Anda di halaman 1dari 20

EDU 3106

EDU 3106

1.0 PEGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan keturunan. Kemakmuran dan perpaduan yang cukup terbilang menjadikan Malaysia perhatian dunia antarabangsa. Pembentukan sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka memerlukan satu proses yang berterusan dan konsisten. Malaysia yang ada pada hari ini merupakan sebuah Negara bangsa yang telah melalui satu proses pendidikan Negara bangsa yang cukup unik dan tersendiri. Lantaran itu, peranan para pensyarah, siswa dan siswi, guru dan bakal guru serta seluruh rakyat Malaysia mesti menghayati peranan dan tanggungjawab masing-masing demi untuk memastikan berperanan dalam menyumbang ke arah Malaysia pada tahap yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa. Misi Nasional Negara telah disediakan untuk menggaris pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan 2020 dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun yang akan datang. Misi Nasional merupakan rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Rangka kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri, Malaysia perlu melaksanakan dasar dan program yang akan meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat global; mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum; serta mewujudkan keseimbangan pendapatan dan kekayaan melalui penyertaan yang bermakna oleh semua pihak dalam proses pertumbuhan yang produktif dan berdaya saing. Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak murid agar Misi Nasional Negara ini terlaksana dengan jayanya.

EDU 3106

Misi Nasional Negara mengetengahkan lima teras utama bagi mencapai kejayaan dalam mengharungi cabaran dalam jangka masa 15 tahun ini. Kelima-lima teras ini sangat penting untuk direalisasikan dan guru merupakan pemangkin utama dalam menjayakannya. Antara tiga teras Misi Nasional yang ingin saya ketengahkan dalam tugasan kali ini ialah teras kedua, ketiga dan keempat.

2.0 PERANAN GURU DALAM PENERAPAN NILAI-NILAI PERPADUAN DAN PENERIMAAN KAUM 2.1 Teras 2: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta mempupuk Minda Kelas Pertama. Bagi merealisasikan teras kedua Misi Nasional Negara dalam RMK-9 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk Minda Kelas Pertama, guru seharusnya menambahkan ilmu pengetahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi sebelum menerapkan perkara ini ke dalam diri murid. Guru merupakan rol model kepada anak muridnya. Sekiranya guru mempraktikkan perkara ini terlebih dahulu, maka anak murid menerimanya dengan lebih terbuka. Kepelbagaian sosio-budaya dalam kalangan murid memerlukan guru untuk mamainkan peranan yang lebih utuh dan kukuh ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pemahaman mengenai konsep budaya seharusnya diterap di dalam setiap diri guru bagi menerapkan unsur-unsur budaya ke dalam jiwa murid. Murid-murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sekiranya guru bijak menyemai nilai budaya dalam diri murid. Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Seterusnya, mereka akan lebih mengerti apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya. Secara tidak langsung, guru dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.
3

EDU 3106

Masyarakat berminda kelas pertama tahu menghayati dan menghargai sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Bagi menerapkan nilai ini ke dalam diri murid-murid, guru seharusnya bijak dalam menggunakan elemen-elemen patriotisme Negara ketika P&P. Guru boleh menggunakan lagu patriotik seperti lagu Warisan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad bagi menyemarakkan lagi semangat perjuang-pejuang bangsa dan negara ke dalam jiwa murid. Guru juga harus menekankan kepentingan bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama bagi meninggalkan sebuah negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang sebagai satu warisan yang akan diperturunkan kepada generasi akan datang. Dengan adanya penekanan seperti ini, murid-murid akan lebih memahami erti perpaduan dan seterusnya menerapkan nilai-nilai moral dan keperibadian yang tinggi serta berpegang teguh kepada nilai-nilai dan amalan agama yang dianuti. Golongan kurang upaya juga tidak boleh dipinggirkan kerana mereka juga berhak dalam menerima pelajaran. Kerajaan telah membuka banyak Sekolah Pendidikan Khas agar kanak-kanak yang kurang upaya ini dapat menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain yang menerima pelajaran. Guru seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif agar murid ini mudah menerima pengajaran yang diajarkan. Perkataan-perkataan yang sensitif haruslah dielakkan agar mereka tidak rasa tersinggung dan kecil hati. Selain itu, Layanan yang sama adil kepada mereka tanpa mengira agama dan bangsa turut dilaksanakan oleh guru. Dengan ini, guru dapat menunjukkan kepada murid akan semangat perpaduan yang terjalin antara guru dan murid. Pendidikan berkualiti juga akan terjana kepada murid daripada golongan kurang upaya ini. Menurut laporan Jurnal Kelestarian Kuali Guru: Satu Model Kontinuum Pebangunan Guru oleh Kartini et. al. (2010) menyatakan bahawa pendidikan berkualiti adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia High Income Nation dalam Rancangan Malaysia

