Anda di halaman 1dari 47

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Penyampai: Hj. Rekkeman bin Kusut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

KONSEP TEKNOLOGI
Perkataan TEKNOLOGI berasal daripada bahasa Yunani techne yang bermaksud kemahiran

the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks. Galbraith (1967) . kemahiran mengunakan yang sistematik sehingga membentuk satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.

the scientific knowledge and/or equipment that is needed for a particular industry. Oxford Dictionary . pengetahuan sains dan/atau peralatan yang diperlukan oleh sesuatu industri.

the practical application of science to commerce or industry. http://www.elook.org aplikasi sains yang praktikal untuk perniagaan atau industri

the discipline dealing with the art or science of applying scientific knowledge to practical problems. http://www.elook.org disiplin yang berkait dengan seni atau sains untuk mengaplikasikan pengetahuan saintifik bagi menyelesaikan masalah yang praktikal.

teknologi itu adalah; bagaimana kita menggunakan alat untuk sesuatu keperluan . Penggunaannya bukan saja dari sudut sains tetapi juga seni, seperti papan tulis yang digunakan hingga membakitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah teknologi

Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenalpasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang mengalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.

Ramsden, 1993; Trigwel, Prosser & Lyons, 1997

KONSEP PENDIDIKAN
Pendidikan atau pengajaran adalah proses yang memerlukan guru dan pelajar bekerja bersama. Usaha yang ditumpukan dalam kerjasama ini dijuruskan ke arah satu tujuan, iaitu membantu pelajar belajar.

Konsep pendidikan yang dikemukakan adalah untuk melahirkan pembelajaran yang berkualiti. Apa yang menjadi intipati konsep ini ialah untuk meluaskan pandangan yang sempit dan terbatas. Ini hanya tercapai jika insan terdorong mencari makna, memahami dan melihat realiti yang sebenarnya.

Maksud teknologi pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Secara umumnya, teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran. Contoh; penghasilan bahan visual pada 1930an seperti filem, gambar, slaid, dan realia giat diadakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

ISTILAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN


alat pandang dengar alat bantu mengajar media pengajaran teknologi pengajaran dan pembelajaran sumber pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar (guru) bahan bantu belajar (murid)

DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN


TP adalah gabungan manusia, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan yang baik kepada proses pendidikan. Crowell (1971) Encyclopedia of Education

TP ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan kaedah-kaedah dan penguasaan persekitaran yang berkaitan dengan pembelajaran. Unwin Derek (1976) Appliying Educational Technology

TP ialah penggunaan ilmu dan penemuan sains dalam bidang pendidikan secara yang berkesan. Atan Long (1976)

Proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik, dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
(Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia 1988)

Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan, dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pmbelajaran yang berkesan.
Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, 1991.

AECT(Association for Educational Communication and Technology,1979): Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea,peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.

Rumusan:
TP ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti perlu diambilkira dalam perancangan setiap mata pelajaran. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran sesuai bagi kaedah terus pengajaran dalam bentuk individu atau kumpulan.

Kaedah bilik darjah yang kurang memberangsangkan daripada luar bilik darjah boleh diatasi dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Pembelajaran murid lebih berkesan sekiranya guru dapat merancang pengalaman dan persekitaran murid dengan menggunakan kaedah teknologi pendidikan.

Kebolehan, keperluan dan minat murid adalah berbeza. Untuk perubahan tingkahlaku seperti menggunakan modul dalam pengajaran merupakan satu kaedah teknologi pendidikan. Perancangan pengajaran yang lebih bersistematik dibuat dengan menggunakan pendekatan sistem, merupakan satu cabang teknologi pendidikan.

MODEL KOMUNIKASI
maklumat balas

pengantar

enkod

dekod

penerima

deria media gangguan

MEDIA KOMUNIKASI

Media:
Apa juga alat atau perkakas yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat diantara manusia dalam apa jua cara, bentuk dan bila-bila masa.

Media Massa
Alat penghantar atau perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya kepada orang ramai dengan cepat dalam masa yang singkat dan cara meluas.

Media Pendidikan
Alat atau bahan yang terdapat dipersekitaran pelajar digunakan dalam proses perkembangan tingkahlaku yang terdiri daripada bahan perkakasan (hardware) dan bahan isian (software).

Pengkelasan Media
Media bukan elektronik: Seperti buku, papan tulis, gambar, benda semulajadi, foto dan sebagainya yang tidak bermesin dan elektronik. Media elektronik: Bahan-bahan elektronik seperti radio, pita rakaman, televisyen, projektor, komputer dan sebagainya.

Fungsi Media Dalam Pengajaran


Membuat pengajaran lebih tersusun Memperkayakan pengalaman Memberi maklumat Pengajaran lebih berindividu Pembelajaran menjadi lebih mudah Penyebaran pendidikan lebih luas Pembelajaran lebih seronok

Sumber Pembelajaran
Tempat terkumpulnya ilmu pengetahuan atau bahan untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan.

