Anda di halaman 1dari 55

Tajuk 4

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid pemulihan khas. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dalam

konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Kanak- kanak pemulihan khas mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga komunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi muridnya agar dapat

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat: i. Mengetahui masalah-masalah dalam penguasaan bahasa ii. Mengesan murid yang mengalami masalah bahasa iii. Mengenal pasti kaedah mengatasi masalah bahasa iv. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan lebih bekesan.

4.2 KERANGKA TAJUK

Kaedah Pengajaran Bahasa

Masalah Penguasaan Bahasa

Mengingat kembali perkataan memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap - memberi penjelasan - mempelbagaikan gaya berkomunikasi - menghasilkan mesej yang kompleks
- memaklumkan sesuatu maklumat

Kemahiran Lisan - Simptom - Cara mengesan - Kaedah mengatasi masalah lisan

Kemahiran Mengeja - Cara mengenal pasti murid - Kaedah mengani masalah ejaan

Kemahiran membaca - Masalah dalam bacaan - Kaedah pemulihan bacaan

Kemahiran Menulis - Masalah dalam menulis - kaedah menulis (pratulis, tulisan mekanis dan penulisan kreatif)

4.4

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Guru perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan muridnya sebelum merancang sesuatu pengajaran. Kelemahan dan kekuatan perlu dianalisis untuk membuat perancangan yang sistematik agar apa yang diajar menepati keperluan sebenar murid yang diajarnya. Begitu juga dengan masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia yang perlu diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.

Terdapat banyak kaedah pengajaran bahasa, salah satu adalah Kaedah Multisensori ( VAKT ). V A K T VISUAL ( LIHAT ) AUDITORI ( BUNYI / SEBUT ) KINESTETIK ( GERAK BADAN ) TAKTIL ( RASA / SENTUHAN)

Dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran dilakukan dengan mengguna meransang semua saluran dalam otak (visual/auditory, kinesthetictactile) untuk meningkatkan ingatan dan pembelajaran.

Contohnya, untuk belajar huruf melalui VAKT, pelajar hendaklah lihat huruf (V) dengar guru sebut huruf (A) menyebut huruf (A) dengar huruf yang disebut (A) rasa pergerakan otot semasa membuat tracing huruf (K) rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat tracing (A)

Kaedah-kaedah pengajaran lain termasuklah Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh / Terus, Kaedah peta minta dan lain-lain.

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai kaedah-kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk mengajar murid-murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk mengenalpastikan keberkesanan kaedah-kaedah tersebut.

4.5

MASALAH PENGUASAAN BAHASA Berikut adalah beberapa petunjuk masalah bahasa yang sering dialami oleh

murid bermasalah pembelajaran. Anda perlu memahami dengan jelas permasalahan tersebut dan mengaitkannya dengan permasalahan bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Mengingat kembali perkataan

Memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap Memberi penjelasan Mempelbagaikan gaya berkomunikasi Menghasilkan mesej yang kompleks Memaklumkan sesuatu maklumat

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

4.6

KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan

dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

4.6.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN 4.6.1.1 Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh:

Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Mendengar secara kritikal. auding Mengikut arahan. Memahami urutan . Mengingat kembali. Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferensi dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia. Fokus kepada aspek bahasa reseptif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

4.6.1.2 Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia dengan menumpukan kepada aspek bahasa ekprestif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

4.6.2 PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. Melakukan auding yang merangkumi pendengaran. Mendengar secara kritikal. aspek-aspek pengamatan

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau

pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

4.6.3 KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan yang dialami murid. Guru boleh mengimplementasikan teknik-teknik berikut bergantung kepada kesesuaian dan keperluan. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mewujudkan situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui pengubahsuaian persekitaran, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peglibatan semua murid, dan sebagainya.

Latihan

Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah lisan yang dialami murid disleksia.

4.7

MENGEJA

4.7.1 Definisi Mengeja adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang bunyi (huruf) untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanakkanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. 4.3.2 Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja Lemah dalam ingatan penglihatan. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3.3 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mengeja Membina perkataan berima sama (di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu , la ku , la yu , la ki , dll.

Mendiskriminasi perkataan. Melengkapkan atau menambah perkataan. Membina perkataan di dalam perkataan. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga. Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina. Permainan teka teki. Permainan silang kata.

Latihan

Pilih satu aktiviti mengeja yang disenaraikan di atas. Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaanya.

4.8

KEMAHIRAN MEMBACA

4.8.1 Definisi

Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca. Pumfrey (1977)

Satu proses pemikiran yang membina Zulkefli Hamid (1994)

Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Deboer dan Dallman

Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Juriah Long (1990)

Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam bacaan.