EDU 3106

Ke-10. Maka, golongan kurang upaya juga mampu dalam meningkatkan ekonomi negara sekiranya diberi peluang pendidikan kepada mereka. 2.2 Teras 3: Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Bagi merealisasikan teras ketiga ini dalam kalangan murid, guru seharusnya bijak dalam mengenalpasti sosio-ekonomi keluarga murid itu sendiri. Ada diantara mereka yang terdiri daripada golongan berada dan ada juga dari golongan miskin. Guru harus peka kepada golongan murid yang pelbagai ini. Murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berada ini kebanyakkannya mudah berasa tersinggung di sebabkan faktor tidak mampu miliki apa yang murid berada miliki. Maka, tugas guru adalah memberi layanan yang sama rata tanpa mengira kedudukan dan pangkat ahli keluarga murid. Hal ini penting agar murid kurang berada ini tidak merasa diri mereka berbeza dengan murid yang lain. Seterusnya, aktiviti yang guru ingin laksanakan juga haruslah memberikan ruang kepada murid berada dan kurang berada berinteraksi antara mereka. Dengan cara meletakkan mereka di dalam kumpulan yang sama, mereka dapat bergaul dan bekerjasama seterusnya menyelesaikan tugasan yang diberikan secara bersama. Justeru, jurang antara golongan berada dan kurang berada akan terhapus dan secara tidak langsung perpaduan juga dapat dipupuk. Bagi merapatkan jurang digital, guru berperanan dalam mendedahkan kepada murid mengenai teknologi ICT yang pesat membangun di arena pembangunan dunia. Pembelajaran ICT sangat penting untuk diajar kepada murid agar mereka tidak ketinggalan kebelakang. Menurut jurnal yang dilaporkan oleh Rusmini Ku Ahmad (2003), Teknologi Maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Kebiasaannya, murid di pinggir bandar sukar merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Maka, kerajaan telah mengambil inisiatif di dalam RMK-9 untuk memajukan ICT kepada sekolah yang terletak di pinggir bandar. Hal ini bermakna, kesemua sekolah mendapat peluang pendidikan yang sama rata agar selari dengan pembangunan negara. Peranan guru
5

