Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

KERTAS KERJA FIESTA FUTSAL SKSS 2013


ANJURAN : GURU INTERNSHIP SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2010, INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR TARIKH : 9 JULAI 2013 TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

1.0

PENGENALAN SKSS 2013 diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak

Fiesta Futsal

Program Internship PISMP JAN 2010. Pertandingan yang julung kalinya diadakan pada tahun ini diharap dapat menjalin hububgan yang baik di antara murid murid serta sebagai satu contoh untuk menjalani gaya hidup yang sihat serta secara tidak langsung mendukung hasrat kerajaan dalam program 1 Murid 1 Sukan". Perlaksanaan program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada penganjur iaitu pelajar-pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) dalam merancang dan menganjurkan program-program sukan sebagai bekalan sebagai guru baru kelak. Seramai 6 orang pelajar Internship PISMP JAN 2010 akan bertindak sebagai penganjur program ini dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Setar. Mesyuarat AJK kerja pertandingan telah mencadangkan untuk mengadakan pertandingan ini pada 9 Julai 2013 (Selasa, 4:00 petang 6:00 petang).

2.0

TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk memohon pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang mempertimbang dan meluluskan cadangan bagi menjayakan Fiesta Futsal SKSS 2013 peringkat sekolah.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Menjadikan aktiviti permainan futsal sebagai pertandingan tahunan peringkat dalaman 3.2 3.3 Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan. Melatih pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan program-program pertandingan sukan. 3.4 3.5 3.6 Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid murid Mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan bolasepak Mengetengahkan dan memperkenalkan sukan futsal dengan lebih dekat kepada murid murid SKSS.

4.0

PENGELOLAAN 4.1 TARIKH 9 Julai 2013 (Selasa) 4.2 MASA 4:00 petang 6:30 petang 4.3 TEMPAT Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Setar 4.4 KUMPULAN SASARAN Muird murid SKSS 4.5 ANJURAN PISMP Januari 2010 ( Pelajar INTERNSHIP SKSS )

5.0

AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampran 1

6.0

PERATURAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 4

8.0

ATURCARA PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 5

9.0

FORMAT PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 6

10.0

SYOR

Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang adalah dimohon mempertimbangkan dan meluluskan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengelolaan Fiesta Futsal SKSS 2013 peringkat sekolah anjuran Pelajar Internship SKSS PISMP Jan 2010.

Disediakan oleh,

................................................................ ( MUHMMAD MUIZZUDIN BIN ABDUL MUTALEP ) Setiausaha, Fiesta Futsal SKSS, Pelajar Internship Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Disemak oleh,

........................................ ( SITI SALASIAH BINTI YAHYA ) Mentor (Matematik) Pelajar Internship PISMP Jan 2010, Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Disahkan oleh,

........................................... ( HUDZAIRI BIN ABDUL GHANI, PJK ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA INDUK FIESTA FUTSAL SKSS 2013

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari

: : : : :

En. Hudzairi bin Abdul Ghani, PJK (Guru Besar) En. Rosli bin Ahmad (PKKK) En. Muhammad Muizzudin bin Abdul Mutalep En. Muhamad Hafiz bin Zainun Cik Nur Aini binti Ruslan

AHLI JAWATANKUASA KERJA FIESTA FUTSAL SKSS 2013

Pengerusi Naib Pengerusi Peralatan Pertandingan

: : : :

En. Muhammad Muizzudin bin Abdul Mutalep En. Muhamad Hafiz bin Zainun En. Muhammad Faizi bin Ahmad En. Mohd Ikhwan Afiq bin Ahmad Cik Norhayat binti Asri Cik Nur Aini binti Ruslan

Hadiah dan Tajaan : Laporan dan Dokumentasi :

LAMPIRAN 2
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP JAN 2010

1.0

UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 3)

2.0

PERATURAN KEJOHANAN

2.1

PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Fiesta Futsal SKSS 2013

2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar Internship PISMP semester 8 SKSS sebagai pengadil jemputan dan mempunyai pengalaman dalam bidang pengadilan.

2.2

TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 9HB JULAI 2013 bertempat di Gelanggang Bola Jaring SK Sungai Setar. 2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan pada 9HB JULAI 2013 iaitu sebelum pertandingan dijalankan. 2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian sekirannya tiadanya wakil.

2.3

FORMAT KEJOHANAN 2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya. 2.3.2 8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan. 2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan secara liga di setiap kumpulan(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan diperingkat kumpulan) 2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. 2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan.3 mata akan diberikan sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah. 2.3.6 Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu a) Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang. b) Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati(3 pemain sahaja) 2.3.7 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

2.4

KATEGORI PERTANDINGAN 2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua murid murid SK Sungai Setar 2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan.

