Anda di halaman 1dari 103

Tulip Ungu

Bab 1
ANIEL ARMAN memerhatikan gerak laku wanita di hadapannya dengan ekor matanya. Gerak laku wanita itu yang tenang menyebabkan dia hairan. Benarkah selama lima tahun ini wanita itu sudah tidak ingat lagi kepadanya? Kalau benar, bermakna mudah benar wanita itu melupakan dia. Penampilan baru Nayli Imanina memukau pandangan mata Daniel Arman. Nayli Imanina sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan awal perkenalan mereka dahulu. Kalau dulu Nayli Imanina hanya berwajah gadis kampung yang polos, tapi kini wajahnya tampak moden dengan penampilan ringkas dihiasi solekan nipis pada wajahnya. Nayli Imanina nampak lebih cantik daripada awal dahulu. Itu kata hati Daniel Arman. Daniel Arman bangun daripada duduknya. Semua tetamu yang ditunggu telah pun berada di dalam bilik mesyuarat itu dan semua pegawai kanan daripada kedua-dua buah syarikat telah pun memenuhkan semua kerusi yang kosong.

Bukan Isteri Sempurna

Daniel Arman turut berlagak tenang. Berpura-pura baru berkenalan dengan delegasi rakan niaga baru syarikatnya. Dalam situasi begitu dia lebih bersikap profesional. Tidak mahu mencampuradukkan hal-hal peribadi dengan kerjaya. Memang itu prinsip yang dipegang sejak dia diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi perniagaan bapanya, Datuk Zainudin. Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada wakil delegasi daripada pihak Datuk Mohd Som. Saya Daniel Arman, General Manager DZ Mall Sdn Bhd. Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan pertemuan kita pada kali ini adalah untuk membincangkan perihal penggabungan DZ Mall Sdn Bhd dengan MS Mall Sdn Bhd. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Manager MS Mall Sdn Bhd, Encik Zachary Datuk Mohd Som kerana mengaturkan pertemuan kita pada hari ini. Selaku pemegang syer terbesar kepada grand project ini, saya amat berterima kasih kepada Encik Zachary kerana memberi kesempatan kepada pihak kami untuk mengendalikan mesyuarat kali ini. Daniel Arman jeda seketika. Mulai hari ini, DZ Mall dan MS Mall akan bersatu menjadi sebuah mall yang akan beroperasi di bawah satu pentadbiran yang sama. Seperti perbincangan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kedua-dua mall sebelum ini, pihak pengurusan telah mencapai kata sepakat untuk menyatukan dua mall ini bagi menggandakan keuntungan kedua-dua syarikat. Penyatuan mall ini juga pada dasarnya merupakan idea asal pengasas kedua-dua mall ini iaitu Datuk Zanudin dan juga Datuk Mohd. Som, terang Daniel Arman lagi. Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi memaklumkan keputusan yang telah dicapai oleh pihak

Tulip Ungu

pengurusan tentang penggabungan syarikat kepada semua pihak pengurusan dari kedua-dua syarikat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan. Mulai hari ini, mall kita akan dikenali sebagai DZMS Mall. Semoga penyatuan ini akan membawa lebih keuntungan kepada kedua-dua pihak. Lastly, I hope that all of us can work as one big team yang boleh memberi kerjasama di antara satu sama lain. Selamat bekerjasama. Daniel Arman mengakhiri penerangannya. Daniel Arman duduk semula selepas para hadirin memberikan tepukan gemuruh atas berita yang baru disampaikan. Sememangnya kesemua yang hadir sudah sedia maklum akan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut, cuma perjumpaan yang diadakan itu bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi kepada semua pegawai kanan kedua-dua syarikat. Nayli Imanina mencatat semua yang perlu selaku setiausaha kepada Encik Zachary. Dia sememangnya sudah sedia maklum dengan penggabungan tersebut, cuma yang dia tidak tahu, syarikat Encik Zachary akan bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Dia fikir dia sudah lari jauh daripada Daniel Arman tetapi pertemuan semula itu membuatkan dia rasa dunia ini terlalu kecil. Tidak disangka selama lima tahun dia menghilangkan diri, dia masih bertemu dengan lelaki itu. Dah siap? Suara Zachary mengejutkan Nina daripada lamunannya. Nina menoktahkan catatan ringkasnya pada buku nota. Dah. Nina memasukkan buku notanya ke dalam beg bimbit hitam yang selalu dibawa setiap kali mengikut Zachary keluar dari pejabat.

Bukan Isteri Sempurna

Jom lunch, pelawa Zachary. Saya kenyang lagi Encik Zach. Nina beralasan, walhal dia tidak selesa setiap kali Zachary mengajaknya keluar makan. Baginya, urusan dengan Zachary hanya berdasarkan kerja semata-mata. Alasan you aje tu. Jom la, I yang belanja. Lagipun you naik kereta I tadi. I nak pergi makan dulu, you kena la ikut. Zachary berjalan mendahului. Memang dia sudah masak dengan perangai Nina yang sering mengelak untuk keluar makan bersamanya. Kadangkala dia sendiri pelik kenapa Nina sukar untuk didampingi. Walhal dirinya sering menjadi buruan ramai gadis. Nina tiada pilihan. Dia membuntuti Zachary dari belakang. Sudah setahun dia bekerja untuk Zachary, dia juga sudah masak dengan perangai Zachary. Selaku orang bawahan, dia tidak mampu untuk melawan. Nak ke mana? Tiba-tiba Daniel Arman bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilik suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkatakata. Lunch. Come and join us, pelawa Zachary dengan mesra. Im Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan. Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu.

Tulip Ungu

Im Zachary. Just call me, Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina, seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman. Nak lunch? I know a good place which offers good food, kata Daniel Arman. Really? Lets go then, tapi kali ni its going to be your treat. Kata Zachary. Dia memang seorang yang mudah mesra. No problem. Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Bukan Isteri Sempurna

Bab 2
KRIN komputer riba yang terpasang sedari tadi dipandang dengan pandangan kosong. Nina lebih banyak termenung daripada menyiapkan minit mesyuarat hasil perbincangan mesyuarat siang tadi. Dia teringat kepada Daniel Arman. Lelaki itu sangat tenang semasa berucap dalam mesyuarat siang tadi. Seolah-olah mereka saling tidak kenal antara satu sama lain. Nina menarik nafas dalam-dalam, cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh. Ingatan masa silamnya cuba dilempar jauh, biar berlalu pergi daripada hidupnya sekarang. Dia mahu melupakan kenangan silam. Segala yang dia usahakan selama ini adalah untuk masa depannya. Masa depan yang dia harus corakkan sendiri. Nina memandang skrin komputer. Dia mula menaip patah-patah perkataan daripada nota ringkasnya. Setiap nota ringkas yang tercatat pada buku notanya dikarang sehingga menjadi barisan ayat-ayat yang mudah difahami. Esok, minit mesyuarat itu akan dihantar kepada Zachary untuk disemak sebelum diluluskan untuk difailkan.

Tulip Ungu

Hampir dua jam berlalu, Nina berjaya menyiapkan tugasannya. Jam di dinding bilik dikerling dengan hujung mata. Sudah hampir jam dua belas malam tapi matanya belum mengantuk lagi, masih segar apabila teringatkan perjumpaannya dengan Daniel Arman siang tadi. Nina merebahkan tubuhnya ke katil, dia merenung siling sambil termenung jauh. Terasa kenangan masa lalu menghimpit kembali. Dia tidak dapat membuang jauh kenangan-kenangan lampau. Satu per satu kenangan itu diraih kembali.

SALAMAH menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Mak Su Zana, sementara Nina memencilkan diri di satu sudut biliknya. Air matanya turut mengalir seiring tangisan ibunya. Terlalu pedih hakikat yang dilalui kala itu. Terasa dadanya sesak dan pedih memikirkan nasib dirinya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Akak janganlah macam ni. Akak sedih-sedih macam ni akan burukkan kesihatan akak. Rozana menenangkan satu-satunya kakak yang dia miliki. Macam mana aku tak sedih? Nina tu buat aku macam ni. Kalau jadi kat kau pun, kau akan sedih macam aku jugak. Salamah masih mengalirkan air mata. Hatinya pedih memikirkan Nina. Kalau akak berterusan macam ni, nanti akak jatuh sakit semula. Baru minggu lepas akak keluar wad. Rozana terus memujuk. Kalau aku mati lagi baik, tak payah nak fikir lagi masalah Nina. Dia pun suka kalau aku mati agaknya!

Bukan Isteri Sempurna

Astaghfirullahalazim... apa akak cakap ni? Mengucap kak, jangan cakap macam tu... Allah tak suka. Mata Rozana sudah mula berair mendengar kata-kata Salamah. Kalau aku hidup lama pun, mana aku nak letak muka? Si Nina tu dah malukan aku. Nanti apa kata orang bila semua dah terbongkar? Aku malu dengan orang taman ni. Orang akan kata aku tak pandai didik anak. Nina tu bertudung, aurat tak pernah bukak tapi mengandung anak luar nikah. Mana aku nak letak muka aku? Tak cukup ke ilmu agama yang aku bagi kat dia sampai dia tergamak buat aku macam ni? Aku sedih, lebih baik aku mati daripada ada anak macam tu! Salamah menghamburkan marahnya. Nina hanya mampu mengalirkan air matanya. Terasa setiap butir kata-kata ibunya menghiris hati. Terasa pedih hingga ke tangkai hati. Akak jangan la macam ni. Akak tanya la Nina dulu, tentu semuanya berlaku dengan bersebab. Zana kenal Nina. Dia takkan buat benda yang memalukan akak. Rozana turut mengalirkan air matanya. Dah berbuih mulut aku tanya, budak mana yang buntingkan dia, tapi dia tak pernah nak bagitau. Kalau bukan dia pun sama-sama suka, takkan dia nak rahsiakan perkara ni? Aku kecewa sangat Zana, luah Salamah, lirih. Biar Zana yang tanya. Mungkin dia takut nak berterus terang dengan keadaan akak macam ni. Rozana terus bangun meninggalkan Salamah lalu menuju ke bilik Nina. Pintu bilik Nina dikuak dari luar. Nina memencilkan diri di satu sudut bilik sambil menangis teresak-esak. Bahunya terenjut-enjut hiba. Dia betul-betul buntu. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Berterus

Tulip Ungu

terang dengan ibunya tidak akan membawa apa-apa perubahan. Rozana menghampiri satu-satunya anak buahnya itu. Tubuh Nina yang terenjut-enjut dalam tangisan ditarik ke dalam dakapannya. Dia kenal benar dengan sikap Nina. Tak mungkin Nina melakukan perkara yang boleh memalukan keluarga. Dia tahu Nina merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan Salamah. Nina cerita la perkara sebenar. Mak su tak percaya Nina sanggup malukan mak Nina macam ni. Rozana melembutkan tutur bicaranya, memujuk Nina supaya membuka cerita. Bukan salah Nina, mak su. Nina pun tak nak benda macam ni jadi pada Nina, tapi Nina tak boleh nak terus terang dengan mak. Tengok la keadaan mak. Kalau mak tahu cerita sebenar, macam mana mak nak tanggung semuanya? luah Nina dalam esak tangis. Kalau Nina buat macam ni, mak Nina lagi menderita. Dia patah hati. Nina kena bagitau perkara sebenar, jangan selindung dari dia. Dia tu ibu Nina. Ibu mana yang nak anak menderita? Ibu mana yang tak sayang anak? Jom ikut mak su jumpa mak Nina. Nina ceritakan pada dia macam mana benda ni terjadi. Mak su akan temankan, mak su akan sentiasa berada di samping Nina. Rozana menarik lembut tangan Nina sehingga gadis itu bangun daripada duduknya. Sekarang bagitau mak Nina, apa dah berlaku. Rozana mendorong tubuh Nina agar duduk di hadapan Salamah sejurus tiba di luar bilik. Mak, maafkan Nina. Nina tak salah dalam hal ni. Ada orang yang khianat pada Nina. Nina bersuara dalam sendu, tangan tua ibunya digenggam erat.

Bukan Isteri Sempurna

Kalau bukan salah kau, kenapa ada benih dalam perut kau tu? Salamah enggan memandang wajah Nina. Duduknya di kerusi juga sudah mula goyah. Terasa tenaganya semakin lemah mengenangkan kejadian yang telah berlaku. Mak, memang betul bukan salah Nina. Nina pun tak nak benda macam ni terjadi. Ada orang yang buat Nina jadi macam ni. Tangisan Nina melebat apabila melihat reaksi dingin Salamah. Kalau betul ada orang yang khianat kat kau, bagitau aku siapa. Biar aku suruh dia bertanggungjawab. Aku tak nak tanggung malu dengan jiran tetangga. Nanti orang cakap aku tak pandai didik anak. Salamah bersuara mengendur. Kasihnya kepada Nina tidak pernah susut. Anak tunggalnya itulah racun dan penawar hatinya. Kalau benar anak gadisnya itu dikhianati oleh orang, biar orang yang bertanggungjawab itu melunaskan hutangnya. Nina hanya mendiamkan diri mendengarkan katakata Salamah. Perlu ke dia berterus terang? Bagaimana kalau ibunya tidak dapat menerima kebenaran yang bakal dia bentangkan nanti? Kalau ibunya tahu pun kebenarannya, nasib dia tidak akan berubah. Tak mungkin lelaki yang mengkhianatinya akan bertanggungjawab. Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab. Lembut tutur kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. Bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya. Orang tu... anak... Datuk Zainudin. Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.

10

Tulip Ungu

Anak Datuk Zainudin? Siapa?! Dan ke El?! Betul kamu tak bohong? Bertalu-talu soalan dilempar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak menyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri. Nina tak bohong mak, memang anak Datuk Zainudin. Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang. Siapa? Dan ke El? Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur. Bukan El... Dan, mak. Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah. Kamu pasti? Salamah bertanya lagi untuk kepastian. Dan mak. Nina pasti. Jawab Nina. Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni. Salamah mengurut-urut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit dengan berita yang baru sampai ke telinganya. Tapi mak, diorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita. Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak di luar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga, cuma orang gaji yang mencari rezeki di rumah besar Datuk Zainudin. Rozana hanya mendiamkan diri. Perkara yang dibincangkan antara kakaknya dengan anak buahnya itu di luar ruang lingkup pengetahuannya. Dia hanya tahu kakaknya bekerja sebagai pembantu rumah di rumah seorang kenamaan, siapa orang itu dia tidak kenal.

11

Bukan Isteri Sempurna

Habis, kamu nak anak tu lahir tak berbapa? Apa pun diorang kena bertanggungjawab. Aku akan pastikan anak tu lahir ada bapa. Salamah memberi janji kepada Nina. Dia kasihan melihat anak gadisnya yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh menjadi mangsa orang yang tak bertanggungjawab. Salamah bangun daripada duduk, meninggalkan anak gadisnya yang masih dalam tangisan yang bersisa. Salamah nekad, dia tidak akan membiarkan nasib Nina semalang itu. Walaupun terperanjat dengan berita yang disampaikan oleh Nina, dia perlu kuat. Sekurang-kurangnya sehingga dia betul-betul pasti nasib anaknya itu terbela. Rozana turut bangun daripada duduknya. Dia menghampiri Nina. Tubuh gadis itu diraih ke dalam pelukannya. Dia turut kasihan dengan nasib yang menimpa anak buahnya itu namun, tidak banyak yang boleh dia lakukan. Dia hanya mampu berdoa, semoga Salamah dan Nina kuat mengharungi semua itu.

TOLONGLAH Datuk, macam mana dengan anak saya? Kalau anak Datuk tak bertanggungjawab, siapa yang nak ambik dia jadi isteri bila dah jadi macam ni? Macam mana dengan tanggapan orang kepada keluarga saya nanti kalau anak tu nanti lahir tak berbapa. Salamah merayu kepada majikannya. Harapannya supaya jasa-jasanya selama berkhidmat bertahun-tahun di banglo itu diambil kira oleh Datuk Zainudin. Betul ke anak saya yang bertanggungjawab? Entahentah anak Kak Mah yang buat benda tak senonoh dengan

12

Tulip Ungu

orang lain tapi tuduh anak teruna saya. Sinis suara Datuk Zainudin menempelak Salamah. Anak saya tak mungkin buat benda macam tu. Tolonglah Datuk... jangan buat macam ni. Salamah masih merayu, berharap Datuk Zainudin membela nasib anak gadisnya. Jadi, Kak Mah tuduh anak saya la yang jahat, yang sebabkan semua ni terjadi? Merah padam muka Datuk Zainudin mendengar kata-kata Salamah. Memang pantang bagi dia apabila anak kesayangannya dituduh sebegitu. Datuk Zainudin berlalu tanpa menghiraukan kata-kata Salamah. Anak saya takkan menipu. Salamah membela Nina bagi pihak anaknya itu. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata. Dia sedikit pun tidak menafikan kata-kata Salamah. Sebagai ibu, dia tahu bagaimana sikap anak-anak terunanya. Memang anaknya yang satu itu terlalu liar untuk dijinakkan. Itulah akibatnya apabila Datuk Zainudin terlalu memanjakan anaknya itu. Nina hanya mampu menangis. Perbalahan kecil antara ibunya dan Datuk Zainudin hanya menyesakkan hatinya. Dia sudah dapat mengagak reaksi Datuk Zainudin. Tak mungkin lelaki kaya itu akan menerima semua tuduhan itu dengan mudah. Nina bangun, menghampiri ibunya yang sudah mengalirkan air mata. Dipegang tangan ibunya. Tiada guna mereka masih berada di situ. Pendirian Datuk Zainudin tidak mungkin akan berubah. Sudah la mak, jom la kita balik. Nina bersuara lirih. Tidak mahu terus berada di dalam istana besar yang dirasakan seperti neraka itu. Tempat di mana segala titik

13

Bukan Isteri Sempurna

hitamnya bermula. Untuk kesekian kalinya dia kesal kerana mengikut ibunya ke situ pada awalnya. Akibatnya, kini dia terpaksa menanggung malu besar. Datin tolonglah saya. Datin pun ibu, tentu Datin faham perasaan saya. Jangan buat anak saya macam ni. Siapa yang nak bertanggungjawab ke atas kandungan dia kalau anak Datin tak bertanggungjawab? Salamah menarik tangannya daripada pautan Nina lalu memeluk erat kaki Datin Rogayah. Kak Mah, janganlah macam ni. Saya janji anak saya akan bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat pada anak Kak Mah. Datin Rogayah meleraikan pautan tangan Salamah di kakinya. Dia faham dengan hati keibuan Salamah. Dia pun turut kasihan dengan nasib anak gadis Salamah akibat perbuatan tak bertanggungjawab anak lelakinya itu. Nina lirih melihat ibunya berkeadaan begitu. Begitu hina kedudukan mereka pada pandangan mata orang kaya seperti Datuk Zainudin. Tubuh longlai Salamah dipaut untuk bangun. Esak tangis ibunya meruntun hatinya. Dipapah tubuh Salamah yang lemah longlai berlalu dari banglo Datuk Zainudin.