KPM (1998) Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis dan analitis. (KPM 1998) Membaca ialah membunyikan suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata. (Kamus Dewan) 4.8.2 Kesimpulan Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang berkaitan dengan asas-asas bacaan Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai, mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

4.8.3 Masalah Menguasai Kemahiran Membaca Kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan lancar, Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam

membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca. Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

Latihan

Berdasarkan masalah penguasaan kemahiran membaca yang dialami oleh murid disleksia, bincangkan punca berlakunya permasalah tersebut. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu masalah bacaan murid disleksia. 4.8.4 Proses Membaca

Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi simbol grafik. Membaca memerlukan seseorang mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa membolehkan mesej itu disampaikan. (sistem isyarat) untuk

Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah simbol grafik. Membaca adalah proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk melalui penglihatan terhadap simbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti perkataan.

4.8.5 Masalah-masalah Dalam Bacaan Bentuk Huruf Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. Huruf terbalik. Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah.

Peringkat Suku Kata Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.

Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.

Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. Salah memecah / membatang suku kata. Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.

Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal Berganding.

Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal. Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

Kesukaran Dalam Pengamatan Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. Mengeja sebelum membaca. Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. Menyebut perkataan mengikut loghat.

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. Tertinggal perkataan. Pembalikan perkataan. Mengulang. Merangkak-rangkak. Membaca mengikut loghat.

4.8.6 Strategi Membantu Kanak-kanak ke Arah Membaca Mengenal pasti kanak-kanak. Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut. Susun strategi pemulihan. Pelaksanaan. Penilaian .

4.8.7 Kaedah Pemulihan Bacaan Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataanperkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.

Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

Contoh cara-cara membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah membaca: Ciri-ciri Kesukaran Urutan huruf/perkataan terbalik semasa membaca secara lisan. (contoh : dan --- nad, kepada--kedapa). Adalah lebih mudah jika menyatakan sesuatu idea daripada membacanya. Penyelesaian Guna jari untuk menunjuk perkataan semasa membaca.

Membenarkan kanak-kanak memperolehi informatsi melalui pebincangan, audio atau tayangan video. Membahagikan tugasan membaca memjadi beberapa bahagian, berhenti sebentar selepas setiap bahagian dibaca habis. Membesarkan bahan cetakan, bertanya sebelum murid mula membaca untuk memberi gambaran terhadap bahan bacaan. Membesarkan bahan cetakan, dan warnakan perkataan-perkataan tertentu/ guna kertas berwarna.

Kelajuan membaca lahan.

Semasa membaca secara lisan, terdapat banyak perkataan dibaca berulangan.

Mengguna kad index letak di atas barisan ayat dan dengan berlahan-lahannya tolak ke barisan bawah.

Lemah dalam membaca secara senyap. Mengajar membaca secara visual dan mengguna bercakap sendiri: adakah saya nampak gambar tersebut? apa yang saya fikirkan semasa membaca? Mengajar kanak-kanak membaca bahagian yang rumit dengan suara kuat.

Kurang memaham jika membaca secara lisan. Berhenti membaca selepas satu perenggan pendek dan membina peta minda. Membaca secara visual.

Mengabaikan kata kunci semasa membaca petikan. Kanak-kanak tidak dapat ingat kembali huruf.

Highlight semua kata kunci supaya mudah dinampak. Mengajar huruf secara visual.

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran membaca.

4.9

KEMAHIRAN MENULIS

4.9.1 Pengenalan

Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi. Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan.

4.9.2 Definisi kemahiran menulis :Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan

seterusnya menjadi ayat. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Pusat Perkembangan Kurikulum

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, khalayak dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Yahya Othman Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis, proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami. Don Byrne Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara

bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan logik. Koh Boh Boon Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran penulisan secara mekanis. Ishak Haron

Latihan

Dari pelbagai definisi kemahiran menulis di atas, jelaskan kefahaman anda tentang kemahiran menulis.

4.9.3 MASALAH TULISAN Senarai di bawah merupakan masalah-masalah tulisan yang sering dialami oleh murid terutamanya murid berkeperluan khas. Teliti dan imbas kembali masalah tulisan yang dihadapi oleh murid disleksia. Adakah mereka mengalami masalah yang serupa? Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Latihan

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa murid disleksia juga mengalami masalah dari segi tulisan mentalis. Buktikan hujah anda.

4.9.4 Kaedah Menulis Kemahiran menulis peringkat pratulisan

Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas. Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya.

Menulis Secara Mekanis melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar. Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain. mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lainlain.

Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lainlain.

