Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah menjalankan pogram Bina Insan Guru pada 27 Mac 2012 hingga 30 Mac 2012 iaitu selama 4 hari 3 malam di Pangkor Rimba Kem, Perak. Kem ini melibatkan tiga kelas iaitu T1PC, T1MU1 dan T1MU2. Kem ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam. Tumpuan akan diberi terhadap aktiviti mendirikan dan menguruskan perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik, latihan dalam kumpulan, kembara dan aktiviti di air, tazkirah/aktiviti moral, persembahan kumpulan dan refleksi melalui program- program yang di atur.

Anda mungkin juga menyukai