KENAPA El yang kena bertanggungjawab? El tak nak! bangkang Daniel Arman. Nadanya tegas dan kasar. El tolong la mummy. Kalau El anak yang baik tentu El tak keberatan bantu mummy dalam hal ni. Datin Rogayah memujuk. Dia kenal benar dengan sikap Daniel Arman. Anak terunanya itu sering kali mengalah dalam banyak hal.

14

Tulip Ungu

But why, mummy? Everytime Dan screws up, I need to fix it for him. Tak adil bagi El macam ni. Daniel Arman bersuara sayu. Memang setiap kali Danish Arham lakukan kesilapan, dia yang menjadi mangsa untuk menanggung segala kesalahan Danish Arham. Dia masih ingat semasa zaman sekolah, sering kali dia menjadi mangsa guru disiplin kerana kesalahan yang dilakukan oleh abang kembarnya. Sikapnya yang mudah mengalah membuatkan Danish Arham selalu meletakkan kesalahan di bahunya walhal Danish Arham yang selalu mencari masalah dengan teman sekolah. Akibatnya, Daniel Arman yang terpaksa menanggung kesalahan itu. Because you are a good son compared to him, you always listen. Datin Rogayah memujuk lagi. What about my future? El pun ada plan sendiri, nak bina keluarga dengan perempuan yang El cinta. Bukan jadi pak sanggup macam ni, luah Daniel Arman lagi. Pilu hatinya apabila Datin Rogayah meminta dia bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh Danish Arham terhadap Nayli Imanina. El tolong la mummy untuk kali ni. Takkan nak biar anak Mak Mah macam tu? Dia pun tak bersalah jugak, dia jadi mangsa keadaan. Datin Rogayah bersuara mengendur. Terasa dirinya sudah kehabisan idea untuk memujuk Daniel Arman. Dan yang buat silap, biar dia yang betulkan. Ini bukan perkara main-main. Kahwin perkara yang nak dibawa sampai ke hujung nyawa. Takkan El nak jadi pak sanggup untuk selamatkan malu diorang sekeluarga? kata Daniel Arman lagi. Kali ini nadanya semakin tinggi. Hilang sabar dengan permintaan Datin Rogayah.

15

Bukan Isteri Sempurna

Kalau Dan ada, tentu la mummy tak minta pertolongan El. El pun tahu, Dan lari ke luar negara lepas tahu apa yang jadi pada anak Mak Mah, balas Datin Rogayah. Kalau kamu sanggup bertanggungjawab, daddy akan terus wariskan perniagaan daddy kat kamu. Kamu uruskan main branch mall kita. Datuk Zainudin tiba-tiba bersuara dari tangga. Daniel Arman dan Datin berpaling memandang Datuk Zainudin. Rogayah serentak

Daddy, sampai bila semuanya daddy nak tebus dengan duit, jawatan? El tak nak tu semua. El cuma nak daddy layan El macam daddy layan Dan. El tak nak daddy mintak El tanggung semua kesalahan Dan sebab daddy nak lepaskan Dan dari tanggungjawab yang dia sepatutnya tanggung. Daniel Arman meluah rasa. Memang sejak dulu dia dilayan dengan wang ringgit dan jarang sekali dengan kasih sayang. Thats all I can offer you as your father. Take it or leave it. Datuk Zainudin memberi kata putus. Memang jelas dia lebih menyayangi Danish Arham berbanding Daniel Arman. Okey. Kalau daddy rasa macam tu sahaja caranya daddy curahkan kasih sayang pada El, El akan ikut cakap daddy. But remember one thing, El pun anak daddy. One day, youre going to realise that Im the only son who you can rely on. Kata Daniel Arman dalam nada sinis. Hatinya membahang saat Datuk Zainudin dengan jelas dan terang menjadikan dia kambing hitam dalam hal tersebut. Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El. Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurangkurangnya masalah mereka telah selesai.

16

Tulip Ungu

El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja, tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan. Daniel Arman bersuara lagi. Dia mengalihkan pandangan kepada Datuk Zainudin. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

ROZANA menenangkan Nina dalam pelukannya. Dia sendiri tidak pernah menyangka Salamah akan pergi secepat itu. Terasa baru semalam mereka bersembang-sembang mesra tentang kehidupan masing-masing. Kesihatan yang merosot bertambah parah apabila kakaknya itu mengetahui peristiwa yang berlaku kepada anak gadisnya. Semua itu memberi tamparan hebat buat Salamah sehingga membuatkannya sering kali jatuh sakit dan akhirnya dia pergi untuk selamalamanya. Orang kampung yang datang melawat sudah lama meninggalkan kawasan perkuburan setelah majlis pengebumian selesai. Kini, hanya tinggal Nina dan Rozana serta suaminya yang masih meratapi pemergian Salamah. Walaupun pahit, kehidupan terpaksa diteruskan. Insan yang pergi tidak mungkin akan kembali lagi. Hati Nina sayu apabila mengenangkan ibunya.

17

Bukan Isteri Sempurna

Sudahlah dia berkeadaan begitu, kini ibunya pula pergi meninggalkan dirinya bersendirian menghadapi dugaan hidup. Dalam pasrah, dia kecewa kerana selama ini Salamah yang menjadi tunjang kekuatannya. Ketiadaan Salamah menyebabkan dia putus asa untuk meneruskan hidup. Tambahan pula dengan kejadian yang telah berlaku kepadanya. Semuanya menjadikan dia lemah dan tidak berdaya. Untunglah Mak Su Zana masih ada bersamanya. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat untuk mengadu dan bergantung harap.

NINA hanya mampu berbaring di atas katil semenjak balik dari tanah perkuburan tadi. Hatinya benar-benar lirih. Pemergian Salamah membuatkan dia hilang arah. Terasa sebahagian daripada dirinya turut ditanam bersama jasad Salamah siang tadi. Dia tidak mampu berfikir, tidak mampu melakukan apaapa pun. Suara orang ramai yang membaca Yasin di ruang tamu rumah peninggalan Salamah itu cukup mendayu-dayu, membuatkan Nina semakin pilu dan sedih. Di saat dia memerlukan seorang ibu untuk berkongsi masalahnya itu, Salamah pula pergi meninggalkan dirinya bersendirian. Bagaimana lagi harus dia jalani kehidupan tanpa Salamah di sisinya? Air mata Nina mengalir laju, hatinya lirih, jiwanya merintih. Ke mana harus dia langkahkan kaki nanti? Dengan beban dugaan yang dirasakan terlalu menghimpit dada, dia tidak mampu. Tidak mampu untuk menanggung semuanya sendirian. Kalau dirinya juga punya pilihan, dia ingin turut

18

Tulip Ungu

sama menyertai Salamah. Tidak tertanggung rasanya beban itu di pundaknya sendiri. Rozana yang sedari tadi menyertai kumpulan wanita membaca Yasin untuk arwah Salamah kemudiannya masuk ke bilik Nina. Nina yang hilang dalam asakan perasaannya sendiri dilihat sedang menangis teresak-esak. Pilu hati Rozana melihat keadaan anak buahnya begitu. Selama dia hidup, tidak pernah lagi dia lihat Nina berkeadaan begitu. Jarang sekali anak buahnya itu bersedih. Namun, sejak Nina ditimpa musibah oleh onar anak majikan ibunya, kehidupan anak gadis itu sudah tidak sama seperti dahulu. Senyum dan tawanya seolah-olah direntap dengan kasar. Dia juga tidak mampu membantu. Hanya sokongan dan kata-kata semangat sahaja yang mampu dia titipkan. Selebihnya, dia hanya panjatkan doa kepada Allah, semoga anak buahnya itu tabah dan sabar dalam menghadapi hari-hari mendatang. Nina, Nina tak makan? soal Rozana dengan lembut di telinga Nina yang berbaring mengiring. Nina hanya menggeleng lemah. Matanya sudah membengkak akibat menangis tanpa henti. Bantal yang menjadi alas kepalanya juga sudah basah dengan air mata. Mana mungkin dia mampu untuk menelan makanan saat kesedihan itu dirasakan terlalu mengasak hatinya. Nina makan la sikit. Kalau perut tu kosong, mak su takut jadi perkara lain pulak nanti. Kesihatan Nina pun perlu dijaga, pujuk Rozana. Nina nak ikut mak. Nina tak sanggup, mak su. Nina tak sanggup nak hadapi semua ni sendiri. Nina takut, kata Nina lirih. Bertambah laju air mata yang mengalir daripada tubir matanya. Hatinya terlalu pilu. Hakikat dia

19

Bukan Isteri Sempurna

ditinggalkan oleh Salamah sendirian cukup membuatkan dia kehilangan punca, kehilangan arah. Jangan cakap macam tu, sayang. Mak su doakan semuanya akan baik-baik saja. Rozana menarik tubuh Nina lalu didakapnya erat. Hatinya turut sayu mengenangkan nasib anak buahnya itu. Kasihnya kepada Nina tidak pernah berkurang. Malah, waktu Nina kecil dahulu, dialah yang memilihkan nama gadis itu. Betapa akrabnya ikatan yang terjalin antara dirinya dan Nina. Mak su ada untuk Nina. Pujuk Rozana. Air matanya turut mengalir laju mengenangkan beban perasaan yang ditanggung oleh Nina ketika itu namun, apalah dayanya. Dia tidak mampu merubah apa-apa. Hanya doa sahaja yang mampu dia titipkan, semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga nasib baik menyebelahi anak buahnya itu.

20

Tulip Ungu

Bab 3
diijabkabulkan.

AKTU menunjukkan jam enam petang. Sudah lebih tiga jam Nina dan Daniel Arman

Suasana di dalam bilik mereka senyap sunyi. Daniel Arman lebih suka menghabiskan masa menghadap komputer riba miliknya. Nina hanya duduk termenung di birai katil, memikirkan apa yang baru berlaku ke atas dirinya. Semua yang berlaku terasa terlalu cepat. Bermula dengan kejadian dia dinodai sehingga pada peristiwa pernikahannya dengan Daniel Arman dan bukannya Danish Arham, lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan terbentuknya satu nyawa dalam rahimnya. Nina mengalihkan pandangan kepada Daniel Arman. Lelaki yang duduk membelakanginya itu seakan-akan tidak mengendahkan kehadirannya di situ. Nina sendiri tidak tahu bagaimana lelaki itu yang boleh menjadi suaminya. Setahu dia, ibunya meminta Danish Arham yang bertanggungjawab.

21

Bukan Isteri Sempurna

Nina melepaskan keluhan. Terasa kasihan dengan Daniel Arman yang terpaksa menjadi pak sanggup atas dosa dan kesalahan orang lain. Kenapa? Daniel Arman bersuara setelah sekian lama membisu. Fokusnya masih tidak lari daripada skrin komputer riba. Keluhan Nina menarik perhatiannya. Maafkan saya, kata Nina. Terasa semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Rasa bersalah kerana mengheret Daniel Arman ke dalam perkara itu. Untuk apa? tanya Daniel Arman dengan sinis. Libatkan awak dalam hal ni, jawab Nina dalam nada sayu. Dah memang nasib aku. Daniel Arman bersuara keras dan sinis. Tapi, ini semua bukan salah saya. Saya cuma mangsa keadaan. Nina cuba membela diri apabila nada suara Daniel Arman kedengaran kasar dan sinis. Seolah-olah menyalahkan dirinya seorang. Habis tu, ini semua salah aku? Jangan lupa yang semua ni pun bukan salah aku. Aku pun mangsa keadaan. Daniel Arman berpaling, merenung tepat ke mata Nina. Hatinya panas apabila dia turut menjadi mangsa keadaan berpunca daripada gadis itu. Saya pun tak minta jadi macam ni, kata Nina. Tidak puas hati apabila Daniel Arman meletakkan kesalahan di bahunya seorang. Macam la aku minta sangat nak kahwin dengan kau! Daniel Arman bingkas bangun dan meninggalkan Nina sendirian. Berdialog dengan Nina membuatkan hatinya bertambah panas. Memang bukan salah gadis itu seorang

22

Tulip Ungu

tetapi kerana gadis itulah dia terpaksa menjadi pak sanggup. Memadamkan segala impian masa hadapannya. Air mata Nina mengalir daripada tubir mata. Terasa sedih dengan kata-kata Daniel Arman. Memang benar dia terpaksa melakukan semua itu. Apabila mengenangkan apa yang terjadi kepadanya, dia tidak boleh menolak apabila Datin Rogayah menyatakan kesanggupan keluarganya bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada dirinya. Nina merebahkan tubuhnya ke katil. Saat itu dirasakan dirinya sudah putus asa untuk hidup. Segala yang bernilai telah dirampas daripadanya. Tiada lagi insan yang akan menjaganya setelah kematian Salamah. Mak Su Zana nya sendiri punya keluarga untuk dijaga. Kini, dia pula yang terdampar di dalam istana Datuk Zainudin dengan suami yang tidak pernah dia kenali hati budinya. Terasa dia terlalu terasing dan bersendirian. Air mata Nina mengalir laju sehingga dia terlena sendiri dalam tangisan.

NINA terjaga daripada tidur apabila tersedar pintu bilik dibuka. Jam di atas meja sisi katil dikerling. Waktu sudah pun melepasi waktu isyak. Nina bingkas bangun. Dia telah pun terlepas untuk menunaikan solat magrib. Entah bagaimana dia boleh tertidur sehingga tidak sedar waktu yang berlalu. Daniel Arman mengambil beberapa barangan miliknya berupa beg komputer riba dan beg kerja lalu keluar semula dari bilik. Dia tidak betah duduk berdua-duaan dengan Nina di dalam satu bilik. Semasa menuruni tangga untuk ke tingkat bawah, Daniel Arman ditegur oleh Datin Rogayah.

23

Bukan Isteri Sempurna

El nak ke mana tu bawa beg? Dah malam macam ni takkan nak pergi office? soal Datin Rogayah. El nak keluar kejap. Daniel Arman menjawab ringkas. Habis tu, isteri El macam mana? Takkan nak biar dia sorang-sorang dalam bilik tu? Kenapa tak ajak dia turun? Dari tadi lagi terperuk aje kat dalam bilik. Kenapa tak ajak dia turun makan? Mummy, menantu mummy tu dah besar panjang, dah nak jadi ibu pun. Takkan semuanya nak berajak-ajak? Pandai-pandai dia la. Dia pun bukannya budak-budak. Jawab Daniel Arman dalam nada yang sinis. Kenapa El cakap macam tu? El kena tahu semua ni kerja Allah. Dia yang menentukan semuanya, rezeki kita, jodoh kita hatta nyawa kita sekalipun dalam ketentuan Dia. El anggap la ini semua takdir. Jangan kita menyalahkan takdir kerana semua yang berlaku atas kehendak-Nya. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Anak mummy bukan macam ni. Anak mummy anak yang mendengar kata. Mummy tak nak El berubah hanya kerana peristiwa yang baru berlaku. Anggap la ini semua ketentuan Allah, pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Datin Rogayah memberikan nasihat. Jarang sekali dia melihat Daniel Arman bersikap begitu. Entah la, mummy. El masih tak boleh nak terima semua ni. Bagi la El masa. Daniel Arman bersuara seraya berlalu meninggalkan Datin Rogayah. Memang sikapnya itu sudah jauh berubah daripada asalnya. Kalau sebelum ini, tuturnya sering kali lembut, tingkahnya sering kali mesra tetapi perkahwinan itu menyebabkan dia mengalami perubahan karakter.

24

Tulip Ungu

NINA menguak daun pintu dari dalam apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Sudah lebih seminggu dia berada di banglo Datuk Zainudin dan selama seminggu itu jugalah, dia dan Daniel Arman tidak bertegur sapa. Selalunya, yang memberi perhatian kepadanya cuma Datin Rogayah. Datuk Zanudin sendiri sering kali mengelak daripada bertembung dengannya. Kalau bertembung sekalipun, tiada komunikasi di antara mereka. Datuk Zainudin meneruskan aktiviti hariannya seperti Nina tidak pernah wujud di situ. Kenapa kunci diri dalam bilik? Jom la turun makan, teman mummy, pelawa Datin Rogayah. Takpe la, Datin. Nina makan kemudian aje. Datin makan la dulu dengan keluarga, balas Nina, bimbang kehadirannya di meja makan akan mengganggu kemesraan Datuk Zainudin sekeluarga. Diorang semua dah makan. Mummy tunggu Nina, boleh makan sekali. Dan lagi satu, kenapa panggil Datin? Kan ke mummy dah jadi ibu mentua Nina? Panggil mummy aje, suruh Datin Rogayah dengan lembut. Sebagai ibu, dia simpati kepada Nina yang menjadi mangsa keliaran anak lelakinya. Baik la, sekejap lagi Nina turun. Nina memandang wajah lembut Datin Rogayah. Memang sejak dia berada di situ, Datin Rogayah yang lebih banyak mengambil berat akan perihal dirinya. Nina bergerak ke meja solek, menyisir rapi rambutnya dan diikat menjadi satu supaya kelihatan lebih kemas. Kemudian, dia membuntuti Datin Rogayah menuju ke meja makan. Tiba di meja makan, kelihatan makanan sudah pun tersedia di atas meja. Nina mengambil tempat berhadapan dengan Datin Rogayah. Sejak pemergian ibunya, seleranya

25

Bukan Isteri Sempurna

hilang untuk menjamah makanan. Segala yang ditelan terasa pahit, tambahan pula dia kini berada dalam keluarga Datuk Zainudin secara terpaksa. Dilihatnya Datin Rogayah sibuk menyenduk nasi ke pinggan makan. Kadangkala dia terasa kesal kerana terpaksa berada di situ. Keramahan Datin Rogayah membuatkan dia serba salah, terasa dia menjadi punca kepada kekeruhan hubungan antara Datin Rogayah dan Daniel Arman. Kalau tidak kerana keadaan yang memaksa, dia pasti tidak akan berada di situ. Dia cuma memikirkan tentang anak yang bakal lahir. Tidak pernah terfikir dia akhirnya akan dikahwinkan dengan Daniel Arman yang sama sekali tidak bersalah, yang menjadi mangsa keadaan. Dia cuma perlukan bapa kepada anak dalam kandungannya kini. Kenapa termenung lagi? Cepat la makan. Nanti masuk angin perut tu, tak elok untuk baby, kata Datin Rogayah. Walaupun anak itu bukan benih Daniel Arman namun, anak yang bakal lahir itu tetap cucunya. Maafkan Nina. Nina bersuara mengendur. Tibatiba hatinya sayu dengan layanan baik Datin Rogayah. Kenapa Nina cakap macam tu? soal Datin Rogayah. Sebab buat keluarga Datin jadi macam ni, jawab Nina. Mummy yang sepatutnya minta maaf sebab tak pandai mendidik anak. Giliran Datin Rogayah pula bersuara sayu. Memang dia gagal mendidik Danish Arham menjadi anak yang baik. Kembar kepada Daniel Arman itu sering mendatangkan masalah. Walaupun mereka berdua pernah berkongsi tempat dalam rahimnya namun, karakter keduaduanya sangat berbeza.