EDU 3106

adalah memperkenalkan dan mendidik murid untuk menggunakan ICT dengan cara yang betul. Penggunaan komputer riba dan juga pemancar projektor sangat diperlukan dalam sesi P&P guru ketika di kelas. Murid dapat mengenali penggunaan ICT yang digunakan oleh guru dan seterusnya mencuba untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Selain itu, guru haruslah mengenalpasti murid-murid yang mempunyai pengetahuan mengenai ICT agar dapat membantu rakan-rakan mereka yang tidak tahu. Kerjasama antara murid-murid ini memungkinkan mereka memahami erti persahabatan dan persaudaraan. 2.3 Teras 4: peningkatan tahap dan kemampanan kualiti hidup menekankan beberapa elemen dan diantaranya ialah meningkatkan pembangunan dan penggalakan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia. Peranan guru untuk menerapkan teras ini kepada murid memerlukan ketelitian dan kefahaman yang mendalam oleh guru itu sendiri mengenai budaya, kesenian dan warisan Malaysia. Peranan guru dalam memastikan murid-murid tidak membelakangkan elemen-elemen ini adalah sangat penting agar murid dapat membawa ketiga-tiga elemen ini kepada generasi masa hadapan. Maka, generasi akan datang dapat melihat ketiga-tiga elemen yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka terdahulu. Bagi menerapkan elemen ini ke dalam diri murid, guru haruslah memastikan penglibatan murid secara langsung dalam aktiviti budaya, kesenian dan warisan dari peringkat sekolah lagi. Sebagai contoh, memperkenalkan pakaian tradisional mengikut bangsa masing-masing. Murid berbangsa Melayu segak menggayakan baju melayu dan baju kurung, murid berbangsa cina memakai Cheongsam dan murid berbangsa India memakai sari. Dengan ini, murid akan mengenali lebih rapat budaya yang terdapat di Malaysia. Penglibatan di kalangan murid ini akan turut menyumbang kepada pembangunan insan di samping membantu mengukuhkan perpaduan negara. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan harian, di samping mempromosikan industri budaya dan kesenian negara di dalam negara khususnya.

EDU 3106

Selain itu, guru juga boleh menghidupkan semangat sayangkan budaya, kesenian dan warisan Malaysia melalui aktiviti berkumpulan di dalam kelas yang mempunyai kaum atau bangsa yang berbeza di dalam sebuah kumpulan. Hal ini membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat perbezaan antara cara hidup mereka dengan cara hidup bangsa lain. Aktiviti yang dijalankan secara bersama juga dapat memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan murid. Sekaligus, semangat perpaduan dan saling menyayangi dapat disemat disanubari mereka dari peringkat sekolah lagi. Amalan menghina dan mengutuk bangsa dan agama lain akan terhapus dengan adanya amalan dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh guru di sekolah. Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh murid, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan agar dapat merasai keunikan kepelbagaian acara dan bentuk kebudayaan dan kesenian di Malaysia ini. 2.4 Dasar kerajaan dalam pemupukan perpaduan. Perpaduan merupakan perkara yang amat penting yang perlu dicapai oleh setiap negara. Tanpa perpaduan, pentadbiran dan pembangunan ekonomi bukan sahaja akan terjejas, tetapi negara juga akan turut terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman, sama ada yang datang dari dalam mahupun luar negeri. Malah ancaman itu menjadi semakin sukar untuk ditangani jika perpaduan tidak wujud dalam negara tersebut. Malaysia tidak terkecuali dalam perkara ini. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian hidup rakyat. Tanpa wujudnya perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat, apa juga isu yang timbul mudah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu sehingga boleh mencetuskan perbalahan di antara kaum. Begitu juga di sekolah dimana guru merupakan salah satu ajen untuk
7

EDU 3106

mengelakkan perbalahan antara kaum berlaku diantara murid-murid yang berlainan bangsa, agama dan keturunan. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini dan antaranya ialah memperkenalkan Rukun Negara dan juga Nyanyian Lagu Negaraku di setiap sekolah rendah mahupun Sekolah Menengah. 2.4.1 Rukun Negara Rukun Negara merupakan satu langkah yang diterjemahkan oleh kerajaan untuk menangani masalah perkauman di Malaysia. Rukun Negara ini dihasilkan menerusi penyatuan idea dan pemikiran pelbagai kaum yang peka terhadap keperluan untuk mewujudkan sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri, tetapi juga berkongsi pegangan yang sama. Di sekolah, guru memainkan peranan penting dalam menerapkan Rukun Negara ini di mana Ikrar Rukun Negara akan dibaca pada setiap kali perhimpunan sekolah. Hal ini memberi kesedaran kepada murid akan pentingnya sesuatu pegangan sesebuah negara bagi mendapatkan perpaduan yang utuh dan kukuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Melaka, pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolahsekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Penerapan Rukun Negara dalam diri murid juga memberikan satu impak yang besar dalam membentuk perpaduan kaum sejak di bangku sekolah lagi. Rukun Negara yang menjadi tulang belakang merupakan satu pegangan untuk membolehkan perkongsian identiti, nilai dan perasaan kebangsaan antara masyarakat tanpa mengenal bangsa dan agama. Hal ini memastikan pembangunan ekonomi terus berkembang, keamanan terpelihara dan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni,

