik penceritaan berdasarkan kad bergambar ini juga sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang normal begitu juga yang kurang upaya. Dengan kaedah ini, pelajar akan lebih berminat dan mudah memahaminya. Dalam mata pelajaran Sejarah, kaedah ini akan lebih berkesan dengan bantuan kad bergambar kerana pelajar akan lebih mudah melihat peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta yang berbentuk gambaran berbanding dengan perkataan yang membuat mereka bosan untuk mempelajari Sejarah. Sungguhpun begitu, kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan. Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka Theory of Constraints for Education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan Theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan

pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Guru perlu bijak menarik minat pelajar supaya mereka meminati dan boleh menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran yang sangat diminati di sekolah termasuk mata pelajaran yang lain. Oleh itu, untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses P & P supaya lebih aktif dan kreatif, teknik penceritaan berdasarkan kad bergambar telah dipilih. Kaedah ini akan membantu mencungkil daya kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran di samping memupuk pemikiran yang kreatif dikalangan pelajar. kaedah pengajaran yang pelbagai seperti ini juga wajar dilakukan sebagai salah satu penambahbaikan kepada kaedah pengajaran yang sedia ada.

LATAR BELAKANG SEJARAH Sejarah merupakan mata pelajaran wajib di sekolah. Hal ini kerana menurut Roeslan Abdulgani, ilmu sejarah adalah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematik keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman bagi penilaian dan penentuaan keadaan sekarang serta arah proses masa depan. Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata

10

lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Daripada beberapa takrif dan pengertian Sejarah nyatalah bahawa Sejarah memang sangat berkait rapat dengan manusia dan segala kegiatannya pada suatu jangka waktu yang telah berlaku. Sejarah mempunyai peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Mempelajari sejarah adalah penting kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya berbunyi,"umat islam yang baik adalah mereka yang tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali keduanya". Maka semestinya sejarah mampu menjadikan kita umat terbaik (khayr ummah) jika kita faham dan menghayatinya dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah yang mana ianya penting dalam kehidupan mereka. Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan munculnya keadaan yang menyedihkan terhadap mata pelajaran sejarah ini. Salah satu di antaranya ialah kecenderungan tumpah tindih dalam kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk lama iaitu lebih menyajikan rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau yang kebanyakannya bersifat abstrak. Hal ini menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas tidak lebih daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada pengembangan ingatan sahaja. Fenomena ini juga telah disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau menyifatkan pembelajaran sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di dalam peperiksaan sebagai burung kakak tua. Faktor seterusnya pula melibatkan kaedah pengajaran guru sejarah. Menjadi kelaziman di kalangan guru kini,

11

mata pelajaran sejarah diajarkan dengan satu kaedah sama ada ceramah atau ceramah bervariasi. Tumpuan pembelajaran lebih berfokuskan kepada hasil iaitu pelajar dan mahasiswa sebagai objek dan produk semata-mata. Proses pembelajaran dilupakan. sebenarnya proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang akan dikeluarkan. Dyah Kulamasari (2005:12) menyimpulkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat komponen yang saling berkait dan menjadi penyebab munculnya masalah dalam pembelajaran sejarah. Pertama, tenaga pengajar sejarah yang kebanyakannya miskin wawasan kesejarahan yang berpunca daripada sifat malas untuk menggali dan mengkaji sumber-sumber sejarah. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu merangsang dan mengembangkan daya imaginasi pelajar untuk menimbulkan rasa ingin tahu tentang mata pelajaran sejarah. Kredibiliti guru sejarah yang rendah ini pastinya akan menghalang objektif pengajaran. Komponen kedua pula ialah kerana penggunaan buku-buku sejarah dan media pembelajaran sejarah yang masih terbatas. Salah satu punca yang menyumbang kepada fenomena tersebut ialah kerana kebanyakan pengajaran guru terlampau terikat kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga disalin seratus peratus daripada buku teks. Media pembelajaran yang diguna pula tetap sama iaitu dengan cara guru membaca buku teks di hadapan kelas. Walaupun penggunaan buku teks mempunyai beberapa kelebihan seperti mempunyai ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu topik, memudahkan pelajar memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan dan menyediakan sumber maklumat yang seragam. Walau bagaimanapun, pergantungan yang sepenuhnya kepada buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman

12

pembelajaran yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar menjadi terbatas dan kaku. Selain itu, ia juga menyumbang kepada beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka. Bagi mengatasi kekurangan dan masalah tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan media-media dan sumber-sumber sejarah dalam proses P&P tanpa mengetepikan buku teks. Komponen seterusnya berkait dengan diri pelajar itu sendiri yang kebanyakannya kurang berminat terhadap pembelajaran sejarah. Deliman menyatakan bahwa penyebab rendahnya minat belajar terhadap pembelajaran sejarah adalah kerana bahan yang disajikan tidak lebih daripada kisah dari rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia di masa lampau, yang bagi siswa sifatnya abstrak. Anhar Gonggong pula dengan kenyataannya bahawa sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu. Perlulah difahami sesungguhnya minat mempunyai pengaruh yang besar terhadap aktiviti belajar. Hal ini kerana proses belajar akan berjalan lancar apabila disertai minat. Oleh sebab itu, guru memiliki tanggungjawab akademik dan moral untuk mencitrakan mata pelajaran yang dibinanya menjadi menarik dan diminati. Komponen terakhir pula ialah kerana kaedah pembelajaran sejarah pada umumnya kurang membentuk daya intelektual pelajar. Kebanyakan guru pada masa kini lebih mementingkan ingatan terhadap tarikh dan fakta serta membuat rumusan tanpa melatih pelajar berfikir melalui taakulan sejarah. Guru haruslah memahami bahawa sejarah sebenarnya berperanan membentuk daya intelektual pelajar yang mampu membezakan antara kebenaran, bias, muslihat dan pandangan yang sempit dengan pendapat yang matang.

13

Soedjatmoko sudah mengajak para pendidik sejarah agar buanglah cara-cara mengajarkan sejarah yang mengutamakan fakta sejarah. Jika pengajaran sejarah terbatas pada pengetahuan fakta, maka ia akan mematikan segala minat terhadap sejarah. Pandangan ini sangat penting diimplementasikan dalam pengajaran sejarah agar tidak terjadi seperti yang dikhuatirkan oleh Winarno Surachmad yakni siswa tidak berhasil tiba pada taraf kemampuan untuk melihat dan berpikir secara historis, tetapi pengetahuan sejarah mereka berhenti pada dan terbelenggu oleh sekumpulan data, fakta, dan nama-nama orang. Justeru itu, guru perlulah mengambil alternatif yang terbaik untuk menarik minat pelajar meminati dan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

LATAR BELAKANG TEORITIKAL Penggunaan kaedah penceritaan dengan mengunakan kad bergambar dapat dilihat dapat membantu pelajar memahami isi kandungan dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, sekiranya subtopik dalam mata pelajaran Sejarah diajar dalam bentuk kaedah penceritaan dengan menggunakan kad bergambar merupakan kaedah yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sejarah. Keseronokan pelajar ke sekolah bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru seperti gaya pembelajaran yang pelbagai dan menyeronokkan kerana emosi pelajar dipengaruhi oleh gaya P&P guru. Melalui kaedah ini juga, pelajar akan mendapat kemahiran secara reflektif. Hal ini adalah kerana pengajaran berasaskan penceritaan dengan menggunakan kad bergambar ini sangat menarik kerana fakta-fakta berasaskan gambar lebih mudah diingati oleh pelajar kerana mereka berasa seronok mempelajari sesuatu yang tidak terlalu panjang dan boleh membuatkan pembacanya berasa

14

gembira. Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, dapat dilihat dengan menggunakan kaedah ini ianya dapat menyumbang kepada Kecerdasan Visual Ruang. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Ianya dapat mengenali objek bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang indvidu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga demesi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Pembelajaran dengan menggunakan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar ini senang untuk dilakukan dan dapat memberi kesan positif kepada mereka. Melalui pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dalam pengajaran Sejarah ini para pelajar dapat meningkatkan kecerdasan seperti menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. Hal ini akan memberi kebaikan kepada pelajar itu sendiri dengan memperolehi dua kemahiran daripada segi seni visual dan juga mempelajari fakta sejarah. Penggabungan kedua-dua elemen ini iaitu penceritaan berdasarkan kad bergambar yang menyeronokkan dan sejarah pula suatu subjek yang berkait rapat dengan peristiwa, tahun dan fakta akan membentuk cara pembelajaran yang unik, mudah dan menghiburkan. Pembelajaran melalui kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar juga akan meningkatkan daya imaginasi dan empati dalam diri pelajar supaya mereka lebih memahami perkara yang berlaku. Pembelajaran berdasarkan kaedah ini dianggap sesuatu yang kreatif dan peristiwa tidak perlu dihafal melalui buku teks tetapi hanya pengetahuan melalui kad