26

Tulip Ungu

Sebab Nina, El jadi mangsa keadaan. Nina janji lepas semua ni berakhir, Nina akan keluar dari keluarga Datin. Nina pun tak nak menyusahkan semua orang. El berhak teruskan hidup dia. Kenapa Nina cakap macam tu? Nina, kan dah jadi sebahagian daripada keluarga mummy? Mummy pasti El tu akan berubah. Dia bukan macam Dan. Mungkin mula-mula ni dia belum boleh terima semua yang berlaku, tapi lambatlaun dia akan reda dengan takdir ni. El tu anak mummy. Sejak kecil mummy jaga dia, mummy faham sangat dengan dia. Nina pun bagi la masa kepada El. Jangan salahkan dia dalam hal ni, dia perlukan masa untuk terima semuanya. Kata Datin Rogayah. Nina hanya mengangguk lemah. Dalam hatinya dia nekad. Dia akan meninggalkan keluarga Datin Rogayah selepas anaknya lahir kelak. Sementara itu dia harus bersabar dengan semuanya. Dia pasti, Daniel Arman turut terpaksa menerima kehadirannya di situ.

PEMANDANGAN jalan raya yang dipenuhi lampu neon terasa begitu mendamaikan jiwa. Nina berdiri di balkoni bilik sambil membuang pandang ke arah cahaya lampu yang bergemerlapan dalam pelbagai warna. Semenjak pemergian Salamah, hati Nina menjadi kosong, dia tidak lagi seceria dulu. Kala itu, dia merasakan jiwanya damai dengan pemandangan yang memukau matanya. Terasa fikirannnya yang serabut, tenang untuk sementara waktu. Ketenangan Nina mengambil angin terganggu apabila kedengaran deruman enjin kereta Daniel Arman

27

Bukan Isteri Sempurna

memasuki pekarangan banglo Datuk Zainudin. Nina melirik ke arah sesusuk tubuh yang baru keluar dari kereta. Memang sukar untuk membezakan antara Daniel Arman dan Danish Arham. Kedua-duanya memiliki rupa paras yang hampir sama. Yang jelas membezakan mereka berdua hanyalah sikap dan penampilan mereka. Danish Arham bertindik di kedua-dua telinga, lebih sukar dikawal dan liar manakala Daniel Arman sebaliknya. Nina sendiri keliru dengan kedua-duanya namun, yang pasti lelaki yang mengkhianati dia bukanlah Daniel Arman. Itu satu-satunya perkara yang dia sangat pasti kerana penampilan Daniel Arman lebih bersederhana. Dia kenal akan kedua-dua anak lelaki Datuk Zainudin kerana ibunya sudah lama berkhidmat dengan keluarga itu. Nina masih ingat saat dia diijabkabulkan. Kalaulah dia tidak mendengar tuk kadi menyebut dengan jelas nama Daniel Arman, pasti dia akan ingat Danish Arham yang akan mengahwininya. Tetapi apabila nama yang disebut bukanlah nama Danish Arham, Nina kecewa kerana lelaki itu lari daripada kesalahan yang telah dilakukan. Malah, yang paling Nina kesalkan ialah Daniel Arman yang terpaksa menanggung kesilapan orang lain. Nina tidak marah dengan reaksi dan penerimaan Daniel Arman terhadap dirinya. Memang lelaki itu berhak untuk tidak melayannya dengan baik malah, dia sendiri pun sudah bersedia dengan reaksi yang bakal diterimanya itu. Hatta kalau sesiapa pun berada di tempat Daniel Arman, tentu akan marah kerana terpaksa menjadi kambing hitam atas kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh orang lain. Nina cuma berharap semuanya akan berakhir dengan cepat. Sehari selepas mereka sah menjadi suami isteri, Daniel Arman telah berpindah bilik. Dia seboleh-bolehnya

28

Tulip Ungu

tidak mahu tinggal sebilik dengan Nina. Dia juga sering kali mengelak daripada bertembung dengan Nina. Mungkin bagi Daniel Arman, lebih baik jika mereka berkeadaan begitu.

ANGIN petang berpuput lembut menyapa wajah Nina. Terasa segar apabila dapat meluangkan masa di kerusi batu yang menjadi hiasan halaman banglo itu. Kalau tidak dipaksa oleh Datin Rogayah, pasti dia masih berada di dalam bilik, menghabiskan masanya menghitung hari supaya semuanya cepat berlalu. Walaupun tertekan dengan keadaan begitu, dia tiada pilihan lain. Dia menjalani hidup itu dalam keterpaksaan. Sekali-sekala, turun la temankan mummy ambil angin petang. Jangan la terperuk aje kat bilik, tak elok untuk kesihatan. Datin Rogayah bersuara lembut sambil menghirup kopi susu yang baru dihantar oleh pembantu rumah baharunya. Sejak Salamah tiada, dia telah menggaji pembantu rumah baharu, warga Indonesia. Datin Rogayah faham benar dengan apa yang dialami oleh Nina. Dia tahu apa yang bermain di kepala anak gadis bekas pekerjanya itu. Nina hanya memberikan senyuman nipis. Memang tidak dinafikan layanan Datin Rogayah kepadanya memang baik. Memang tidak pernah berubah sejak pertama kali dia mengenali wanita itu. Dia sendiri tidak pernah menyangka majikan ibunya itu akhirnya menjadi ibu mentuanya. Tetapi apa yang berlaku semuanya dalam keterpaksaan. Dia berada di situ juga bukan atas kehendaknya tetapi dia terpaksa. Mummy faham perasaan Nina dan mummy pun

29

Bukan Isteri Sempurna

kesal sangat dengan perbuatan Dan. Cuma mummy harap, Nina terima la semua ni sebagai ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni, kita cuma mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling baik. Datin Rogayah cuba menyelitkan nasihat. Dia tahu apa yang sedang bergelut dalam hati Daniel Arman dan Nina. Dia cuma berharap kedua-duanya dapat menerima takdir itu. Walaupun semua yang berlaku adalah atas dasar keterpaksaan namun, sebagai manusia dia pasrah dengan ketentuan Allah. Terima kasih sebab layan Nina dengan baik. Nina cuma kesal semua ni berlaku. Kalau tidak, tentu perkara takkan jadi serumit ini, luah Nina. Mummy percaya ini semua takdir. Mungkin Allah dah tetapkan semuanya dari awal lagi, sebagai hamba-Nya kita kena la pasrah dan terima ketentuan daripada-Nya. Datin Rogayah masih lagi menyelitkan nasihat dalam katakatanya. Nina tersenyum. Kali ini kelihatan lebih manis. Sejak kejadian buruk yang melandanya, dia sudah lupa bagaimana untuk tersenyum tetapi kata-kata Datin Rogayah telah membuatkan hatinya senang. Berada di sisi Datin Rogayah menenangkan hatinya yang resah. Sedang mereka rancak berbual, kereta yang dipandu oleh Daniel Arman memasuki pekarangan rumah. Datin Rogayah cepat-cepat menggamit anaknya itu untuk menyertai mereka. El, duduk la dulu, minum petang dengan mummy. Takpe la, mummy. El penat la, nak terus berehat kat bilik. Daniel Arman cuba mengelak. Duduk la dulu. Mummy ada perkara nak bagitau

30

Tulip Ungu

El. Selalu sangat El sibuk sampai tak sempat mummy nak bagitau apa-apa. Datin Rogayah bijak memujuk. Dengan berat hati, Daniel Arman mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Nina. Hal apa yang penting sangat? soal Daniel Arman acuh tak acuh. Mummy dan daddy akan ke Kobe, Jepun minggu depan, beritahu Datin Rogayah. Habis tu, apa yang penting sangat? Memang biasa la mummy ikut daddy outstation, tukas Daniel Arman. Memang la biasa tapi dulu Nina tiada, sekarang Nina ada. El kena ambil berat sikit, kena tolong tengoktengokkan Nina, kata Datin Rogayah, bicaranya masih lembut. Dia faham reaksi yang ditunjukkan oleh Daniel Arman hanyalah protes kerana terpaksa menerima Nina. El tahu la tanggungjawab El... balas Daniel Arman seraya bangkit meninggalkan Datin Rogayah dan Nina. Berapa lama Datin ke sana? soal Nina yang masih belum biasa memanggil Datin Rogayah dengan panggilan mesra. Tiga minggu. Jawab Datin Rogayah. Dia tersenyum segaris, faham Nina yang masih belum biasa memanggilnya dengan gelaran mummy. Nina kembali termenung jauh. Pemergian Datin Rogayah bermakna dia perlu berhadapan dengan Daniel Arman dan tinggal berdua dengan lelaki itu sepanjang ketiadaan Datin Rogayah. Tentu suasana akan berbeza jika dibandingkan dengan keadaan semasa Datin Rogayah berada bersama mereka.

31

Bukan Isteri Sempurna

Bab 4
SAI menunaikan solat isyak, Nina kembali berbaring di atas katil. Sudah hampir seminggu Datin Rogayah ke luar negara. Sejak ketiadaan Datin Rogayah, begitulah rutin Nina. Dia lebih banyak mengunci dirinya di dalam bilik. Dia hanya akan keluar apabila Daniel Arman sudah ke pejabat. Apabila lelaki itu pulang, dia akan kembali mengurung diri di dalam biliknya. Walaupun terasa bosan kerana terpaksa menghabiskan waktu begitu namun, Nina sabarkan hatinya. Berkurung lebih baik daripada bertembung muka dengan Daniel Arman. Walaupun komunikasi antara mereka tiada namun, Nina tahu Daniel Arman lebih suka jika tidak bertemu muka dengannya. Kerana terlalu bosan jugalah menyebabkan Nina membantu membuat kerja rumah serba sedikit pada waktu siang. Ketiadaan semua penghuni rumah menyebabkan dia selesa bergerak ke mana-mana bahagian rumah itu. Kesempatan itu digunakan untuk menggunakan masa yang ada untuk memulakan rutin hariannya yang telah lama dia

32

Tulip Ungu

tinggalkan. Walaupun dihalang oleh pembantu rumah Datin Rogayah namun, Nina tetap bertegas mahu membantu. Semenjak dia sibuk membantu itulah, Nina merasakan bahagian bawah perutnya kadangkala terasa sakit. Tetapi dia tidak ambil pusing kerana sakitnya hanya sekejap sahaja terasa. Tetapi sejak dia mengangkat pasu pagi itu, dia merasakan sakit di perutnya semakin kerap. Kadangkala sakitnya memulas-mulas sehingga memaksa dia keluar masuk ke bilik air walaupun tiada apa-apa yang keluar. Nina merenung siling bilik dan mengelamun jauh. Kadangkala apabila sakitnya datang dia tersedar daripada lamunannya. Apabila lama berkeadaan begitu, Nina tertidur sendiri.

NINA terjaga daripada tidur apabila terasa perutnya semakin memulas. Dia terasa sakit yang teramat sangat di bahagian bawah perut. Nina memicit-micit bahagian perut yang terasa sakit itu. Sekali-sekala dia mengerang kesakitan. Apabila dirasakan sakitnya semakin kuat, Nina menggagahkan dirinya untuk bangun. Dia mengatur langkah perlahan menuju ke bilik air. Nasib baik juga biliknya dilengkapi dengan bilik air. Sejurus masuk ke dalam bilik air, Nina membuka lampu. Namun, dia terkejut apabila terlihat darah merah mengalir di celah pahanya yang terdedah oleh gaun tidur pendek yang dipakainya. Nina panik. Nina bergerak perlahan-lahan menuju ke pintu bilik air. Saat itu dia tahu dia harus meminta pertolongan seseorang. Nina membuka pintu bilik air sambil memicit-

33

Bukan Isteri Sempurna

micit perutnya yang semakin sakit. Langkah perlahannya diatur berhati-hati keluar dari biliknya. Tiba di depan pintu bilik Daniel Arman, pintu bilik itu diketuk bertalu-talu. Dia sudah tidak pedulikan lagi tentang pakaiannya yang terdedah. Yang dia tahu, dia harus mendapatkan pertolongan Daniel Arman ketika itu. Apabila ketukannya tidak bersambut, Nina mengetuk sekali lagi. Kali ini lebih kuat dan kasar. Kesakitan yang dirasakan pada bahagian perut menyebabkan dia tidak mampu bertahan lalu jatuh terjelepok di depan pintu. Daniel Arman bingkas bangun daripada perbaringan apabila terdengar ketukan dari pintu biliknya. Jam di sisi meja dikerling. Waktu sudah melewati jam tiga pagi. Pelik kerana pintu biliknya diketuk selewat itu. Dalam keadaan separuh sedar, Daniel Arman bergerak menuju ke pintu bilik. Tangannya memulas tombol pintu. Sejurus membuka pintu, dia terkejut melihat Nina yang terbaring lesu di luar pintu biliknya. Daniel Arman tunduk dan memanggil-manggil nama Nina. Pelik. Kenapa wanita itu terbaring di situ? Apabila panggilannya tidak bersahut, Daniel Arman menepuk-nepuk pula pipi Nina. Namun, keadaan Nina masih sama, masih tidak memberikan respons seperti yang diharapkan. Daniel Arman hampir berputus asa. Apabila dia berdiri semula, matanya menyoroti cecair pekat yang mengalir di celah paha Nina. Daniel Arman kembali tunduk, dibawa jari-jemarinya ke bahagian pangkal paha Nina. Sebaik sahaja menyentuh bahagian itu, dia merasakan ada cecair pekat dan melekit di hujung jarinya. Daniel Arman cepat-cepat membuka lampu. Sejurus kawasan itu terang dengan simbahan cahaya lampu, barulah

34

Tulip Ungu

Daniel Arman sedar cecair itu adalah darah. Daniel Arman panik. Pantas dicempungnya tubuh Nina ke kereta.

DANIEL ARMAN duduk termangu di kerusi menunggu. Sudah hampir dua jam Nina berada di dalam, masih belum ada berita yang disampaikan kepadanya. Daniel Arman buntu. Dia tidak berpengalaman dalam hal-hal sebegitu. Dia cuma berharap tiada yang buruk berlaku kepada Nina. Walaupun tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka namun, Daniel Arman tidak pernah membenci gadis itu. Dia cuma marah kerana tersepit dalam keadaan yang tidak menenangkan itu. Baru sebentar tadi dia memaklumkan hal tersebut kepada Datin Rogayah. Pada awalnya, memang mummynya bertegas ingin terus pulang namun, dia sempat meyakinkan mummynya yang dia mampu menguruskan hal itu sendiri. Daniel Arman tidak mahu Datin Rogayah susah hati memikirkan apa yang berlaku. Setelah menanti hampir tiga jam, seorang doktor keluar dari bilik yang menempatkan Nina. Apabila ternampak Daniel Arman, dia pantas menggamit supaya Daniel Arman mengikutnya ke bilik. Ada perkara yang harus disampaikan kepada Daniel Arman. Encik ni yang hantar Puan Nayli Imanina tadi, kan? soal Doktor Azhar sejurus duduk. Ya, saya Daniel Arman. Suami dia, terang Daniel Arman. Untunglah dia dan Nina sudah diijabkabulkan. Kalau tidak, susah juga hendak menjawab pertanyaan doktor yang merawat Nina itu.

35

Bukan Isteri Sempurna

Apa yang saya nak sampaikan ni mungkin tak enak untuk didengar tapi, saya harap encik anggap la apa yang terjadi ni ketentuan Allah. Doktor Azhar berbasa-basi sebelum menyampaikan maksudnya. Maksud doktor? soal Daniel Arman. Dia sudah dapat mengagak apa yang bakal disampaikan kepadanya. Isteri encik keguguran. Kami tak dapat selamatkan anak encik. Masa encik hantar dia ke sini tadi, memang dah terlewat. Maafkan kami, terang Doktor Azhar. Daniel Arman termenung jauh, tidak tahu apa perasaannya kini. Dia tidak pernah menyangka akan perkaraperkara yang sebegitu. Jauh di sudut hatinya dia lega, kerana mungkin ada hikmah anak itu tidak jadi lahir ke dunia kerana hakikat kejadiannya juga tidak indah. Namun, dalam kelegaan itu dia berasa simpati kepada Nina kerana terpaksa menanggung semua itu. Saya faham perasaan encik, mungkin belum rezeki encik. Lagipun encik muda lagi, boleh cuba lagi lain kali untuk dapatkan anak. Yang penting jangan putus asa dan berdoa. Insya-Allah... kata Doktor Azhar. Pengalamannya selama sepuluh tahun sebagai doktor menjadikan dia cukup berpengalaman dalam menghadapi situasi seperti ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, sambung Doktor Azhar lagi. Macam mana keadaan dia sekarang? soal Daniel Arman. Buat masa ni masih belum sedar. Kesan ubat akan hilang dalam masa tiga jam lagi tapi encik boleh terus melawat dia sekarang dan Puan Nayli perlu ditahan di wad sehari dua. Kalau dah betul-betul stabil, pihak hospital akan benarkan pesakit discharge, terang Doktor Azhar.

36

Tulip Ungu

Terima kasih doktor. Daniel Arman bangun untuk berlalu. Encik Daniel Arman. Panggil Doktor Azhar sebelum Daniel Arman menghala ke pintu. Daniel Arman berpaling memandang Doktor Azhar. Setiap yang berlaku tu ada sebab-musababnya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sebagai hambaNya, kita harus menerima segala qadak dan qadar Allah dengan reda kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Doktor Azhar menyelitkan nasihat dalam kata-katanya. Daniel Arman hanya tersenyum sebaris. Kata-kata Doktor Azhar terlalu dalam maksudnya. Walaupun Doktor Azhar tidak tahu gelodak perasaannya namun, kata-kata doktor itu menusuk jauh ke dalam jiwanya. Seolah-olah satu kata perangsang bagi menguatkan keyakinannya kepada ketentuan takdir Allah.

WAJAH pucat Nina ditenung tidak berkelip. Untuk seketika dia berasa simpati kepada gadis itu yang menjadi mangsa kepada saudara kandungnya sendiri. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Kerana terlalu mengikut perasaan, Danish Arham sanggup mengkhianati Nina. Daniel Arman bawa jari-jemarinya ke wajah Nina. Pipi gadis itu dielus-elus lembut. Jika tidak kerana Datuk Zainudin, pasti pertemuan mereka tidak akan bermula begitu. Dia tidak pernah membenci Nina malah, tidak pernah berniat menyakiti hati gadis itu. Hanya kerana terlalu marahkan Datuk Zainudin, marahnya turut dilampiaskan kepada gadis itu.