4.9.5 KAEDAH MENULIS Pratulisan Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada murid-murid. Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

Tulisan Mekanis (Peringkat mendirikan asas) Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan. Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

Peringkat Pelahiran Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan yang sesuai. Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan dalam ayat.

Contoh aktiviti pramenulis Aktiviti membuat corak :

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) : Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

Menulis huruf mengikut urutan yang tetap Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Kesalahan biasa dalam tulisan : Bentuk huruf tidak sama saiz. Jarak antara huruf tidak sama. Tulisan menjadi kotor. Kecondongan tulisan tidak sama.

Proses kemahiran menulis Pembelajaran tiga peringkat menulis Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf Kenalpasti kesalahan murid.

Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.

Jenis-jenis penulisan : Karangan terkawal Separuh terkawal Karangan bebas Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif : Motivasi Persediaan Persembahan Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif

Mengisi silang kata. Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah tulisan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran tulisan.

LAMAN WEB

http://www.desotoeye.com/fromligh_d_u.html http://www.desotoeye.com/image/anatomy_eye.gif

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

diserahkan kepada

Tajuk 5

Kaedah Pengajaran Matematik

5.0 SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan tentang kaedah pengajaran matematik dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid disleksia. Kemahiran

matematik merupakan sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai dalam kehidupan seseorang dan sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Tajuk ini merangkumi faktor-faktor berlakunya masalah matematik,

masalah-masalah matematik yang dihadapi murid, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Melalui matematik murid dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Guru perlu memahami

masalah yang dihadapi muridnya agar dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat: i. mengetahui faktor-faktor penyumbang berlakunya masalah

penguasaan matematik ii. mengetahui masalah-masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia iii. mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

mengatasi masalah matematik

5.3 KERANGKA TAJUK Kaedah Pengajaran Matematik

Faktor Berlakunya Masalah Matematik

Masalah-masalah Dalam Matematik

Kaedah P&P Matematik

Kognitif Keturunan Persekitaran

Diskakulia Konsep asas Matematik Pra-Nombor & Nombor Nilai Angka Operasi Asas Matematik Sosial ( wang, masa, waktu) Pecahan Titik Perpuluhan Penyelesaian Masalah

Kaedah Polya Kaedah Newman

5.4

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH MATEMATIK Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya masalah penguasaan matematik dalam kalangan pelajar, antaranya adalah disebabkan oleh masalah kurang kecerdasan, masalah psikologi, masalah

fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya.

5.4.1

Faktor Keturunan a. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. b. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai penghidap sindrom berkenaan c. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Permasalahan yang dihadapi mungkin sama tetapi yang membezakan adalah darjah keterukannya. d. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turuntemurun

5.4.2

Faktor Kognitif Woolfolk (1998) dalam Shahabudian (2003), menyatakan bahawa

pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan. Maklumat yang diterima melalui organ deria akan dihantar ke ingatan jangka pendek untuk diproses, disusun, ditapis dan seterusnya disimpan dalam ingatan jangka panjang. a. Penerimaan maklumat Maklumat diterima oleh semua deria seperti: penglihatan, pendengaran, sentuh rasa dan bau

Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini akan menyebabkan kesukaran: mengenal bentuk

kedudukan dan saiz sesuatu objek susunan atau aturan.

Sekiranya seseorang itu mengalami masalah persepsi pendengaran, maka mereka akan menghadapi kesukaran: menyaring bunyi luar dan suara guru memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

b. Pengeluaran maklumat Maklumat dikeluarkan daripada otak menggunakan perkataan iaitu pertuturan atau melalui aktiviti otot seperti menulis, melukis atau menggayakan sesuatu. Kesukaran pengeluaran maklumat ini akan menyebabkan masalah dengan pertuturan contohnya seperti kesukaran menjawab soalan yang diajukan. Pada masa itu, seseorang itu perlu mencari semula maklumat dalam simpanan otak, mengatur dan mengeluarkannya melalui perkataan semasa bercakap. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran dalam pemahaman tentang sesuatu permasalahan untuk dipindahkan ke dalam bentuk nombor di atas kertas untuk proses pengiraan.