Sumber Pengajaran
Tempat terkumpulnya bahan-bahan dan peralatan untuk membantu penyampai untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan ilmu pengetahuan.

Bahan Visual Tayang


Filem Bergerak Lutsinar (OHP) Slaid/ Slaid Sinkro Filem Jalur/ Filem Jalur Berbunyi

Bahan Visual Bukan Tayang Dua Dimensi


Buku Majalah Risalah Gambarajah Ilustrasi Guntingan Kad Carta Poster Peta Graf Bahan dari alat pendua

Glob Peta Timbul Model Keratan Rentas Artifek Diorama Realia Akuarium Spesimen Boneka

Bahan Visual Bukan Tayang Tiga Dimensi

PENGGUNAAN GRAFIK DALAM PENGAJARAN


Definisi: Grafik berasal dari perkataan Greek graphikos yang bererti lukisan. Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang memberi satu atau lebih keterangan visual. Grafik adalah lukisan sains dan mekanikal yang penting sebagai alat pandang dengar.

Kesimpulan
Grafik adalah kombinasi gambargambar, lambang-lambang, simbolsimbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran, yang menjadi satu media pengajaran yang memberikan konsep dan idea daripada guru kepada murid dalam situasi pengajaran.

Klasifikasi Grafik
Grafik boleh dibagikan kepada: Geraf Gambarajah Carta Poster Kartun Peta/gelob

Geraf
Geraf ialah suatu rajah atau jenis visual untuk mengemukakan data bagi membuat perbandingan atau persamaan, merupakan sumber maklumat yang ringkas. Jenis-jenis geraf:
Geraf Geraf Geraf Geraf Geraf gambar palang bulat garisan bayang

Gambarajah
Gambarajah iaitu visual shorthand untuk menyampaikan penerangan, merupakan bahan dalam bentuk lukisan yang menggunakan garisan kasar (outline). Jenis gambarajah:
Gambarajah teknikal Gambarajah proses

Carta
Carta ialah susunan sistematik yang mengadungi gambar, huruf, angka, rangkaikata dan lukisan. Dibuat di atas kad besar untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran. Jenis carta:
Carta Carta Carta Carta Carta Carta Carta pusingan organisasi bersiri (flip) pokok/aliran masa daftar ringkasan

Poster
Mula digunakan pada 1867. Poster ialah kombinasi pandangan corak yang menarik dan dapat menyampaikan mesej dengan sekali imbas sahaja. Mempunyai ciri-ciri simbolik, mempunyai tujuan dan satu idea dengan menggunakan cogan kata yang pendek dan bernas.

Jenis poster: Poster saiz kecil Poster saiz besar Poster berwarna Poster hitam-putih

Kartun/komik
Kartun ialah lukisan yang menggunakan unsur-unsur simbolik bagi orang, idea dan situasi untuk mempengaruhi fikiran ramai secara lucu. Komik ialah cerita bergambar yang bersiri dalam bentuk lukisan kartun. Kartun dan komik yang sesuai boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peta/gelob
Peta dan gelob ialah kategori grafik yang menggunakan simbol, lambang, perkataan, lukisan dan juga menggunakan garisan sebagai melambangkan keadaan atau kedudukan bumi yang sebenar. Peta menggunakan skil dan simbol-simbol tertentu bagi menunjukkan unsur muka bumi. Gelob merupakan model tiga demensi berskil mengenai permukaan bumi.

Jenis-jenis peta
Peta Peta Peta Peta Peta Peta Peta Peta Peta Peta pemerintah sejarah tumbuhan fizikal taburan hujan taburan penduduk perhubungan suhu bahasa statistik

Penggunaan dan kebaikan grafik


Sesuai mengikut tahap, kelas dan pencapaian murid, contoh; graf, gambarajah dan carta. Dapat menerangkan sesuatu idea yang abstrak, contoh; gambarajah. Dapat melatih murid/pelajar menggunakannya dalam kehidupan seharian. Dapat merumuskan isi pelajaran dan menerangkan data-data penting dalam satu media ringkas, contoh; carta.

Sebagai replika dan asas perbandingan di antara sesuatu kawasan atau tempat tertentu, contoh; peta dan gelob. Mudah disediakan dengan perbelanjaan yang murah. Digunakan untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran melalui media yang menarik, contoh; kartun. Boleh dijadikan perhiasan kelas dan dapat digunakan oleh murid untuk mengulangkaji pelajaran. Dapat membantu sesuatu demonstrasi dengan lakaran grafik yang sesuai.

Sekian
Terima

kasih

Anda mungkin juga menyukai