37

Bukan Isteri Sempurna

Daniel Arman mengeluh perlahan, kesal kerana melayan Nina dengan dingin walhal gadis itu turut menjadi mangsa keadaan. Malah, keadaan Nina lebih teruk berbanding dirinya. Gadis itu terpaksa menanggung penderitaan kerana dikhianati oleh abangnya, ditambah pula dengan berita kematian ibunya. Kini terpaksa pula terikat dalam simpulan yang dia sendiri tidak rela. Daniel Arman menjeling jam di tangan. Sudah hampir dua jam dia di situ. Kerana terlalu leka merenung wajah Nina, dia terlupa akan waktu yang berlalu. Daniel Arman bangun daripada duduknya. Dia perlu balik dan menyegarkan dirinya sebelum kembali melawat Nina.

SUDAH seminggu Nina pulang dari hospital. Keadaannya sudah bertambah baik dari sehari ke sehari. Semenjak dia pulang Rosyanti, pembantu rumah Datin Rogayah yang banyak membantunya. Kadangkala dia terdengar Daniel Arman memberikan arahan kepada bibiknya itu untuk menyediakan keperluan Nina. Walaupun jarang berkomunikasi, Daniel Arman masih prihatin menjaga kebajikannya di situ. Nina tahu Daniel Arman mengambil berat akan dirinya hanya kerana rasa tanggungjawab dengan perkahwinan mereka sahaja. Bukanlah atas dasar cinta seperti pasangan lain. Itulah sebabnya ada jurang yang luas antara mereka. Puan Nina mahu apa-apa lagi? tanya Rosyanti setelah meletakkan bubur nasi di atas meja kecil, tepi katil. Tak, jawab Nina dengan ringkas. Sebenarnya dia terlalu bosan kerana terpaksa berkurung di dalam bilik sepanjang masa.

38

Tulip Ungu

Ros, Encik El dah keluar pergi kerja? soal Nina sebelum sempat Rosyanti melangkah keluar. Sudah, puan. Baru sahaja keluar. Kenapa? Rosyanti bertanya kembali. Pada awal dulu dia pelik kerana Nina dan Daniel Arman tinggal di dalam bilik berasingan sedangkan mereka sudah berkahwin. Namun, persoalan itu dibiarkan berlalu kerana dia tiada hak untuk mengambil tahu urusan keluarga itu. Dia berada di situ hanya atas urusan kerja semata-mata. Tidak boleh lebih daripada itu. Boleh tak bawa turun semula makanan saya? Saya nak makan kat taman di luar, beritahu Nina. Enggak boleh begitu, puan. Nanti saya dimarah Encik El. Puan, kan masih belum sihat lagi, kata Rosyanti yang takut-takut. Tolong la... saya dah bosan duduk terperuk aje dalam bilik. Kalau selalu macam ni, lagi bertambah parah sakit saya nanti, pujuk Nina. Aduh, puan... kalau begitu nanti saya bawakan makanannya tapi, puan mesti janji. Jangan dibilang sama Encik El, nanti saya juga yang susah. Rayu Rosyanti. Terima kasih. Saya janji akan rahsiakan hal ni. Nina tersenyum manis. Kadangkala terhibur juga dia tengok cara fikiran Rosyanti yang mementingkan masa depan kerjayanya. Rosyanti pantas mengambil semula dulang berisi makanan Nina dan dibawa turun ke halaman depan. Nina hanya membuntuti lambat-lambat dari belakang. Walaupun belum pulih sepenuhnya, Nina rasa dia semakin kuat. Kalau mula-mula dulu dia perlu dipapah untuk

39

Bukan Isteri Sempurna

bergerak ke mana-mana tetapi, kini semua itu boleh dilakukan sendiri. Nina nekad. Selepas dia sihat kembali, dia akan mengakhiri semua itu. Perkahwinan yang terjadi atas dasar keterpaksaan itu tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya mahupun Daniel Arman. Tiada guna sekiranya dia masih berada di banglo besar itu. Sudah tentu Daniel Arman turut ingin bebas daripada rantai yang mengikatnya kini. Selepas ini tiada alasan lagi untuk lelaki itu meneruskan perkahwinan mereka. Daniel Arman akan kembali bebas untuk mencorak kehidupannya sendiri, tidak perlu lagi dibebankan dengan ikatan yang lelaki itu sendiri benci. Rosyanti berlalu meninggalkan Nina mengambil angin pagi di halaman rumah. Dia kembali ke dalam rumah untuk meneruskan pekerjaannya yang tertangguh. Nina menghirup kopi panas yang disediakan untuknya. Terasa segar dapat keluar sekali-sekala untuk mengambil angin. Di situ segala-galanya indah pada pandangan mata kasar namun, bagi Nina, banglo Datuk Zainudin tidak lebih daripada penjara yang merantainya di situ. Datuk Zainudin sendiri tidak pernah melayannya dengan baik. Jika tidak sebagai menantu sekalipun, dia mengharapkan lelaki itu melayannya sebagai anak kepada bekas pekerjanya dulu. Namun, Nina pasrah. Datuk Zainudin tidak mungkin dapat menerimanya di situ. Kehadirannya hanya dianggap sebagai musibah kepada keluarga itu oleh Datuk Zainudin walhal Datuk Zainudin lupa bahawa punca kepada musibah ini adalah perbuatan anaknya sendiri. Sama ada dia lupa ataupun dia terlalu ego untuk mengakui kesilapan yang dilakukan oleh anak kesayangannya sendiri.

40

Tulip Ungu

Selepas ini, tentu Datuk Zainudin tidak sabar-sabar melepaskannya pergi dari situ. Keluarga Datuk Zainudin sudah terlepas daripada satu bebanan tanggungjawab yang besar. Mustahil bagi Datuk Zainudin untuk membenarkan Nina tinggal di situ lagi. Nina pasrah. Apa pun keputusan Datuk Zainudin, dia akan terima. Hatta diceraikan oleh Daniel Arman juga dia sanggup kerana selama ini dia hanya mengikat lelaki itu dalam ikatan yang bersimpul. Bertanggungjawab ke atas kesalahan orang lain. Sesiapa pun di tempat Daniel Arman pasti akan marah. Bubur yang disediakan oleh Rosyanti disuap perlahan-lahan. Seleranya mati setelah terbeban dengan semua yang terjadi namun, kehidupannya perlu diteruskan. Walaupun terasa pahit dengan hakikat hidupnya, Nina pasrah. Tiada apa yang boleh dia lakukan. Dia hanya menerima ketentuan takdir. Mustahil bagi dirinya untuk mengundur kembali masa lalu.

USAI mandi, Nina berdiri di balkoni bilik. Dia membuang pandang ke arah kereta yang lalu-lalang di jalan raya. Kesihatannya sudah semakin pulih. Angin malam menyapa lembut tubuhnya, membuatkan dia terasa sedikit segar. Nina kembali ke dalam bilik apabila menyedari malam semakin merangkak tua. Tubuhnya direbahkan ke atas katil. Dia termenung jauh sambil merenung siling. Sepanjang dia tidak sihat itu, dia dijaga dengan baik. Daniel Arman sering kali mengambil berat akan hal dirinya walaupun hanya melalui Rosyanti. Nina tahu, Daniel Arman

41

Bukan Isteri Sempurna

lelaki yang baik. Lelaki itu juga sepertinya, menjadi mangsa keadaan. Dalam jauh mengelamun, mata Nina terasa berat. Tanpa sedar, dia terlena. Sudah lama dia tidak dapat tidur dengan begitu lena. Mimpi malamnya sering kali diganggu oleh bayangan Danish Arham yang cuba menodainya. Sekalisekala dia terjaga apabila dirasakan mimpi yang dialami seolah-olah benar-benar berlaku. Cuma dia rasakan beberapa hari kebelakangan ini, tidurnya tidak lagi diganggu oleh bayangan itu. Nina yang nyenyak tidur tiba-tiba terjaga apabila dia merasakan ada jari-jemari yang mengelus-elus lembut wajahnya. Nina segera membuka matanya. Apabila terlihat ada kelibat yang sedang berdiri di tepi katilnya, Nina panik. Dia bingkas bangun lalu mengengsot ke kepala katil. Tolong jangan apa-apakan saya, rayu Nina. Tubuhnya menggigil menahan takut. Air matanya sudah mula mengalir. Terbayang kejadian hitam yang pernah dia alami. Terbayangkan Danish Arham. Maaf, aku El... kata Daniel Arman. Kasihan melihat wajah Nina yang ketakutan. Dia turut tersentak. El, tolong jangan apa-apakan saya. Rayu Nina lagi, bimbang Daniel Arman turut mengikut jejak langkah Danish Arham. Aku tak berniat apa-apa. Daniel Arman mengundur beberapa langkah ke belakang. Dia tahu kehadirannya di situ menyebabkan Nina takut. Maafkan aku. Daniel Arman terus berlalu. Kesal kerana tidak dapat menahan dirinya sehingga membawanya ke situ. Dia sendiri pelik bagaimana dia boleh bertindak sejauh itu. Nina masih duduk menyandar di kepala katil sambil

42

Tulip Ungu

memeluk tubuhnya. Bayangan kejadian hitam yang pernah dialaminya terlayar semula di minda. Rasa takutnya masih bersisa. Dia sendiri tidak tahu niat Daniel Arman masuk ke dalam biliknya. Rasa mengantuknya terus hilang lantaran kejadian tadi.

NINA turun ke tingkat bawah. Biasanya pada waktu begitu, Datin Rogayah akan bersantai di ruang tamu sambil membelek-belek buku resipi. Memang itu sudah menjadi hobi Datin Rogayah. Walaupun perkenalan mereka masih baru namun, Nina sudah dapat membaca kegemaran wanita separuh abad itu. Sudah hampir dua minggu Datuk Zainudin dan Datin Rogayah pulang dari Jepun. Nina rasa sudah tiba masanya dia memberitahu Datin Rogayah tentang perancangannya. Hanya wanita itu yang sudi menerima kehadirannya di situ. Disebabkan itu juga dia lebih selesa meluahkan perasaannya kepada Datin Rogayah. Datin, boleh tak Nina nak cakap sesuatu? Nina bersuara apabila menghampiri sofa. Dia mengambil tempat di sofa bahagian kanan Datin Rogayah. Datin Rogayah mempamerkan senyuman sebaris. Walaupun sudah hampir sebulan menetap di situ, gelaran Datin masih lagi meniti di bibir Nina. Dia tahu Nina masih janggal memanggilnya dengan panggilan mummy. Mungkin menantunya itu masih terasa ada jurang pemisah di antara mereka atau mungkin juga hubungan majikan dan pekerja yang sudah lama terjalin antara keluarga Datuk Zainudin dengan arwah ibunya dulu.

43

Bukan Isteri Sempurna

Ada hal apa? tanya Datin Rogayah dengan lembut. Nina nak cakap pasal hubungan Nina dengan El, ujar Nina lambat-lambat. Sudah tiba masanya dia mengakhiri semua itu. Kenapa dengan hubungan Nina dan El? Datin Rogayah bertanya. Hatinya sudah terdetik ada sesuatu yang tidak enak. Dan dia cuma berharap prasangkanya itu tidak benar. Datin pun tahu macam mana hubungan Nina dengan El. Semua yang berlaku bukan kehendak kami. Kami terpaksa terima semua ni. Tidak adil bagi El sebab terpaksa terikat dengan Nina sedangkan dia ada perancangan masa depan dia sendiri, terang Nina, cuba menyampaikan maksud hatinya dengan cara yang paling lembut. Maksud Nina? Datin Rogayah pura-pura bertanya walhal dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata Nina itu. Nina nak minta El ceraikan Nina, kata Nina ringkas. Jari-jemarinya ditautkan antara satu sama lain. Mencari kekuatan untuk dia terus berterus terang. Astaghfirullahalazim... kenapa Nina cakap macam tu? Datin Rogayah kecewa kerana telahannya benar. Datin, tiada gunanya ikatan ni kalau El buat hal El, Nina buat hal Nina. Lagipun El dah tak perlu nak pikul tanggungjawab lagi. El pun tak cintakan Nina. Dia berhak tentukan masa depan dia, berkahwin dengan pilihan hati dia. Dia takkan bahagia kalau masih terperangkap dalam ikatan ni. Nina, semua ni takdir. Kita kena reda dengan ketentuan Allah. Jangan permainkan hukum Allah. Perkahwinan bukannya benda yang boleh dibuat main,

44

Tulip Ungu

senang-senang kahwin kemudian senang-senang pula cerai. Berdosa. Walaupun Islam membenarkan penceraian tapi ia tetap perkara yang tidak Allah sukai. Datin Rogayah berharap kata-katanya dapat menyedarkan Nina. Tapi, macam mana kami nak teruskan kalau masih macam ni sampai bila-bila? balas Nina, berharap Datin Rogayah memahami situasi yang dialaminya bersama Daniel Arman. Kebahagiaan takkan muncul kalau kita tak berusaha. Ambil la masa. Datin Rogayah masih berusaha memujuk. Dia pasti Daniel Arman akan dapat menerima Nina suatu hari nanti. Maafkan Nina, Datin. Nina rasa tiada apa-apa untuk dipertahankan lagi. Perkahwinan kami pun dalam keadaan terpaksa. Sekarang El tak perlu nak bertanggungjawab atas apa-apa lagi. Nina rasa penceraian adalah jalan yang terbaik buat kami. Biar El pilih jalan hidup dia sendiri daripada terus terikat dengan Nina, jelas Nina. Oh, jadi selama ni kau hanya nak gunakan El sahaja? Tiba-tiba Datuk Zainudin yang muncul dari tangga menyoal sinis. Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami. Datuk Zainudin bersuara seraya mengambil tempat di sebelah Datin Rogayah. Akhbar di tangan dibelek-belek. Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang. Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin. Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil

45

Bukan Isteri Sempurna

kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama ni, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kasihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu. Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan. Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? Kenapa sekarang nak minta cerai pulak? Kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ia sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ia minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni, tapi untuk El ceraikan kau, perkara tu takkan terjadi! Datuk Zainudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru. Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri, rayu Datin Rogayah. Keputusan aku, keputusan dia! tegas Datuk Zanudin dalam memberi keputusan. Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni. Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat. Dan kau pun jangan lupa. El boleh berkahwin

46

Tulip Ungu

empat. Dia lebih daripada mampu. Masih ada tiga lagi tempat kosong. Dia tak pernah terikat dengan kau! Kata Datuk Zanudin sebelum Nina berlalu. Nina sedih. Begitu hina sekali dirinya di mata Datuk Zainudin. Datuk Zainudin sanggup menghukumnya sedemikian. Tidak cukupkah lagi dengan apa yang telah Danish Arham lakukan kepadanya? Kini Datuk Zainudin merantai kakinya dengan ikatan perkahwinan itu. Umpama burung yang dilepas daripada sangkar tetapi kaki masih diikat dan dia tidak mampu untuk terbang bebas. Air mata Nina mengalir laju. Tiada apa-apa lagi yang tinggal untuknya di situ. Datuk Zainudin sudah pun menyuarakan keputusannya. Nina akan segera pergi, meninggalkan istana besar yang ibarat neraka baginya. Tiada kasih sayang di situ, yang ada hanya benci yang menyeliputi hati Datuk Zainudin.

PEMANDANGAN indah di luar balkoni bilik sedikit pun tidak menarik perhatian Daniel Arman. Kata-kata Datin Rogayah masih terngiang-ngiang di telinganya. Kesal kerana kisahnya diakhiri begitu. Lebih kesal lagi kerana Datuk Zainudin bertindak membuat keputusan bagi pihaknya. Dia cuma berharap dirinya punyai lebih masa untuk berfikir. Peristiwa perkahwinannya juga terjadi dengan tiba-tiba. Kini pengakhiran rumah tangganya juga berlaku dengan tibatiba. Daniel Arman tidak tahu apa yang dia lebih kesalkan. Adakah kerana Nina dihalau tanpa diceraikan terlebih dahulu ataupun keputusan yang telah dibuat oleh

47

Bukan Isteri Sempurna

Datuk Zainudin bagi pihaknya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu? Selama dia hidup, begitulah sikap yang dipamerkan oleh Datuk Zainudin. Suka menentukan apa yang boleh dan tidak boleh untuk dirinya. Dia sentiasa berada dalam kongkongan lelaki itu. Jika tidak disebabkan rasa hormat kerana lelaki itu bapanya, sudah lama dia melawan namun, memikirkan bukan itu yang menjadi didikan Datin Rogayah, dia bersabar melayani kerenah Datuk Zainudin. Daniel Arman menghela nafas. Perkenalan singkat antara dirinya dan Nina dirasakan baru berputik. Dia baru merasakan rasa kasih yang menular dalam hatinya namun, belum pun terungkap rasa kasih itu, Datuk Zainudin sudah mencantasnya. Terlanjur gadis itu menjadi isterinya, dia akan belajar menerima Nina, mencintai Nina sebagai seorang suami. Berharap agar rasa cinta, kasih dan sayang menyelimuti rumah tangga mereka walaupun pada dasarnya ia dibina bukan atas rasa cinta. Daniel Arman kembali ke katil, tubuhnya direbahkan di situ. Dia merenung jauh ke siling. Setelah hampir sebulan meninggalkan bilik itu, dia kembali semula. Terasa kesal kerana selama Nina berada di rumah itu dia tidak pernah cuba untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat. Kini apabila Nina telah pergi daripada hidupnya, dia terasa sunyi. Sunyi kerana ada satu perasaan istimewa yang menjalar di hatinya untuk Nina.

48

Tulip Ungu

Bab 5
ACHARY melewati meja Nina. Apabila dilihatnya Nina masih tiada di mejanya, dia kembali ke biliknya semula. Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor telefon bimbit Nina didail. Ada perkara yang ingin dia maklumkan kepada gadis itu. Apabila panggilannya tidak bersambut, Zachary kembali duduk di meja. Dia pelik kerana biasanya Nina akan datang lebih awal daripadanya tetapi hari ini bila jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh pagi, Nina masih belum tiba di pejabat. Zachary bingkas bangun. Dia mengambil keputusan untuk turun dan minum pagi. Langkahnya diatur menuju ke pintu lif, pejabat pentadbiran MS Mall masih lagi belum berpindah walaupun pasar rayanya telah pun berpindah semenjak bergabung dengan DZ Mall dulu. Masih ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum pejabat pentadbiran mereka berpindah sepenuhnya. Apabila pintu lif terbuka, terpacul wajah Nina di situ. Seperti biasa, Nina akan memberikan senyuman manis kepada ketuanya itu.