EDU 3106

aman dan makmur. Secara tidak langsung, Misi Nasional Negara berjaya direalisasikan menjelang Wawasan 2020. 2.4.2 Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negaraku juga ditekankan oleh pihak sekolah bagi menerapkan nilai bersatu padu dan sayangkan negara Malaysia. Lagu Negaraku melambangkan kesetiaan rakyat yang bersatu padu dalam mewujudkan keharmonian negara dan guru boleh sematkan nilai perpaduan ini ke dalam diri murid dengan cara berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. Dengan ini, murid dapat menghayati sepenuhnya lirik lagu tersebut serta menunjukkan taat setia kepada negara dan seterusnya Misi Nasional Negara dapat direalisasikan dengan jayanya. Amalan ini juga dapat membina perasaan cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Penerimaan Lagu Negaraku juga memainkan peranan yang besar kepada negara dalam menyatu padukan murid-murid mahupun rakyat yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya ini. Menurut majalah Pelita Bahasa (2010), bahasa ialah akar budaya dan peradaban bagi mana-mana bangsa di dunia ini. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid turut menyatakan perpaduan melalui bahasa yang mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah bahasa Melayu (Pelita Bahasa, 2010). Maka, nyanyian lagu Negaraku telah menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan ini berkehendakkan murid untuk taat akan perintah tuhan, raja dan negara dan seterusnya menjana semangat sayangkan negara. 2.4.3 Gagasan 1 Malaysia Gagasan1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang ingin diwujudkan dalam semangat perpaduan ialah perasaan hormatmenghormati, keikhlasan, dan sikap saling mempercayai antara kaum (Ruslan, 2010). Konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Dato Sri Mohd
9

EDU 3106

Najib Tun Abdul Razak ini juga boleh digunakan oleh guru ketika P&P berjalan. Guru tidak mengetepikan bangsa atau kaum lain di dalam kelas dengan menggalakkan penglibatan bersama ketika P&P. Murid-murid tidak akan rasa dipinggirkan kerana layanan yang diberikan oleh guru adalah sama rata dan secara tidak langsung, guru menerapkan konsep 1Malaysia ke dalam diri murid. Menurut majalah Daripada Guru Untuk Guru (2011), Gagasan 1Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sejajar dengan inspirasi negara kea rah mempereratkan hubungan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan di negara ini. Konsep Gagasan 1Malaysia merupakan pemangkin kepada usaha untuk mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat. Pengajaran guru yang menggunakan konsep 1Malaysia ini sangat diperlukan agar murid-murid yang berbilang bangsa ini dapat bersatu padu dan seterusnya mewarnai keharmonian negara pada masa hadapan.

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PELBAGAI BUDAYA Kesan daripada pengajaran guru yang efektif ini, murid dapat mengenali sesuatu budaya dalam sesebuah masyarakat itu dengan lebih dekat dan cuba untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Murid juga dapat berkongsi budaya bersama rakan-rakan mereka yang mempunyai budaya yang berbeza. Secara tidak langsung, nilai saling menghormati antara mereka juga wujud hasil daripada pengetahuan yang diterapkan oleh guru mereka.
10

EDU 3106

3.1 Strategi pembelajaran koperatif Guru harus bijak dalam mengatur kaedah dan strategi pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Selain berbeza dari budaya, murid juga mempunyai perbezaan gaya belajar kerana setiap individu itu adalah berbeza. Maka, pembelajaran yang ingin dijalankan oleh guru mestilah sesuai dengan tahap murid. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu strategi yang boleh dilaksanakan oleh guru kerana pembelajaran ini dapat membantu murid yang lemah menguasai mata pelajaran yang diajar. Guru harus bijak dalam meletakkan murid di dalam sesebuah kumpulan bagi memastikan Misi Nasional Negara juga dapat direalisasikan secara tidak langsung. Mereka yang berada di dalam sebuah kumpulan akan saling membantu, bekerjasama dan saling berkongsi pengetahuan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, nilai perpaduan juga dapat dipupuk sekiranya di dalam sebuah kumpulan itu terdapat murid yang mempunyai perbezaan dari segi budaya, etnik, gaya belajar dan juga latar belakang murid.

