Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran, kualiti guru dipertingkat Program Pembangunan Profesional Berterusan fokus 2 bidang Kuala Lumpur: Mulai tahun depan,

program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya. Justeru, ia perlu selari dengan visi dan misi negara ke arah menyediakan rakyat berilmu dan berkemahiran. Dilatih jadi pemikir Katanya, bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke-21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan. Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif, katanya merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Malaysia Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini, semalam. Muhyiddin berkata, kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran. Katanya, dalam konteks pembangunan kerjaya guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata. Sistem perlu mekanisme Muhyiddin juga berkata, sistem pendidikan negara perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru yang dilahirkan benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan. Katanya, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, iaitu satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, beliau berkata, kementerian perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru cemerlang.

2012 KPPK. http://www.nutp.org/new/ms/node/1144

Iktiraf guru dalam perkhidmatan


Buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Guru kali ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan hadiah penghargaan baru, Anugerah Ikon Guru bagi menghargai sumbangan guru yang masih berkhidmat dan menaikan imej kementerian di peringkat antarabangsa. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang sudah bersara daripada perkhidmatan. Menurutnya, antara kriteria diperlukan bagi melayakkan guru menerima anugerah itu adalah menyumbang meningkatkan imej kementerian dalam pelbagai bidang pendidikan dan tiada had umur ditetapkan selagi guru masih dalam perkhidmatan. "Ini merupakan salah satu usaha kementerian untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ''Selama ini, sumbangan mereka seperti tidak dinampakkan dan usaha tersebut merupakan salah satu penghargaan kementerian untuk menghargai jasa guru yang masih berkhidmat dalam pelbagai bidang pendidikan,'' katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis Pra Pelancaran Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-42 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilanbaru-baru ini. Mengulas lanjut, Mazlan berkata, Anugerah Ikon Guru khusus kepada guru yang masih berkhidmat dan paling utama, guru terbabit berjaya menaikkan imej perguruan. "Kita mahu menghargai sumbangan guru kepada negara, misalnya, dia mewakili pasukan negara ke pertandingan sukan antarabangsa dan menang, tidak kira guru ini atlet atau pegawai. "Paling penting, penyertaannya pada pertandingan itu berjaya menaikan imej negara dan kementerian dalam apa jua bidang,'' katanya. Selain itu, katanya, kementerian juga mengiktiraf sumbangan guru dengan memberi beberapa anugerah khas lain seperti Anugerah Guru Cemerlang OKU, Guru Pendidikan Khas, Guru Inovatif dan Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. "Dalam majlis penyampaian sambutan Hari Guru nanti akan disampaikan tiga anugerah tahunan iaitu Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Sekolah Swasta,'' katanya. Sementara itu, Mazlan memberitahu, pelbagai program sambutan Hari Guru telah diatur bermula dengan majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat Hari Guru Pada 14 Mei, acara sambutan Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru dengan kerjasama Kumpulan Utusan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan. Antara aktiviti lain termasuklah Dialog Saranan Pendidikan, acara senamrobik Hari Guru, forum pendidikan, majlis Sepetang bersama KSU dan KPPM dan Jamuan Makan Malam dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan.

Iktiraf guru dalam perkhidmatan 2013. http://www.nutp.org/new/ms/node/1277

Anda mungkin juga menyukai