Anda di halaman 1dari 2

2.3 Ansur maju perlakuan kemahiran / tajuk Ansur Maju Melombol i.

Melonjak (sendiri) Lonjak 1 : Lakuan melonjak-lonjak tegak lurus ke atas papan anjal atau papan lonjakan. Lonjak 2 : Jarak beberapa langkah dari papan anjal / papan lonjakan, berlari perlahan ke papan lanjakan, melonjak dan mendarat. Lonjak 3 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan menapak di atas peti, melompat, kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi (Peti Melintang) Lonjak 4 : Berdiri menghadap peti lombol, kedua tangan menapak di atas peti, menggunakan papan anjal, melonjak, kangkangkan kedua kaki lurus ke sisi dan mengangkang / mendarat di atas peti (peti melintang).

ii.

Mendarat (sendiri) Mendarat 1 Mendarat 2 Mendarat 3 : Lari, lompat dan mendarat. : Berdiri di atas bangku panjang, lompat dan mendarat. : Lari, melonjak di atas papan anjal dan mendarat.

iii.

Melompat kangkang melepasi rakan. (berkumpulan) 1. Murid dibahagikan secara dua kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. 2. Salah seorang daripada murid dalam setiap kumpulan akan berada dalam posisi merangkak statik. 3. Rakan-rakan yang lain akan melompat melepasi rakan yang merangkak statik tersebut. 4. Akitiviti akan diteruskan secara bergilir-gilir.

iv.

Melompat kangkang secara berpasangan dengan sokongan daripada rakan. (berpasangan) 1. Secara berpasangan murid A akan cuba melompat kangkang dengan bantuan murid B. 2. Murid B akan memegang pinggang murid A dan cuba mengangkat murid A sebagai sokongan. 3. Aktiviti dilakukan secara bergilir-gilir.

Anda mungkin juga menyukai