Anda di halaman 1dari 15

____________________________________________________________ TUGASAN 1 KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER : HBEF3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF : JANUARY 2013

______________________________________________________________

NAMA KAD PENGENALAN TELEFON Email

:NORAZAMAWATI BT ABDUL GHANI :780218-03-5928 :0126875819 :noraza7378@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN: OUM KAMPUS MELAKA.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM, MERLIMAU, MELAKA.

1. PENDAHULUAN Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal didalam kelas aliran perdana, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa dengan bantuan guru pembimbing. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Selain itu, Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. SK Serkam bersedia menghadapi cabaran bagi memastikan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mendapat pendidikan yang sewajarnya sama seperti murid-murid lain. Guru-guru akan memastikan mereka bukan sahaja akan cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar menjadi penyumbang ke arah kemajuan masyarakat dan Negara serta menjadi modal insan yang gemilang suatu hari nanti. 2. RASIONAL Pendidikan inklusif adalah salah satu usaha bagi memastikan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat pendidikan yang setaraf dengan murid lain tanpa membataskan keperluan murid berkeperluan khas. Program inklusif akan dapat memastikan : i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
1

ii. iii. iv. v. vi.

Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain

3. MATLAMAT Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran belajar sealiran dengan pelajar-pelajar normal di aliran perdana. Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Seterusnya hal ini diharapkan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan itu, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan sterusnya mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.

4. OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. 2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya . 3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dengan murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . 6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

5. KUMPULAN SASARAN Dua orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga muridmurid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. 6. MAKLUMAT MURID YANG AKAN MENGIKUTI PROGRAM INKLUSIF 1. Nama : Muhammad Sallehuddin bin Abdul Hazis Tarikh Lahir : 21 Mac 2002 Umur : 11 tahun Kategori Ciri-ciri i. ii. Fizikal Intelek : Slow Learner : : Berbadan kecil dan rendah. : Rendah daya ingatan
3

iii.

Sosial dan peribadi

: Kurang kebolehan tindak balas

2.

Nama

:Muhammad Hakimi Zakwan bin Zailan

Tarikh Lahir : 20 Jun 2002 Umur Kategori Ciri-ciri i. ii. iii. Fizikal Intelek Sosial dan peribadi : 11 tahun : Slow Learner : : Berbadan kecil. : Rendah daya pengamatan : Kurang penumpuan

7. KEPERLUAN LOGISTIK SEDIA ADA 1. Sekolah : Sekolah Kebangsaan Serkam merupakan sebuah sekolah yang selesa dan kondusif. Kedudukan sekolah yang strategik iaitu di tepi jalan utama Kampung Serkam Pantai. Suasana sekolah adalah sangat kondusif dimana mempunyai pelbagai kemudahan yang selesa seperti pondok tempat menunggu ibu bapa, dewan, surau, perpustakaan, kantin dan tandas. Selain itu, persekitaran sekolah penuh dengan maklumat yang berguna dan menarik. Terdapat pelbagai sudut yang diwujudkan bagi menambahkan lagi keceriaan sekolah. Persekitaran sekolah sangat bersih dan selesa. Manakala bilangan murid

2. Bilik Khas : Terdapat bilik-bilik khas seperti Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik Muzik dan Bilik Pendidikan Khas. Bilik- bilik ini mempunyai kelengkapan bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran.
4

3. Bilik Darjah. Bilik darjah yang sangat kondusif. Terdapat 2 bilik darjah bagi setiap aliran. Ini bermakna keseluruhannya terdapat 12 buah bilik darjah yang menempatkan murid tahun 1 hingga 6. Dimana ianya sangat selesa dan mempunyai keluasan yang sama besar bagi setiap kelas. Setiap kelas dilengkapi dengan kerusi meja yang mencukupi. Kelas-kelas ini sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran murid dan sangat ceria dan boleh mencetuskan suasana belajar yang sangat kondusif untuk murid-murid.

4. Tenaga Pengajar Mempunyai 30 orang guru termasuk pentadbir. Guru-guru ini terdiri dari guru yang terlatih dalam bidang masing-masing. Selain guru-guru di aliran perdana, terdapat seorang guru Pendidikan Khas dan juga seorang guru Pemulihan Khas.

