Anda di halaman 1dari 1

Artikal bahaya wabak kencing tikus.

Kencing tikus atau nama sainstifiknya leptospirosis adalah jangkitan yang dibawa oleh haiwan, termasuklah daripada keluarga tikus. Wabak ini jarang berlaku walaupun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk Negara ini. Wabak ini turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherds, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong Tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola. Leptospirosis ini berpunca daripada pendedahan terhadap bacterium leptospirosis interrogans. Ia berjangkit kepada manusia melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Ia tidak berjangkit daripada manusia kepada manusia. Ia biasanya merebak apabila musim banjir ataupun hujan. Kerap kali mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Ia juga berjangkit kepada alatan yang digunakan untuk penyembelihan, pemeliharaan anjing atau makanan yang digigit oleh binatang seperti tikus, tupai atau arnab. Pada umumnya masa pengeraman kuman itu diantara dua hingga 26 hari. Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gerjala ini membabitkan 75-100% peratus pesakit. Ada juga yang mengelami batuk tidak berkahak akan tetapi hanya 25-35 peratus pesakit sahaja yang mengelami. Gejala loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut jarang berlaku dan antara 7-40 peratus pesakit mungkin mengelami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelanjar, otot mengeras dan ruam. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkaitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati, rosak buah pinggang. Ia boleh dikesan melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi. Pencegahaannya adalah elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Anda mungkin juga menyukai