Anda di halaman 1dari 1

Dasawarsa ini, Kewujudan kafe siber seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Walaupun banyak kebaikan, banyak pihak, tertumanya golongan remaja telah pun menyalahgunakan perkidmatan ini. Penyalahgunaan siber adalah satu perlakuan di mana pengguna menggunakan internet dan perkhidmatan yang disediakan untuk tujuan salah atau membuat jahat. Kewujudan penyalahgunaan kafe siber dengan kegiatan perjudian haram di beberapa kafe siber begitu mengecewakan semua pihak terutimanya ibu bapa anak yang menjadi mangsanya. Sebaliknya, kafe siber banyak kebaikan - Membantu para pelajar mendapatkan maklumat, Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet di rumah Persoalannya, apakah sebab penyalahgunaan kafe siber?

golongan muda dilihat menjadi mangsa yang mudah untuk terbabit dalam perjudian di dalam kafe siber oleh sebab terikut dengan ajakan rakan sebaya sekali gus terjebak dalam perjudian tanpa disedari. Selain itu, Sebaik saja berdepan dengan komputer, pengunjung siber kafe bebas menonton apa saja termasuk video lucah atau melayari pelbagai bahan yang mereka gemari melalui Internet tanpa sekatan. Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan kita mengenai apa yang berlaku di dalamnya. Kalau diterlerusi daripada aspek yang lain, Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja oleh sebab mereka mempunyai perasaan yang ingin tahu. Kegiatan perjudian mencabar ajaran agama yang jelas mengharamkan judi.

Bagi mengelak pembabitan kanak-kanak terlalu muda, kerajaan perlu Tidak membenarkan remaja di bawah umur masuk ke pusat-pusatpermainan video Kini banyak kafe siber tiada had umur dikenakan kepada pelanggannya. bagi mengatasi gejala kurang sihat yang mungkin berlaku di kafe siber yang banyak muncul sekarang, kafe siber juga harus diletakkan di tempat terbuka.

Kesimpulannya, kafe siber membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama mendatangkan keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan kafe siber ini. Semua pihak harus bagai aur dengan tebing dan mengorak langkah untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku di dalam kafe siber. Ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi bagi memudahkan negara mencapai Wawasan 2020.