49

Bukan Isteri Sempurna

Nina, kenapa you lambat hari ni? soal Zachary. Encik Zach, kan ke saya dah maklumkan pada encik. Saya ada appointment dengan doktor hari ni. Saya masuk lambat sikit, terang Nina, pelik kerana dia sudah memaklumkan hal itu kepada Zachary. Oh, ye ke? Saya terlupa agaknya. Zachary tersenyum. Pintu lif kembali tertutup apabila dia tidak jadi masuk. Encik Zach memang selalu lupa, kata Nina lagi seraya senyuman Zachary dibalas. You tu manis sangat sampai I asyik terlupa aje... sebab tu la I perlukan you untuk selalu ingatkan I. Zachary berkata dengan selamba. Memang dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya terhadap Nina. Encik Zach nak pergi mana ni? Nina mengalih topik perbincangan. Sudah faham dengan sikap bosnya itu. I nak breakfast. Jom ikut sekali, pelawa Zachary, lupa sebentar tentang niat asalnya tadi. Saya dah breakfast tadi. Encik Zach aje la pergi, balas Nina. You ni susah sangat nak ajak keluar. Breakfast aje, bukannya dating. Lagipun ada perkara yang I nak bagitau you, ujar Zachary, faham dengan Nina yang sering kali menolak pelawaannya. Penting sangat ke? Kita bincang kat office aje la. Cadang Nina. Sebenarnya dia menolak pelawaan Zachary itu dengan cara yang lembut. Kalau you tak sudi takpe la, I pergi sorang aje. Zachary berpura-pura merajuk. Bukan macam tu...

50

Tulip Ungu

Belum sempat Nina menghabiskan kata-katanya, Zachary terlebih dahulu menyampuk. Kalau macam tu jom, I belanja. Tangan Nina ditarik masuk semula ke dalam lif. Encik Zach.... Nina memandang tangannya, tidak selesa apabila Zachary bertindak memegang jari-jemarinya. Sorry.... Zachary memohon maaf di atas keterlanjurannya. Jari-jemari Nina dilepaskan kembali. Dia tahu Nina jenis yang menjaga batas pergaulan. Nina membuntuti Zachary menuju tempat letak kereta. Dia tidak selesa berdua-duaan dengan Zachary. Bukan kerana dia sengaja menolak tetapi kerana dia masih bergelar isteri. Walaupun dia sendiri tidak pasti sampai bila dia akan memegang status itu, tetapi selagi dirinya masih terikat dengan tali perkahwinan dan masih lagi menjadi isteri orang, dia akan menjaga batas-batasnya.

SUASANA di dalam restoran mamak itu mulai lengang. Nina mengambil tempat di hadapan Zachary untuk memudahkan mereka berbicara. Hairan juga Nina melihat keperibadian Zachary. Walaupun lahir dalam keluarga yang berada namun, lelaki itu tidak pernah memilih dalam soal makanan. Lelaki itu boleh makan di restoran mamak sahaja. Tidak seperti orang kaya lain yang lebih gemar memilih restoran berkelas tinggi untuk menjamu selera. Pelik juga Nina, ada juga orang kaya seperti itu. Tidak terlalu mengambil peduli tentang imej. Namun, jika difikirkan semula, selera itu juga

51

Bukan Isteri Sempurna

subjektif kepada semua orang. Tidak semestinya orang kaya suka makan dan berbelanja di tempat mewah. Masih ada golongan kaya yang tidak kisah dengan status mereka. Setelah menyatakan pesanan kepada pelayan restoran, Zachary memulakan bicara. Ada perkara yang I nak bincang dengan you. Perkara apa? soal Nina. Biasanya Zachary lebih suka membincangkan hal kerja di pejabat. Pasal jawatan you. You tahu, kan... mall kita dah bergabung dengan DZ Mall. Jadi sekarang ni, banyak jawatan yang telah bertukar dan ada juga yang dimansuhkan dan digantikan dengan post baru, terang Zachary. Dia berhenti sebentar apabila pelayan restoran menghantar makanan mereka. Maksud Encik Zach? Nina menangkap maksud kata-kata Zachary. masih belum

I dah berbincang dengan Encik Arman. Kita orang nak mansuhkan post you sebagai secretary I, beritahu Zachary sambil menyuap roti canai ke dalam mulutnya. Habis tu, macam mana dengan jawatan saya? Maksud Encik Zach, saya akan diberhentikan kerja? Nina tidak jadi menyuap mi goreng mamak ke mulut tatkala terfikirkan kebarangkalian itu. Bukan macam tu. After this Ill be assisting Daniel Arman so, I dah tak perlukan secretary lagi. Zachary tersenyum nipis melihat garis pada dahi Nina yang kerisauan bakal kehilangan pekerjaan. Maksud Encik Zach, jawatan saya akan dimansuhkan? Nina masih belum berpuas hati lagi dengan jawapan Zachary.

52

Tulip Ungu

Yup, dan post you akan digantikan dengan post lain. Saya akan ditukarkan ke department lain ke? Nina menaikkan keningnya. You mungkin akan jadi Personal Assistant Encik Arman. Zachary berterus terang. PA Encik Arman? Nina terperanjat. Kenapa? You tak suka ke? Zachary pelik. Bukan tak suka tapi tak biasa aje. Nina cuba beralasan. Mula-mula memang tak biasa, lama-lama okey la. Lagipun you dinaikkan pangkat, takkan you nak tolak tawaran ni? Kebetulan Marzuana, PA lama Encik Arman terpaksa berhenti kerja tak lama lagi, ikut suami dia ke luar negara. Kenapa la PA dia berenti kerja pulak? Tak biasa la kerja dengan Encik Arman, keluh Nina. Tempat seorang isteri tukan di sisi suami? Mesti la kena ikut pindah sekali. You ni macam tak suka aje? Ke... you tak boleh nak berpisah dengan I? seloroh Zachary, keningnya diangkat tinggi. Nina terdiam seketika. Kata-kata Zachary mendalam maknanya, membawa dua maksud yang berbeza. Seolah-olah kata-kata itu ditujukan khas untuknya bahawa tempat dia adalah di sisi Daniel Arman. Encik Zach ni, ke situ pulak! Saya serius ni, ujar Nina apabila tersedar. Merah mukanya disakat oleh Zachary sebentar tadi. Betul la, I bukannya pergi jauh pun. Lepas ni, you akan jadi perantara Encik Arman dengan I. Kalau you tak

53

Bukan Isteri Sempurna

tahu, I akan ajar sikit-sikit. Lagipun tugas PA dengan secretary sama aje, jelas Zachary. Hai, rancak berbual nampak? Tiba-tiba terdengar satu suara menyapa mereka. Nina dan Zachary menoleh serentak. Arman... come join us, pelawa Zachary apabila Daniel Arman menghampiri meja tempat mereka makan. Tidak menyangka mereka akan bertemu di situ. Bersembang apa sampai tak sedar I datang? tegur Daniel Arman seraya mengambil tempat di sebelah Zachary. Just briefing Miss Nina about her new post, jawab Zachary. Matanya dilirik kepada Nina. So, macam mana? soal Daniel Arman yang turut melirik kepada Nina. Cik Nina kita ni takut-takut pulak. Agaknya dia sayang sangat nak tinggalkan I kut, seloroh Zachary, sengaja sambung menyakat Nina. Really? Daniel Arman memandang wajah Nina yang sudah mula kemerahan. Cuba mencari kelainan pada riak muka Nina. Maafkan saya, I need to go to the restroom kejap. Nina terus bangun. Pandangan mata Daniel Arman merimaskan dirinya. Terasa kalah dengan panahan mata lelaki itu. So, how long have you been working with each other? soal Daniel Arman seraya menyatakan pesanan kepada pelayan yang baru menghampiri. Almost one and a half years, jawab Zachary. How was her performance? soal Daniel Arman lagi.

54

Tulip Ungu

Shes the best, jawab Zachary, ringkas. Dah kahwin? Daniel Arman menyambung soalan, sengaja menguji sejauh mana Zachary mengenali Nina. Dah, tapi suami dia dah meninggal sebab accident. Zachary menjawab dengan jujur. Tidak dapat menebak yang rakannya itu sebenarnya sedang menyiasat perihal Nina. Really? soal Daniel Arman dengan tenang. Kenapa? You tak percaya ke? Zachary mengangkat kening. Hairan juga apabila nada suara Daniel Arman seolaholah tidak mempercayai kata-katanya. Bukan... I tengok dia muda lagi. Tak sangka dah jadi balu. Kesian jugak, jawab Daniel Arman, cuba menyembunyikan riak wajahnya. Tapi I tengok dia tu jinak-jinak merpati. Nampak aje jinak tapi susah nak dekat, seloroh Zachary. Perbualan mereka terhenti apabila Nina kembali ke meja makan. Berbual apa rancak sangat ni? Nina memerhatikan kedua-dua orang lelaki di hadapannya. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Pasal burung merpati... seloroh Zachary. Memang dia gemar berseloroh dengan Nina. Nina mengangkat kening, tidak faham dengan maksud kata-kata Zachary itu. We were just talking about you. Zach kata you kematian suami, betul ke? soal Daniel Arman dengan tenang. Dia menyuap mi goreng mamak yang baru dihantar oleh pelayan. Berpura-pura ingin tahu. Nina gugup sejurus mendengar soalan daripada

55

Bukan Isteri Sempurna

Daniel Arman itu. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan kepada Daniel Arman. Selama ini dia menipu Zachary, cuba menyembunyikan kebenaran tentang siapa dirinya yang sebenar daripada pengetahuan orang lain. Biar kisah hidupnya menjadi rahsianya sendiri. Dah lama ke kehilangan suami? Daniel Arman menyoal lagi apabila dilihatnya Nina hanya membisu. Zachary menjeling Daniel Arman dengan ekor mata, pelik dan hairan melihat sikap Daniel Arman yang membawa isu sensitif Nina ke dalam perbincangan mereka. Dalam empat tahun lepas. Nina menjawab gugup. Kenapa? soal Daniel Arman lagi. Perhatiannya lebih ditumpukan kepada makanan berbanding Nina. Tenang perlakuannya. Accident, jawab Nina dengan teragak-agak. Kesian... muda-muda lagi dah meninggal. Selamba Daniel Arman menuturkan kata-katanya. Zachary sudah berubah riak. Dia menendang kaki Daniel Arman dari bawah meja. Nyata di matanya Daniel Arman tidak prihatin akan perasaan Nina yang telah kehilangan suami. Daniel Arman berpaling memandang Zachary dengan kening terangkat sementara Zachary membuntangkan matanya, mengisyaratkan supaya Daniel Arman lebih prihatin terhadap apa yang telah terjadi kepada Nina. Maaf, saya cuma kesiankan suami Cik Nina. Mudamuda lagi dah kembali ke rahmatullah. Kali ini nada suara Daniel Arman kedengaran sedikit sinis. Arman, kan ke I dah cerita kat you. Tentu Nina tak nak ingat lagi benda-benda macam tu, sampuk Zachary. Dia

56

Tulip Ungu

bimbang apabila melihat perubahan pada riak wajah Nina. Walhal dia tidak tahu perubahan riak wajah Nina itu disebabkan perkara lain. Takpe, lagipun dah lama. Saya pun dah lupakan. Nina cepat-cepat menjawab. Tidak mahu isu itu terus dipanjangkan. Daniel Arman pula seolah-olah mahu memerangkapnya dengan soalan-soalan begitu. Sedang leka mereka berbual, tiba-tiba telefon bimbit Zachary berbunyi. Melihatkan nama yang tertera pada skrin telefon, Zachary bangun dan menjarakkan dirinya dari meja untuk menjawab panggilan. Seketika kemudian Zachary kembali ke tempat Nina dan Daniel Arman duduk. Guys, Im really sorry. I ada emergency la, I kena balik sekarang. Boleh tak you hantar Nina ke office I? Eh, takpe la. Saya balik naik teksi aje. Cepat-cepat Nina menolak. Dia tidak mahu dihantar oleh Daniel Arman. Okay, no problem. Small matter aje tu. Kalau I bawa Nina balik ke office I, boleh? Boleh jugak dia tengoktengok tempat baru dia, balas Daniel Arman. Nina mengerutkan keningnya. Kedua-dua orang lelaki itu berbincang seolah-olah dia tidak wujud di situ. Bagus juga idea you tu. Boleh ajarkan dia yang basic-basic dulu. I kena pergi sekarang. You jaga dia baikbaik, seloroh Zachary. Dont worry, dah memang tanggungjawab I... sahut Daniel Arman sambil menjeling reaksi Nina di hadapannya. Dalam makna kata-katanya itu. Nina hanya mengekori pemergian Zachary dengan ekor matanya. Dia tidak bersetuju dengan cadangan Daniel

57

Bukan Isteri Sempurna

Arman. Kalaulah dia tahu dia akan terperangkap dengan Daniel Arman di situ, tentu dia tidak akan bersetuju dengan cadangan Zachary untuk keluar bersarapan bersama tadi. Jom. Daniel Arman bingkas bangun daripada duduknya. Dia berjalan menuju ke kaunter bayaran dan membayar harga makanan. Nina membuntuti Daniel Arman dari belakang selepas keluar dari restoran mamak itu. Sejurus masuk ke dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Kejadian yang pernah berlaku antara mereka suatu waktu dulu menyebabkan mereka berasa janggal. Nina lebih banyak membuang pandang ke luar tingkap. Fikirannya berserabut memikirkan bagaimana nanti dia bekerjasama dengan Daniel Arman sedangkan antara mereka pernah terjalin satu ikatan yang sangat rumit suatu waktu dulu. Daniel Arman pula lebih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia sendiri kelu untuk berbicara dengan wanita yang pernah muncul seketika dalam hidupnya itu. So, dah berapa lama kerja dengan Zach? Daniel Arman memulakan bicara apabila suasana antara mereka diselubungi kesunyian. Setahun setengah, jawab Nina dengan ringkas. Pandangannya masih dibuang ke luar tingkap. Apa berita terkini? soal Daniel Arman lagi. Masih macam dulu, jawab Nina, pendek. Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen, sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak bereaksi.

58

Tulip Ungu

Dulu, kenapa lari? Daniel Arman menyoal sekali lagi. Dan kali ini, soalannya dipesongkan pula pada peristiwa lalu. Datuk yang halau saya, jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu. Kalau daddy yang halau kenapa lari terus? Kenapa tak tunggu keputusan saya? balas Daniel Arman. Datuk memang tak pernah sukakan saya, jawab Nina dengan sayu. Awak kahwin dengan dia ke dengan saya? soal Daniel Arman lagi. Apa bezanya? Keputusannya tetap sama, jawab Nina lagi. Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri? Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan Encik Arman, kata Nina penuh emosi. Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya? Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yang sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri. Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih terngiang-ngiang di telinganya. Lelaki itu tidak pernah meminta untuk berkahwin dengannya. Jauh lagi ke office Encik Arman? soal Nina. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membicarakan tentang perkara-perkara lalu. Dalam lima minit lagi sampai. Jawab Daniel Arman.

59

Bukan Isteri Sempurna

Dia juga tidak mahu memaksa. Nina terlalu keras hati apabila perkara itu dibincangkan sedangkan dia sedang mengusahakan sesuatu untuk menjernihkan kekeruhan antara mereka. Tetapi Daniel Arman bukanlah yang jenis suka memaksa. Bagi dirinya, biar Nina mengambil masa dahulu untuk mengenalinya. Biar dia menunjukkan perasaannya hanya melalui layanannya terhadap Nina.

60

Tulip Ungu

Bab 6
EMINGGU berlalu dan Nina masih lagi berada di pejabat Daniel Arman. Kalau mengikut kata Daniel Arman semasa kali terakhir mereka berbincang, Nina hanya perlu berada di situ untuk tempoh seminggu sahaja bagi mempelajari serba sedikit tentang tugas baharunya di situ. Tetapi setelah seminggu berlalu, Daniel Arman masih tidak mengarahkan dia kembali ke pejabat lamanya. Nina buntu. Marzuana yang dahulunya PA kepada Daniel Arman sedang menghabiskan cutinya yang berbaki sebelum dia berhenti secara rasmi. Tidak mungkin pula Daniel Arman akan menyuruhnya menggantikan tempat Marzuana kerana Daniel Arman langsung tidak menyatakan apa-apa berkaitan hal itu. Nina duduk termenung di meja Marzuana. Memang semenjak seminggu yang lalu tempat itulah yang menjadi persinggahannya. Apabila Marzuana berpindah kelak, dia pula yang akan mengambil alih meja dan kerusi di situ. Dalam dia leka termenung, tiba-tiba Sofea datang dari pintu hadapan pejabat DZMS Mall.

61

Bukan Isteri Sempurna

Kak Nina, tadi Encik Arman bagitau. Dia mintak tolong download e-mel yang suppliers baru hantar, beritahu Sofea sebelum berlalu semula ke meja receptionist setelah menyampaikan pesanan daripada Daniel Arman. Nina bingkas bangun. Dia menuju ke bilik Daniel Arman. Sejak hari pertama dia di situ, inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik Daniel Arman. Bilik yang luas itu tersusun kemas. Wangian lavender kuat menusuk hidung Nina sewaktu dia melangkah masuk tadi. Sebelum ini dia hanya mempelajari hal-hal berkaitan tugas baharunya sebagai PA Daniel Arman melalui Marzuana sahaja. Belum pernah lagi dia betul-betul berurusan terus dengan lelaki itu. Disebabkan itu juga, dia berasa sedikit gugup apabila diminta masuk ke situ dan menyentuh peralatan milik Daniel Arman. Nina cepat-cepat duduk di kerusi Daniel Arman. Dia akan menyegerakan tugasnya bagi mengelakkan dia bertembung dengan Daniel Arman di dalam bilik itu. Biar tugasnya sudah selesai apabila Daniel Arman kembali ke biliknya nanti. Nina menekan butang on pada komputer dan menunggu. Apabila skrin komputer mempamerkan Window dan bersedia, Nina kecewa kerana komputer Daniel Arman memerlukan kata laluan sebelum fail-fail lain boleh dibuka. Untuk seketika Nina berfikir. Bagaimana caranya untuk dia membuka fail sekiranya dia sendiri tidak tahu kata laluannya. Tiba-tiba Nina teringatkan Sofea. Sofea telah lama bekerja untuk Daniel Arman, tentu gadis itu tahu. Nina mengangkat gagang telefon dan terus mendail nombor sambungan ke receptionist. Helo Sofea, boleh tolong akak tak?

