Anda di halaman 1dari 2

Budak Tanpa Kaki Sertai Pasukan Bola Sepak Sekolah (Inspirasi!

)
Seorang kanak-kanak berjaya menjadi pemain bola sepak sekolah walaupun tidak mempunyai kaki dan tangan yang sempurna. Satu inspirasi buat semua orang. Ellie pernah menjadi tumpuan dunia di hari pertama dia
berjalan menggunakan kaki palsu selepas kehilangan kaki dan tangannya akibat menghidap meninggitis pada bulan Julai 2005. Namun di hospital, dia berjaya menghadapi segala halangan untuk terus hidup. Takdir menentukan bahawa dia terpaksa menjalani kehidupan dengan kaki dan tangan yang cacat lapan minggu kemudian.

Ellie menjalani kehidupannya sejak empat tahun lalu menggunakan anggota buatan, dan hari ini begitu menakjubkan apabila dia menjadi salah seorang pemain di dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Ibunya Lisa,38 berkata Sungguh menakjubkan melihat Ellie bermain bola sepak. Sewaktu dia kehilangan kakinya disebabkan meninggitis kami tak pernah dapat

membayangkan bahawa suatu hari nanti dia akan bermain untuk pasukan bola sepak sekolahnya. Memikirkan bahawa dia menggunakan kaki palsu, namun bermain bola sepak untuk pasukan sekolah sesuatu yang sangat hebat. Ia sesuatu yang tidak terjangka oleh kami Dia anak yang penuh kesungguhan dan hebat. Dia langsung tidak mengalami masaalah untuk bermain bola sepak di padang. Ia kesukaannya Pasukan bola sepak kegemarannya ialah Arsenal dan dia gemar menonton kesemua perlawanan bersama ayahnya. Dia memang gila bola tambah ibu Ellie lagi. P/S: Hidup ini adalah amanah Allah kepada kita. Jangan berputus asa kerana manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di akhirat. Gunakan segala kesempatan untuk menambah ilmu dan amal kita supaya bahagia di akhirat kelak. Wallahualam.
http://melayukini.net/2011/11/budak-tanpa-kaki-sertai-pasukan-bola-sepak-sekolah-inspirasi/

Anda mungkin juga menyukai