Kajian oleh Homan (1970) dalam Bos, Candase, (1993) menyatakan bahawa murid yang kurang kemahiran persepsi seringkali bermasalah mengenai perkaitan ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri. Bagi murid disleksia didapati bahawa cara kerja otak mereka adalah berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Pebezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. 5.4.3 Faktor Persekitaran Faktor persekitaran ini meliputi keluarga, tempat tinggal dan rakan sebaya pelajar berkenaan. Namun modul membincangkan faktor persekitaran di sekolah, iaitu;

a. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak disleksia b. Strategi dan kaedah P&P kurang sesuai c. BBM kurang menarik

Latihan 5.1 Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor penyebab berlakunya masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut. 5.5 Masalah-masalah Dalam Matematik

5.5.1 Diskalkulia Terjemahan bahasa diskalkulia bermaksud seseorang yang mengalami kesukaran mengira. Manakala Gordon (1992) dalam Henderson, A. (1998) menerangkan diskalkulia adalah lewat perkembangan pemerolehan kemahiran nombor, boleh dimanifestasikan dalam pelbagai situasi @ cara iaitu termasuklah ketidakbolehan mengenalpasti symbol matematik, tulisan terbalik

dan kegagalan mengekalkan kaedah yang betul dalam kiraan nombor. Diskalkulia mungkin tiada stigma di kalangan pelajar lain yang mengalami masalah belajar matematik tetapi amat penting untuk dikenalpasti dengan terperinci apabila ciri-cirinya wujud.

Hughes, Kolstad and Briggs (1994) menyatakan pelajar diskalkulia mengalami ketidakupayaan dalam kebolehan menyelesaikan tugasan

matematik, masalah yang tersendiri dan berbeza daripada pelajar masalah pembelajaran. diskalkulia. Sesetengah murid disleksia juga mengalami masalah

5.5.2 Masalah pra nombor dan nombor Kesukaran mempelajari fakta nombor Kesukaran mempelajari operasi simbol matematik Lemah dalam mental arithmetic Keliru dengan operasi matematik Kesukaran menyusun urutan nombor Kesukaran membaca soalan penyelesaian masalah Keliru / menterbalik nombor satu digit (contoh P untuk 9) Keliru / menterbalik nombor dua digit (contoh 47 untuk 74) Kesukaran menyalin daripada papan hitam@buku

5.5.3

Masalah Nilai Tempat / Titik Perpuluhan Nilai tempat dalam matematik adalah konsep abstrak yang hanya boleh diperkenalkan setelah pelajar menguasai @ kompeten dengan kemahiran mengumpul. Orton 1992 dalam Henderson, A. 1998 menyatakan sesetengah pelajar sangat lambat untuk menguasai secara keseluruhan kemahiran konsep struktur nilai tempat @ titik perpuluhan dan implikasinya.

5.5.4

Matematik Sosial ( wang, masa, waktu) Topik masa dan waktu akan memberikan masalah penguasaan di kalangan

pelajar disleksia kerana mereka perlu tahu masa 12 jam dan 24 jam tetapi juga perlu mengenal masa digital dan analog. Kesukaran timbul untuk mereka mengorganisasikan dengan masa sendiri dengan tarikh. Mereka sering mengalami kesukaran menguasai urutan bulan dan pergerakan masa akan mengelirukan Contohnya memahami jadual perjalanan bas yang

mengandungi masa perjalanan, masa ketibaan, destinasi perjalanan dan tarikh perjalanan. 5.5.5 Operasi Asas Perkaitan antara simbol matematik dan ayat matematik sering menimbulkan masalah kepada pelajar. Gulliford 1987 dalam Henderson 1987 menyatakan keperluan untuk memperkembangkan dan membina pemahaman tentang simbol daripada bahan maujud @ bahan sebenar dan bahan berstruktur kepada pemahaman konsep dan perhubungannya.
LATIHAN 5.2

Berdasarkan aktiviti penilaian yang anda lakukan, bincangkan masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia. Dapatkan maklumatmaklumat masalah matematik yang berkaitan akademik atau matematik dalam kehidupan seharian yang dihadapi oleh murid disleksia dari pelbagai sumber. 5.6 Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan bagi menangani masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia.

Penggunaan kaedah tersebut bergantung kepada kesesuaian berdasarkan permasalahan yang dihadapi murid. Guru perlu mengenalpasti punca permasalahan terlebih dahulu sebelum merancang dan melaksanakan sesuatu pengajaran. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah matematik murid disleksia.

5.6.1 Kaedah Polya

Diperkenalkan oleh George Polya yang menerangkan 4 langkah untuk menyelesaikan masalah matematik iaitu;

Langkah 1 Memahami Masalah Mengenalpasti kehendak soalan mencatatkan maklumat dan clue yang ada dalam soalan. Mencari perkaitan maklumat yang diberi dengan masalah yang ingin diselesaikan

Langkah 2 Merancang Strategi Guru membimbing pelajar merancang strategi yang akan digunakan. Fikirkan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah diberi, beberapa strategi boleh dicuba.

