Anda di halaman 1dari 4

APAKAH ITU ANALISIS S.W.O.T ?????

SWOT adalah
salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.

Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi. Stephen, Pelayanan, Mary dan Robbins Coulter (1999, 229) mendefinisikan analisis SWOT adalah suatuanalisis organisasi dengan menggunakan kekuatan, kelemahan, kesempatan serta ancaman dari lingkungan.

KOMPONEN SWOT
Contoh analisis SWOT bagi perniagaan kedai kek....

1. Kekuatan (strengths)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu senduri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Contoh soalan untuk mengetahui kekuatan sesebuah organisasi ialah : 1. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain ? 2. Apakah yang boleh kita lakukan yang orang lain tidak boleh lakukan ? 3. Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita ? 4. Bidang apa yang kita mahir atau pakar ?

Menawarkan Pelbagai Jenis Kek Ia adalah merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan pelbagai jenis kek kepada pelanggan. Dengan ini pelanggan akan dapat merasai pelbagai rasa kek yang sedia ada dan baru. Pelbagai pilihan yang menarik dengan bentuk yang kreatif hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja. Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh

Kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja telah diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan. Menawarkan Harga Yang Kompetitif Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah sama dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar. Lokasi Yang Strategik Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh sekolah, pejabat kerajaan, swasta dan juga berhampiran dengan kawasan perumahan. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan kerana kek merupakan salah satu makanan yang boleh mengenyangkan dan menarik pelanggan.

2. Kelemahan (weaknesses) Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan. Kurang Dikenali Perniagaan Heaven of Cake merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti Secret Resepi, Muhibbah dan lain-lain. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.

3. Peluang (opportunities) Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan kek merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan. Mempelbagaikan Produk Produk yang ditawarkan akan ditambah seperti mempelbagaikan lagi jenis kek dan menambah produk seperti roti, cup cake, dan makanan dingin beku seperti karipap segera dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan pilihan produk akan meningkatkan lagi keuntungan yang diperoleh. Perkembangan Secara Online Perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

4.

Ancaman

(threats)

Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan. Pesaing baru Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Heaven of Cake tetap menjadi pilihan utama pelanggan. Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan

persaingan sengit kepada Heaven of Cake untuk memasuki pasaran yang ada.

Contoh

analisis

SWOT

Apple...