3.2 layanan yang adil Selain itu, guru juga seharusnya memberikan layanan yang adil dan sama rata kepada murid. Guru yang cemerlang merupakan guru yang terlebih dahulu menganalisis latar belakang anak muridnya. Hasil analisis yang dilaksanakan akan memudahkan guru untuk mengatur perancangan pengajaran. Perbezaan seperti sosio ekonomi, etnik, adat resam dan kepercayaan membolehkan guru memberikan layanan yang sesuai kepada murid. Guru juga harus bijak dalam menangani murid yang bermasalah agar dapat mengelakkan member layanan yang buruk kepada golongan murid seperti ini. Siasatan kepada murid ini harus dilaksanakan kerana keadaan persekitaran yang selalu mengakibatkan murid ini bermasalah. Faktor-faktor seperti
11

EDU 3106

penceraian ibu bapa, sosio ekonomi dan juga kawasan tempat tinggal merupakan salah satu sebab murid tidak menunjukkan sikap yang baik. Maka, guru harus memainkan peranan dalam memberikan layanan yang sesuai kepada murid ini agar dapat memotivasikan murid ini untuk berjaya. Oleh yang demikian, guru dapat memberi impak yang besar kepada murid untuk belajar dan murid juga akan menyayangi guru tersebut atas layanan baik yang diberikan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 3.3 Pengurusan bilik darjah Setiap murid mempunyai ragam dan tingkahlaku yang berbeza. Keadaan murid yang nakal dan tidak menumpukan pada pelajaran memberikan cabaran kepada guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, pengurusan bilik darjah yang berkesan harus dirancang oleh guru bagi mengawal kelas yang mempunyai bilangan murid 30 hingga 50 orang ini. Peraturan kelas haruslah direka dan dilaksanakan bagi mengawal tingkah laku murid yang pelbagai. Tugas guru adalah memastikan peraturan kelas yang direka akan dipatuhi oleh murid dan secara tidak langsung, guru melatih murid untuk berdisiplin.

Suasana bilik darjah yang kondusif juga membantu guru dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kedudukan meja murid, pengcahayaan dan juga pengudaraan amat penting dalam memastikan murid berasa selesa ketika menerima pengajaran guru. Sebagai contoh, murid yang berada di kelas sosial yang sederhana dan rendah mungkin selesa dengan keadaan yang panas di dalam bilik darjah namun tidak kepada golongan kelas sosial tinggi. Maka, golongan ini akan membuat kerenah yang pelbagai dan hal ini mengganggu proses pengajaran guru. Guru seharusnya bekerjasama dengan murid untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif ini dengan cara menghias kelas dan juga menjaga kebersihan. Menurut jurnal yang dilaporkan oleh Hamimah Abu Halim (2008) wujud jurang antara pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah. Maka,

12

EDU 3106

kerjasama murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini dapat mengeratkan mereka dan secara tidak langsung perpaduan dapat dipupuk. 3.4 Pemilihan sumber bahan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru menggunakan pelbagai sumber pengajaran bagi menarik minat murid dan senang hati untuk menerima pembelajaran yang diajar. Namun, guru harus sedar bahawa murid akan merasakan diri mereka dihina sekiranya sumber atau bahan pengajaran yang digunakan tidak bersesuaian dengan budaya murid yang berbeza. Maka, guru harus berhati-hati ketika memilih sumber pembelajaran. Guru hendaklah mengelakkan penggunaan sumber pembelajaran yang berunsurkan negatif dan sensitif kepada etnik yang berbeza di dalam kelas. Penggunaan bahasa yang dituturkan oleh guru haruslah tepat dan sesuai dengan tajuk yang ingin diajar. Penggunaan bahasa yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum dan etnik boleh membawa salah faham (Noriati, 2011). Maka, penggunaan bahasa ketika menggunakan sumber pembelajaran seharusnya betul dan tidak prejudis serta tidak membawa salah faham kepada murid yang pelbagai sosio-budaya ini.