2.5

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang pemain dan sekurang-kurangnya 1 atau 2 pemain simpanan. 2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja. 2.5.3 Setiap pasukan tidak akan dikenakan yuran penyertaan 2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai kejohonan futsal ini. 2.5.5 Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan

penyertaan pasukan tersebut. 2.5.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan. 3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 3.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0. 3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan. 3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja di benarkan bermain. 3.7 3.10 Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan

yang dibuat adalah muktamad.

LAMPIRAN 3
LAMPIRAN A (UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA)

1. Memulakan Permainan Permainan dimulakan dengan melambung duit siling.Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri.

2. Bola Masuk / Bola Keluar Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan tersebut.

3. Jaringan Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol. 4. Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:

a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu: a. Permainan yang bahaya b. Menghalang dengan sengaja c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya. f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya. g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat. h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil. d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.

7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja.

8. Peraturan Buang Padang a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan. b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu. c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan. d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.

9. Tendangan Bebas a. Jenis : Tendangan bebas terus. b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

10. Tendangan Penalti a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti. c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain.

11. Tendangan ke dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

12. Membebaskan Kawasan Gol a. Dilakukan menggantikan tendangan gol b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan.

13. Tendangan Sudut a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut. d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat. e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.

14. Tendangan Penalti a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan.

15.Tiada permintaan time out atau offside.

16.Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlansung.

17.Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.

18.Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.

LAMPIRAN 4
ANGGARAN PERBELANJAAN 1) HADIAH / CENDERAMATA Hamper Johan Naib johan Ketiga Keempat RM 10.00 x 1 unit RM 10.00 x 1 unit RM 10.00 x 1 unit RM 10.00 x 1 unit RM 1.00 x 12 unit RM 1.00 x 12 unit RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 12.00 RM 12.00 RM 64.00

Pingat Piala JUMLAH

ANGGARAN PENDAPATAN Tajaan Guru Pelatih: Pingat dan piala RM 70.00 RM 70.00

JUMLAH

LAMPIRAN 5
ATURCARA PROGRAM Tempat Tarikh : Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Setar : 9 Julai 2013 (Selasa)

3:30 petang 4:00 petang 4:00 petang 4:15 petang 4:15 petang 4:30 petang 4:30 petang 4:45 petang 4:45 petang 5:00 petang 5:00 petang 5:15 petang 5:15 petang 5:30 petang 5.30 petang 5:45 petang 6:000 petang

: : : : : : : : : : : : : : : : :

Pendaftaran/Taklimat Pasukan A vs Pasukan B Pasukan E vs Pasukan F Pasukan C vs Pasukan D Pasukan G vs Pasukan H Pasukan A vs Pasukan C Pasukan E vs Pasukan G Pasukan B vs Pasukan D Pasukan F vs Pasukan H Pasukan C vs Pasukan B Pasukan G vs Pasukan H Pasukan D vs Pasukan A Pasukan H vs Pasukan E Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Akhir Bersurai

FORMAT JADUAL PERTANDINGAN FIESTA FUTSAL SKSS

LAMPIRAN 6

Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan 2

Kumpulan 1 A B C D

Kumpulan 2 E F G H

A vs B C vs D A vs C B vs D C vs B D vs A

E vs F G vs H E vs G F vs H G vs F H vs E

Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 1

Pasukan A B C D

Jumlah Mata

Giliran 1 3 5 7 9 11

Masa 4:00-4:15 4:15-4:30 4:30-4:.45 4:45-5:00 5:00-5:15 5:15-5:30

Perlawanan A vs B C vs D A vs C B vs D C vs B D vs A

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 2

Pasukan E F G H

Jumlah Mata

Giliran 2 4 6 8 10 12

Masa 4:00-4:15 4:15-4:30 4:30-4:.45 4:45-5:00 5:00-5:15 5:15-5:30

Perlawanan E vs F G vs H E vs G F vs H G vs H H vs E

JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KALAH MATI Separuh akhir Johan Kumpulan 1 N/Johan Kumpulan 2 ( JOHAN ) N/Johan Kumpulan 1 Johan Kumpulan 2 Akhir

Giliran 13 14 15

Masa 5:30-5:45 5:30-5:45 5:45

Perlawanan Separuh akhir 1 Separuh akhir 2 Akhir

Anda mungkin juga menyukai