Langkah 3 Melaksanakan Strategi Pilih satu strategi yang terbaik. Gunakan operasi yang sesuai @ formula yang berkaitan

Langkah 4 Menyemak jawapan

5.6.2

Kaedah Newman Model Newman digunakan untuk mengesan kesalahan pelajar menyelesaikan matematik ; Peringkat 1 Membaca dan Memahami Soalan Guru harus kenalpasti sama ada pelajar tahu @ memahami apa yang dibaca Peringkat 2 Pemahaman tentang apa yang dibaca Pelajar harus mencari perkaitan antara masalah yang ingin diselesaikan dengan konsep matematik Peringkat 3 Tranformasi Pernyataan dalam soalan perlu dipindahkan kepada simbol matematik. Peringkat 4 Kemahiran Memproses Pelajar memproses maklumat yang diberi kepada ayat matematik yang betul. Gunakan operasi yang sesuai dalam menyelesaikan soalan. Peringkat 5 Menyah-kod Pelajar perlu menyah-kod yang terdapat dalam soalan supaya jalan pengiraan yang betul dapat dibuat. Peringkat 6 Cuai Guru mengingatkan pelajar supaya menyemak jawapan bagi

mengelakkan kecuaian. Pada peringkat ini pelajar tidak lagi bergantung pada bahan konkrit dan mereka harus mampu berfikir secara abstrak. Peringkat 7 Motivasi Guru harus memberikan kata-kata semangat dan yakinkan mereka dapat menyelesaikan soalan matematik

LATIHAN 5.3 Terdapat pelbagai masalah yang boleh dihadapi oleh pelajar disleksia dalam
LAMAN WEB

matematik. Berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi media cetak dan elektronik, anda dikehendaki membincangkan berkaitan topik, senaraikan masalah yang dhadapi dan cadangan langkah/strategi mengatasi masalah tersebut. Sebagai cadangan, cuba anda gunakan kaedah multisensori.

Rujukan www.dyslexia-teacher.com www.brighttots.com/Dyslexia.html www.dyslexia.com www.audiblox2000.com/dyslexia_dyslexic/dyslexia www.medicinenet.com/dyslexia/article.htm www.dyslexia-parent.com PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

TAJUK 6
6.0 SINOPSIS

KAEDAH MENGINGAT/PEMPROSESAN MAKLUMAT

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid disleksia memperbaiki daya ingatan, beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat harus dikuasai dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor tertentu seperti fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan (2.1)

2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan kemahiran (2.4) 3. Menghuraikan kelebihan dan kelemahan pelbagai kaedah mengingat dan pemprosesan maklumat (1.2) 4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan(6.3)

6.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mengingat

Latih tubi

Ulangan

Chunking

Mnemonics

Mind Map

Kategori

Konfigurasi

Hubung Kait

Klasifikasi

PENGENALAN
Disleksia dipercayai berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Umumnya, murid-murid yang mengidap disleksia ini berhadapan dengan kesukaran mengingat dan memproses maklumat. Otak mereka juga kurang berupaya menterjemah imej yang diterima daripada mata atau bunyi yang didengar telinga kepada bahasa yang difahami apabila dituturkan.

The Cerebellar Theory, Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia mempunyai masalah dalam aspek untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan, kemahiran motor, kemahiran fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al., 2001, Ramus et al., 2003, Fawcett, 2001).

Murid-murid yang mengalami disleksia sering dianggap lembab atau bodoh. Mereka juga sering dianggap nakal, degil dan tidak mendengar kata. Hakikatnya mereka tidak sedemikian dan ini berlaku disebabkan cara mereka memproses maklumat adalah berbeza dari individu yang normal.

6.3

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mengingat.

6.3.1 Latih Tubi

Latihan tubi membantu murid-murid memperolehi kemahiran baru serta meningkatkan kecekapannya dalam sesuatu kemahiran yang dilatih contohnya dalam penggunaan komputer. Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid-murid tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh, secara automatik, menyebut atau mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Dengan memaksimumkan faedah daripada penggunaan latih tubi melalui komputer, penglibatan guru dalam mengendalikan komputer bersama-sama dengan murid-murid membawa faedah jangka panjang. Seseorang guru dapat mengenal pasti masalah murid-

murid serta kaedah yang tidak lengkap dalam penggunaan perisian yang terpilih merupakan strategi pengajaran yang efektif. Contohnya penggunaan fakta dan komputasi dalam perisian matematik.

Ciri-ciri kaedah latih tubi :

Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya murid-murid belajar berbincang dan menulis apa yang telah dipelajari melalui bahan yang boleh didengar dan dipandang.

Maklum balas segera terhadap respons murid-murid supaya respons yang betul diterima atau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan dibetulkan.

Ulangan latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan seterusnya dalam jangka masa yang tidak ditentukan.