62

Tulip Ungu

Tolong apa? soal Sofea kembali. Dia memandang Daniel Arman yang baru melintasi mejanya dan berhenti betul-betul di hadapannya. Sofea tahu tak password Encik Arman? Akak dah on komputer dia tapi kena masuk password pulak, ujar Nina. Password? Sofea angkat kening ke arah Daniel Arman. Daniel Arman memberikan isyarat kepada Sofea untuk meletakkan gagang telefon. Kejap lagi saya call akak balik. Sofea terus meletakkan gagang telefon dan memandang Daniel Arman dengan pandangan pelik. Kenapa pula tiba-tiba lelaki itu memintanya meletakkan gagang telefon? Cik Nina kata komputer Encik Arman kena masukkan password dulu. Biar saya pergi tengok sendiri, kata Daniel Arman dengan tenang seraya berlalu dari situ. Sofea melihat Daniel Arman sambil mengangkat bahunya. Tidak tahu apa yang berada dalam kepala bosnya itu. Nina menanti panggilan Sofea dengan sabar. Sedang dia leka merenung kosong skrin komputer tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. I love you, kata Daniel Arman sejurus dia masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup semula. Hah? Nina angkat kening. Memandang tepat ke arah Daniel Arman. Daniel Arman bergerak ke arah kerusi yang diduduki oleh Nina. Dia berdiri betul-betul di belakang Nina yang sedang menghadap komputer sambil memegang tetikus.

63

Bukan Isteri Sempurna

Daniel Arman menunduk sedikit dan meletakkan jarijemarinya di atas tangan Nina yang sedang memegang tetikus. Tiba-tiba jantung Nina berdegup kencang. Terasa wajahnya panas tatkala Daniel Arman memegang tangannya sambil menggerakkan tetikus komputer. Passwordnya, I LOVE YOU, kata Daniel Arman dekat di telinga Nina. Hati Nina berdebar-debar. Wangian yang digunakan oleh Daniel Arman kuat menusuk hidungnya. Terasa tangannya sejuk. Dia terpaku. Membiarkan sahaja Daniel Arman menggerak-gerakkan tetikus. Terasa semua derianya mati saat itu. Dalam kelekaan itu, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul wajah ceria Azzura dari muka pintu. Daniel Arman cepat-cepat mengalihkan tangannya daripada tangan Nina dan membetulkan posisi badan sambil menjarakkan dirinya daripada tubuh Nina. Sayang, kenapa lambat sangat? Tadi kata nak lunch sekali. Dah lama I tunggu you kat bawah, kata Azzura bernada manja. Dia hanya berdiri di muka pintu. Tidak mengesyaki apa-apa. Jom la. I pun memang nak turun tadi, tapi ada hal sikit dengan komputer tadi. Dalih Daniel Arman seraya berlalu. Nina menarik nafas dalam. Baru tadi dia rasakan Daniel Arman cuba menarik perhatiannya dengan ungkapan itu tetapi, ternyata dia silap. Hampir-hampir dia perasan dengan kata-kata sayang daripada Daniel Arman awal tadi. Rupa-rupanya kata indah itu cuma sekadar kata laluan untuk log masuk ke komputer lelaki itu.

64

Tulip Ungu

Daniel Arman sudah pun menemui pilihan hatinya. Memang benar kata Datuk Zainudin dulu. Daniel Arman tidak pernah terikat dengan dirinya. Hanya dia yang dirantai dengan ikatan itu. Untuk seketika dia rasa terkilan dengan semua yang terjadi. Memang nasib baik tidak berpihak kepadanya dan dia harus kuat menelan semua itu. Nina terus menyiapkan kerjanya di situ. Dia harus profesional. Seboleh-bolehnya dia akan cuba berusaha untuk tidak mencampuradukkan hal peribadinya dengan hal kerja. Kini, dia perlu memikirkan dirinya sendiri. Dia tidak akan membiarkan semua itu mengganggu hidupnya. Dia nekad akan mencorakkan kehidupannya sendiri walaupun dirinya itu berstatus isteri yang digantung tidak bertali.

65

Bukan Isteri Sempurna

Bab 7
UASANA di kelab dangdut itu cukup membingitkan telinga dengan suara-suara sumbang lelaki separuh abad menyanyi. Datuk Zainudin sedang duduk sambil menikmati air minuman bersama-sama rakannya yang lain. Di sisi mereka terdapat beberapa orang gadis muda yang menemani. Datuk Zainudin sendiri ditemani oleh seorang gadis muda. Wajahnya yang cantik dan penampilannya yang seksi menyebabkan Datuk Zainudin lupa diri. Semenjak dia mula berjinak-jinak dengan kelab dangdut, dia sudah mula ketagihan. Datuk Zainudin kemudian bangun daripada duduknya. Dia melingkarkan tangannya di pinggang gadis muda itu. Sayang, jom kita nyanyi. Saran Datuk Zainudin apabila salah seorang rakannya selesai menyanyi. sengaja Zara hanya tersenyum manja. Liuk-lentok tubuhnya dibuat-buat untuk menarik perhatian Datuk

66

Tulip Ungu

Zainudin. Kalau tidak kerana poket Datuk Zainudin yang dipenuhi dengan duit, tidak ingin dia melayan kerenah lelaki tua itu. Dia lebih suka kalau kliennya terdiri daripada lelakilelaki muda yang kaya. Tetapi semenjak Datuk Zainudin menjadi pengunjung setia di situ, dia lebih kerap diminta untuk melayan Datuk Zainudin. Dia tidak merungut malah, melihat peluang itu sebagai lubuk emas kepadanya. Dia bukannya bodoh untuk melepaskan semua itu. Datuk Zainudin menjeling nakal ke arah Zara. Cara Zara berpakaian dan berjalan membuatkan hati lelakinya cair. Walaupun Zara lebih muda, hampir sebaya dengan anakanaknya tapi dia tidak kisah. Sejak kebelakangan ini dia juga sudah jarang mengambil tahu tentang urusan perniagaannya. Masanya banyak dihabiskan bersama Zara. Urusan perniagaan diserahkan bulat-bulat kepada Daniel Arman. Walaupun anak lelakinya itu bukan anak kesayangannya namun, Daniel Arman telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Untuk itu, dia bersyukur kerana segala urusan perniagaannya dilaksanakan oleh Daniel Arman seorang. Datuk Zainudin juga sudah semakin alpa dengan tanggungjawabnya kepada Datin Rogayah. Segala perasaannya yang pernah hadir untuk Datin Rogayah dulu semakin terhakis hari demi hari. Jarang sekali dia mengambil berat akan isterinya itu. Apabila ditanya mengapa sering pulang lewat ke rumah, dia akan memberi alasan dia sibuk bekerja. Dia tahu, Datin Rogayah terlalu naif untuk menghidu perbuatannya itu. Apalah yang perempuan itu tahu kerana sepenuh masanya hanya dihabiskan di rumah. Menjadi suri rumah sepenuh masa. Kesempatan itulah digunakan untuk berseronok. Tentang Datin Rogayah, Datuk Zainudin tidak

67

Bukan Isteri Sempurna

terlalu risau. Dia tahu Datin Rogayah mempercayainya seratus peratus. Yang menjadi kebimbangannya ialah Daniel Arman. Pasti lambat-laun anak lelaki itu akan dapat menghidu perubahan tingkah lakunya. Tapi, Datuk Zainudin hanya membiarkan kebimbangannya itu berlalu. Kala itu yang ada di kepalanya cumalah keseronokan. Dia tidak mahu keseronokan yang baru dinikmati itu dicemari dengan pemikiran negatifnya. Biarlah dia mengecap semua keindahan itu dahulu sebelum dia berfikir untuk tindakan selanjutnya.

POKOK orkid dengan pelbagai warna itu tersusun cantik di tepi halaman banglo Datin Rogayah. Memang sudah menjadi kegemaran dan hobi Datin Rogayah menanam orkid. Sebahagian daripada benih orkidnya diperoleh dari luar negara. Sebahagian lagi dibeli dari nurseri berdekatan dengan kawasan tempat dia tinggal. Kadangkala Daniel Arman menghadiahkan anak bunga orkid kepadanya. Mengenangkan itu semua membuatkan Datin Rogayah tersenyum panjang. Daniel Arman adalah seorang anak yang peka terhadap minatnya pada bunga orkid. Daniel Arman jugalah penawar pada kekecewaannya terhadap Danish Arham. Sudah terlalu lama abang kembar kepada Daniel Arman itu melarikan diri. Dia sendiri tidak pasti bagaimana keadaan anak lelakinya yang satu itu. Setiap kali dia menelefon, kerap kali juga tidak berjawab. Bila dia menyuarakan kerisauannya kepada Datuk Zainudin, suaminya itu lebih suka mendiamkan diri. Seolah-olah menyimpan suatu rahsia daripadanya.

68

Tulip Ungu

Sedang Datin Rogayah leka membelek bunga-bunga orkidnya, kereta Daniel Arman masuk ke pekarangan banglo. Sejurus Daniel Arman keluar dari kereta, dia berjalan menuju ke arah Datin Rogayah. Tangan Datin Rogayah diraih lalu disalam dan dicium. Begitulah rutin Daniel Arman setiap kali pergi dan pulang dari kerja. Dia memang sentiasa taat dengan wanita separuh abad yang telah melahirkannya hampir tiga puluh tahun yang lalu. El ada belikan mummy benih orkid yang baru, kata Daniel Arman seraya duduk di bangku kayu yang terhias indah di sudut kanan halaman banglo. Bukan ke baru minggu lepas El belikan untuk mummy? Mummy pun tak tahu nak letak kat mana, dah penuh sangat halaman ni, kata Datin Rogayah. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Daniel Arman. Daddy dah balik? Daniel Arman mengubah topik perbualan mereka. Sejak dua bulan ni daddy asyik sibuk aje. El pun tahu perangai daddy, kan? Dia memang workaholic, jawab Datin Rogayah. Kerja pun kerja jugak, tapi jangan la sampai lupa family, luah Daniel Arman. El bukannya tak tahu perangai daddy. Dari dulu lagi dia memang macam tu. Dan ada call? soal Daniel Arman, beralih pula kepada perihal kembarnya, Danish Arham. Entah la, El. Mummy pun dah give up dengan Dan. Dia dah lupakan mummy agaknya. Harapkan dia call, entah bila dia nak call. Bila mummy call, tak berjawab pulak. Kadang-kadang mummy risau tentang Dan. Datin Rogayah

69

Bukan Isteri Sempurna

meluahkan rasa. Dia tidak dapat lari daripada berasa risau terhadap Danish Arham. Sejahat-jahat Danish Arham, kembar Daniel Arman itu masih lagi anaknya. Tak payah la mummy risau. Dan tu bukannya budak kecil lagi. Dia dah besar, dah pandai bawa diri. Lagipun El tahu, daddy selalu hantar duit kat dia tiap-tiap bulan, cerita Daniel Arman. Mummy pun rasa macam tu. Dan tu biasanya kalau dah habis duit baru dia pandai balik rumah. Mummy buat apa petang ni? Ada kuih special tak? El lapar la. Sekali lagi Daniel Arman mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak mahu Datin Rogayah terlalu memikirkan perihal Danish Arham. Mummy buat seafood pizza kegemaran El. Jom la kita masuk, makan kat dalam. Nanti mummy suruh Rosyanti hidangkan, ajak Datin Rogayah. You are the best mummy in the world, sebab tu El bertambah sayang dengan mummy, sambung Daniel Arman. Datin Rogayah tersenyum mendengar pujian Daniel Arman. Itu la, dah banyak kali mummy suruh kahwin cepat-cepat tapi El degil. Kalau kahwin sekarang, kan dah ada orang jaga El. Tak payah la berkepit aje dengan mummy. Lagipun El pun bukan semakin muda, umur pun dah meningkat. Mummy ni teringin juga nak main dengan cucu, bebel Datin Rogayah panjang lebar. Pasal tu... boleh tunggu la mummy. Lagipun El kena settle down dulu, baru boleh fikir pasal tu. Tukas Daniel Arman. Atau... El masih ingat pada Nina, masih rasa terikat

70

Tulip Ungu

dengan dia? Datin Rogayah memancing perhatian Daniel Arman untuk membicarakan hal kahwin. Benda tu dah lama berlalu, mummy. El pun malas nak ingat-ingat lagi. Daniel Arman beri alasan. Belum tiba masanya Datin Rogayah tahu tentang Nina yang kini telah menjadi pembantu peribadinya. Tentu keadaan akan bertambah rumit sekiranya keluarganya tahu tentang perkara itu. Daniel Arman berhasrat merahsiakan dahulu perkara tersebut. Dia hanya akan berterus terang apabila dia rasakan masanya sesuai untuk berbuat begitu.

71

Bukan Isteri Sempurna

Bab 8
UA bulan berlalu dan Nina sudah boleh membiasakan dirinya dengan tugas baharunya. Zachary juga banyak membantunya dalam menguruskan jadual hariannya. Nina merasakan dia lebih selesa untuk terus berurusan dengan Zachary berbanding Daniel Arman. Semenjak dia berada di situ juga, jarang ada komunikasi antara dirinya dengan Daniel Arman. Mereka hanya berkomunikasi apabila perlu sahaja. Selebihnya, masing-masing akan mendiamkan diri. Nina, masuk bilik saya. Suara Daniel Arman dari interkom menyapa Nina pada awal pagi itu. Nina mengeluh. Selama seminggu Daniel Arman tiada di pejabat kerana outstation kini, dia terpaksa berhadapan dengan lelaki itu lagi. Nina bingkas bangun. Dia melangkah lambatlambat menuju ke bilik Daniel Arman. Apabila pintu diketuk, Nina terus meloloskan dirinya masuk. Ya, Encik Arman. Nina menyapa dengan hormat.

72

Tulip Ungu

Dia akan berusaha untuk lebih bersikap profesional apabila berhadapan dengan Daniel Arman. Tolong semak schedule saya untuk esok. Nina bergegas keluar untuk mendapatkan diari aktiviti harian Daniel Arman. Macam mana dia boleh terlupa membawa diari itu tadi? Sebagai PA Daniel Arman, dia sepatutnya tidak melakukan kesilapan kecil seperti itu. Sejurus masuk kembali ke bilik Daniel Arman, dilihatnya lelaki itu tiada di mejanya. Nina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa? Ada kutu ke? Tiba-tiba Daniel Arman bersuara dari belakang sambil membawa secawan kopi. Errr... esok Encik Arman ada perjumpaan dengan Mr. Aaron, supplier untuk barang-barang baby. Nina gugup. Duduk, arah Daniel Arman sejurus dia duduk semula di kerusinya. Nina hanya menurut arahan Daniel Arman. Pukul berapa? soal Daniel Arman. Nina menyemak kembali diari di tangannya. Pukul tiga petang. Kat mana? soal Daniel Arman lagi. Dia mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah Nina. Kalut. Nina buka kembali diari di tangannya. Entah kenapa dia berasa berdebar-debar berhadapan dengan Daniel Arman begitu. Di Senses Restaurant, Hilton Hotel... jawabnya. Okey. Esok awak ikut saya, arah Daniel Arman. Okey, jawab Nina seraya menahan gugup. Nina bangun, dia ingin cepat-cepat beredar. Berada

73

Bukan Isteri Sempurna

berdua-duaan bersama Daniel Arman membuatkan dia rasa masa berlalu dengan lambat. Tolong tambah gula sikit. Kopi ni tawar, arah Daniel Arman sambil menghulur cawan kopi kepada Nina sebelum sempat Nina melangkah. Nina segera menyambut huluran Daniel Arman. And starting from tomorrow, youll be making my coffee. Is it okay with you? Tambah Daniel Arman lagi. Nina hanya mengangguk. Apabila mendengar arahan Daniel Arman, dia merasakan seperti lembu yang dicucuk hidung. Hanya mampu bersetuju atas setiap permintaan Daniel Arman. Daniel Arman tersenyum sejurus kelibat Nina menghilang di luar bilik.

SUASANA di Senses Restaurant kelihatan lengang kerana waktu makan tengah hari sudah pun berlalu. Daniel Arman duduk di kerusi berwarna hitam yang disusun rapi di sekeliling meja bulat yang dilitupi alas meja berwarna putih. Manakala Nina duduk bersebelahan dengannya. Mr. Aaron duduk berhadapan dengan mereka berdua. Matanya tertancap pada seraut wajah Nina semenjak Daniel Arman dan Nina tiba tadi. Nina yang perasan akan kelainan pada lirikan mata Mr. Aaron hanya memberikan senyuman manis. Dia memegang buku catatan untuk mencatat perbincangan itu. So, macam mana dengan perbincangan kita dulu? You setuju tak? soal Mr. Aaron dalam pelat Cinanya.

74

Tulip Ungu

Kalau you boleh bagi special price yang macam I minta dulu, I setuju, jawab Daniel Arman. Oh, pasal itu tak perlu risau. Syarikat I memang akan bagi special offer, janji you ambil barang dari kita punya syarikat. Mr. Aaron menjeling sekilas kepada Nina. Kalau macam tu, I setuju. Tapi terms and conditions kena sama macam dalam proposal you dulu. Kalau I tahu ada perubahan, the deals is off, ujar Daniel Arman dengan tegas. Kita tak akan buat macam tu. Business is business especially with a big company like yours. Mr. Aaron tersenyum. Apabila matanya dan Nina bertembung dia mengenyit mata kirinya kepada Nina. Nina yang sedari tadi perasan akan pandangan mata Mr. Aaron yang sukar untuk dia mengertikan maksudnya ternyata terkejut dengan perbuatan Mr. Aaron yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual itu. Nina bangun dan meminta diri untuk ke tandas. Dia tidak selesa apabila Mr. Aaron merenungnya begitu. Mr. Aaron mengekori lenggok Nina dengan pandangan nakal. Daniel Arman yang perasan akan perubahan tingkah laku Mr. Aaron turut berasa tidak selesa. Dia masih boleh bertoleransi apabila Mr. Aaron kerap mencuri pandang Nina tetapi apabila ternampak lelaki itu mengenyit mata dan mengekori pemergian Nina dengan pandangan nakal, dia hilang sabar. Shes married you know? kata Daniel Arman dalam nada suara yang cuba ditenangkan. Still in a good shape though, sahut Mr. Aaron dalam senyuman yang sukar untuk dimengertikan.