15

bergambar terhadap peristiwa yang diceritakan. Pembelajaran penceritaan mampu mencungkil potensi kemahiran kreatif pelajar dengan mengembangkan daya imaginasi dan reka cipta pelajar. Ianya juga bersifat koperatif dan koloboratif iaitu penggabungan dua elemen bagi mewujudkan P&P yang berkesan. Mengikut Colen, pembelajaran koperatif akan meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping menerapkan nilai-nilai murni dan juga patriotisme. Pemupukan kerjasama antara pelajar juga akan mengurangkan berlakunya masalah disiplin. Penguasaan fakta melalui kemahiran melukis, membaca dan mengingat secara santai iaitu pembacaan secara Luncuran (Skimming) dan Imbasan (Scanning) memberi impak besar ke atas minda pelajar. Karakter sejarah dalam P&P Sejarah dengan gaya yang santai dan menyeronokkan akan memudahkan pelajar untuk menguasai isi mata pelajaran tanpa merasa terlalu terbeban dengan pelbagai fakta berbanding dengan kaedah membaca dan menggunakan buku sematamata. Pembelajaran berasaskan penceritaan berdasarkan kad bergambar ini juga memerlukan pelajar akan lebih menggunakan otak kiri mereka dan pengajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar manakala guru hanya sebagai pembimbing sahaja.

ANALISIS KAJIAN BERKAITAN Kajian tindakan ini mempunyai beberapa kajian lepas yang diambil contoh atau rujukan bagi kumpulan kami menyiapkan kajian ini. Melalui kajian lepas yang dibuat oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka membuat kajian yang bertajuk Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Walaupun tajuk kajian mereka sedikit berbeza dengan kumpulan kami iaitu kajian kami adalah untuk

16

mengkaji

Penggunaan

Kaedah Penceritaan

berdasarkan Kad Bergambar dalam

meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah tapi kaedah penceritaan itu adalah lebih kurang sama iaitu untuk mengkaji sama ada kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian mereka adalah untuk meningkatkan penguasaan dan merangsang daya kritis dalam proses penbelajaran dan pengajaran. Ianya adalah lebih kurang sama dengan tujuan kajian kami iaitu melalui kaedah bercerita juga tetapi kaedah penceritaan kami ini adalah berdasarkan kad bergambar untuk pelajar lebih mudah memahami sejarah. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh mereka adalah model Kemmis & Mc Taggart yang mana proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kajian mereka juga menggunakan kaedah post-mortem sebagai instrumen utama kajian. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Dalam mengkaji kajian ini, mereka telah merancang, membuat tindakan, selepas itu mengumpul data, menganalisis data dan akhirnya melalui dapatan tersebut di lakukan perbincangan. Melalui kajian lepas ini juga, ianya membantu kami dalam menentukan kaedah kajian yang boleh digunakan dalam kajian kami. Selain itu, dapat dilihat daripada kajian lepas iaitu Permainan Puzzle untuk kanakkanak. Kajian ini dibuat oleh siswazah Fakulti Teknologi Maklumat &

Komunikasi,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Permainan puzzle ini dapat menarik dan merangsang pelajar untuk belajar terutamanya kanak-kanak. Ianya boleh juga diajar kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah. Sejarah mempunyai kronologi-

17

kronologi yang kadang-kadang susah untuk diingati dan kurang diminati oleh pelajar, maka dengan penggunaan kaedah Puzzle ini, pelajar akan dapat memahami kronologi tersebut. Model pembangunan yang telah digunakan dalam permainan Puzzle ini ialah model ADDIE. Model ini juga dikenali sebagai ISD ( Instructional System atau SAT System Approach to Training). Menurut kajian ini, sekiranya kaedah penceritaan sahaja tanpa menggunakan apaapa elemen multimedia seperti teks, kad audio, grafik dan animasi maka ianya akan menimbulkan perasaan bosan terhadap pembelajaran lebih-lebih lagi mata pelajaran sejarah. Dengan penggunaan kaedah penceritaan dibantu dengan multimedia maka pelajar dapat menguasai kemahiran membaca, mendengar dan merangsang kanak-kanak berfikir secara kreatif serta mendapat pengajaran melalui kaedah tersebut. Namun kajian mereka ini lebih berfokus kepada penggunaan teknologi seperti ada perisian. Namun kajian kami lebih kepada analisis kepada penggunaan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar dengan kaedah tradisonal iaitu guru memberi penerangan sahaja mengenai kronologi yang terdapat dalam Sejarah. Menurut Jonassen (2002), kaedah penceritaan dilihat sebagai satu proses perkongsian ilmu pengetahuan secara tradisional yang logik dan saintifik. Dengan rujukan khusus untuk perkongsian pengetahuan, pengajaran, penggunaan cerita melalui penceritaan , ilmu yang berharga dan makna cerita itu dapat difahami. Menurut Kaye dan Jacobson (1999), penceritaan membolehkan orang memahami sesuatu dengan lebih bermakna dengan relevan.