13

EDU 3106

4.0 RUMUSAN/ CADANGAN Dalam sesebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada hubungan baik antara kaum. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka amat penting demi memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi bersama. Rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1963 telah menyaksikan darah di antara kaum. Begitu juga dengan pergaduhan antara India-Melayu yang bermula dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 di Kampung Medan. Ini membuktikan bahawa negara pernah mengalami detik-detik mencemaskan dan mengundang darurat. Adakah tragedi pahit ini ingin diterpa semula? Bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, kerajaan telah

memperkenalkan prinsip asimilasi dalam tahun 1957-1969. Asimilasi merupakan proses menyatukan masyarakat yang berlainan rumpun etnik, budaya, bahasa dan agama melalui penerimaan budaya bangsa atau masyarakat majoriti (Nadzan & Rozeman, 2010). Guru boleh menggunakan prinsip asimilasi ini di kelas dengan menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan meskipun terdapat kaum yang berbeza di dalamnya. Penekanan ini secara tidak langsung dapat membentuk identiti rakyat Malaysia di kalangan murid dalam sesebuah sekolah. Guru seharusnya menggunakan maklum balas yang positif dan berintelek ketika menjawab pertanyaan murid. Maklum balas dapat diberikan dalam bentuk kata-kata, tingkah laku guru itu sendiri mahupun hadiah dan permberian (Abdullah & Ainon,2002). Guru harus bijak dalam memberikan jawapan dan juga menggunakan perkataan ilmiah bagi mengelakkan murid berasa sangsi dengan jawapan yang dikemukan oleh guru. Murid yang belainan kaum akan merasakan jawapan mereka dijawab di tepat sekiranya maklum balas tersebut dinyatakan dalam bentuk positif dan tidak menyinggung perasaan mereka. Perpaduan yang erat antara kaum juga dapat dipupuk diantara guru dan murid sekiranya guru bertindak berfikir dahulu sebelum menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid.

14

EDU 3106

Guru juga boleh menerapkan semangat Nasionalisme kepada murid. Safer (1955) mentafsirkan nasionalisme sebagai, cinta pada tanah air, bangsa atau sejarah budaya bersama (Zulhimi et al, 2011). Guru boleh menghidupkan semangat ini de dalam diri murid dengan cara menekankan subjek Kajian tempatan dan juga Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Subjek ini banyak membantu dalam memberikan tumpuan kepada perkembangan diri, hubungan dengan lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya mesyarakat negara ini. Kesimpulannya, pembelajaran bukan sekadar mencurahkan maklumat kosong ke dalam minda murid. Ianya haruslah lebih terisi dengan pembelajaran yang bermakna serta mampu menyediakan murid untuk memimpin negara pada masa akan datang. Pengisian mengenai sejarah negara serta ikhtibar akan peristiwa lepas harus ditekankan kepada murid agar mereka tidak mengulanginya setelah mereka bergelar dewasa kelak. Peranan guru dalam mendidik murid ke arah mengenal dan seterusnya membentuk perpaduan di antara mereka haruslah sentiasa konsisten agar mereka tidak terkandas di pertengahan jalan sepanjang mengenal erti perpaduan. Justeru, pemimpin masa hadapan yang terbentuk adalah hasil titik tangan guru yang menyempurnakan kehendak Misi Nasional Negara yang diinginkan. Misi Nasional Negara mampu memberikan nilai-nilai perpaduan ke dalam diri setiap murid. Peranan guru dalam merealisasikan hasrat kerajaan sangat di utamakan kerana guru pencorak anak bangsa negara. Nilai-nilai seperti kerjasama, saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa, bertolak ansur mampu diterapkan ke dalam diri murid sejajar dengan kemahuan Misi Nasional yang menginginkan rakyat bersatu padu. Kanak-kanak umpama kain bersih dan kita yang dewasa ini yang

mencorakkannya. Maka, di sinilah peranan guru diperlukan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020. 5.0 REFLEKSI
15

