Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Kem Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

PROGRAM PECUTAN AKHIR


*Disediakan untuk kegunaan umum

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Program Pecutan Akhir

PENGENALAN PROGRAM|

Adalah sudah menjadi rutin tahunan bagi pelajar-pelajar peperiksaan utama di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, membuat persiapan akhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ia merupakan agenda yang telah disusun oleh pihak kerajaan khususnya kementerian dan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam pelajaran melalui mekanisme peperiksaan sekaligus membantu untuk meningkatkan pencapaian sehingga ke saat akhir sesi pembelajaran dipelbagai peringkat. Usaha murni pendidik di sekolah ini kadangkala mememerlukan sedikit suntikan dari tenaga luar agar pelajar mendapat sedikit maklumat yang lebih luas serta keluar dari kebiasaan yang mereka terima di sekolah. Ia bukanlah bermakna, kita menolak peranan guru-guru di sekolah, tetapi ia lebih kepada alternatif dan bantuan untuk menambah lebih baik usaha-usaha yang pastinya telah didahului oleh guru-guru di sekolah. Program Pecutan Akhir merupakan sebuah modul yang dibangunkan oleh IQ Class Management untuk membantu meringankan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah. Elemen yang diterapkan lebih kepada persiapan mental, emosi dan kerohanian. Ia merupakan rangkuman sesi ceramah yang menggunakan pendekatan interaktif agar peserta melaluinya dengan gembira, bermaklumat serta meninggalkan kesan di dalam hati dan pemikiran mereka dalam usaha membuat persiapan peperiksaan yang bakal mereka hadapi akan datang.

MATLAMAT PROGRAM|

Meningkatkan keyakinan diri peserta untuk menghadapi peperiksaan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi peperiksaan dengan positif dan berkesan.

OBJEKTIF PROGRAM| Selepas tamat program ini peserta akan dapat;

BUTIRAN PROGRAM| Untuk perlaksaanaan program ini;

1. Memahami kepentingan dan keperluan peperiksaan di dalam sistem pendidikan di Malaysia; 2. Menangani tekanan peperiksaan dengan berkesan; 3. Merencana persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa yang semakin singkat serta; 4. Membuat persiapan mental, emosi dan rohani bagi menghadapi hari peperiksaan nanti. 1. Tempat pelaksanaan program adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur dan IQ Class Management; 2. Tarikh pelaksanaan program juga adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur dan IQ Class Management; 3. Jangka masa pelaksanaan program adalah selama 3 hari 2 malam bermula jam 3.00 petang hari pertama sehingga 3.00 petang hari ketiga. Ia boleh dilaksana pada mana-mana hari dalam seminggu tertakluk kepada perbincangan antara pihak penganjur dan IQ Class Management; 4. Bentuk aktiviti dalam program adalah ceramah interaktif 30%, permainan 20%, perbincangan kumpulan 30% dan aktiviti bermodul 20%; 5. Sasaran penyertaan program adalah dari kalangan pelajar tahun 6, tingkatan 3, 5 dan 6 atas atau calon-calon UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Program Pecutan Akhir

KOS PELAKSANAAN PROGRAM|

Satu sebutharga akan dikeluarkan berdasarkan permintaan penganjur. Sila hubungi pihak kami ditalian 03-3289 1080 atau pegawai kami ditalian 019-316 1738 (Encik Johari) atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com. Kami akan menawarkan harga yang amat berpatutan.

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM|

Butiran program yang akan berlangsung adalah seperti berikut; 1. Jadual program sila rujuk lampiran A di muka surat 3. 2. Isi kandungan program sila rujuk lampiran B di muka surat 4 - 5. 3. Ketua pembimbing program sila rujuk lampiran C di muka surat 6.

PENUTUP|

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan peserta yang menyertai program ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada Program Pecutan Akhir, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan keyakinan peserta untuk menghadapi peperiksaan disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat dibanggakan. Semoga dengan berjayanya program ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Program Pecutan Akhir

LAMPIRAN A| Jadual Program Pecutan Akhir


HARI MASA HARI PERTAMA 4.00 pagi 4.30 pagi 6.00 pagi 6.30 pagi 7.30 pagi 10.00 pagi 8.30 pagi

HARI KEDUA

HARI KETIGA Bangun dan bersiap diri Solat Subuh berjemaah Senaman pagi Sarapan pagi* dan bersiap diri Sesi 5 Solat Sunat Dhuha dan minum pagi* Majlis Perasmian Penutup Makan tengahari* dan solat Zohor berjemaah Bersalaman, berkemas dan bersurai Qiamullail

12.45 tengahari 2.15 petang 4.15 petang 5.30 petang 6.30 petang 7.30 malam 8.00 malam 8.45 malam 10.45 malam 11.15 malam 9.15 malam

11.15 pagi

Bangun dan bersiap diri Solat Subuh berjemaah Tazkirah Subuh Sarapan pagi* dan bersiap diri Sesi 1 Solat Sunat Dhuha dan minum pagi* Makan tengahari* dan solat Zohor berjemaah Minum petang* dan solat Asar berjemaah Makan malam* dan bersiap diri Solat Maghrib berjemaah Solat Isyak berjemaah Minum malam* Bersiap diri dan tidur Sesi 4 Tazkirah Maghrib Riadah petang Sesi 3 Sesi 2

*Disediakan oleh pihak penganjur.