18

RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kaedah kaedah penceritaan dengan menggunakan alat bantu seperti kad bergambar, grafik audio, dan lain-lain dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran sejarah.

BAB 3

PENGENALAN Skop utama kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar secara berkesan kepada pelajar. Di dalam bab iniperkara yang dibincangkan adalah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan kajian. Perkaraperkara tersebut meliputi rekabentuk kajian, langkah pelaksanaa, tempat kajian, sampel kajian, instrumen kajian.

REKA BENTUK KAJIAN Langkah 1: Pengenalpastian isu dan masalah Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut: a) Tinjauan Ujian Pertengahan Tahun pelajar.bagi mengetahui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. b) Kaedah pengajaran oleh guru yang disukai pelajar.

19

Analisis tinjauan awal mendapati kebanyakan pelajar memperoleh pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran sejarah berbanding mata pelajaran lain. Analisis juga mendapati terdapat pelajar yang tidak berminat dengan kaedah pengajaran tradisional. Kajian tindakan mempunyai empat elemen utama iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ia djalankan secara sistematik. Manakala kajian yang akan dijalankan pula adalah berdasarkan reka bentuk kuasi eksperimen.

Langkah 2: Perancangan tindakan kajian diringkaskan seperti rajah di bawah:

Ujian pra + soal selidik Pengajaran secara tradisional

Pengajaran dengan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar

Ujian pos + soal selidik

Model 1: perancangan tindakan

20

Langkah 3: Pelaksanaan tindakan Di dalam reka bentuk kajian eksperimen ini juga terdapat dua pembolehubah yang dikaji, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar ialah pembolehubah di mana kesan olahan yang dicerap, manakala pembolehubah bebas ialah pembolehubah yang dikaji kesannya. Menurut Mohd. Majid (1990), reka bentuk eksperimen tulen biasanya adalah untuk menguji hipotesis tentang perbandingan keberkesanan di antara dua atau lebih kaedah pengajaran. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah pencapaian sejarah yang diperolehi melalui ujian pra dan pos, manakala pembolehubah tidak bersandar ialah kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah penceritaan dan kaedah tradisioal. Kajian ini melibatkan dua jenis pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar ialah pencapaian pelajar yang dicerap daripada ujian pra dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, manakala kaedah penceritaan dan kaedah tradisional pula dinyatakan sebagai pembolehubah bebas. Pembolehubah-pembolehubah luaran atau disebut juga dengan pembolehubah ekstranus yang meliputi pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangkamasa kajian, penyediaan soalan dan penggunaan statistik, boleh memberi kesan kepada kaedah pengajaran dan juga pencapaian sejarah pelajar yang mana boleh meningkatkan lagi ralat bagi kajian ini. Bagi mengawal pembolehubah-pembolehubah luaran, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar yang mempunyai pencapaian dalam mata pelajaran sejarah yang hampir sama.

21

Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan telah dianalisis melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada wujud perbezaan yang signifikan dari segi pemahaman sejarah para pelajar sebelum kajian dijalankan. Jangkamasa kajian ini ialah selama empat minggu. Hasil daripada analisis statistik ke atas data yang diperolehi akan memberi penyelidik ketentuan keputusan keberkesanan sama ada proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan penceritaan berbantu kad bergambar dalam pengajaran mata pelajaran sejarah bagi meningkatkan pencapaian sejarah para pelajar. Seterusnya pembinaan soalan ujian pra adalah merupakan soalan yang diolah oleh penyelidik berdasarkan soalan-soalan yang pernah dikeluarkan oleh pakar-pakar dalam mata pelajaran sejarah.

Langkah 4: Pemerhatian dan menganalisis data Begitu juga dengan analisis statistik yang lebih mendalam seperti membuat perbandingan, menentukan perhubungan dan membuat ujian-ujian statistik lebih pantas menggunakan komputer berbanding secara manual. Untuk menguji hipotesis pertama dan kedua, ujian-t telah digunakan. Data berbentuk kuantitatif diukur dengan sela dan nisbah layak diuji dengan menggunakan ujian-ujian berstatistik parametrik seperti ujian-t untuk membuat perbandingan atau menentukan perbezaan antara dua atau lebih kumpulan atau kategori pembolehubah. Dalam kajian ini, pencapaian sejarah yang diterima melalui ujian pra merupakan data berbentuk sela, oleh itu data jenis ini boleh di analisis dengan menggunakan ujian-t.