EDU 3106

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tugasan Kerja Kursus Pendek ini telah selamat dilaksanakan. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Puan Halimatun Bt Md Yusof pada 6 Mac 2012 dan perlu diserahkan pada 20 Mac 2012. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia, membincang dan menganalisis kepelbagaian sosio budaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan sebuah esei ilmiah dan pengurusan grafik berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan. Kekuatan yang saya lihat apabila melaksanakan tugasan ini ialah kefahaman dan pengetahuan saya bertambah luas mengenai kebudayaan di Malaysia terutama peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, tugasan ini memberikan saya inspirasi semasa menjalankan kehidupan sebagai guru kelak serta banyak membantu ketika berpraktikum di sekolah. Kelemahan yang saya dapat lihat adalah dari segi masa yang diperuntukkan oleh pensyarah semasa menjalankan tugasan. Masa yang pendek membuatkan saya tergopoh gapah dalam membuat tugasan ini. Di tambah pula dengan tugasan dari subjek lain dan persediaan untuk berpraktikum. Tapi Alhamdulillah, saya tetap menjaga kualiti penulisan esei ilmiah ini agar pensyarah dapat mengetahui semangat saya dalam pembinaan tugasan yang mencabar ini. Cadangan yang ingin ditampilkan disini adalah penambahan masa kepada guru pelatih bagi melaksanakan tugasan akan datang. Kualiti sesuatu penulisan ilmiah akan terjaga sekiranya masa ini dipanjangkan sedikit. Alhamdulillah, pensyarah mata pelajaran telah memberikan sedikit ihsan kepada guru pelatih dengan menambah masa untuk melaksanakan tugasan. Terima kasih diucapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran, Puan Halimatun Md Yusof kerana banyak
16

EDU 3106

membantu dalam menyelesaikan tugasan. Penerangan dan pengajaran beliau ketika di kelas sangat membantu saya dalam menjayakan tugasan yang diberikan. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya. Terima kasih.

17

EDU 3106

6.0 RUJUKAN 6.1 Buku Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah ke Hadapan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rasyid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2010). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zulhilmi Paid, Rohani Ab Ghani, Mohamad Idris Saleh, Ismail Yusof dan Jazliza Jamaluddin. (2011). Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa. Petaling jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

6.2 Jurnal Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki KPM, 13, 82-89. Hamimah Bt Abu Naim (2008). Kesan Persekitaran Bilik Darjah Yang Berorientasikan Masteri Terhadap Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan IPGKTHO, 13. Kartini Baharun, Mohd Nasrudin Basar, Mahanom Mat Sam dan Lee Leh Hong (2010). Kelestarian Kualiti Guru : Satu Model Kontinum Pembangunan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 5 6.3 Majalah
18

EDU 3106

Daripada Guru Untuk Guru. (2011). Program 1Malaysia Bangkitkan Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum. Kuala Lumpur: Master Malaysia. Fauzilahyatun Mustafa. (2010). Pelita Bahasa: Menyatupadukan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Khariah Mohd Zubir. (2010). Pelita Bahasa: Bahasa Melayu Membina Negara Bangsa yang Bersatu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6.4 Internet Dasar Pendidikan Kebangsaan. (n.d.). Jabatan Penerangan Malaysia. Dicapai pada April 1, 2012 daripada http://www.penerangan.gov.my Lima Teras Misi Nasional. (n.d). Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada April 1, 2012 daripada http://www.epu.gov.my/5thrust Teras-teras Perpaduan dan Nilai-nilai Murni. (n.d). Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada April 1, 2012 daripada http://www.btn.gov.my

19

EDU 3106

7.0 Lampiran

20