5. Tenaga/ Saff Sokongan Terdapat seorang pembantu tetap bagi guru Pendidikan Khas.

6. Bilangan murid TAHUN /DARJAH 1 AMANAH 1 ADIL 2 AMANAH 2 ADIL 3 AMANAH 3 ADIL 4 AMANAH 4 ADIL 5 AMANAH 10 8 15 9 12 5 14 5 13
5

PEREMPUAN

LELAKI

JUMLAH

11 10 10 13 12 15 11 14 14

21 18 25 22 24 20 25 19 27

5 ADIL 6 AMANAH 6 ADIL PEND.KHAS JUMLAH

9 12 11 3 125

10 15 14 2 151

19 27 25 5 277

7. Peraturan/ Polisi Sekolah i. Masa persekolahan : Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Murid dikehendaki beratur di luar kelas sehingga guru masa pertama masuk. ii. Waktu Rehat : a) Waktu Rehat Tahap 1: 9.45 pagi hingga 10.15 pagi (30 minit.) b) Waktu Rehat Tahap 2: 10.45pagi hingga 11.15 pagi (30 minit.) c) Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru. d) Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga bangunan. Murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah sahaja. e) Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di tapak perhimpunan sebelum dibenarkan masuk ke kelas masing- masing. iii. Waktu Balik: a) Tahap 1 : 12.45 tengahari b) Tahap 2 : 1.15 tengahari iv. Perhimpunan Mingguan: a) Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan hadir. b) Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. c) Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu. d) Murid mesti memberi tumpuan dan tidak membuat bising semasa perhimpunan berlangsung. e) Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
6

f) Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap. v. Sebarang salah laku yang melanggar tatatertib peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

8. KEPERLUAN LOGISTIK YANG DIPERLUKAN i. Guru pembimbing/ pendamping Guru yang mempunyai kemahiran mengendalikan murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

ii.

Alat bantu Mengajar Alat bantu mengajar yang khusus bagi membantu murid meningkatkan pengetahuan dan penumpuan mereka semasa belajar.

9. JAWATAN KUASA PROGRAM INKLUSIF SK SERKAM PENGERUSI Tn. Hj. Abas bin Hj. Aman (Guru Besar SK Serkam)

NAIB PENGERUSI Pn. Rosminah binti Hamzah (Guru Penyelaras Pendidikan Khas)

SETIAUSAHA Pn. Norazamawati binti Abdul Ghani (Setiausaha Program Inklusif)

BENDAHARI
7

Pn. Shahidah binti Zainudin (Ketua Panitia Matematik)

AJK Pn. Raha Rahayu bini Mohd. Nor ( Guru Bahasa Melayu ) Pn. Hjh. Noranita binti Md Zin ( Guru Bahasa Inggeris ) Pn. Rozita binti Samad ( Guru Sains ) En. Azim Fikri bin Ithnin (Guru Pendidikan Islam PPKIBP)

10. POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERHADAP PROGRAM INKLUSIF Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan murid secara holistik yang memberikan penekanan kepada pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal seiring dengan pembinaan identiti nasional yang kukuh. Berdasarkan bab4 (Pembelajaran murid) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kerajaan akan menilai semula beberapa perkara dan antaranya adalah peruntukan untuk murid berkeperluan khusus. Kementerian akan sentiasa memastikan murid berkeperluan khas seperti murid pendidikan khas mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang releven dengan keperluan mereka. Hal ini adalah bagi memastikan pelajar tersebut tidak tercicir daripada sistem pendidikan Negara dan seterusnya tidak dapat mengembangkan potensi diri sepenuhnya seperti murid aliran perdana dan mendapat faedah yang sama dengan murid lain dalam sistem pendidikan Negara. Program pendidikan inklusif adalah salah satu daripada tiga opsyen yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Dimana program ini merupakan sekolah arus perdana yang mengintergrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Setakat ini hanya enam peratus sahaja murid berkeperluan khas diletakkan di dalam program inkklusif. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-205 terdapat pelan tindakan yang menyokong program pendidikan inklusif iaitu meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif. Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun
8

mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara 4-19 yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Menerusi pelan tindakan tersebut terdapt tiga gelombang yang telah digariskan bagi memastikan pelan tindakan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun2013 hingga 2025. Gelombang-gelombang tersebut ialah : Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada I. Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. II. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. III. IV. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. V. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. VI. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas. VII. Meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas. VIII. Meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA.

IX.

Menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar).

X. XI.

Menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): Memperluas Inisiatif I. Meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. II. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. III. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta,dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. IV. Membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): Menilai dan menyatukan inisiatif I. KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. II. Setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. Berdasarkan pelan tersebut, maka dapatlah dinyatakan bahawa kerajaan sangat mengambil berat tentang pendidikan murid berkeperluan khas ini supaya mereka mendapat pendidikan yang sama rata dengan murid yang berada di aliran perdana yang lain. Hal ini juga
10

boleh mengelakkan dari berlakunya keciciran ilmu kepada murid berkeperluan khas sedangkan mereka juga mempunyai kemampuan untuk mempelajari sesuatu perkara setara dengan murid biasa. Selain itu, beberapa kelemahan yang wujud akan segera diperbaiki dari semasa kesemasa berdasrkan gelombang-gelombang yang telah dinyatakan dalam pelan pendidikan bagi murid berkeperluan khas ini.