Oleh sebab latih tubi melibatkan ulangan, kaedah ini mungkin membosankan. Untuk mengelakkan kebosanan, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan, antaranya :

Permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah muridmurid Latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka menulis pada permukaan-permukaan yang aneh seperti di tanah yang basah, pasir atau menyuruh mereka mengulangi maklumat secara berbaring di atas lantai, ketika bermain atau ketika sedang mandi.

Banyak pihak boleh membantu murid-murid dalam proses latih tubi. Ini termasuklah guru, rakan sebaya, murid-murid-murid-murid lain di dalam kelas dan keluarga di rumah. Kaedah ini juga boleh digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain, iaitu ujian lisan, buku kerja, permainan dan pengajaran berprogram.

6.3.1.1 Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, sukar bagi sesetengah murid-murid disleksia. Selain itu muridmurid yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius,

murid-murid tersebut memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan. Kaedah latih tubi amat berkesan untuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Kamarudin Hj. Husin (1988) latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dimurid-murid itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

Terdapat dua jenis latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan iaitu;

i. Latih tubi aspek sebutan atau fonologi ii. Latih tubi aspek struktur atau ayat i. Latih Tubi Aspek Sebutan Atau Fonologi

Murid-murid disleksia kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini sesuai digunakan untuk membantu murid disleksia yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah: Latih Tubi Pasangan Minimal

Murid-murid disleksia kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya dalam perkataan ladang disebut sebagai lalang, sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulang kali sehingga mahir.

Contoh: dari - lari ladang - lalang lada - lala dada - lada tadi - tali

Latih Tubi Pemintal Lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada murid-murid menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan (contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells. ii. Latih Tubi Aspek Struktur atau Ayat Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid disleksia dengan bentuk-bentuk ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada murid.

6.3.2

Ulangan

Perancangan aktiviti p&p dengan rapi. Menurut Coralie Loeong (1998) murid-murid disleksia memerlukan arahan yang berulang. Kiranya tidak akan ketinggalan dalam murid-muridan atau arahan. Pengulangan dapat membantu atasi masalah murid-murid disleksia.

Ini adalah teknik yang paling mudah di mana kita hanya perlu mengulangi beberapa kali maklumat yang kita perlu ingat. Sesuatu maklumat yang sering digunakan secara

berulang-ulang akan lebih mudah diingati, sebagai contoh, mengingati nombor telefon rakan anda yang sering dihubungi. Begitu juga dalam bacaan sifir menerusi pengulangan, individu akan lebih mudah menguasai dan mengingati jawapannya. Apabila guru bertanyakan

soalan secara rawak, murid-murid yang kerap membuat pengulangan akan lebih mudah menyatakan hasil darab dengan betul dan yakin berbanding murid-murid yang kurang

membuat ulangan selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Murid-

murid boleh menjawab dengan betul tetapi mengambil masa yang panjang disebabkan membaca sifir dari awal lagi. Apa juga mata murid-muridan kiranya diberikan ulangan akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik kerana ia menambahkan daya kefahaman dan meningkatkan daya ingatan.

6.3.3

Chunking

Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat dan juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya menerusi penggunaan teknik chunking, seperti berikut: ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Adalah agak sukar untuk seorang murid-murid menghafal 26 abjad huruf tersebut tanpa penggunaan kaedah yang bersesuaian. Menerusi kaedah chunking dan disertakan dengan lagu menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan selepas menjalani beberapa sesi latihan. Kita juga pernah melihat kebolehan seseorang individu yang berjaya mengingat nombor telefon dalam masa yang singkat, sebagai contoh 0174857662 ditulis dengan cara begini 017-485-7662. 6.3.4 Mnemonics

Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan.

Teknik Akrostik Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana hurufnya serupa. Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong ingat maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS Pergi tidur kalau sakit. Teknik Akronim Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA bagi Majlis Amanah Rakyat. Jika anda mempunyai satu senarai fakta

yang panjang, anda boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat kependekan/penyingkatan. Teknik Skrip Cerita Cara mengingat dengan mengarang cerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas merah membawa mereka tiga beradik balik ke kampong. Dari jaugh tangga rumah nenek kelihatan. Pokok papaya di tepi dapur sudah tinggi tapi tidak berbuah lagi. Rima
Boleh dijadikan nyanyian atau pantun, contoh: Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh, Nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh 6.3.5 Kategori

Mengkategori adalah kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat perbandingan berdasarkan kriteria tertentu. Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan mengklasifikasi. Walaubagaimanapun, mengkategori lebih berfokus kepada

pengumpulan atau pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan.

