Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Andalus atau disebut juga sebagai al-Andalus ialah istilah yang digunakan oleh ahli geografi Islam Abad Pertengahan, merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Perkataan asal Andalusia ini dikatakan berasal daripada perkataan Vandalusia yang bererti Tanah Vandal, iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar abad kelima Masihi. Secara kronologi didapati bahawa wilayah Andalusia ini diduduki oleh suku kaum Eropah dan Berber. Pada kurun ke kesepuluh sebelum Masihi (B.C). selepas itu, ianya diduduki oleh orang Romawi pada kurun pertama Masihi dan diikuti pula oleh suku kaum Visigoth bermula tahun 92H/711M. Apabila penaklukan tentera islam yang diketuai oleh Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusaiyr, maka bermula satu era baru pemerintahan Islam daripada keluarga Bani Umaiyyah di Andalusia.1 Secara kronologi, wilayah-wilayah di Andalusia telah ditawan bermula dengan Khalifah A-Walid dari Damsyik memerintahkan Musa Ibn Nusaiyr menghantar tentera sebanyak 500 orang dengan dipimpin oleh Tariq Ibn Ziyad. Pada 710M, tentera tersebut telah tiba di Tarifan sempena nama Tariq Ibn Ziyad. Penaklukan pertama dilakukan ke atas Tanjung Algeciras (al-Jazirah al-Hadra). Setelah mencapai kemenangan beliau kembali ke Qairawan dengan membawa harta rampasan yang banyak. Setelah itu, maka bermulalah satu era penaklukan Andalusia oleh Tariq Ibn Ziyad serta tentera yang dipimpinnya. Waliyah tawanan seterusnya ialah Rio Barbate yang membawa kepada kematian Roderick iaitu pemerintah suku Visigoth pada masa itu.2 Taklukan seterusnya ialah Cordova (Qurtubah). Selepas itu, Toledo, Seville, Merida, Talavera, Saragossa, Asturias, Astorga dan Leon. Penaklukan Musa dan Tariq terhenti apabila dipanggil balik oleh Khalifah al-Walid. Musa pulang dan akhirnya telah diseksa sehingga
1 2

Azam bin hamzah, ms 1 Mahayuddin Hj. Yahya, ms 5

mati, manakala Tariq dikatakan terpaksa mengemis dan ada juga pendapat mengatakan beliau tidak pulang kerana sudah mengetahui perkara buruk bakal berlaku. Penaklukan diteruskan oleh Abd al-Aziz. Ekspedisi ke Andalusia dilakukan dengan menawan Pamplona, Gerona dan Narbonne. Di bahagian Tenggara dilakukan hingga ke Malaga dan Elvira. Peluasan jajahan Islam hanya terhenti setakat ini sahaja apabila Abd alAziz dibunuh. Kawasan-kawasan ini dinamakan Andalusia iaitu di bahagian Selatan Semenanjung Iberia.3 Granada (Gharnatah) adalah salah satu kerajaan Islam yang terletak di Andalusia. Namun begitu, perkembangannya dalam dunia Islam pesat apabila bermulanya pemerintahan Kerajaan Nasriyyah atau Kerajaan Bani al-Ahmar. Granada adalah wilayah Islam terakhir jatuh ke tangan tentera Kristian. Sebelum ini, ianya merupakan salah satu wilayah yang berada dalam kekuasaan Andalusia. Namun begitu, apabila banyak wilayah-wilayah Islam di Andalusia jatuh ke tangan tentera Kristian, ianya telah muncul sebagai Kerajaan baru yang diwujudkan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr atau dikenali sebagai Ibn al-Ahmar. Kerajaan ini memerintah Granada selama dua setengah abad iaitu dari 1230M hingga 1492M. Kerajaan Islam di Granada ini mempunyai keluasan 384 km persegi yang terletak di antara Almeria di Timur dan Gibraltar di sebelah Barat. Di sebelah Utara ianya bersempadan dengan Jaen dan di bahagian Selatan kira-kira 96 km dari laut.4 Didapati bahawa, Andalusia dan Granada telah muncul sebagai sebuah negara atau wilayah yang penting di Eropah yang telah membawa kepada kemajuan dalam pelbagai bidang terutamanya dari sudut perkembangan ilmu pengetahuan. Andalusia telah dianggap sebagai ibu kota dunia kerana peranannya yang dimainkan sebagai pusat intelektual dunia serta menjadi tumpuan daripada sarjana-sarjana seluruh dunia. Di samping itu, ianya juga meliputi dari segi seni bina, kebudayaan, ekonomi dan pentadbiran.
3 4

Mahayuddin Hj. Yahya , ms 6-8 Ibid, 94

Anda mungkin juga menyukai