Anda di halaman 1dari 8

SK.

KAMPUNG SENAU,OYA 2012

SEKOLAH RENDAH KAMPUNG SENAU,OYA

KERTAS KERJA ________________________________________________________________

PROGRAM KEM JATI DIRI PENGAWAS,KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS 2013 PELAJAR PROAKTIF PEMANGKIN KEBITARAAN
_____________________________________________________________________ TARIKH : FEBRUARI 2013 TEMPAT : PERKARANGAN SK.KAMPUNG SENAU,OYA ANJURAN BERSAMA: UNIT HEM, BADAN PENGAWAS DAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SEKOLAH RENDAH KAMPUNG SENAU,OYA DENGAN PERLAKSANAAN : KUMPULAN PPG PJ IPG RAJANG AMBILAN JUN 2011

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012

1.0

BUTIRAN AM

Tajuk

Kem Jati Diri Pengawas,Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas

Anjuran

Unit HEM dengan Kerjasama Pihak PPG PJ Ambilan Jun 2011

Penasihat

: :

En. Hambali Bin Haji Ramli (Guru Besar) En. Suhaili Bin Yahadi(PK Pentadbiran) Pn. Sara Binti Hamdin (PK HEM) Pn.Jamilah Binti Rajli (PKKO) En. Mohd.Rousmainy Bin Omar (Guru Disiplin) Puan Norashikin Binti Abdullah Semua Guru Perkarangan SK.Kampung Senau,Oya FEBRUARI 2013 40 orang peserta

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiusaha AJK Tempat Tarikh Jumlah Peserta

: : : : : : : :

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012

2.0

PENGENALAN Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM dengan kerjasama badan pengawas dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Sekolah Kebangsaan Kampung Senau,Oya. Program ini melibatkan Pengawas Sekolah dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK.Kampung Senau seramai 40 orang. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pengawas sekolah ,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab seorang pengawas. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada Pengawas sekolah,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi tahap profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama Sekolah

3.0

TUJUAN 3.1 Kertas kerja ini dimajukan untuk memohon peruntukan daripada Dana PIBG untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menjayakan Program ini diperingkat Sekolah, tambahan pula program ini tidak pernah dijalankan kerana masalah kekangan kewangan peringkat sekolah.

4.0 TEMA Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan 5.0 OBJEKTIF PROGRAM

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012


5.1 Objektif program ini adalah untuk : 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri. Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai. Membina keyakinan dan kepercayaan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan pengawas sekolah,Ketua dan Penolong Ketua Kelas yang ada dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah. 5.1.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap pengawas sekolah,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan . 6.0 FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM 6.1 Faedah dan kepentingan melalui program ini adalah : 6.1.1 6.1.2 6.1.3 Melahirkan Pengawas yang mempunyai Ketahanan fizikal dan Mental Melahirkan pengawas yang sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah. Memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang terhadap bidang yang diceburi. 7.0 SASARAN 7.1 Pengawas , Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK.Kampung Senau,Oya 8.0 KANDUNGAN PROGRAM 8.1 8.2 Demonstrasi Pengendalian Senam Robik Demonstrasi Pertolongan Cemas

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012


8.3 8.4 8.5 8.6 9.0 Demonstrasi Ikhtiar Hidup Demonstrasi Pengendalian Abseilling Trecking Orienteering

ANGGARAN KEWANGAN (Sila rujuk Lampiran A)

10.0 ATURCARA PROGRAM Mengikut Jadual Guru Pelatih PPG PJ Ambilan Jun 2011

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (Sila rujuk Lampiran B)

12.0 PENUTUP Amatlah diharap agar Program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas SekolaH,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Menyedari pentingnya ketrampilan dan keunggulan Pengawas umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Kampung Senau, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu Pengawas dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada Pengawas Sekolah sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012

Kem Jati Diri Pengawas Disediakan oleh:

. (PUAN SARA BINTI HAMDIN) TARIKH: . (PUAN JAMILAH BINTI RAJLI) TARIKH: Disemak oleh:

(ENCIK SUHAILI BIN YAHADI) Disahkan oleh:

TARIKH:

(ENCIK HAMBALI BIN HAJI RAMLI)

TARIKH:

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012

LAMPIRAN A

9.0

ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Permohonan Sumbangan

Jumlah (RM) RM3000.00

Bil

Anggaran Perbelanjaan

Jumlah (RM) RM1000.00 RM1500.00 RM500.00

1. 2. 3.

Makan & Minum Kos Pengandalian Aktiviti Kos Di luar Jangkaan

JUMLAH

RM3000.00

JUMLAH

RM3000.00

SK.KAMPUNG SENAU,OYA 2012

LAMPIRAN B 11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK Penaung Penasihat 1 Penasihat 2 AJK JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengarah Program Timbalan Pengarah Setiausaha Naib setiausaha Bendahari Naib Bendahari : Encik Hambali Bin Haji Ramli (Guru Besar) : Encik Suhaili Bin Yahadi (PK Pentadbiran) : Puan Sara Binti Hamdin (PK HEM) : Puan Jamilah Binti Rajli (PK KOKURIKULUM) : Puan Norashikin Binti Abdullah : Puan Sabariah Binti Abang Wahab : En. Hambali Bin Haji Ramli (Guru Besar) : En. Suhaili Bin Yahadi (PK Pentadbiran) : Pn. Sara Binti Hamdin (PK HEM) : Pn. Jamilah Binti Rajli (PK KOKURIKULUM) : En. Mohd.Rosmainy B. Omar (Guru Disiplin) : Semua Guru (Guru Disiplin)