6.3.6 Konfigurasi

Konfigurasi melibatkan cara mengingat menerusi susun atur bahan yang telah dibaca secara yang lebih sistematik supaya ianya lebih mudah untuk dipanggil semula ketika memerlukannya.

6.3.7 Hubungkait

Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk menghubungkan elemenelemen yang berkaitan. Ia mungkin melibatkan usaha mengesan punca dan kesan, sebab dan akibat, menstruktur idea atau konsep, mencari sesuatu struktur atau corak

perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat andaian, mensintesis, membuat hipotesis, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan.

Menurut pakar psikologi, M.R.Raugh dan R.C.Atkinson menasihatkan supaya maklumat yang hendak dihafal itu diberi makna kepadanya atau mengaitkan dengan kehidupan sendiri. Sebagai contoh, apabila sedang membaca buku teks sejarah berkenaan ciri-ciri individu yang memiliki perjuangan fikirkan seorang rakan sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti itu.

Katakanlah anda hendak ke kedai membeli pisang, kelapa, topi dan minyak. Cuba buat gambar dalam kepala dan dalam gambar itu semua benda-benda itu ada. Sebagai contoh, buat gambar seekor monyet yang sedang makan pisang sambil memegang kelapa dan memakai topi sambil meminum minyak. Menurut penyelidik M.A.Mc Daniel dan G.O. Einstein melaporkan apabila gambar itu makin gila-gila dan tidak masuk akal, gambar itu semakin mudah diingat. Sebagai contoh, jika anda hendak mengingat nombor telefon yang diberikan kepada anda, anda bolehlah mengaitkan nombor telefon itu dengan fakta-fakta yang yang telah diketahui, contohnya:-

Nombor telefon : 3352012 Boleh dipecahkan ke 335 20 12 Dan boleh diingatkan sebagai, Nombor rumah : 335 Bilangan ibu dan ayah : 2 Setelah meninggal : 0 Bilangan adik beradik : 12

6.3.8 Klasifikasi

Mengklasifikasi melibatkan kegiatan memilih atau mengumpulkan sesuatu mengikut bahagia-bahagiannya yang serupa dan berkait rapat. Dalam kemahiran berfikir,

mengklasifikasi digunakan untuk membolehkan kita membuat penjenisan atau membuat pengelompokan mengikut kelas atau kumpulannya. Misalnya kita menetapkan penjenisan buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara. Atau kita mengklasifikasikan

kenderaan di darat dan kenderaan di laut, atau kita membahagikan jenis pokok berbunga atau pokok tidak berbunga dan sebagainya.

Mengklasifikasi adalah juga perbuatan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Ia lebih menekankan kepada ciri atau sifat tertentu seperti ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila kita hendak menyelesaikan terlalu banyak item atau maklumat item atau maklumat yang tidak tersusun.

Membuat pengelasan seolah-olah memberi label kepada benda tersebut ianya tidaklah semudah itu. Contoh, kiranya kita kenal pasti pokok durian, kita sebenarnya mengambil kira ciri-ciri khusus pokok durian yang boleh membezakan pokok tersebut dengan pokok-pokok lain. Kita akan cuba kenal pasti dan senaraikan ciri-ciri pada pokok durian atau pokok lain. Dapatannya kita lebih mengenali pokok durian dari sebelumnya. Kemampuan untuk mengumpul, mencari dan menyenaraikan dan mengkategorikan ciri-ciri pokok durian membantu kita menyusun dan mengatur maklumat yang kita kumpulkan itu dengan lebih sistematik dan terurus.

Latihan a. Contoh: dari --- lari ladang --- lalang lada --- lala dada --- lada tadi --- tali Aktiviti Bincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai digunakan untuk murid-murid disleksia.

RUMUSAN

Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang

berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Guru perlu bijak memilih kaedah mengingat dan memproses maklumat yang sesuai untuk murid-murid disleksia supaya murid-murid disleksia tidak jauh tertinggal dalam menguasai bahasa.

TUTORIAL: 1. Selain daripada kaedah-kaedah yang disebut di atas, kaedah peta minda juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu kanak-kanak disleksia. Cuba cari maklumat berkaitan. Bagaimana kaedah peta minda dapat membantu kanak-kanak disleksia?

2. Secara berkumpulan, bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-fonem tertentu yang sesuai dijadikan latihan latih tubi lisan dengan murid-murid disleksia dan bentangkan kepada kelas anda.

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

TAJUK 7
7.0 SINOPSIS

PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

Topik ini membincangkan tentang Pengurusan Program Disleksia iaitu LangkahLangkah Pengurusan dan Aspek Pengurusan Program. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1.

Mangaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran (2.4)

2.

Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus program disleksia (2.4)

3.

Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu seperti proses mengesan, menyaring dan mendiagnosis, dan perancangan pengajaran dan pembelajaran (2.1)

4.

Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu seperti fleksibiliti, akomodasi dan advokasi (2.1)

5.

Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan (5.5)

6.

Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integreti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas (4.2).

7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Langkah-langkah Pengurusan

Proses Mengesan dan Menyaring

Diagnosis Kelemahan Murid

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

KERANGKA TAJUK ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

FLEKSIBILITI/ LUWES

AKOMODASI

ADVOKASI

7.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

CARTA ALIRAN PROGRAM DISLEKSIA

Tidak sah sah

Kelas biasa/ kelas pemulihan

Pend

TMMD- Tidak Mengalami Masalah Disleksia KMMD- Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia

Aspek pengurusan program:7.4 Fleksibiliti / Luwes Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau mudah berubah mengikut keadaan baru. kesesuaian. Tidak terhad pada satu masa sahaja. Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan

Boleh diubahsuai mengikut keadaan Mengurangkan halangan Pelbagai khidmat sokongan Pengaturan jadual waktu Susun atur kelas Penyediaan rancangan pengajaran

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-murid-murid-murid. Guru seperti ini mempunyai ciri-ciri:

Menimbulkan minat murid-murid Sentiasa mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan praktikal Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid bahawa pertambahan ilmu pengetahuan adalah penting Menarik dan menggembirakan Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini bahan-bahan pengajaran

Antara pendedahan kemahiran kepada murid-murid disleksia adalah dalam bidang seni dan ini adalah hasil kerja murid-murid disleksia yang ternyata berbakat

7.4.1

Antara aspek yang fleksibel adalah:

7.4.1.1 Masa Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah

mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah dan boleh dimanfaatkan kepada murid-murid.

7.4.2

Bahan pengajaran dan pembelajaran

Lego boleh merangsang murid-murid disleksia berfikir dan meningkatkan kemahiran psikomotor

Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat

dan

kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah :

Bahan maujud dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap


pelajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran juga boleh:


7.4.3

Mematang dan meluaskan pemikiran Merangsang murid-murid untuk belajar Meningkatkan keyakinan diri Menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran psikomotor murid-murid Memaksimukan penggunaan deria.

Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ya, bermakna anda pernah menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan primer (makanan, minuman, keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan

sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau perhatian, token / simbolik wang, gred, bintang, aktiviti permainan / aktiviti yang meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu terdapat juga peneguhan positif rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.

7.4.4 Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya bersamaan seperti mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perdana. Sekiranya guru terus memberikan tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah murid, aspreasi tingkah laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan bahawa murid-murid nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar.

7.5

Akomodasi

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain.. Sebagai contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah

pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal Akademik IPPM menyatakan, penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara telah mendapati bahawa kemahiran dan keupayaan bahasa di antara murid-murid pekak dan murid-murid biasa adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau

pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras.. Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut pengajaran guru.

7.5.1 Aspek-aspek pengakomodasian:

- bahan bantu mengajar - bahan belajar - persekitaran pembelajaran - cara penilaian

Antara akomodasi yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa menyediakan bahan bantu mengajar dan penyediaan bahan belajar murid-murid disleksia:

Menggunakan kertas soalan saiz A3 Besarkan saiz font-16 Besarkan soalan 130% Font comic sans (a) atau century gothic (a) Jarak perbezaan soalan Format UPS satu muka surat 5 soalan Double spacing Masukkan gambar untuk menyokong petikan Pembaca soalan-suara jelas,tumpuan mendengar, tidak pengaruh murid Memberi lebih masa-2 kali-di kelas perdana dan di kelas disleksia.

7.6

Advokasi

Sokongan atau untuk menyokong. Aspek-aspek advokasi: Sokongan bahan belajar Sokongan bahan mengajar Sokongan persekitaran Sokongan luar Sokongan bahan belajar

Contohnya : Sekiranya murid-murid tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh mengadvokasikan dengan meletakkan grip plastik atau getah pada pensel untuk mengguatkan genggaman atau pensil tripod yang mudah pegang. Advokasi dari Aspek Khidmat Sokongan

Sokongan fizikal dan pengajaran Ibu bapa,guru, kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat Badan bukan kerajaan Pusat Disleksia Malaysia

Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian kesihatan Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat Pendaftaran orang keperluan khas Program pemulihan dalam komunit (PDK) Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang berkeperluan khas Sukan bagi orang keperluan khas

TUTORIAL: Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara terperinci berkaitan akomodasi dan advokasi kepada kanak-kanak disleksia menerusi pelbagai sumber yang dirujuk dan bentangkan dalam kelas.

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.