Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

Menawarkan peluang pekerjaan yang luas dari pelbagai peringkat seperti pengeluaran, pemprosesan, pemasangan dan pembungkusan. - Keadaan ini akan meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, kuasa beli dan tabungan yang sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk. - Contoh : Pada tahun 2001, 2.2 juta terlibat dalam sektor pembuatan bersamaan 22.6%daripada jumlah tenaga kerja. Ini menunjukkan ia menjadi penyumbang utama meningkatkan guna tenaga Malaysia Menyumbang kepada pendapatan negara seperti KDNK dan pendapatan eksport yang boleh membaiki defisit imbangan dagangan negara - Contoh : Pada tahun 2000, 33.4% daripada KDNK negara adalah dari sektor perindustrian.

SUMBANGAN SEKTOR-SEKTOR EKONOMI KEPADA KDNK MALAYSIA DARI TAHUN 1990 - 2000
TEKAN SINI

Pemindahan teknologi dan kepakaran - Dari negara maju melalui usahasama dan khidmat latihan lanjutan di luar negara. - Dengan memperolehi kepakaran dan teknologi tinggi ini, maka rakyat dalam negara mampu memajukan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa mengharapkan bantuan dan kepakaran asing Memperluaskan saiz pasaran - Perluasan saiz pasaran ke peringkat antarabangsa hasil pengeluaran perindustrian yang berkualiti. - Dengan cara ini negara dapat memperoleh keuntungan yang lebih banyak - Membolehkan malaysia tidak terlalu bergantung kepada pasaran di sesebuah negara sahaja yang jelas berisiko tinggi jika berlaku krisis dan kegawatan ekonomi.

Memperkembangkan industri yang berkaitan seperti pertanian, perikanan dan perlombongan - Industri-industri ini berfungsi sebagai pembekal bahan mentah - Sebagai contoh, sabun dan minyak masak bergantung kepada kelapa sawit Mempercepatkan pembangunan fizikal seperti pembangunan infrastruktur, pembangunan bandar, kemudahan sosial dan lain-lain. - Contoh bandar industri ialah Nilai, Shah Alam dan Petaling Jaya. - Contoh rangkaian lebuh raya dan pelabuhan ialah lebuhraya KESAS dan pelabuhan Tanjung Pelepas.

Anda mungkin juga menyukai