22

Langkah 5: Refleksi dan penilaian Hasil dapatan kajian akan dibuat penilaian dan akan dibincangkan. Beberapa implikasi kajian dan cadangan untuk kajian akan datang dibincangkan.

SASARAN KAJIAN Sampel kajian terdiri daripada pelajar dari buah kelas tingkatan 2 dari sekolah yang dipilih. Bilangan pelajar berjumlah 50 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Pencapaian Sejarah peperiksaan mereka diambil bagi mengenalpasti pencapaian mereka. Pelajar di kedua-dua buah kelas ini mempunyai pencapaian lebih kurang sama. Jadi, memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian.

INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kad bergambar sebagai bahan bantu mengajar, set soalan borang maklumat pelajar, kertas ujian pra, kertas ujian pos, dan satu soal selidik. Dalam kajian ini, kumpulan eksperimen adalah dari satu kumpulan pelajar yang sama supaya dapat menguji dan menganalisis perubahan sebelum dan selepas kaedah pengajaran tersebut. Ujian pos digunakan untuk melihat kesan selepas penggunaan kaedah pengajaran tersebut. Manakala soal selidik merupakan satu kala bagi menentukan persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar dalam kronologi sejarah.

23

Borang Maklumat Pelajar Bahagian ini mengandungi latar belakang sampel kajian. Maklumat meliputi nama, jantina dan markah ujian pertengahan tahun. Ujian Pra dan Pos Ujian yang diberi kepada pelajar menepati huraian sukatan pelajaran Sejarah tingkatan 2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi peluang Campur Tangan British. Ujian yang dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM dengan pengetahuan asas pelajar untuk ujian pra manakala ujian pos diuji selepas pengajaran menggunakan kaedah penceritaan berdasarkan kad bergambar. Kedua-dua kertas ujian menguji konsep yang sama. Soalan untuk ujian pos adalah sama dengan ujian ujian pra. Tujuannya adalah untuk menguji daya kefahaman pelajar terhadap peristiwa sejarah yang telah diceritakan guru. Kad Bergambar Kad bergambar pula digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Kad ini digunakan untuk meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar supaya dapat menggambarkan peristiwa yang berlaku. Selain itu, kad bergambar yang berwarna juga dapat menarik perhatian dan minat pelajar yang sememangnya mudah tertarik dan mengingat sesuatu dengan warna yang pelbagai.

24

ANGGARAN PERBELAJAAN KEWANGAN PERKARA Perjalanan JUMLAH RM 200

Bahan dan alat bantuan mengajar

RM 150

Percetakan soal selidik & ujian Percetakan modul/ bahan pengajaran

RM 50 RM 50

Percetakan laporan kajian

RM 50

JUMLAH

RM 500

25

JADUAL KERJA Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Penulisan Kertas Cadangan Mesyuarat Perancangan Mesyuarat Pembinaan Ujian Pra/Pos Pelaksanaan Ujian Pra Keputusan data ujian pra Mesyuarat perancangan untuk penilaian Analisis data untuk ujian pra dan penilaian Pelaksanaan ujian pos Refleksi dan penilaian Penulisan laporan kajian Penilaian Laporan Tarikh 25 Februari 2012 3 Mac 2012 10 Mac 2012 17 Mac 2012 26 Mac 2012 1 April 2012 7 April 2012 14 April 2012 17 April 2012 21 April 2012 April-Mei 2012 Mei 2012

26

RUJUKAN Hajah Noresah Bt Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah-Sejarah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Masariah Mispari. Pembelajaran Melalui Komik Sejarah. Dibentangkan di Institut Perguruan Mizan, Terengganu. Mastura Hasim et. al. (2009) . Tajuk Mini Kajian Tindakan: Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah : Beberapa perbahasan mengenai Teori dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pelajaran Malaysia. Muhd. Yusuf Ibrahim .(1994). Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara. JEBAT 22, 25 48. Rosiadi Tajudin.et.al. (2008). Permainan Puzzle untuk Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Teori Kecerdasan Pelbagai ( Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual ) -Kementerian Pelajaran Malaysia diambil pada 22 Mei 2012 daripada

www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/.../04kecerdasan_pelbagai.pdf Zuraidah Shafie et.al. Proposal Kajian Tindakan: Penggunaan Pendekatan Penceritaan berdasarkan Kad Bergambar dalam Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Peralihan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

27