75

Bukan Isteri Sempurna

What do you mean? Daniel Arman memandang tepat ke anak mata Mr. Aaron. Rasa hormatnya kepada lelaki itu semakin terhakis. Her body just gave my heart a shake. I can imagine myself in bed with her. Sambung Mr. Aaron dalam ketawa. Mr. Aaron, you know what? I think our deal is off! Daniel Arman bangun seraya berlalu meninggalkan Mr. Aaron yang terpinga-pinga. Nina yang baru keluar dari tandas turut terpingapinga apabila tangannya terus diraih oleh Daniel Arman. Dia hanya menurut langkah laju Daniel Arman menuju ke kereta tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

DANIEL ARMAN mendiamkan diri sepanjang pemanduannya. Dia berwajah tegang semenjak meninggalkan Hotel Hilton. Nina pula tidak berani menegur. Itu merupakan kali kedua dia melihat wajah tegang Daniel Arman. Kali pertama ketika mereka mula-mula diijabkabulkan dulu. Ini kali kedua Daniel Arman memperlihatkan air muka sebegitu. Lain kali saya tak nak tengok awak pakai baju macam tu! kata Daniel Arman dengan tegas. Tumpuannya masih pada jalan raya. Nina angkat kening. Dia melihat semula pakaian yang dikenakan pada tubuhnya itu. Memang sedikit seksi berbanding hari-hari lain. Kemeja pendek separas pinggang berwarna putih dengan corak jalur hitam dan putih dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Tudungnya

76

Tulip Ungu

juga berwarna hitam, manakala lengan kemeja dilipat sehingga mendedahkan sebahagian lengan dan dibutang di tepi. Memang penampilannya sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Bentuk tubuhnya sedikit terserlah dengan pakaian yang dikenakan pada hari itu. Biasanya blaus atau kemeja yang dikenakan melebihi paras punggung. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Daniel Arman tadi sebagai seksi. Apa maksud Encik Arman? Nina minta kepastian. Suka sangat ke tayang body kat orang macam tu? balas Daniel Arman. Suaranya sinis berbaur cemburu. Tayang body? soal Nina mohon kepastian. Seingat dia pagi tadi Daniel Arman tidak pula mempersoalkan hal berkaitan pakaiannya. Kenapa baru sekarang pula isu itu dibangkitkan? Yelah. Pakai seksi macam tu, sampai orang fikir nak buat macam-macam dengan awak, sambung Daniel Arman dengan wajah yang masih tegang. Seksi? Macam ni pun seksi? Setahu saya Cik Azzura punya baju lagi seksi, lagi menjolok mata. Kalau diikutkan pakaian saya ni takde la seksi sangat. Yang Encik Arman nak persoalkan sangat pasal cara saya berpakaian ni kenapa pulak? bidas Nina. Daniel Arman tidak berhak menasihatinya kerana pakaian Azzura lebih seksi jika dibandingkan dengan dirinya tapi, Daniel Arman kelihatan okey dengan semua itu. Kenapa bila tiba pada dirinya, Daniel Arman perlu mengungkit? Yes! But you are my wife and shes not! balas Daniel Arman. Nina terdiam. Hujah Daniel Arman itu memang tidak dapat disangkal.

77

Bukan Isteri Sempurna

Awak suka la kalau orang fikir yang bukan-bukan pada awak? Fikir nak buat macam-macam dengan awak sampai fikir nak bawa awak tidur sekali? soal Daniel Arman dengan sinis. Apa orang nak fikir, itu hak diorang. Saya tak boleh nak halang. Ikut suka hati diorang la nak fikir apa, saya tak kisah, balas Nina. Bosan dengan sikap Daniel Arman yang terlalu mengongkong. Jadi, awak suka la? soal Daniel Arman seraya memberhentikan kereta di sisi jalan. Kenapa berhenti kat sini? tanya Nina. Soalan Daniel Arman dibiarkan berlalu. So, awak tak kisah la kalau saya pun fikir buruk tentang awak, kan? Awak tahu tak, bukan Mr. Aaron aje fikir nak buat macam-macam dengan awak. Saya pun terfikir jugak benda-benda macam tu, sindir Daniel Arman. Dia memandang tepat wajah Nina. Apa maksud Encik Arman? Nina cuak apabila mata Daniel Arman merenung tepat ke matanya. Well... awak tak kisah, kan apa yang orang fikir? Jadi saya rasa, saya nak bawa awak balik malam ni. Daniel Arman merenung tajam setiap inci tubuh Nina. Jangan merepek! Bawa saya balik office. Nina bersuara tegas. Dadanya sudah mula berombak. Pandangan mata Daniel Arman membuatkan hatinya kecut. Tidak mungkin Daniel Arman juga seperti lelaki-lelaki lain, yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dirinya. Kenapa? Takut? Saya nikan suami awak, saya berhak. Lagipun awak tak kisah, kan? Apa yang orang fikir tentang awak, awak tak ambil peduli, kan? Kalau orang nak bermalam dengan awak pun, awak tak kisah... kan? Kalau

78

Tulip Ungu

dengan orang lain awak tak kisah, takkan dengan suami sendiri awak nak kisah pulak? Daniel Arman masih merenung tajam wajah Nina. Dada Nina yang pada mulanya berombak perlahan kini semakin kuat. Nina menekup wajahnya dengan tangan. Esakannya sudah tidak mampu dia sembunyikan lagi. Dia menangis. Kenapa Daniel Arman harus melayan dirinya begitu? Kenapa Daniel Arman sanggup menghinanya? Bawa saya balik, pinta Nina dalam sendu yang ditahan-tahan. Wajahnya ditundukkan. No, Im taking you home! balas Daniel Arman. Dia masih belum berpuas hati. Tolong la jangan hina saya macam ni... rayu Nina. Awak tak kisah, kan? Saya lelaki! Awak pun tahu apa yang saya perlukan, terutamanya bila tengok awak berpakaian macam ni. Awak faham maksud saya, kan? soal Daniel Arman bernada sinis. Kenapa Encik Arman layan saya macam ni? Apa Encik Arman nak sebenarnya? Kali ini Nina merendahkan nada suaranya. Daniel Arman seolah-olah nekad dengan tindakannya. Nina, saya tak berniat buruk. Saya cuma nak awak ambil serius apa yang saya cakapkan tadi. Awak tak boleh cakap awak tak kisah dengan apa yang orang fikir. Kalau awak tak kisah nak pertahankan maruah sendiri, siapa yang akan pertahankan maruah awak? Saya tak suka tengok orang pandang awak dengan pandangan serong. Walaupun hubungan kita ada jurang yang luas terpisah tapi, saya tak suka bila orang cakap bukan-bukan tentang awak. Youre still my wife, masih di bawah tanggungjawab saya, luah Daniel Arman.

79

Bukan Isteri Sempurna

Maafkan saya. Kata Nina. Hanya itu yang mampu terluah di bibirnya. Dia tidak pernah menyangka Daniel Arman cuma sekadar mahu menakut-nakutkannya. Mengharapkan dirinya lebih sensitif dengan perkara itu dan tidak memandang remeh kata-kata yang terluah daripada mulut Daniel Arman. Untuk seketika dia rasa terharu. Terharu kerana Daniel Arman begitu mengambil berat akan hal dirinya. Daniel Arman tidak betah apabila ada lelaki lain yang memandang rendah maruahnya.

IM sorry. Daniel Arman memandang tepat wajah Nina sejurus berhenti di hadapan rumah sewa Nina. Saya tak berniat nak hina awak, saya cuma nak awak fikirkan kata-kata saya. Nina tidak menjawab, kesedihannya masih bersisa. Walaupun Daniel Arman berniat baik tetapi, jauh di sudut hatinya turut terkesan dengan cara Daniel Arman menyedarkan dirinya. Dia melangkah lemah menuju ke pintu pagar. Sejurus membuka pintu, Nina terus masuk ke dalam rumah. Memang ada benarnya kata-kata Daniel Arman itu. Memang salah dirinya kerana tidak sensitif dengan isu yang dibangkitkan tadi. Nina mengeluh. Entah kenapa dia merasakan Daniel Arman terlalu mengambil berat akan dirinya, overprotected terhadap dirinya. Dia bimbang sekiranya Daniel Arman berterusan melayannya begitu, dia mungkin akan jatuh hati pada lelaki itu. Sedangkan Daniel Arman sudah pun punyai pilihan hatinya sendiri.

80

Tulip Ungu

Dia juga sedar ikatan yang terjalin antara mereka hanyalah sekadar perjanjian di atas kertas. Antara mereka tidak pernah wujud perasaan cinta. Bagaimana kalau dia sendiri jatuh cinta kepada lelaki itu? Sedangkan lelaki itu sudah pun menemui cinta hatinya, gadis yang memiliki segala-galanya yang melebihi apa yang Nina sendiri miliki. Dia tidak mahu terluka. Cukuplah luka yang ditoreh dalam oleh Danish Arham. Dia hanya mahu menjaga hatinya sendiri. Melindungi hatinya daripada disakiti oleh sesiapa pun kerana hanya itu sahaja yang dia benar-benar miliki.

81

Bukan Isteri Sempurna

Bab 9
AIL yang berselerak di atas mejanya disusun di satu sudut. Selesai menfailkan kesemua dokumen syarikat tadi, Nina kembali ke dalam bilik Daniel Arman. Dia akan menyusun semula fail yang telah diambil mengikut kategori untuk memudahkan Daniel Arman mencari semula apabila diperlukan. Menurut makluman yang diperoleh daripada Sofea tadi, Daniel Arman sudah pun keluar minum pagi semasa Nina sendiri keluar minum. Nina rasakan itulah masa yang paling sesuai untuk dia masuk ke dalam bilik Daniel Arman memandangkan lelaki itu tiada kerana dia tidak mahu bertembung dengan Daniel Arman. Sejurus menyusun fail-fail tebal di tangannya, Nina bawa ke bilik Daniel Arman. Tiba di bilik itu, Nina terperanjat kerana ada sesusuk tubuh yang sedang bersantai di atas kerusi secara membelakanginya. Dari belakang dia pasti, Daniel Arman tidak jadi keluar minum pagi itu. Nina meneruskan kerja-kerjanya tanpa bertangguh.

82

Tulip Ungu

Terlanjur Daniel Arman berada di situ, Nina berhasrat untuk meminta lelaki itu menandatangani beberapa keping cek yang dipesan oleh bahagian akaun kepadanya. Selesai mengemas fail, Nina kembali ke luar. Dia tahu Daniel Arman memerhatikan dirinya selepas menyedari dia masuk untuk menyusun fail tadi tapi, Nina tidak mahu bertentang mata dengan Daniel Arman. Nina membawa beberapa keping cek ke meja Daniel Arman. Dia memilih untuk memandang cek di tangannya berbanding berbalas pandang dengan Daniel Arman. Encik Arman, ini cek dari bahagian akaun. Cik Latifah minta Encik Arman tolong tandatangan. Nina bersuara tanpa memandang Daniel Arman. Nina meletak cek di atas meja apabila dirasakan Daniel Arman masih merenung tepat wajahnya. Kalau dah siap sign nanti Encik Arman intercom aje saya. Nanti saya datang ambil. Nina berkira-kira untuk berpusing dan kembali ke mejanya. Belum pun sempat Nina berbuat demikian, pergelangan tangannya disambar dengan kasar. Apabila terlihat cincin dan gelang berwarna perak tersarung kemas di tangan itu Nina terus mengangkat mukanya. Well, well, well... my sister-in-law rupa-rupanya. Sejak bila pula kerja satu office dengan suami ni? Nina terperanjat! Darahnya berderau melihat wajah Danish Arham. Memang sekilas pandang, Danish Arham dan Daniel Arman kelihatan seperti orang yang sama. Mereka sangat serupa cuma yang membezakan antara keduanya ialah perwatakan mereka. Nina merentap tangannya daripada pegangan Danish Arham.

83

Bukan Isteri Sempurna

Wow! Dah pandai melawan. Ada progress, kata Danish Arham dengan sinis. Kaki Nina terpaku di atas lantai. Danish Arham bangun daripada duduknya, mendekati Nina. Sekarang dah makin cantik berbanding dulu. Mata Danish Arham melirik ke seluruh tubuh Nina. Nina masih terpaku berdiri. Perasaannya berbaur. Gementar, takut dan terkejut. Tak sangka, you jadi adik ipar I, kata Danish Arham, masih bernada sinis. Nina cuba mengumpul kekuatan untuk lari daripada Danish Arham. Pantas dia melangkah untuk keluar dari bilik namun, belum sempat kakinya melangkah Danish Arham sudah pun menangkap kembali tangannya. Nina cuba menarik tetapi cengkaman Danish Arham terasa kuat dan kejap. You nak ke mana? I belum habis lagi ni, ujar Danish Arham. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Terpacul Daniel Arman dengan riak terkejut pada wajahnya. Dan, buat apa kat sini? soal Daniel Arman dengan tenang walaupun terkejut dengan kehadiran Danish Arham di dalam biliknya. Wajah Danish Arham ditenung tajam. Hands off her. Shes my wife now, arah Daniel Arman apabila dia nampak Danish Arham memegang kejap tangan Nina. Waktu itu wajah pucat Nina dijamah matanya. Ops... I forgot, kata Danish Arham dengan sinis. You buat apa kat sini? soal Daniel Arman sekali lagi.

84

Tulip Ungu

I came to see you. Takkan tak boleh? jawab Danish Arham. Matanya masih menatap wajah Nina yang tunduk membisu. After five years you went missing, sekarang you cakap datang sekadar nak jumpa I? Soalan dibalas dengan soalan. Kali ini nada Daniel Arman turut kedengaran sinis. Well, actually nak tengok perkembangan syarikat aje. Tak sangka pula jumpa dengan adik ipar kat sini. Danish Arham senyum. Senyuman yang menyembunyikan makna tersirat. Shes my wife now. Kalau you takde benda penting kat sini, you can leave now, before I call security, balas Daniel Arman. I wonder... kata Danish Arham, tidak mempedulikan amaran Daniel Arman. Dia berdeham sekali. Daniel Arman fokus kepada Danish Arham sementara Nina masih tunduk memandang lantai. Mengelak daripada bertentang mata dengan Danish Arham. Agak-agaknya Cik Nina ni boleh tak bezakan antara you dengan I, hah? soal Danish Arham. Daniel Arman hanya mendengar. Tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-kata Danish Arham. Memandangkan wajah kita tak jauh beza, agakagaknya masa bersama dengan you, pernah tak dia terbayangkan I? soal Danish Arham dalam ketawa. You better go now. Tenang Daniel Arman meminta Danish Arham beredar apabila menyedari Danish Arham cuba untuk bermain dengan perasaan Nina. Nina menahan segala perasaan yang memukul

85

Bukan Isteri Sempurna

hatinya. Tangisnya ditahan. Terasa sakit hatinya dengan katakata Danish Arham. Hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu. Daniel Arman belum pernah menyentuhnya sebagai isteri. Satu perkara yang Danish Arham tidak mungkin akan faham. Tidak mungkin Daniel Arman seperti Danish Arham! She must have been very good in bed, sambung Danish Arham sambil memandang ke arah Nina. Turun naik dada Nina menahan air matanya daripada tumpah. Tidak tahu kenapa Danish Arham perlu mengheret isu bilik tidur ke dalam perbalahan kecil mereka. Hakikatnya dia yang menjadi mangsa. Leave before I call security! Kali ini tutur Daniel Arman kedengaran tegas. Just admit it. Shes good, isnt she? Considering that she got her first lesson from me! ujar Danish Arham dalam ketawa sinisnya. Air mata Nina sudah tidak dapat dibendung lagi. Dalam sendu yang ditahan-tahan, air matanya menitis. Danish Arham memang tidak pernah menghormati dia sebagai seorang wanita. Kata-katanya tadi merupakan satu penghinaan kepada Nina. Namun, Nina tidak berdaya menyanggah kata-kata Danish Arham. Dia lemah apabila berhadapan dengan lelaki itu. Apatah lagi lelaki itu yang telah meragut kesucian dirinya dulu. Daniel Arman hilang sabar dengan kata-kata Danish Arham. Dia tidak senang apabila melihat air mata Nina. Dalam hatinya ada belas kepada Nina. Pantas Daniel Arman menghampiri Danish Arham. Leher baju Danish Arham dicekak dan diheret ke pintu. Easy man, I can find my own way. Danish Arham menepis tangan Daniel Arman.

86

Tulip Ungu

She is my leftover, you deserve a better woman! sambung Danish Arham seraya berlalu pergi. Air mata Nina mengalir dengan laju. Kata-kata Danish Arham merupakan satu penghinaan terhadap dirinya. Memang dia bekas orang, sisa yang ditinggalkan tetapi dia tidak berhak dihina begitu. Dihina seolah-olah apa yang telah berlaku itu berpunca daripadanya. Dihina seolah-olah dia tidak layak untuk mana-mana lelaki kerana dia hanyalah sisa. Sisa Danish Arham! Im sorry. Kata Daniel Arman, kesal dengan katakata Danish Arham sebentar tadi. Hes right. Im just his leftover. Nina berlalu dengan air mata yang membasahi pipinya. Memang benar kata Danish Arham. Daniel Arman berhak mendapat wanita yang lebih baik daripadanya. Dia tidak layak untuk Daniel Arman malah, tidak layak untuk mana-mana lelaki pun. Dia bukan isteri sempurna dan tidak mungkin akan menjadi isteri yang sempurna.

87

Bukan Isteri Sempurna

Bab 10
UASANA di food court DZMS Mall bising dengan suara warga pekerja yang sedang rehat tengah hari. Waktu begitu merupakan peak hour. Kebanyakan pekerja pasar raya itu mengambil kesempatan waktu rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan sembahyang zuhur. Daniel Arman duduk termenung di kerusi sambil menunggu Zachary. Ingatannya teraih pada peristiwa kedatangan Danish Arham ke pejabatnya beberapa hari lalu. Memang dia geram. Geram dengan sikap Danish Arham yang memperlekehkan maruah Nina. Wanita itu walaupun pernah dinodai oleh abang kembarnya itu namun, bagi Daniel Arman, semua itu tidak penting. Kesempurnaan baginya tidak hanya terletak pada fizikal seseorang tetapi pada hati. Daniel Arman menghela nafas berat. Sungguh, dia kesal dengan apa yang telah Danish Arham lakukan kepada Nina dahulu. Walaupun Nina tidak sesempurna gadis-gadis lain namun, dalam hatinya terdetik satu rasa. Rasa yang istimewa pada gadis itu. Namun, untuk dia meluahkan rasa itu... dia rasa masanya belum tiba lagi.