11. SENARIO TERKINI PENDIDIKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS DI MALAYSIA. Pendidikan bagi murid berkeperluan khas kini semakin terbela dengan wujudnya pelbagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan dan memastikan golongan ini mendapat pendidikan yang setara dengan kebolehan mereka. Selain itu terdapat juga organisasi, persatuan dan badan- badan sukarelawan yang telah sama berusaha menyediakan kemudahan pendidikan bagi golongan ini. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Keadaan ini adalah bagi menyediakan kemudahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa agar mereka tidak berasa dipinggirkan dan memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Selain itu mereka juga memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ibu bapa untuk menguruskan anak istimewa ini. Guru-guru juga adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan terlatih untuk mengajar murid-murid ini. Pihak kerajaan telah memperluas kursus-kursus kepada guru-guru untuk mendapat latihan khusus bagi mengajar murid-murid ini. Murid- murid pendidikan khas ini juga berpeluang belajar dengan selesa walaupun mereka tidak sempurna seperti murid lain. Ibu bapa juga tidak was-was lagi untuk menghantar anak istimewa mereka untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan yang sempurna dan sesuai dengan kebolehan mereka. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,)
11

Murid murid pendidikan khas ini juga turut didedahkan dengan kegiatan luar bagi memberi keyakinan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Antara kegiatan luar yang didedahkan kepada mereka ialah : a) Akuatrapi (Latihan berenang) b) Bermain Bowling (Psikomotor ) c) Menunggang Kuda (Psikomotor ) d) Membeli belah di pasaraya (Sains Sosial) e) Berkelah di pantai (Sains Sosial ) f) Makan di KFC ( Etika di meja makan ) g) Lawatan ke Zoo Melaka ( Sains Sosial ) h) Projek berkebun (Kemahiran Hidup )

12. SOKONGAN INSTITUSI / ORGANISASI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN TERHADAP PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH ARUS PERDANA . Terdapat pelbagai organisasi yang terdiri daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan memberi sokongan padu mereka kepada program pendidikan inklusif ini. Ini kerana terdapat banyak kebaikan yang akan dapat dimanfaatkn oleh murid-murid yang berkeperluan khas ini. Walaupun terdapat juga beberapa kekangan dalam pendidikan inklusif ini akan cuba ditangani dengan adanya sokongan dari pihak tertentu seperti organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa membuka peluang kepada ibu bapa atau murid untuk mendapatkan bantuan dari segi kewangan dan sebagainya. Selain itu pihak PIBG sekolah juga sentiasa memberi sokongan terhadap pelaksanaan program ini. Pada masa kini, badan kerajaan yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan dan Kementerian pelajaran telah bekerjasama memainkan peranan mereka. Banyak sekolah yang menyediakan kemudahan kepada murid istimewa iaitu dengan tertubuhnya Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah-sekolah biasa. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang

12

menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: 1. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. 2. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. 3. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Tidak kurang juga badan-badan bukan kerajaan telah memainkan peranan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan kepada murid berkeperluan khas. Terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh ibu bapa mengikut keperluan anak mereka sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran. Latihan diberi kepada murid- murid ini supaya mereka boleh berdikari sendiri suatu hari nanti Jabatan Kebajikan sentiasa memainkan peranan mereka dalam memastikan masa depan kanak-kanak bekeperluan khas ini terbela. Jabatan ini menyalurkan bantuan mereka dari segi kewangan dan program latihan kepada golongan. Selain itu, berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Bilangan murid berkeperluan khas yang dihantar ke sekolah oleh ibu bapa mereka juga semakin meningkat berbanding sebelum ini.

13. PENUTUP Bagi memastikan program pendidikan inklusif ini dapat dijayakan seperti yang telah dirancang, suasana pembelajaran yang kondusif serta hubungan positif antara guru dan murid adalah sangat penting. Murid berkeperluan khas sememangnya mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Jadi, bagi mengubah konsep kendiri murid bekeperluan khas ini, usaha yang berterusan dari orang dewasa amat di perlukan dan perlulah bersabar dengan karenah murid- murid ini.

13

Murid yang berada di aliran perdana juga haruslah memberi kerjasama dengan memberi sokongan moral kepada rakan mereka yang telah diinklusifkan ke dalam kelas mereka. Guruguru perlulah memainkan peranan penting kepada hal ini iaitu memberi dorongan dan motivasi serta menanamkan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain. Selain itu, pihak ibu bapa juga tidak boleh lepas tangan tanggungjawab mereka kepada pihak sekolah sahaja. Mereka juga harus memainkan peranan dengan memberikan perhatian kepada anak mereka tentang pelajaran di sekolah. Murid hendaklah diberi peluang untuk berdikari sendiri.

Disediakan oleh : . (PN. NORAZAMAWATI BT ABD. GHANI)

Disemak oleh : ...

Disahkan oleh :

( PN.ROSMINAH BT HAMZAH) (TN.HJ ABBAS BIN AMAN)

14