Rakaman Video Klip Laporan Ringkas Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Saya telah memilih dan mengaplikasikan teori celik akal Gestalt dan teori penerimaan Ausubel dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Celik akal merupakan kebolehan seseorang mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan di dalamnya. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirakamkan itu, saya telah menjalankan satu eksperimen melalui permainan yang dijalankan. Dalam permainan itu, murid-murid dikehendaki mencari jalan penyelesaian untuk menghantar satu straw yang bertanda dari satu titik tolak ke titik akhir tanpa menggunakan cara seperti mencampak, menolak dan meniup. Banyak straw akan diletakkan di hadapan muridmurid untuk membolehkan murid-murid menggunakannya untuk mencari jalan penyelesaian masalah. Akhirnya, murid A telah mendapat idea secara tiba-tiba. Dia telah menyambungkan straw satu demi satu dan menjadi satu gabungan straw yang panjang dan berjaya menghantar straw yang bertanda itu dari satu titik tolak ke titik akhir. Melalui permainan ini, maka dapat dilihatkan bahawa pembelajaran celik akal ialah pengalaman AhHa. Menurut teori celik akal Gestalt, peristiwa mendapat idea secara tiba-tiba dikenali juga sebagai pengalaman AhHa yang merujuk kepada kedapatan ilham atau idea. Menurut pandangan Gestalt, apabila cimpanzi merenung persekitarannya, dia berjaya mengaitkan antara rangsangan (objek-objek) yang ada dalam sangkat tersebut. Sebagai contohnya, dalam eksperimena pertama, cimpanzi dapat melihat ketinggian sangkar dan ketinggian saiz kotak-kotak di dalam sangkarnya. Dalam eksperimen kedua pula ialah cimpanzi dapat mencongak jarak pisang dan kepanjangan dua batang buluh yang bersambung. Ini bermakna kejayaan melihat perkaitan ini menimbulkan konsep Ah-ha atau menimbulkan idea secara tibatiba. Idea secara tiba-tiba ini dapatlah dianalogi dengan mentol yang menyala dalam kepala. Manakala, dalam rakaman video tersebut, murid A mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah selepas dia dapat melihatkan perkaitan antara rangsangan yang ada dalam persekitaran, iaitu menggunakan straw yang diletakkan di persekitarannya. Murid A dapat melihat perkaitan antara straw serta kegunaannya.
Seterusnya, saya telah mengaplikasi teori penerimaan Ausubel dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah. Menurut Ausubel, bahan subjek yang dipelajari murid mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat murid. Advance Organizer (AO) atau penyusunan awal telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Untuk membolehkan pembelajaran bermakna berlaku, Ausubel menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang, bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara berperingkat-peringkat. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada AO. Tujuan penggunaan AO ialah memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari. Dalam video clip saya, saya telah mempersembahkan Advance Organizer kepada murid-murid dengan menggunakan persembahan powerpoint yang menjelaskan tentang gambar, definisi dan ciri-ciri segi empat sama dalam bentuk Graphic Organiser. Saya telah mempersembahkan powerpoint secara terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik dan lebih terperinci. Contohnya, saya telah mengajar tentang ciri-ciri segi empat sama dengan
memperkenalkan konsep sisi segi empat terlebih dahulu. Kemudian, barulah saya memperkenalkan ciri-ciri spesifik bagi segi empat sama. Selepas itu, saya telah mengemukakan contoh positif dengan menunjukkan pelbagai jenis bentuk segi empat sama seperti hadiah, jam dan disket yang berbentuk segi empat sama. Kemudian, saya telah menunjukkan contoh negatif yang menyerupai dengan bentuk segi empat sama iaitu bentuk segi empat tepat. Saya telah mengemukakan contoh negatif iaitu wang, televisyen, telefon bimbit dan bingkai gambar yang berbentuk segi empat tepat. Seterusnya, saya telah berbincang bersama murid tentang ciri-ciri persamaan dan perbezaan contoh positif dan negatif, iaitu ciri-ciri persamaan dan perbezaan bentuk segi empat sama dan segi empat tepat. Berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan, saya telah membantu murid-murid membina rumusan atau konsep tentang segi empat sama. Kesimpulannya,