88

Tulip Ungu

Daniel Arman melurut rambutnya yang jatuh ke dahi. Teringat kembali kata-kata hinaan Danish Arham kepada Nina. Kalau diikutkan kata hatinya, dia tidak betah melihat Nina dihina begitu namun, sebagai seorang yang berfikiran waras, dia tidak mudah melatah. Bukan caranya melawan kekerasan dengan kekerasan. Danish Arham walaupun lahir dahulu sebelumnya namun, perwatakan abang kembarnya itu jauh kurang matang berbanding dirinya. Berhadapan dengan sikap Danish Arham yang begitu membuatkan dia berfikir jauh. Apa mimpi you ajak makan kat sini pulak? Selalunya cari restoran, soal Zachary yang muncul tibatiba. Lamunan Daniel Arman terus menghilang. Nina ada bagitau apa-apa tak? soal Daniel Arman tanpa menjawab soalan Zachary terlebih dahulu. Bagitau apa? Zachary pelik. Dia duduk di hadapan Daniel Arman sejurus memberi pesanan di kaunter tadi. Dia tak masuk kerja hari ni. Kut la dia ada bagitau you, jawab Daniel Arman. Teringatkan peristiwa Nina diganggu hari itu menyebabkan dia runsing. Mungkinkah Nina masih terganggu dengan peristiwa hari itu? Diakan PA you? Takkan dia tak bagitau you kalau nak cuti, balas Zachary lagi. Hairan pula dia apabila Daniel Arman mengemukakan persoalan begitu. Entah, dia tak cakap apa-apa pula. Daniel Arman meneguk fresh orangenya dalam menungan jauh. You bos dia, takkan dia tak bagitau apa-apa? Zachary menyoal, pelik. Dia ada emergency agaknya. Daniel Arman

89

Bukan Isteri Sempurna

mencipta alasan sendiri. Walhal tadi dia sendiri yang bertanya. Bimbang juga kalau Zachary curiga dengan soalannya tadi. Mungkin kut. Zachary mula menyuap makanan selepas dihantar oleh salah seorang pekerja di lot kedai. Kedudukan mereka sebagai orang tertinggi dalam pentadbiran syarikat menyebabkan mereka mendapat layanan istimewa daripada semua pekerja. I ingat hujung minggu ni, I nak ajak dia tengok wayang la. Zachary tiba-tiba bersuara selepas suasana sunyi seketika. Dia? soal Daniel Arman sambil mengangkat keningnya. Nina, jawab Zachary, pendek. Daniel Arman tidak beriak. Berpura-pura tenang sedangkan hatinya bergelodak mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut Zachary. Dia tukan isteri orang... sahut Daniel Arman. Bekas isteri orang. Suami diakan dah meninggal. You dah lupa? Zachary mengingatkan. Sengaja dia menekankan ayat bekas isteri orang itu. You tak kisah ke? soal Daniel Arman, sengaja mahu menguji sejauh mana Zachary serius ingin mendekati Nina. Ada rasa cemburu yang bertamu. She seems to be so nice and naive, I like that kind of woman. What past is past. Buat apa nak ungkit lagi perkara lama? Kalau macam tu, I nak join you. I bawak Azzura, balas Daniel Arman tiba-tiba. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa terganggu apabila

90

Tulip Ungu

Zachary menyatakan hasrat mahu membawa Nina keluar. Sejujurnya dia tidak rela membiarkan perkara itu berlaku. Lantaran itu dia membawa nama Azzura dalam perbincangan mereka. Walhal dalam hatinya tiada niat untuk dia membawa Azzura sekali. Tapi apabila difikirkan semula, seelok-eloknya Azzura turut menyertai mereka. Dengan cara itu, Zachary tidak akan curiga dengan niatnya. I belum tanya Nina lagi. Selalunya kalau I ajak, dia payah nak terima. Kadang-kadang I tengok dia tu macam sembunyikan sesuatu aje dari I. Bila I nak dekat, dia semakin menjauh. Macam yang I cakap dulu. Dia tu jinak-jinak merpati. Zachary merenung jauh ke depan. Mungkin dia masih ingat pada suami dia kut? duga Daniel Arman. Dah lima tahun tu... takkan masih bersedih kut? Dia kena move on. Tak perlu pandang ke belakang lagi. Ujar Zachary. Confirmkan dengan I kalau jadi plan you tu. I want to tag along. Daniel Arman mengalih topik. Dia tidak senang hati apabila Zachary merancang hendak membawa Nina keluar. Ada rasa cemburu bertamu apabila membayangkan Nina dan Zachary duduk bersebelahan di dalam panggung wayang yang gelap.

WEEKEND ni ada plan? soal Daniel Arman apabila Nina sudah duduk di kerusi di hadapannya. Nina hanya mengangguk. I nak ajak you pergi jumpa buyer, dalih Daniel

91

Bukan Isteri Sempurna

Arman. Sengaja dia mahu mengorek rahsia daripada Nina tentang perancangan Zachary. Tak boleh, saya dah janji dengan kawan. Nina beri alasan. Dia sudah berjanji dengan Zachary. Kalau tidak kerana lelaki itu mengungkit tentang budinya, sudah pasti Nina menolak mentah-mentah permintaan Zachary untuk keluar menonton wayang. Janji dengan siapa? soal Daniel Arman. Wajah Nina ditenung. Nina jarang sekali mahu menentang matanya. Sering kali melarikan anak mata apabila bertentang dengannya. Kawan, jawab Nina sepatah. Seboleh-bolehnya dia belum mahu berterus terang dengan Daniel Arman. Lelaki ke perempuan? soal Daniel Arman lagi. Nina diam seketika. Lelaki, jawab Nina lambat-lambat. Wajahnya ditunduk ke bawah. Serba salah dia menjawab pertanyaan Daniel Arman itu. Dah minta izin suami? soal Daniel Arman kembali, sengaja dia mahu menguji Nina. Nina senyap tidak bersuara. Apa jua perkataan yang bakal keluar daripada mulutnya pasti tidak akan membantu dirinya ketika itu. Bukan dia tidak tahu hukum tapi desakan demi desakan Zachary merimaskannya. Kalau tidak diturut, sampai ke mati Zachary mengungkit akan hal itu. Berdosa isteri keluar rumah tanpa minta izin suami. Dan bertambah berdosa kalau keluar berdua-duaan dengan lelaki lain, sambung Daniel Arman. Dia sembunyi senyum. Dia tahu Nina tidak mampu melawan hujahnya kerana dia benar. Nina masih lagi isterinya.

92

Tulip Ungu

Saya keluar dengan Zachary, beritahu Nina. Berharap apabila nama Zachary dibawa ke perbincangan itu, Daniel Arman akan berlembut hati. Saya tak izinkan. Tapi saya dah janji dengan dia. Nina angkat muka, memohon Daniel Arman memberi kebenaran untuk dia membalas budi Zachary. Selepas itu, semua hutang dia akan selesai. Tidak perlu lagi dia melayani permintaan Zachary. Kalau nak pergi jugak, petang ni kena stay back. Teman saya siapkan voucher-voucher ni. Daniel Arman juihkan mulut ke arah susunan voucher di atas mejanya. Saya cuma nak balas budi dia tolong saya. Nina mengendurkan suaranya. Tidak mahu Daniel Arman memandang serong niat baiknya itu. Kalau macam tu, petang ni awak kena balas budi saya pulak. Saya pun banyak berbudi pada awak, boleh? Soal Daniel Arman dalam senyum nakal. Nina hanya mengangguk. Apalah daya jika dia mahu menolak. Daniel Arman ketuanya. Janji dia kepada Zachary juga tidak boleh dibatalkan. Apa sahaja syarat Daniel Arman, dia terima.

NINA mengetuk pintu bilik Daniel Arman. Walaupun semua pekerja telah pulang ke rumah hampir dua jam yang lalu namun, Nina masih menitikberatkan etika bekerja selama dia masih berada di pejabat. Masuk. masuk. Daniel Arman mengarahkan Nina

93

Bukan Isteri Sempurna

Nina melangkah masuk. Duduk, temankan saya, arah Daniel Arman. Nina duduk di sofa. Dia ingatkan Daniel Arman memanggilnya untuk membantu apa yang patut. Bukan kat situ. Sini, depan saya. Daniel Arman menunjukkan kerusi di hadapannya. Nina bangun semula. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Daniel Arman. Nina diam membatu di hadapan Daniel Arman sementara Daniel Arman masih menyiapkan kerja-kerjanya yang tidak sempat dia siapkan siang tadi. Voucher di atas meja diambil satu per satu lalu ditandatangan. Kemudian Daniel Arman mengerling jam di tangan seraya berdiri. Boleh sembahyang? soal Daniel Arman tiba-tiba. Saya cuti, jawab Nina lambat-lambat. Saya pergi surau kejap, nak solat maghrib. Saya ikut. Cepat-cepat Nina bangun mengekori Daniel Arman. Kata cuti? Daniel Arman memusingkan kembali badannya. Memandang Nina. Saya takut duduk sorang-sorang kat sini, jawab Nina dengan jujur. Daniel Arman meleret senyum sebaris sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak sangka Nina yang sudah hampir mencecah usia dua puluh sembilan tahun ini masih takut. Come, ajak Daniel Arman. Nina membuntuti dari belakang. Dia berjalan

94

Tulip Ungu

hampir dengan Daniel Arman. Kuat haruman lelaki itu menusuk ke hidungnya. Sekali-sekala Nina menjeling ke arah kawasan yang gelap. Meremang bulu romanya. Dia memang penakut, tambahan pula dengan kawasan pasar raya yang besar ini. Saya masuk sekali, pinta Nina apabila Daniel Arman menguak pintu surau. Ikut suka awak la. Daniel Arman tersenyum. Memang Nina penakut, desis hatinya. Nina hanya memerhatikan Daniel Arman mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dia terharu. Pasti Daniel Arman akan menjadi suami yang baik kepada sesiapa pun. Daniel Arman memang memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sikapnya yang sederhana, melindungi dan bertanggungjawab pasti memikat hati mana-mana wanita. Malah, dia sendiri turut merasakan perasaan itu. Cuma dia bukan wanita sempurna untuk Daniel Arman. Awak nak pergi mana? tanya Nina selepas dilihatnya Daniel Arman tidak menuju ke biliknya sejurus keluar dari surau. Tandas. Kenapa? Awak nak ikut masuk juga? Soalnya dalam senyuman nakal. Saya tunggu depan pintu, awak jangan lama sangat. Daniel Arman tersenyum sebaris. Terasa kelakar dengan tingkah Nina. Kalau sebelum ini, Nina lebih banyak mendiamkan diri tapi malam itu Ninalah yang paling banyak bercakap.

95

Bukan Isteri Sempurna

JAM di tangan dikerling sekilas. Waktu sudah melepasi jam sebelas malam. Daniel Arman menoleh ke arah sofa yang diduduki oleh Nina. Dilihatnya Nina sudah pun terlena menunggunya. Daniel Arman tersenyum. Dia bangun, berjalan perlahan menghampiri Nina yang sedang tidur. Wajah lembut Nina ditenung lama. Nina bukanlah wanita tercantik yang pernah dia temui, tetapi Nina ada kelebihannya yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan Azzura, Azzura jauh lebih menawan. Dengan gaya seksi dan berwajah pan-Asia. Tetapi, itu semua tidak menarik minat Daniel Arman. Dia hanya mencari wanita sederhana, yang boleh membahagiakannya, yang boleh menggetarkan hati lelakinya. Wanita seperti Nina, yang menjadi idaman untuk dijadikan suri hidupnya sehingga ke akhir hayat. Daniel Arman menunduk sedikit. Perlahan tangannya menyentuh bahu Nina yang terlena dalam keadaan duduk. Jom. Lembut Daniel Arman menuturkan kata-kata. Nina menggosok-gosok matanya. Jam di dinding bilik Daniel Arman dijeling sekilas. Dah lama ke saya tertidur? Sejam lebih, jawab Daniel Arman. Terasa bersalah meminta Nina menunggunya hingga lewat malam. Nina mengeluh perlahan. Kenapa? soal Daniel Arman. Dah lewat sangat ni, jawab Nina bernada risau. Dia tidak berani memandu pada waktu lewat begitu. Saya hantar awak balik. Putus Daniel Arman. Faham dengan kerisauan yang dialami oleh Nina. Nina hanya mengangguk. Dia memang tidak boleh

96

Tulip Ungu

memandu tanpa teman lewat malam begitu. Dia risau. Atau dengan lebih tepat lagi, dia takut sebenarnya. Nina melangkah lemah mengikut Daniel Arman dari belakang. Matanya masih mengantuk. Badannya juga sudah letih kerana sepanjang hari terpaksa berada di pejabat.

NINA terjaga apabila terasa bahunya disentuh lembut. Dia kembali membuka mata apabila Daniel Arman sudah pun berdiri di sebelah pintunya. Dah sampai, beritahu Daniel Arman seraya berlalu ke pintu rumah. Nina keluar dari kereta. Dia kembali menggosok mata apabila di hadapannya kini, bukanlah rumah semi-D miliknya tetapi, tersergam indah sebuah banglo dua tingkat dengan landskap yang luas. Kat mana ni? soal Nina dengan riak pelik jelas terlukis di wajahnya. Kat rumah saya. Masuk dulu, arah Daniel Arman seraya masuk ke dalam banglo. Nina melihat sekeliling. Gelap. Dia cepat-cepat membuntuti Daniel Arman ke dalam banglo. Kenapa tak hantar kat rumah saya? soal Nina lagi. Masa di pejabat tadi, Daniel Arman ada mengatakan ingin menghantar dia ke rumahnya. Dah lewat sangat ni, lagipun awak dah tertidur... jawab Daniel Arman sambil melangkah menaiki anak-anak tangga untuk ke tingkat dua.

97

Bukan Isteri Sempurna

Sekarang macam mana? tanya Nina lagi, hilang sudah rasa mengantuknya tadi. Tidur sini aje. Esok ambil off day. Saya tak boleh tidur sini, bantah Nina. Kenapa? Daniel Arman berhenti melangkah dan berpaling semula menghadap Nina. Tak elok la macam ni Encik Arman, kalau jiranjiran nampak. Apa yang tak eloknya? Takut kena tangkap basah? Daniel Arman merenung Nina dari tangga. Saya tak biasa. Takut, jawab Nina dengan jujur. Dia tunduk memandang lantai. Memang benar dia takut. Takut pada tanggapan jiran-jiran. Takut ditangkap basah walhal mereka sudah pun ada ikatan perkahwinan. Takut akan rasa malu sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Dan yang paling dia takut, Daniel Arman. Walaupun dia percaya Daniel Arman tidak mungkin akan melakukan perkara tidak elok kepadanya, tetapi dia tetap takut berduaduaan dengan lelaki itu walhal lelaki itu ialah suami dia sendiri. Pecah ketawa Daniel Arman mendengar pengakuan Nina. Dia tidak jadi melangkah naik. Sebaliknya dia melangkah turun lalu menghampiri Nina. Takut apa? Takut kena tangkap basah? Atau.... takut dengan saya? soal Daniel Arman romantis di telinga Nina. Dia melirik pandangan nakal apabila Nina memandang matanya. Sengaja memancing rasa takut Nina. Suka dia mengusik Nina begitu. Jantung Nina mula berdegup kencang. Daniel Arman berdiri betul-betul di hadapannya kini. Dia tidak berani mengangkat wajahnya.

98

Tulip Ungu

Saya balik sendiri. Nina nekad, dia tidak berani bermalam di rumah Daniel Arman. Dia memusingkan badan lalu melangkah ke pintu. Dah lewat ni, awak nak balik dengan apa? Rumah awak bukannya dekat area sini. Daniel Arman bersuara. Tangan Nina ditarik lembut supaya tidak melangkah pergi. Encik Arman jangan la takutkan saya macam ni, rayu Nina. Dadanya sudah mula berombak kecil. Pernah ke saya buat benda tak elok kat awak? Kalau ikutkan, banyak peluang yang saya ada. Saya bukan jenis macam tu. Saya tak mungkin ambil kesempatan di luar kerelaan awak. Daniel Arman mengendurkan suaranya. Dia cuma berniat menakut-nakutkan Nina sahaja tadi. Awak boleh tidur bilik tetamu yang itu, kata Daniel Arman sambil menuding ke arah bilik bersebelahan biliknya di tingkat dua. Tapi saya tak bawa baju. Pakai baju saya, sekejap lagi saya hantar. Pergi la masuk bilik dulu. Berehat. Baju Encik Arman? soal Nina, pelik. T-shirt and track bottom. Jawab Daniel Arman seraya berlalu. Nina garu kepalanya yang tidak gatal. Pakai baju Daniel Arman? Biar betul. Saiz badannya dengan Daniel Arman jauh berbeza. Badan lelaki itu tegap dan besar sedangkan dia hanya bertubuh sederhana. Nina mengekori Daniel Arman dari belakang. Daniel Arman menuju ke biliknya sementara Nina menuju ke bilik tetamu bersebelahan bilik Daniel Arman.

99

Bukan Isteri Sempurna

NINA pantas membuka pintu bilik apabila terdengar ketukan dari luar. Baju Daniel Arman yang tersarung di tubuhnya memang besar. Malah, track bottom yang dipakainya juga longgar di pinggang. Mujur ada tali jerut yang membolehkan dia mengetatkan untuk disesuaikan dengan saiz pinggangnya. Jom turun makan, saya dah beli sarapan, kata Daniel Arman sejurus pintu dibuka. Dia melihat t-shirt dan seluar track yang tersarung di tubuh Nina. Daniel Arman tersenyum. Nanti saya belikan baju lain. Takpe la, Encik Arman. Saya pakai baju semalam aje kalau Encik Arman nak hantar saya balik nanti, sahut Nina cepat-cepat. Dia tidak betah berlama-lama di situ. Okey. Daniel Arman tersenyum manis. Betul kata Zachary. Nina jinak-jinak merpati. Nampak jinak tapi bila dekat, dia akan lari. Begitulah juga dengan hubungan dia dan Nina. Walaupun hakikatnya mereka dekat tapi sebenarnya mereka jauh di antara satu sama lain. Nina seolah-olah cuba membina jurang pemisah antara mereka. Panggilan Nina kepadanya masih formal walaupun tidak berada di pejabat. Daniel Arman termenung jauh. Nina yang dikenalinya sekarang memang berbeza dengan Nina yang dikahwininya dulu. Wanita itu kini lebih suka membawa haluannya sendiri. Encik Arman... boleh turun sekarang? Soal Nina apabila dilihatnya Daniel Arman masih berdiri tegak di hadapan pintu. Terasa janggal pula berkeadaan begitu bersama Daniel Arman. Jom turun.

100

No. ISBN:- 978-967-0448-41-1 Jumlah muka surat:- 600 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20 Sinopsis:Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka. Daniel Arman: Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar. Danish Arham : Daniel Arman tak mampu nak jaga you. Nina : Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun! Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan BUKAN ISTERI SEMPURNA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337

Anda mungkin juga menyukai

  • Mungkinkah?
    Mungkinkah?
    Dokumen97 halaman
    Mungkinkah?
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (5)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Dokumen126 halaman
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Guy Next Door
    Guy Next Door
    Dokumen84 halaman
    Guy Next Door
    Penerbitan Kaki Novel
    95% (21)
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Dokumen139 halaman
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Menantu Vs Mentua 1-10
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Dokumen52 halaman
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Dokumen38 halaman
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Actually
    Actually
    Dokumen62 halaman
    Actually
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Dokumen64 halaman
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Penunggu
    Penunggu
    Dokumen111 halaman
    Penunggu
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Miss XL
    Miss XL
    Dokumen110 halaman
    Miss XL
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • TKC
    TKC
    Dokumen85 halaman
    TKC
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 1-10
    Jurnal 1-10
    Dokumen30 halaman
    Jurnal 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • L&M 1-10
    L&M 1-10
    Dokumen32 halaman
    L&M 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Tomboy
    Tomboy
    Dokumen165 halaman
    Tomboy
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • 3 BLN 1-10
    3 BLN 1-10
    Dokumen34 halaman
    3 BLN 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • DYAP
    DYAP
    Dokumen66 halaman
    DYAP
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • CMM
    CMM
    Dokumen114 halaman
    CMM
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)