Peserta mula mendaftar dan taklimat penginapan Minum petang* dan solat Asar berjemaah Sesi Taklimat dan Pengenalan Makan malam* dan bersiap diri Solat Maghrib berjemaah Solat Sunat Hajat dan bacaan Yaasin Solat Isyak berjemaah Sesi Pemecah Bendungan Minum malam* Bersiap diri dan tidur

Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Pakaian 1.1. Pakaian formal (t-shirt berkolar dibenarkan) 1.2. Pakaian solat 1.3. Pakaian sukan 2. 3. 4. 5. Peralatan mandi Surah Yaasin Alat tulis Buku nota

Program Pecutan Akhir

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Program Pecutan Akhir

1. Sesi Taklimat dan Pengenalan 1.1. Pendekatan : Ceramah 1.2. Jangkamasa : 60 minit sahaja 1.3. Objektif sesi : 1.3.1. Untuk memperkenalkan pengendali program; 1.3.2. Untuk menerapkan budaya 4S dan TILIK; 1.3.3. Untuk memperjelaskan peraturan dan larangan sepanjang program serta; 1.3.4. Untuk menetapkan halatuju umum menyertai program. 1.4.

2. Sesi Pemecah Bendungan 2.1. Pendekatan : Permainan bermodul dan perbincangan kumpulan 2.2. Jangkamasa : 90 minit sahaja 2.3. Objektif sesi : 2.3.1. Untuk memecahkan dinding antara peserta; 2.3.2. Untuk saling mengenali antara satu sama lain; 2.3.3. Untuk membentukkan kumpulan serta; 2.3.4. Untuk menggalakkan komunikasi yang aktif diantara peserta dengan peserta dan peserta dengan fasilitator (selepas ini dikenali sebagai fasi). 2.4.

Aktiviti sesi 1.4.1. Peserta dikumpulkan di dewan. 1.4.2. Ketua Jurulatih (selepas ini dikenali sebagai KJ) memulakan sesi dengan istighfar, tazkirah dan pembentangan slaid yang disediakan. 1.4.3. Aktiviti di akhiri dengan pengumpulan barang-barang berharga dan larangan untuk disimpan atau dirampas demi menjaga keselamatan peserta.

3. Sesi 2: Pelajar dan Peperiksaan 3.1. Pendekatan: Latihan Dalam Kumpulan dan perbincangan 3.2. Jangkamasa: 90 minit 3.3. Objektif sesi: 3.3.1. Untuk memperbaiki pemahaman mengenai apa itu peperiksaan; 3.3.2. Untuk menanamkan pemikiran positif bagi menghadapi peperiksaan serta; 3.3.3. Untuk menjelaskan kepentingan peperiksaan kepada seorang pelajar. 3.4. Aktiviti sesi 3.4.1. Peserta akan berkumpulan di dewan. 3.4.2. Sesi dimulakan dengan nyanyian lagu tema.

Aktiviti sesi 2.4.1. Peserta dikumpulkan di dewan. 2.4.2. Fasi memulakan aktiviti dengan meperkenalkan lagu tema program. 2.4.3. Fasi memberikan arahan aktiviti dan peserta dikehendaki melaksana perintah yang diberikan. 2.4.4. Aktiviti berakhir dengan perbincangan di dalam kumpulan dengan tugasan yang diberikan fasi mereka.

Program Pecutan Akhir

4. Sesi 3: Matlamat Kejayaan 4.1. Pendekatan : Permainan Mencari Harta Karun 4.2. Jangkamasa : 120 minit sahaja 4.3. Objektif sesi : 4.3.1. Untuk menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kejayaan; 4.3.2. Untuk menggambarkan bahawa kejayaan tidak datang tanpa usaha; 4.3.3. Untuk memberikan pengajaran bahawa, usaha yang gigih menghasilkan kejayaan serta; 4.3.4. Untuk memberi peringatan bahawa kejayaan adalah milik Allah, DIA yang memilih siapa yang hendak DIA berikan kejayaan. 4.4.

3.4.3. Peserta berada di dalam kumpulan bersama fasilitator untuk menjalankan beberapa permainan dan perbincangan.

5. Sesi 4: Pecutan Akhir Peperiksaan 5.1. Pendekatan : Permainan bermodul dan ceramah 5.2. Jangkamasa : 90 minit sahaja 5.3. Objektif sesi : 5.3.1. Untuk menjelaskan mengapa perlu membuat pecutan; 5.3.2. Untuk mempelajari bagaimana untuk membuat pecutan serta; 5.3.3. Untuk menilai persiapan diri menjelang peperiksaan. 5.4.

Aktiviti sesi 4.4.1. Peserta berkumpul di dewan. 4.4.2. Peserta akan diberikan taklimat oleh fasi mengenai perjalanan pencarian harta karun. 4.4.3. Kemenangan ditentukan berdasarkan masa yang terpantas.

6. Sesi 5: Menangani Tekanan Peperiksaan 6.1. Pendekatan: Ceramah dan permainan 6.2. Jangkamasa: 90 minit sahaja 6.3. Objektif sesi: 6.3.1. Untuk mengetahui apakah makna tekanan peperiksaan; 6.3.2. Untuk memahami peranan tekanan dalam pencapaian diri serta; 6.3.3. Untuk mempelajari teknik mengurangkan tekanan yang berlebihan. 6.4.

Aktiviti sesi 5.4.1. Peserta akan berkumpul di dewan. 5.4.2. Aktiviti dimulakan dengan permainan secara umum di dewan mengikut kumpulan. 5.4.3. Permainan diakhiri dengan kesimpulan yang disampaikan oleh Fasi. 5.4.4. KJ menyambung aktiviti dengan ceramah pendek untuk lebih menjelaskan tentang pecutan.

Aktiviti sesi 6.4.1. Peserta berkumpulan di dewan. 6.4.2. Peserta mengikut beberapa pergerakan untuk mengurangkan tekanan. 6.4.3. KJ menjelaskan perbincangan mengenai tekanan dengan paparan slaid.

Program Pecutan Akhir

LAMPIRAN C| Ketua Pembimbing Program Pecutan Akhir


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana kem ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).

Anda mungkin juga menyukai