Anda di halaman 1dari 4

SK.

KAMPUNG SENAU,OYA 2012

SK.KAMPUNG SENAU,OYA DALAT KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBELIAN PERALATAN SUKAN

1.0

Jabatan /Agensi Yang Memohon Unit Kokurikulum SK.Kampung Senau, Oya Dalat, Sarawak

2.0

Tujuan Permohonan 2.1 2.2 2.3 2.4 Untuk membantu menambah baik prasarana sukan yang terdapat di sekolah ini. Tiada peruntukan kewangan khas yang mencukupi untuk membeli alatan sukan yang mahal harganya ini. Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menyediakan kemudahan ini kepada murid-murid Kewangan PIBG sekolah juga tidak dapat diharapkan untuk membantu membeli peralatan yang mahal ini kerana PIBG sekolah tidak mempunyai sumber lain untuk mendapatkan DANA selain daripada sumbangan RM10.00 dari setiap guru dan ibu bapa di sekolah ini.

3.0

Latarbelakang Setakat ini pihak sekolah tidak mampu untuk membeli peralatan yang mahal untuk kegunaan pelajar di sekolah ini, walaupun ada impian dan cita-cita pihak pengurusan, namun apabila dilihat dari segi kosnya, adalah agak mustahil untuk pihak sekolah untuk membeli alatan yang mahal ini terutamanya tiang-tiang gol untuk setiap permainan. Dari dahulu, pihak sekolah hanya mengambil inisiatif lain sahaja untuk menyediakan peralatan ini demi untuk mendedahkan pelajar kepada permainan-permainan ini. Walaupun tidak dapat dinafikan pihak sekolah ada menerima peruntukan sukan yang disalurkan ke sekolah-sekolah, namun peruntukan ini hanya dapat menampung untuk membeli

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012


peralatan yang berpatutan harganya sahaja. Setiap tahun pihak sekolah menerima peruntukan yang berjumlah RM604.00 sahaja (berubah-ubang mengikut jumlah murid), dan biasanya jumlah ini hanya cukup untuk pihak sekolah menampung aktiviti pada tahun perbelanjaan itu sahaja, namun untuk membeli peralatan yang mahal seperti tiang gol, pihak sekolah belum mampu untuk menanggungnya. 4.0 Kategori Peralatan Peralatan-peralatan yang kami senaraikan ini adalah penting untuk anak-anak didik kami kerana selama ini pihak sekolah tidak menjalankan aktiviti sukan ini dengan sempurna kerana ketiadaan alatan-alatan tersebut. Walaupun pada hakikatnya, murid-murid di sekolah ini mempunyai bakat dalam bidang sukan tersebut namun bakat mereka terhad kerana kekurangan alatan yang sepatutnya ada untuk mereka menguasai kemahiran dalam bidang sukan tersebut. 5.0 Peralatan Seumpama Samada Di Jabatan Dan Pengagihannya Setakat ini peralatan yang ada dan dapat dibeli oleh pihak sekolah adalah tiang bola jarring, akan tetapi sekarang tiang tersebut dalam keadaan yang uzur kerana sudah hamper 15 tahun digunakan, begitu juga dengan kasut bola sepak, semuanya sudah tidak dapat digunakan lagi. Alatan yang lain semuanya tidak ada di sekolah ini setakat yang saya uruskan sehingga tahun 2012 ini. 6.0 Peralatan Yang di Pohon Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Peralatan Yang Diperlukan Tiang Gol Bola Jaring Tiang Gol Futsal Bola futsal Pertandingan Meja Ping Pong Tiang Lompat Tinggi Bar Lompat Tinggi Kuantiti 1 1 2 1 1 1 Harga(RM) 450.00 1200.00 130.00 800.00 420.00 55.00

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012


7. 8. 9. 10. Pengukur Jangkauan Melunjur Kasut Bola Sepak Peti Kecemasan Aluminium Bola Pataque 1 15 psg 2 set 5 set 220.00 1180.00 170.00 375.00

Jumlah Yang Diperlukan:

5000.00

7.0

Kesimpulan Diharapkan pihak sekolah ahan mendapat kelulusan daripada pihak tuan untuk mendapatkan peralatan sukan ini demi untuk memajukan sukan di kalangan anak-anak luar Bandar yang belajar di sekolah yang serba kekurangan ini.

Disediakan Oleh; .. (PUAN JAMILAH RAJLI) PK KOKURIKULUM SK.KAMPUNG SENAU,OYA DALAT, SARAWAK

Disahkan Oleh; (EN.HAMBALI B.HJ.RAMLI) GURU BESAR SK.KAMPUNG SENAU,OYA DALAT, SARAWAK

Disokong Oleh;

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012


. (TUAN HAJI MORNI BIN HJ.OSMAN) YDP PIBG SK.KAMPUNG SENAU, OYA DALAT